Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<
KUANTAN, 19 Mac – Susulan pendedahan PDO tentang kontroversi  Panas:
Kerajaan Negeri Luluskan Kontrak Selenggara Jalan “Seluruh Pahang” Kepada
Syarikat “Dua Hari” !!
  semalam, maka ramai pihak yang terkejut dengan senario yang berlaku ini. Malah lebih memeranjatkan lagi, jika selama ini kita selalu  mendengar berkenaan dengan “Syarikat Dua Ringgit” kini muncul pula nama baru iaitu “Syarikat Dua Hari”. Apa tidaknya, baru dua hari syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd iaitu anak syarikat kepada Yayasan Pahang didaftarkan (4 Februari 2013), tiba-tiba dengan kuasa Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob selaku pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang
kepada syarikat terbabit pada 6 Februari 2013. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Mana mungkin MB boleh luluskan syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan kerja berkaitan di seluruh negeri Pahang. Maknanya syarikat terbabit akan menjalankan kerja berkaitan bermula dari 1 April 2013 hingga 1 April 2020 (tujuh tahun). “Sungguh menakjubkan apa yang rakyat Pahang saksikan ini.. terdapat usaha untuk terus mengagihkan projek kepada kroni biar pun pilihanraya umum ke-13 semakin hampir sekarang. Nampak benar mereka mahu membuat persediaaan satu penggal sekiranya BN tumbang atau pun Menteri Besar Pahang bertukar tangan selepas PRU-13 ini nanti. Apa yang berlaku ini jelas sekali tidak boleh diterima oleh rakyat Pahang”, kata seorang kakitangan kerajaan. Persoalannya sekarang, siapakah pemilik syarikat terbabit?. menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua orang ahli
lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut
ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina
Yaakob
yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru
didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar
100,000.
Selepas membuat siasatan, akhirnya PDO berjaya menjejaki salah seorang pemilik syarikat terbabit ialah Datuk Johari Harun (foto) yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong sekarang. Maknanya disini. MB Pahang selaku Ketua UMNO Bahagian Bentong telah meluluskan projek tujuh tahun kepada syarikat milik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong. Bukankah ini jelas satu perbuatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang?. 
[PDO sedang menyiasat siapakah Syufina Yaakob, iaitu salah seorang lagi pemilik berdaftar syartikat terbabit. Jika dilihat kepada namanya, saling tak tumpah sama seperti nama ayah kepada MB Pahang itu. Apapun, nantikan laporan lanjut isu panas ini. Jika inilah keadaannya, maka tidak guna motto UMNO Bahagian Bentong "Pembela Rakyat" seperti yang tertera di atas. Selama ini rakyat Pahang memang tahu keterlibatan Adnan mengagihkan dan menfaraidkan hasil mahsul dan kekayaan negeri kepada kroni dan proksi beliau. Siapakh yang tidak kenal Hasnul Hisyam Yaakob dan Zabidi Yaakob serta lain-lain tokoh korporat yang muncul di Pahang sejak Adnan menjadi Menteri Besar. Berbagai projek termasuk balak, lombong emas, bijih besi, tanah, ladang sawit telah dimonopoli oleh pihak terbabit tanpa sedikit pun rasa bersalah kepada rakyat Pahang. Selam ini mungkin tiada bukti dokumen untuk orang ramai membuat tuduhan berkenaan. Namun dengan isu terbaru ini kemungkinan besar akan membuka mata rakyat malah orang UMNO sekali pun untuk mengakui memang pemimpin mereka yang bergelar MB menggunakan kepentingan dan kuasa yang ada untuk mengayakan keluarga, kroni serta suku sakat masing-masing sebenarnya. Lantaran itulah Adnan amat gusar jika beliau tumbang atau digantikan selepas PRU-13 ini nanti. Maka itulah diagihkan projek selenggara jalan di seluruh Pahang selama tujuh tahun kepada kroninya sebagai persiapan jika berlaku sebarang kemungkinan selepas PRU ini]. 


