Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 1

GOMBAK 31 OKT : Tindakan kerajaan pusat memansuhkan subsidi barangan keperluan rakyat pada pembentangan Bajet 2014 adalah satu ‘hukuman berat’ kepada rakyat sedangkan pentadbiran kerajaan tidak mengamalkan cara berhemah berbelanja sehingga menyebabkan berbilion wang rakyat.

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 3

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan terus dihimpit dengan kekangan ekonomi hasil daripada tindakan pemansuhan subsidi itu.

“Kita melihat ini sebagai satu bencana kepada rakyat apabila bajet baru-baru ini menarik beberapa subsidi barang keperluan rakyat seperti gula apatah lagi bila menjelang perayaan,” kata beliau kepada TV Selangor.

Hasbullah berkata, kerajaan pusat perlu mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah dan mencari jalan mengatasi defisit negara.

“Kerajaan perlu memikirkan langkah mencari alternatif lain untuk mengurangkan defisit dan kelemahan mereka dalam mentadbir.

“Tapi janganlah rakyat yang sudah sedia mengalami kenaikan harga barang ini dihukum lagi dalam bajet,” kata Hasbullah.

Hasbullah sebelum itu menemani peserta Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia selain mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung lain di pusat membeli-belah Giant Batu Caves.

Seramai 300 orang peserta yang layak menerima baucar membeli belah sebanyak RM100.

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 2

-EZY

Go to Source
Author: Afix Redzuan

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Bajet 2014 bersifat ‘Rich Man’s Budget, Poor To Get Poorer’. Langkah Kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta  dan subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM 505.4 juta akan terus membebankan rakyat. Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.

AzminUntuk mencapai matlamat sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, belanjawan negara perlu menekan prinsip ‘fiscal discipline’ dan menggariskan strategi pembangunan yang peduli rakyat.

Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan efisien dan mengambil langkah yang pro aktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah.

Pengagihan Kekayaan dan Kesenjangan Ekonomi

Jomo K.S dalam karya terbarunya berjudul ‘Malaysia @50 : Economic Development, Distribution and Disparities’ menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan dan ekonomi telah sekian lama mendominasi perbincangan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak selesai malah isu kesenjangan ekonomi, jurang pendapatan antara golongan kaya miskin telah menjadi perdebatan universal.

Situasi ini adalah sama seperti yang diungkap oleh Nobel Laureate, Paul Krugman dalam satu rencana bertajuk Rich Man’s Recovery dalam New York Times dalam satu pemerhatian yang dijalankan di Harvard Business School. Krugman melihat kesenjangan ekonomi yang melampau dalam komuniti pelajar telah menggamit perhatian dunia dan amat membimbangkan.

Kata Krugman: “This society claims to reward the best and brightest regardless of family background but in reality the children of the wealthy benefit from opportunities and connections unavailable to children of the middle and working classes.”

Menurut Krugman lagi, kajian ini membuktikan wujudnya kesenjangan pendapatan yang ketara di antara golongan maha kaya dan mereka yang berpendapatan rendah. Golongan maha kaya ini menikmati kekayaan di atas kesengsaraan majoriti yang lain. “If the rich are so much richer than the rest that they live in a different social and material universe, that fact in itself makes nonsense of any notion of equal opportunity.”

Bajet 2014 Barisan Nasional

Bajet 2014 memperuntukkan sejumlah RM 264.2 bilion. Daripada jumlah ini RM 217.7 bilion merupakan anggaran untuk belanja mengurus manakala RM46.5 bilion adalah bagi belanja pembangunan.

Bajet 2014 masih kekal sebagai bajet defisit. Kerajaan telah meneruskan amalan bajet defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Ini merupakan kesinambungan daripada amalan dan perlaksanaan dasar fiskal semenjak daripada merdeka lagi.

Dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami ‘fiscal deficit’ selama 49 tahun dan hanya 7 tahun menikmati ‘budget surplus’. Malaysia menikmati ‘budget surplus’ selama 5 tahun berturut – turut mulai 1993 iaitu ketika YB Permatang Pauh menerajui Kementerian Kewangan.

Kerajaan pernah menjanjikan bahawa belanjawan negara akan kembali kepada belanjawan berimbang pada tahun 2005 ; sebaliknya hutang negara terus membengkak secara berganda di antara tahun 2007 dan 2012 kepada RM 421 bilion. Manakala pendapatan pada kadar 31% dari RM 140 bilion kepada RM 207 bilion. Hutang negara seperti yang dilaporkan oleh Maybank Berhad bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak. Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36% daripada KDNK ; meningkat kepada 53% daripada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka meningkat kepada 54.7% daripada KDNK dalam tahun 2014. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara.

