Posts Tagged ‘ibu mertua dan menantu selingkuh

ibu mertua cerewet !

In: info

13 Feb 2012

sekadar hiasan

sekadar hiasan

Mentua paksa serah anak

SAYA kini menunggu masa untuk melahirkan anak. Tidak dinafikan saya rasa bahagia bakal bergelar ibu tetapi pada masa sama, saya dalam dilema kerana ibu meminta saya menyerahkan bayi kepada abang ipar.

Saya berbelah bagi kerana ini kelahiran pertama dan berat hati menyerahkan anak pertama kepada orang lain untuk dipelihara.

Abang ipar berada jauh iaitu di Sarawak, sekali gus menyukarkan saya untuk melawatnya. Namun, ibu mentua terus mendesak dan memikirkan keadaan ekonomi suami yang tidak stabil, saya bertambah kusut memikirkan sama ada saya mampu mengasuh.

Serba salah saya dibuatnya, suami pula lebih senang dengan saranan ibu mentua yang mahu saya menyerahkan anak kepada anaknya di Sarawak. Saya betul-betul tertekan.

SARAH

Yan, Kedah

Naluri keibuan menebal dalam diri tetapi pada masa sama terpaksa berdepan ibu mentua yang mahu cucunya dibesarkan oleh orang lain. Dilema ini ternyata mengusutkan fikiran puan.

Terus terang Dang Setia katakan, bagaimana teruk keadaan mahupun susahnya kehidupan, tempat terbaik untuk membesarkan anak adalah di sisi ibu bapanya.

Tambahan pula ibu mengandungkan anak selama sembilan bulan dan bagaikan sudah ada ikatan, terutama membabitkan emosi, membuatkan tiada pilihan lebih baik melainkan dibesarkan ibu bapa sendiri.

Selain itu, tindakan ibu bapa menyerahkan anak kepada orang lain untuk dipelihara bakal menerbitkan persoalan di hati anak itu kelak, seolah-olah ibu bapanya membuang dan tidak menyayanginya.

Dang Setia turut bimbang, puan yang terpaksa berjauhan dengan anak bakal memberi kesan bukan saja terhadap diri puan, tetapi juga anak yang mempunyai perasaan selamat yang biasanya dirasa ketika bersama ibunya.

Dang Setia sarankan puan berbincang bersama suami dan luahkan perasaan betapa puan berasa begitu ‘kehilangan’ kerana tidak berpeluang membesarkan anak, sedangkan ia tanggungjawab suami dan puan.

Nyatakan puan tidak bersedia menyerahkan anak kepada orang lain kerana ia dilihat sebagai satu pengabaian dan menyerahkan kepada orang lain dilihat sebagai tindakan kurang wajar.

Sebenarnya bukan satu beban kewangan menjaga seorang anak. Dengan kehadiran anak, puan dan suami boleh mempelajari bagaimana mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Selain itu, renungkan apa yang pernah dianjurkan Islam yang menekankan anak itu amanah dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memelihara serta menjaganya.

Sebagaimana firman Allah yang berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman, selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka.” (at-Tahrim: 6)

Malah, kemuliaan ibu bapa turut hadir dengan kelahiran anak seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani)

sumber hmetro


Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !

<