Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

Pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara selesai apabila PAS hari ini mengumumkan untuk menarik balik calon mereka, dan akan menyerahkan kerusi itu berdasarkan kepada status quo dan akan ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang akan menggunakan simbol PKR, kata Datuk Mustafa Ali.

“Saya mengumumkan setelah perundingan dibuat, status quo kerusi DUN Kota Damansara kekal seperti sebelum hari penamaan calon iaitu diperuntukkan kepada PKR,” kata Setiausaha Agung PAS itu lagi.

Tambah Mustafa , PAS juga telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan penarikan diri calon PAS pada 23 April lalu dan mengarahkan jentera PAS menumpukan kerja dan sokongan untuk menangkan calon PKR.

Mustafa menjelaskan, semua tujuh pertindihan kerusi antara PAS dan PKR juga telah diselesaikan dengan tiga diserahkan kepada PAS manakala baki empat lagi akan ditandingi PKR.

“Tiga kerusi DUN di Terengganu: Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi diserahkan kepada PAS.

“Manakala tiga lagi kerusi iaitu DUN Panti, Johor, Sungai Acheh, Pulau Pinang, dan Parlimen Labuan akan diserahkan kepada PKR,” katanya, dan menambah keputusan berkenaan perkara itu dibuat semalam.

PSM sebelum ini meletakkan Presiden mereka Dr Nasir Hashim di Kota Damansara pada 2008 dan memenangi kerusi tersebut, malah beliau akan kekal bertanding di kawasan tersebut untuk Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei depan.

Berlaku pertindihan apabila PAS dikatakan turut akan meletakkan Ridzuan Ismail sebagai calon mereka di kerusi sama.

Sementara calon PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj telah bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008 dan turut beroleh kemenangan.

PSM telah bertanding dengan menggunakan logo PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang dianggap sebagai paling sengit dalam sejarah negara ~ The Malaysian Insider 

Apa dah jadi di Sungai Acheh??.. nanti aku dedahkan.. sebab ada pihak yang makin dibiar.. makin galak pulak jadinya..Go to Source
Author: Anak Sungai Derhaka

  • Comments Off

GEORGETOWN -Perebutan kerusi Dun Sungai Acheh antara PKR dan Pas akhirnya selesai apabila ia menarik diri dan memberi laluan kepada PKR untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Memetik laporan yang disiarkan Harakahdaily.net, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Saleh Man berkata, persetujuan dicapai oleh kepimpinan tertinggi Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dan oleh itu, semua pihak harus akur.

Beliau berkata, jentera Pas dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas kali ini.

“Saya sudah jalankan tanggungjawab bersama kepimpinan Pas negeri untuk memastikan Dun Sungai Acheh ditandingi Pas. Tetapi, ia adalah keputusan pihak tertinggi Pas yang tentunya mempunyai pengetahuan tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, semua pihak diminta menerima keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun, beliau meminta pimpinan Pas pusat segera turun padang bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku dan menjelaskannya khususnya kepada jentera dan anggota parti di kawasan berkenaan.

“Pas pusat sendiri perlu datang untuk menenangkan keadaan dengan menyatukan semua pihak terutama kedua-dua parti gabungan PR itu,” katanya.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Pas yang diwakili Ketua Pemudanya, Mohd Yusni Mat Piah disahkan menjadi calon untuk bertanding di Sungai Acheh manakala PKR menampilkan Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin untuk menentang penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mahmud Zakaria dari BN.

Perebutan kerusi antara Pas dan PKR itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk ketidaksepakatan antara dua parti itu sehingga rakan sekutu melalui Pengerusi DAP, Karpal Singh menegur sikap kepimpinan tertinggi PKR dan Pas yang gagal menyelesaikannya.

Karpal berkata, pertembungan sesama sendiri akan menjejaskan hasrat PR mencatatkan kejayaan lebih besar seterusnya menawan Putrajaya.

Kerusi Dun Sungai Acheh antara tujuh kerusi yang dilaporkan berlaku pertindihan antara Pas dan PKR.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan cadangan Pas untuk menyerahkan kerusi Dun Sg Acheh kepada PKR.