Ia juga menggamit perhatian rakyat Malaysia kepada persoalan debt – to – revenue ratio. Dalam tahun 2012, Fitch Rating Agency melaporkan bahawa kadar debt – to – revenue di Malaysia mencatatkan 246%, semakin hampir kepada negara Itali yang bergelut dengan masalah hutang pada kadar 261%.

Malaysia di bawah pengurusan UMNO hari ini sedang mengalami penyakit ‘fiscal fatigue’ atau lelah kewangan. Negara hari ini tidak mempunyai ‘fiscal space’ untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya juga tidak mempunyai ‘political will’ untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa.

Ucapan Perbahasan Bajet 2014 Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

Go to Source
Author: Keadilan Daily

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
Jeneral Yakuza Ogawa
EDISI KANTOI!!! INI SEBAB NYA KERAJAAN MEMAHSUHKAN SUBSIDI GULA!!!    SELASA, 29 OKTOBER 2013  Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP  [THE MALAYSIAN INSIDER]   Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.  Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.  “Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran. “Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.   Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.  Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.  “Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.  “Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya.    -admin power-

 
Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP
[THE MALAYSIAN INSIDER]

Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran. 

“Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. 

Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.

“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.

Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.

“Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata ‘biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak’ kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. 

Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.

“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya.

-admin power-

Go to Source
Author: atsixty

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
Anwar: Mansuh Subsidi Gula, Taikun Untung RM1 Bilion

[MK] Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.
Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.
“Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.
“Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.
‘Segan’ umum pengurangan subsidi minyak masak
Sehubungan itu, Anwar mencadangkan supaya liberalisasi gula dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat-syarikat pembekal baru.
Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membidas berhubung pengurangan subsidi sebanyak RM505.356 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Anwar mempersoalkan mengapa Najib dalam ucapan bajetnya “segan” mengumumkan kenaikan minyak masak yang hampir sama dengan pengurangan subsidi gula yang dihapuskan.
“Kita sedia maklum, bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan yang banyak kerana syarikat-syarikat ini memiliki ladang-ladang kepada sawit yang banyak.
“Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak? Di dalam keadaan semasa, di mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap yang tertinggi,” katanya.
Dengan memberi contoh, Anwar berkata negara Indonesia telah memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah dan juga subsidi biofeul.
“Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk mengeluarkan CPO yang berlebihan sebaliknya membebankan rakyat dengan harga minyak yang bakal dinaikkan?
“Jelas apabila dilihat kepada pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat. Sebaliknya korporat-korporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian,” katanya. – 28/10/13

Go to Source
Author: Maysia Tayadih

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
[MK] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.
Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.
Beliau kemudiannya mengkritik kecenderungan pembangkang untuk menentang apa juga inisiatif kerajaan tanpa mengambil kira akibatnya, dan berkata bangkangan seumpama itu adalah tidak membina.
Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa hari ini diumumkan dalam ucapan bajet Najib semalam, membabitkan kenaikan harga 34 sen sekilogram.
“Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri,” katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat.
Merujuk langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuat kuasa hari ini yang bertujuan mengurangkan pengambilan gula, Najib berkata langkah itu sememangnya baik, memandangkan subsidi gula adalah membazir dan usaha untuk merasionalkan subsidi adalah penting untuk negara.
Rakyat Malaysia, tegasnya, perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan mereka.
Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.
Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di sebalik keputusan itu.
“Kita mesti terus mengulangi mesej berulang-ulang kali kerana pembangkang akan melakukannya (menentang langkah yang diambil kerajaan).
“Mereka akan berkata perkara yang sama berulang-ulang kali kerana pembohongan yang buat berulang-ulang akan diterima (secara silap) sebagai benar,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap pemansuhan subsidi gula itu akan menjurus kepada penurunan kes diabetes pada masa depan.
“Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu simposium mengenai imunologi. -26/10/13

Go to Source
Author: Maysia Tayadih

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
Saksikan video Najib dan AKUJANJInya

Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.

Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.

Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6% berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.

Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.

Lebih malang lagi, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau telah menaikkan sekurang-kurangnya lima kali kenaikan harga gula dan ini tentunya menyebabkan saudagar gula Malaysia yang juga rakan baik Najib iaitu Syed Mokhtar Albukhary bertambah lagi kembong poketnya.

Yang mendukacitakan juga, alasan Najib menaikkan harga gula ini ialah kononnya untuk mengelakkan lebih ramai rakyat mengidap kencing manis – suatu logik yang tidak jauh bezanya dengan Menteri Cap Ayam yang sebelum ini pernah mencadangkan rakyat agar jangan makan ayam berikutan harganya yang semakin mahal atau tanam sayur kerana harganya yang mahal di pasar.

Tahukah Najib bahawa kencing manis bukan semata-mata disebabkan oleh pengambilan gula, banyak makanan lain termasuk nasi dan gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit kencing manis.

