Posts Tagged ‘maksud mimpi bekas suami

Suami yang kubenci !

In: info

13 Feb 2012
sekadar hiasan

sekadar hiasan

Geram suami kedekut

SAYA dan suami berkahwin 12 tahun lalu dan kami dikurniakan seorang anak yang kini berusia 10 tahun. Tidak dinafikan sepanjang perkahwinan kami, tiada pergaduhan besar. Boleh dikatakan, hubungan saya dan suami baik.

Cuma saya geram dengan sikap kedekutnya. Membeli barang rumah pula hanya yang asas. Apabila keluar beli-belah dan beli barangan rumah, dia hanya memberi RM50 untuk keperluan dapur.

Apalah sangat boleh dibelanjakan dengan duit sebanyak itu. Mungkin disebabkan saya mempunyai pendapatan sendiri menyebabkan dia tidak memberi nafkah.

Sedangkan dia mampu memberi lebih daripada itu. Apabila saya meminta lebih, dia akan membebel mengatakan saya boros dan tidak bersyukur.

Malah, dia akan memberi pelbagai alasan mengenai beban hutang kereta, rumah dan sekolah anak sebaik saya meminta duit lebih untuk membeli barangan dapur. Kesal saya melihat sikapnya yang suka berkira segenap segi.

Saya terpaksa pekakkan telinga apabila meminta wang daripadanya untuk melunaskan bayaran kelas tambahan anak dan duit dapur.

ITA
Sentul, Kuala Lumpur

Suami puan wajib memberi nafkah meskipun puan mempunyai pendapatan sendiri. Ia jelas dengan firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya, hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak membebankan seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (Surah Al Baqarah, ayat 233).

Puan harus tegas dan berbincang supaya suami menyedari peranannya. Dia memandang ringan urusan pemberian nafkah kerana berasa puan mampu menyediakan keperluan dapur, namun sikap ini adalah tidak wajar.

Memandang enteng mengenai perbelanjaan dapur dan isi rumah boleh menyebabkan suami berat hati memberikan wang kepada puan kelak.

Andai dia masih tidak mahu mengeluarkan keperluan, puan berhak mengambil duit daripada suami kerana keengganan memberi nafkah bagi keperluan puan dan anak.

Bukan satu kesalahan jika puan mengambil duit bagi tujuan membiayai perbelanjaan harian kerana ia hak puan dan anak.

Sepertimana hadith Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya.”

Baginda menjawab: “Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”

Cuba pujuk suami terus memberikan nafkah terhadap puan. Nasihat suami supaya tidak mengabaikan tanggungjawabnya kerana ia akan membebankan puan serta anak.

sumber hmetro


Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !


..

.

<