Dua lagi kerusi yang turut diserahkan kepada PKR adalah Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

Sebagai balasan, PKR dicadangkan agar menyerahkan tiga Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada Pas.

Manakala kerusi Dun Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara Pas dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas yang dipengerusikan Abdul Hadi sendiri.

Keputusan itu akan menyaksikan semua kerusi terbabit menghadapi pertandingan satu lawan satu antara calon PR dengan BN.

Go to Source
Author: Desperado

  • Comments Off

Respon saya terhadap tuduhan mereka akan saya kemukakan dalam 4 bahagian:

BAHAGIAN PERTAMA: FITNAH YANG DILEMPARKAN TERHADAP SAYA

Oleh kerana ketegasan saya mempertahankan kerjasama dalam PR maka saya sering dijadikan sasaran. Ini sesuatu yang pelik memandangkan kerjasama PR adalah keputusan muktamar sendiri!

Kali pertama saya dilanda fitnah adalah selepas PRU 2008 apabila usaha untuk gagalkan PR melalui kaedah mencetuskan perbalahan dengan DAP khususnya telah saya dan beberapa sahabat lain gagalkan. Akhirnya kami digelar ‘Kumpulan Erdogan’, ‘Anwarinas’, ‘Parasit’ dan lain lagi oleh golongan yang ingin gagalkan PR dan berdamping dengan UMNO.

Kali ini, hasil dari pertembungan di Kota Damansara, yang tidak diketahui atau dirujuk kepada pihak Negeri Selangor, maka saya dituduh ‘lebih PKR dari PAS’, ‘telah menjatuhkan Almarhum Hassan Shukri’, ‘mahu jatuhkan Presiden’, ‘mahu jatuhkan ulama’, ‘tidak wala’ dan thiqah’ dan sebagainya! Ditambah pula dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dalam kes pertama yang diulang tayang oleh kumpulan baru pula. Adakah mereka ‘pewaris Hassan Ali’?

Sedangkan keputusan bertanding di Kota Damansara, bagi saya, merupakan tindakan mungkir janji yang tidak wajar dilakukan oleh sebuah parti Islam. Janji telah dibuat oleh PAS Negeri dan PAS Pusat sepertimana dijelaskan oleh Mustapha Ali sendiri selaku wakil PAS dalam perundingan kerusi di peringkat Pusat.

Pandangan saya untuk mengingatkan pimpinan akan janji kita bersama serta kerugian yang terhasil dilihat sebagai tindakan ingin ‘menjatuhkan Presiden’ walaupun tiada sebarang kecaman terhadap Presiden telah saya lakukan dalam tulisan saya. Dan kemenangan calon UMNO di KD dipandang sebagai ‘tidak mengapa’.

Seterusnya dilebarkan lagi fitnah terhadap saya dengan menuduh saya ingin jatuhkan kepimpinan ulama’. Ekoran dari itu maka telah disebarkan beberapa ‘poster’ melalui FB khususnya, yang mengandungi tuduhan dan fitnah yang perlu saya jawab secara ringkas.

Mereka yang membuat ‘poster’ ini tahu ianya tidak benar dan adalah fitnah. Bagi mereka balasan atas kerja-tangan mereka. Yang memanjangkannya pula mungkin tidak tahu ianya fitnah dan penjelasan ini adalah untuk mereka ini, supaya mereka tidak menempah dosa tanpa disedari.

Poster fitnah yang disebar-luas melalui FB tertentu.

a) “Saya akan masuk PKR jika MB Selangor bukan dari PKR”.
Ini kononnya yang saya kata untuk mengugut pimpinan PAS, khususnya Presiden, supaya TSKI kekal sebagai MB Selangor selepas PRU ke-13. Sedangkan Presiden sendiri telah mengarahkan sedemikian melalui panggilan telefon kepada PJ PAS Selangor, Dr. Abdul Rani, sehari selepas keputusan PRU diketahui. Surat yang ditandatangani DS Presiden berhubung perkara yang sama menyusul selepas itu.