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Go to Source
Author: pahangdaily

  • Comments Off

KUANTAN, 18 Mac – Rakyat Pahang kini tertanya-tanya apakah benar ada penyelewengan kuasa dalam penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri selama tujuh tahun kepada sebuah syarikat “dua hari” yang cukup meragukan. Perkara ini dibongkarkan oleh PAS Pahang dalam beberapa siri ceramah mereka. Dalam satu ceramah umum di Sg.Isap Damai baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, mendedahkan, berdasarkan surat daripada Pengarah JKR Pahang, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Sri Adnan Yaakob (foto) telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. Menurutnya, surat yang ditujukan kepada semua jurutera daerah itu, kontrak akan dilaksanakan bermula pada 1 hb April 2013 selama 7 tahun dan pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri. Jelas surat tersebut, jalan-jalan Negeri yang terlibat dengan kontrak ini adalah jalan-jalan di dalam kategori Jalan Raya Negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tidak termasuk jalan-jalan di bawah kategori yang lain. Pendedahan ini telah dibuat oleh blog selamatkanpahang. Antara lain blog terbabit melaporkan penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada hanya sebuah syarikat dijangka akan menjejaskan pekerja kuari Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor kelas F dan peluang kerja anak tempatan.

Penswastaan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. itu sudah tentu merugikan banyak pihak dalam jangka masa panjang kerana ia seperti monopoli.

Kuari JKR bergantung kepada pengeluaran hasilnya yang dipasarkan kepada JKR-JKR daerah, jika kerja-kerja penyelenggaraan jalan diswastakan secara langsung akan menjejaskan pendapatan pekerja kerana syarikat kontraktor biasanya mempunyai kuari sendiri.

Begitu juga dengan pekerja-pekerja unit jalan JKR daerah, mereka mempunyai kakitangan paling ramai dalam unit-unit JKR. Dengan cara penswastaan ini elaun lebih masa yang dinikmati sebelum ini mungkin tiada lagi. 

Sementara itu, menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000.

Dengan penswastaan tersebut, kontraktor kelas F juga dijangka menghadapi kerumitan dan masa depan yang suram selepas ini kerana segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori jalan raya negeri di bawah JKR dibatalkan.

Sebelum ini kontraktor kelas F juga ramai yang terpaksa ‘gulung tikar’ apabila penyelengaraan jalan persekutuan diswastakan kepada syarikat Roadcare.

Unit jalan JKR daerah-daerah sudah tentu akan dikecilkan saiznya kerana kerja-kerja sudah diswastakan. Secara tidak langsung kesan jangka panjangnya ialah tidak ada lagilah “peluang pekerjaan” kepada para penduduk tempatan.

Sila klik pada imej yang dipaparkan ini untuk membesarkan gambar diatas

[Nampak isu ini sesuatu yang agak panas menjelang pilihnaraya umum akan datang. Bagaimana JKR Pahang boleh tawarkan kontrak selama tujuh tahun kepada sebuah syarikat yang cukup meragukan kewujudannya. Jika benar dakwaan PAS, syarikat terbabit didaftarkan pada 4 Februari, maka mana mungkin Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar boleh bersetuju meluluskan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit pada 6 Februari. Malah lebih mengejutkan JKR Pahang hantar surat berkenaan pada tarikh 27 Februari 2013. Ini bermakna syarikat berkenaan seolah-olah mempunyai keistimewaan yang amat ketara. Tiada pengalaman tetapi begitu mudah diluluskan. Difahamkan YP Maintenance Sdn Bhd (YPM) adalah sebuah syarikat 100% bumiputera yang berdaftar dibawah CIDB (Gred G7) merupakan sebuah syarikat dibawah Yayasan Pahang (YP). Difahamkan Penegrusi Yayasan Pahang ialah Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Persoalannya, kenapa begitu cepat projek ini diluluskan kepada syarikat terbabit?. Siapakah Syufina Yaakob dan Johari Harun dari Janda Baik. Harus diingat, MB Pahang berasal dari Kg.Sum Sum, Janda Baik. Apakah ada unsur-usnur penyelewangan dan korupsi dalam penganugerahan projek kontroversi ini. Siasatan lanjut bakal menyusul !].

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Go to Source
Author: pahangdaily

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !

Promosi

.

.

.
.
.
<


..

.

<