Posts Tagged ‘tafsiran mimpi kekasih lama

20 Petanda Mimpi !

In: info

17 Jan 2013
tafsir mimpi

tafsir mimpi

Kadang kala mimpi memberi kita alamat atau petanda. Di bawah hanya beberapa tafsiran mimpi, tetapi anda perlu ingat bahawa mimpi juga adalah mainan tidur.

Sumber tafsiran mimpi ini diambil dari SINI

1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3.Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya
anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada
dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6.Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala
di dunia dan akhirat

10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

11.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

13.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

14.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

15.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

16.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

17.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan

18.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat
kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai
permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

19.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

20.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh.

Kekasih lama melamar.

SAYA mencintai A tetapi pada masa sama, masih berhubungan dengan B. Saya menjalin hubungan dengan A enam bulan lalu dan kami masih dalam proses mengenali satu sama lain. A lebih muda lima tahun daripada saya, menyebabkan saya tidak yakin dia serius mencintai saya.

Malah, penampilannya segak dan dia mempunyai ramai kenalan wanita menyebabkan saya mencurigai kesetiaan A meskipun tidak menjumpai bukti dia curang.

B pula bekas kekasih yang tua tiga tahun daripada saya. Saya berpisah dengan B kerana keluarga B merisik gadis sekampung dengannya untuk dijodohkan dengannya.

Malah, B melamar saya dan menurutnya, keluarga akur dengan pilihannya. Saya berterus terang dengan B, saya sudah ada teman lelaki tetapi B mendesak saya mempertimbangkan lamarannya.

Tidak dinafikan sebahagian besar ciri pasangan hidup saya ada pada diri B tetapi saya tiada alasan untuk memutuskan hubungan dengan A.

Bantulah saya untuk membuat pilihan tepat tanpa melukakan hati A dan memuaskan hati semua pihak.

ISMA
Kuala Lumpur

Urusan mendirikan rumah tangga bukan perkara remeh dan keputusannya pasti menentukan kehidupan sepanjang hayat.

Malah, Islam memberi panduan bagaimana pemilihan calon mendatangkan kebahagiaan kepada pasangannya dengan hadith riwayat Ibnu Majah iaitu Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi kerana empat faktor — hartanya, nasabnya, kecantikannya dan agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.” Berdasarkan hadith itu, saudari perlu kenal pasti siapa yang memang bersungguh-sungguh dan bersedia menggalas peranan sebagai ketua keluarga.

Saudari kena perhati sejauh mana hubungan saudari dengan A. Jika dia kelihatan acuh tidak acuh mendirikan keluarga dalam masa terdekat, lebih baik saudari menerima lamaran B.

Lantaran saudari mengatakan lebih menyenangi B kerana dia mempunyai pakej suami idaman saudari berbanding A. Malah, saudari tidak yakin A serius dengan saudari kerana usia jauh berbeza.

Jelas saudari sudah ada keputusan dan cuma belum ada keputusan kerana bimbang akan terluka. Hakikatnya, mana-mana pilihan pasti melukakan.

Pentingnya, pertimbangan itu memberi kebahagiaan kepada saudari. Saudari perlu berterus terang dengan kedua-dua kenalan lelaki dan ceritakan semuanya. Harap A atau B dapat menerima pilihan saudari dan mendoakan saudari jika benar mereka menyayangi saudari.

Paling penting, saudari harus berterus terang supaya tidak menimbulkan salah faham dan berharap semua pihak faham mengapa saudari mengambil tindakan sedemikian.

(sumber Hmetro)


Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !

<