Saya sendiri bersetuju supaya TSKI kekal sebagai MB tetapi bukan kerana dia dari PKR tetapi kerana kepimpinannya telah menyumbang kepada kemenangan PR di Selangor. Agak peliklah pula kalau MB bukan dari PKR maka saya akan masuk PKR. Kalau MB dari PAS lagi baiklah saya kekal dalam PAS! Aduhaai…Mengarut!

b) “Tuan Guru Presiden Merupakan Punca Pertembungan Antara Golongan Ulama’ Dan Golongan Anti Ulama’.”
Ini kononnya disebut oleh saya dalam wacana ‘Kemenangan Yang Ditangguh’ di Melaka pada 6Julai 2013. Sesiapa yang menonton video program berkenaan akan mengetahui bahawa saya tidak mendakwa sedemikian dan tuduhan ini merupakan fitnah yang jelas dan nyata. Malahan istilah ‘anti-ulama’ pun tidak saya sebut kerana dalam PAS tidak mungkin ada yang ‘anti-ulama’ setelah menerima konsep kepimpinan ulama’! Mengarut lagi…

Sebenarnya fitnah asal menggunakan ungkapan ‘…antara golongan ulama’ dan profesional’ tetapi diubah-suai kepada ‘…antara ulama’ dan anti ualama’…’ mungkin atas sebab lebih dramatik. Dasar penipu memang begitu: ubah ikut suka.

Apa yang saya sebut ialah bahawa selepas 2008 golongan Hassan Ali telah berusaha untuk menggambarkan bahawa adanya pertembungan di antara ulama’ dan profesional dan usaha ini dipertingkatkan sehingga menjadi meruncing apabila ide ‘Unity Government’ dicampakkan oleh Tuan Guru Presiden secara mendadak. Apabila ramai dari golongan profesional menolak ide ini maka penyokong Hassan Ali mengambil kesempatan untuk mendakwa adanya pertembungan profesional dan ulama’. Sebenarnya, dalam video program berkenaan saya telah menyebut secara jelas bahawa pertembungan berkenaan tidak wujud.

Sebenarnya bagi saya, agenda ‘pertembungan ulama’ dan profesional’ adalah rekaan UMNO dan media BN untuk menimbulkan pergeseran dalaman PAS. Mereka yang memanjangkan isu ini hanya memanjangkan agenda UMNO dalam PAS samada sedar atau tidak.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah persalahkan Tuan Guru Presiden dalam soal mencampakkan ide ‘Unity Government’. Bagi saya ianya satu tindakan untuk mencetuskan perbahasan berhubung satu pilihan yang mungkin tidak difikirkan oleh yang lain sebelum itu. Ianya dicampakkan untuk dibahas dan apabila ianya ditolak maka Tuan Guru Presiden pun menerimanya dengan baik dan menerima juga hakikat bahawa ianya satu pilihan yang sukar diterima pada masa itu.

Tulisan saya dalam blog pada ketika itu juga tidak menyerang Tuan Guru Presiden tetapi menjelaskan, dari hemat saya, mengapa ianya dicadangkan dan sebab mengapa ianya ditolak.

c) “Ahli PAS Tidak Wajib Wala’ Kepada Keputusan Majlis Syura, Mereka Bukan Dapat Wahyu Pun.”
Ini juga kononnya apa yang saya ucapkan dalam program wacana di Melaka yang sama. Sekali lagi sesiapa yang mendengar video program berkenaan akan mengetahui bahawa saya tidak sebut kata-kata sedemikian rupa! Semakin mengarut!

Yang saya sebut ialah adanya perbezaan di antara pandangan dan wahyu. Dalam soal wahyu kita tidak boleh bahas dan kita perlu sami’na wa ata’na. Dalam soal pandangan kita boleh berbincang dan berbahas. Saya berikan contoh kisah Hubarb dan Rasulullah (SAW) di Badr.