Pelaksanaan cukai GST nyata paling merunsingkan rakyat. Kaedah cukai ini telah diluluskan sejak 2009 lagi tetapi Najib seolah-olah sengaja melaksanakannya selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya. Jika benar GST itu lebih baik daripada sistem cukai sedia ada, kenapa tidak dilaksanakan sebelum pilihan raya atau sebaik ia diluluskan pada 2009 dulu?

Dalam hal ini, benarlah kata Anwar bahawa bajet kali ini lebih mahu menghukum rakyat, berbanding mensejahterakan mereka. Walaupun ada beberapa pengurangan cukai, kebanyakannya hanya yang melibatkan golongan kaya manakala rakyat biasa bakal berhadapan dengan pelbagai jenis cukai dan kenaikan harga barang.

Janji yang paling ketara dimungkiri oleh Najib ialah mahu menaikkan nilai BR1M daripada RM500 kepada RM1200 yang dibuat dalam pilihan raya lalu. Dengan wajah selamba dan seolah-olah tidak merasa berdosa kerana memungkiri janji kepada rakyat, Najib hanya mengumumkan kenaikan BR1M sebanyak RM150 sahaja kepada RM650.

Dengan kenaikan sebanyak RM150 setahun tetapi dalam masa yang sama GST dikuatkuasakan, harga gula dinaikkan yang akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut meningkat dan jika dicampur dengan kesan kenaikan minyak sebanyak 20 sen sebelum ini, tiada lebihan apa-apa yang dinikmati oleh rakyat yang menerima BR1M itu. Bahkan duit mereka sudah pun disedut terlebih dahulu sebelum kenaikan RM150 itu diberikan.

Banyak lagi sebenarnya janji yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya lalu yang tidak ditunaikan atau disebut dalam bajet Najib ini. Janji menaikkan baucer buku tidak ditunaikan, kenaikan BR1M untuk orang bujang tidak sebagaimana yang dijanjikan, penurunan harga kereta tidak disebut, begitu juga dengan perumahan dan aspek penjagaan kesihatan.

Pendeknya, bajet kali ini langsung tidak menggambarkan bajet menunaikan janji dan menghargai sokongan rakyat dalam pilihan raya lalu. Bukan saja rakyat yang tidak dihargai, kakitangan kerajaan juga seperti dipandang sebelah mata kerana bonus yang diberi hanya setengah bulan saja sedangkan tuntutan Cuepacs mahukan dua bulan. Dalam keadaan harga barang makin meningkat sekarang ini, apalah yang boleh dibuat dengan bonus setengah bulan atau minima RM500 itu.

Kegagalan Najib menunaikan banyak janji-janjinya dalam bajet ini menyebabkan ramai yang kecewa dan rasa menyesal kerana memberi undi kepada BN dalam pilihan raya lalu. Bukan saja kerana banyak janji yang tidak ditepati tetapi juga sumbangan mereka seolah-olah tidak dihargai.

Ramai yang berkata, jika PR yang menang dalam pilihan raya lalu, bukan saja tiada GST tetapi juga dapat menikmati penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam dan juga harga kereta yang lebih murah lagi.

Bajet kali ini bukan saja menyebabkan kehidupan rakyat bawahan bertambah parah menjelang bajet seterusnya pada tahun hadapan atau sehingga pilihan raya akan datang, tetapi juga akan terus berpanjangan seusia kehidupan sekiranya perubahan kerajaan tidak dijadikan kenyataan. – shahbudindotcom, 26 Oktober, 2013.- TMI

adios
Disclaimer

“Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com”Go to Source
Author: GeloraHatiMuda

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Akhirnya kerisauan seorang menteri (KLIK SINI) terhadap lonjakan pesakit diabates di Malaysia bagi membolehkan kenaikan harga gula naik telah pun “dihalalkan & diluluskan” sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia semalam. Bermula hari ini harga gula akan naik melonjak kepada RM2.84 sen sekilo apabila subsidi untuk rakyat Malaysia telah dipotong sejumlah 34 sen dan semua rakyat Malaysia […]
Go to Source
Author: Staff Berita Semasa

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Maaf sekadar ingin bertanya,mana perginya penasihat ekonomi DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi,ulasan Tok Guru mengenai bajet amat ringkas berbanding ulasan DS Anwar Ibrahim. Sepatutnya penasihat Tuan Guru Haji Abdul Hadi kena beri input kepada Tok Guru kita. Cuba baca dua pandangan yang dipetik melalui harakahdaily. 

Pandangan Tuan Guru Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi. 


Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014. 


Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok. 


Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok. 


“Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat,” katanya ditemui di lobi Parlimen.


Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600. 

Pandangan DS Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku.

Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.

“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan,” ujarnya dipetik Selangorku.

Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. 

Tambahnya, GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin.

“Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, semalam.

Go to Source
Author: mantaro

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

like ?



Tekan gambar !