Tidak pernah saya sebut bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat melalui proses Syura, termasuk keputusan Majlis Syura, maka tidak wajib untuk kita patuh.

d) “Wala’ Dan Thiqah Konsep Yang Bercanggah Dengan Islam Dan Macam Teokrasi, Semua Dari Paderi Dari Tuhan, Kamu Bantah Kamu Sesat.”
Ini juga kononnya apa yang saya ucapkan dalam program wacana di Melaka yang sama. Sekali lagi sesiapa yang mendengar video program berkenaan akan mengetahui bahawa saya tidak sebut kata-kata sedemikian rupa. Apa yang saya nyatakan ialah jangan jadikan wala’ dan thiqah itu seperti amalan teokrasi dalam erti-kata memberikan kepatuhan membuta-tuli tanpa mengenali mana pandangan dan mana wahyu, atau mana yang boleh ditegur dan dibincang dan mana yang tidak boleh.

Berhubung isu wala’ dan thiqah ini, amat jelas bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat oleh jemaah melalui syura, semua kena patuh. Itu adalah disiplin berjemaah dan hukumnya ‘wajib jamaii’. Kalau tidak sudah pasti akan berlaku kecelaruan. Namun, keputusan yang dibuat melalui proses syura sekalipun boleh dikaji kembali selepas perlaksanaannya dari sudut keberkesanannya dan ketepatannya. Ini dinamakan sebagai ‘post-mortem’ dan ianya merupakan kebiasaan dalam PAS selama ini.

Dalam soal Kota Damansara, bagi yang mengikuti apa yang berlaku, mereka akan sedar bahawa PAS Selangor dan saya tidak mengeluarkan sebarang pendirian sehingga Dato’ Mustapha Ali (SUA) sendiri turun ke KD dan mengisytiharkan calon PKR sebagai calon PR. Selepas itu dan hanya selepas itu barulah PAS Selangor membuat PC menyokong kenyataan SUA kerana itulah apa yang telah dipersetujui di peringkat Negeri dan Pusat. Seterusnya semua telah diam dan isu ini saya timbulkan kembali selepas PRU selesai sebagai sebahagian dari post-mortem saya. Kalau setuju maka setuju, kalau tidak, tidak menjadi masalah. Itu hanya pandangan. Maka tidak perlu menabur fitnah. Fitnah merupakan jalan mudah menempah neraka.

Yang pelik ialah apabila ada golongan mempertikaikan kebijaksanaan kerjasama PR secara keseluruhannya, ianya diterima sebagai teguran yang membina dan tidak pula menyalahi konsep wala’ dan thiqah! Tetapi bagi yang mempertahankan kerjasama PR ianya dianggap tidak wala’? Persoalan kepelikan ini akan saya kupas dengan lebih terperinci dalam bahagian ke-tiga insyaAllah.

Bersambung…

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 

Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsuddin Lias sebagai Ketua Pembangkang negeri yang baharu.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan itu dicapai sebulat suara daripada kesemua 12 Adun BN serta mendapat restu Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Razak.

“Kami telah mengemukakan cadangan itu kepada Pengerusi BN semalam dan beliau turut bersetuju dengan pelantikan Shamsudin,” katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.

Noh berkata, pelantikan Shamsudin dibuat berdasarkan pengalamannya sebagai wakil rakyat sejak tiga penggal berturut-turut serta latar belakangnya yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah selain beberapa jawatan dalam jabatan awam.

Shamsuddin, 60, juga adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang dan pernah dinamakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor namun tawaran itu ditolaknya.

Sementara itu, Adun Jeram Datuk Amiruddin Setro dilantik sebagai Timbalan Pembangkang Selangor dan Adun Sungai Panjang Budiman Zohdi sebagai Setiausaha.

Ketua Pembangkang sebelum ini disandang bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo namun ekoran penglibatannya dalam kes rasuah jawatan itu digantikan dengan bekas Adun Seri Serdang Datuk Dr Mohamad Satim Diman.

Mohamad Satim bagaimanapun digugurkan dalam senarai calon BN bertanding semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Sementara itu, Shamsudin ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya berikrar akan bekerjasama dengan teman seperjuangan lain untuk menjadi pembangkang yang berkesan di Selangor.

Katanya, antara isu utama yang akan dibangkitkan adalah manifesto Selangor, ‘Akujanji’ yang dilafazkan Menteri Besar dan Exco Selangor serta mempertahankan Perlembagaan termasuk hak istimewa Raja-Raja.

PRU13 menyaksikan BN memperoleh 12 kerusi DUN Selangor, dan jumlah ini berkurangan berbanding 20 kerusi yang diperoleh BN semasa PRU12.

Mereka yang tinggal adalah Adun Kuang Abdul Shukur Idrus, Sulaiman Abdul Razak (Permatang), Jakiran Jacomah (Bukit Melawati), Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara), Shahrum Mohd Sharif (Dengkil), Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Batang Kali), Kamarol Zaki Abdul Malik (Sungai Air Tawar) Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam), selain Budiman, Amiruddin dan Mohd Shamsudin.
Manakala bagi kerusi Parlimen di Selangor, BN hanya memperoleh lima (empat kerusi Umno, satu MIC) daripada 22 kerusi semasa PRU13 lalu.- FMT

adios

Go to Source
Author: GeloraHatiMuda

  • Comments Off

PASCA PRU13: MENJAWAB MENANTU PRESIDEN PAS, DIN AYAM

Oleh: BICARA ABU NAWAS

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.

Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Islam cara Din Ayam laksanakan hudud dan Qisas sahaja. Masa PAS perintah Kedah dia tak pernah pun paksa laksana hudud dan Qisas. Berjuta-juta alasan dia bagi nak kata Kedah terkecuali laksanakan hudud dan Qisas. Din ayam nak bagitau kita, wajib itu bila dia kata wajib. Kalau dia tak kata wajib, ia tak jadi wajib. Islam kroni cara Islam Din Ayam sang menantu Hadi.

Mungkin Din Ayam nampak islam itu hanya hudud dan Qisas. Rasuah, tindas, ISA itu bukan larangan islam. Mungkin bila PAS perintah nanti, Din Ayam akan digunakan seribu satu dalil nak halalkan rasuah kot? Nak halalkan tindas kot? Nak halalkan ISA kot? Almaklumlah, Islam hanya sah dari tafsiran Din Ayam. Selain Din Ayam adalah Islam tak benar (?)

PSM yang lawan ISA itu tidak sah pada pandangan Islam cara Din Ayam. PSM lawan Rasuah itu tidak sah. Dr Jayakumar gunakan duit AP-nya untuk buat jambatan rakyat itu tidak sah. Tetapi yang sah adalah Hashim Jasin ambil AP-nya buat beli kereta pocher untuk anak. Hebat Islam cara Din Ayam ni rupa-rupanya.

Din ayam kata UMNO menang itu lebih baik dari PSM menang. Mungkin menantu presiden tu nak kata bahawa rasuah itu lebih baik, ISA itu lebih baik, tipu duit rakyat itu lebih baik. UMNO yang lansakan benda ni. PSM konsisten lawan semua ni.

Sebenarnya Kota Damansara tu kerusi PKR. Bukan kerusi PAS. Tahun 2004 PKR bertanding di DUN Paya Jaras. Kota Damansara pula PAS bertanding. Haji Arif calon PAS Kota Damansara masa tu. Tp tahun 2008 PAS minta tukar kerusi Paya Jaras dengan PKR. PAS nak bertanding di DUN Paya Jaras. Dun Kota Damansara pula PAS bagi kepada PKR. Tahu-tahu PKR menang di DUN kota Damansara. PAS kalah di DUN Paya Jaras.

Kalau Din ayam nak PAS bertanding di kerusi Kota Damansara. Kenapa Din ayam tak bagi kerusi Paya Jaras kepada PKR? Oh, Din Ayam amalkan islam kroni. Islam Hadi dan menantu.

Bila tahun 2008 PKR menang di Dun Kota Damansara, Din Ayam dah mula merepek. Dia duduk di seksyen 8 Kota Damansara. Dia mula kata orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Orang itu tidak Islam, orang ini tidak Islam. Yang islam hanya datang dari dia sahaja. Dia mula buat fitnah macam-macam kat Dr Nasir. Geng dia tukang sebar. Dorang kata Dr Nasir tak sembahyang. Dorang kata Dr Nasir tak puasa. Islam cara Din Ayam ni boleh tuduh orang. Fitnah orang dapat pahala pada Din Ayam.

Din ayam semakin tamak. Masa isu ADUN Bukit Lanjan. Gambar Elizabert wong tersebar. Menantu presiden PAS tu buat kenyataan minta DUN Bukit Lanjan itu diberikan kepada PAS.

Bila datang tahun 2013. Din ayam sekali lagi pamerkan tamak. PAS kawasan Subang dah buat keputusan dah yang PKR bertanding di kerusi itu. masalah PKR nak bubuh calon PSM atau tidak, itu PKR punya pasal la. Sebab itu kerusi PKR. Macam PAS letak hasan ali dulu kat DUN Gombak setia. Kalau PKR masuk juga bertanding, mesti PAS pun marah. PAS nak letak hasan ali ke kat DUN Gombak tu, PAS punya pasal la.

Bila PAS Kawasan Subang dah tau bahawa Dr Nasir bertanding di DUN Kota Damansara atas tiket PKR. Lawyer Razlan asalnya calon PKR pun dah tarik diri. Dia bagi laluan kepada Dr Nasir Hashim. PAS kawasan subang pun buat keputusan tak akan bertanding.

Tp, malam penamaan calon lain pula jadinya. Watikah calon PAS pun sampai. Hadi yang tandatangan. PAS selangor dan PAS pusat tak tau. Timbalan presiden kata itu kerusi PKR. Semua Naib presiden pun kata benda sama. PAS selangor pun kata benda sama. SU Agong PAS pun kata benda sama.

Tp Hadi sahaja yang diam. Rupa-rupanya Hadi dipengaruhi Din Ayam untuk tandatangan watikah. Lebih-lebih lagi Calon PAS Kota Damansara itu kawan baik Din Ayam masa belajar di Mesir dulu. Sama-sama dalam PMRAM.

Masa hari penamaan calon. Dorang sekali lagi licik. Dorang tak datang awal. Dorang datang lewat. Bila dah selesai semua calon-calon DUN dalam Parlimen Subang masuk dewan penamaan calon baru dorang masuk. Selepas Khairuddin masuk. Selepas Sivarasa Masuk. Selepas Elizabert wong masuk. Tiba-tiba dengar takbir.

Orang-orang PAS yang berada di bahagian hadapan terkejut. Dorang tengok calon PAS dah masuk dah. Ni calon mana pula. Dorang ingat calon ISMA. Rupa-rupanya calon PAS. Riduan Ismail. Pandai dorang buat strategi. Kalau dorang datang awal. Nanti sempat Khairuddin selesaikan lebih awal sebab Khairuddin tu setiausaha PAS Selangor. Tp dorang datang lambat supaya Khairuddin tak sempat nak selesaikan benda ni. Memang kerja dorang licik. Din ayam mastermindnya. Tahniah hadi ada menantu macam Din Ayam.

Bila Din Ayam berhujjah. Dia guna hujjah lawak. Alasan dia 7 ribu undi PAS itu tak akan undi calon PKR. Kata Din Ayam 7 ribu tak akan keluar mengundi kalau PAS tak bertanding. Mungkin Din ayam nak pakai logik. Kalau PKR tak bertanding mungkin 14 ribu undi tak akan undi PAS. Hujjah intelek Din Ayam lebih hebat dari hujjah seekor kambing.

Din Ayam ni sesuai sangat jadi penasihat Hizbut Tahrir atau ISMA. Din Ayam ni salah seorang Ahli majlis Syura Ulama. Dia buat keputusan. Dia dilantik sebab dia menantu Hadi. Kalau dia bukan menantu dia tak akan jadi Ahli Majlis Syura Ulama PAS punya. Majlis Syura Ulama PAS ni penentu dasar dan keputusan parti. Dia boleh buat desakan supaya PAS keluar dari PR dengan fatwa-fatwa dia. Islam Din Ayam, Islam kroni anak menantu Hadi.

Yang benar;
KD (Kambing Din)

Go to Source
Author:

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

.
.
.

like ?

Tekan gambar !

..

.

<