Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<
PELBAGAI…Azya’ Bazaar memberi peluang kepada pemilik butik secara dalam talian memperkenalkan pelbagai pilihan koleksi kepada pelanggan.

SUKAR memiliki baju bersaiz besar dan kebanyakannya pula menampilkan rekaan lama membuatkan sesetengah wanita kurang berkeyakinan.

Tip fesyen pakaian ke majlis makan malam !

Tip fesyen pakaian ke majlis makan malam ! Sumber

Kesannya, mereka mungkin tidak selesa dan kurang yakin apabila terpaksa menahan keinginan untuk kelihatan cantik di hadapan orang lain.

Jika dilihat, rekaan untuk mereka yang berbadan besar kini semakin banyak dipasarkan, tidak kira mengikut trend terkini atau sebaliknya, namun mereka harus bijak memilih kesesuaian gaya mengikut potongan badan.

Pengalaman sama pernah dirasai oleh pemilik butik Raynaa, Nur Farihah Ismail yang berasa sukar untuk mendapatkan pakaian mengikut saiz diri, selesa dipakai dan mengikut trend terkini.

Kecewa dengan keadaan itu, Nur Farihah mengorak langkah untuk berkongsi koleksi yang dihasilkannya sendiri bersama wanita bersaiz besar yang lain.

“Sebenarnya, saya gemar membeli koleksi pakaian secara dalam talian kerana lebih mudah dan tidak perlu bersusah payah ke kedai mendapatkannya.

“Namun malangnya, saya dapati kebanyakan penjual dalam talian lebih memberi fokus kepada koleksi pakaian untuk mereka yang berbadan langsing,” katanya.

Disebabkan itu, dia mencari alternatif untuk mencari dan mencipta rekaan sendiri bagi memberi kepuasan dalam bergaya.

Menampilkan koleksi kasual, formal hinggalah eksekutif, semuanya dijahit sendiri selain himpunan dari Korea dan Vietnam yang dirasakan sesuai untuk mereka yang berbadan besar.

“Bagi mengetahui apa yang dikehendaki mereka yang bersaiz besar, saya banyak membuat ulang kaji setelah perniagaan menukar nama daripada kedaipanas.blogspot kepada raynaa.my,” katanya ketika ditemui di Azya’ Bazaar, baru-baru ini.

Baru pertama kali menyertai bazar seperti itu, Nur Farihah akui ia peluang yang baik untuk pemilik butik secara dalam talian seperti dirinya membantu dan memperkenalkan koleksi kepada pelanggan secara langsung.

Sementara itu, menurut pemilik SS Collection, Siti Balkhis Mohd Noor yang bermula ?dengan hanya menjual selendang dan tudung pada 2011, kini permintaannya begitu menggalakkan.

Mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, Siti Balkhis mula menjalankan usaha secara dalam talian bagi memperkenal?kan koleksinya. Setelah yakin dan berpuas hati, dia mengorak langkah dengan membuka butik untuk menempatkan lebih banyak koleksi.

“Dulu saya hanya menjalankan perniagaan dalam talian sepenuh masa dan setelah membuka butik, komitmen kian bertambah.

“Setelah sibuk dan membuka butik, saya mengambil keputusan berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang ini. Saya gembira kerana sekarang saya mula menghasilkan rekaan sendiri untuk tampil berbeza daripada koleksi di pasaran,” katanya yang mendapati fesyen terkini daripada fabrik sifon begitu popular digayakan.

Padanya, wanita Muslimah kini dilihat mementingkan gaya tetapi masih mengekalkan kesopanan dalam penampilan.

Bagi memudahkan pelanggan mendapatkan koleksi lengkap untuk bergaya, dia menjadikan butiknya sebagai pusat fesyen untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak mencari pakaian digemari.

Walaupun masih setahun jagung dalam dunia perniagaan, Siti Balkhis mencari pengalaman baru dengan menyertai bazar terbabit untuk membuka gerai dan memperkenalkan koleksi dimiliki.

Dia percaya, pengalaman yang dikutip semasa mengikuti bazar berkenaan banyak mengajarnya agar bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk bersaing secara sihat.

Pengalaman membuka gerai untuk pertama kali itu mengundang pelbagai rasa malah sedikit kelam kabut membuat persiapan. Namun, dia lega kerana sepupunya, Nur Aisyah, pemilik butik dalam talian, House of Abaya, turut membantu.

Bertempat di The Strand Encorp, Kota Damansara, idea mengadakan bazar berkenaan dicetuskan oleh Elyna Effendi. Ia menampilkan hampir 30 pemilik butik yang menyewa tapak bagi menjual barangan mereka secara langsung kepada pelanggan.

Bazar yang diadakan pada 2 dan 3 Jun lalu meliputi lebih 70 peratus pemilik gerai secara dalam talian manakala 30 peratus lagi terdiri daripada jenama fesyen Muslimah yang tidak asing di negara ini.

Kolaborasi pertama yang menghimpunkan jenama di alam maya dan butik itu dilakukan sebagai usaha yang baik bagi memeriahkan lagi industri fesyen hijab yang semakin mendapat tempat di hati remaja dan wanita Muslimah masa kini.

sumber hmetro

Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/14

  • Comments Off

perlunya dalam memilih tali pinggang yang sesuai

Tali pinggang adalah kunci aksesori dan fesyen pada penampilan lelaki. Hari ini, ciptaan tali pinggang hadir dalam pelbagai rekaan dan rangkaian. Anda perlu memakainya ke tempat kerja dengan mengikut jenis kod berpakaian, amat penting untuk ketahui dan belajar tentang pemakaian tali pinggang yang betul. Ia adalah pelengkap kepada pemakaian harian anda.

PILIH TALI PINGGANG TERBAIK
Beberapa perkara berikut perlu anda ketahui dan nilai sebelum memilih tali pinggang untuk digayakan.

1. Jenis tali pinggang
Hanya dua jenis tali pinggang yang perlu anda tahu: Kasual dan formal. Bagaimana untuk mengetahui mana satu tali pinggang kasual, mana satu formal? Secara logiknya, pasti anda boleh bezakan kedua-duanya. Masih belum pasti? Baiklah, tali pinggang dengan ukuran lebar bermaksud ia adalah tali pinggang kasual. Ia juga bertekstur, lebih lembut dan flat. Tali pinggang formal pula biasanya berkilat dan perincian penyudahnya kemas. Untuk menjadikan anda seorang yang berfesyen, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua jenis ini.

2. 3 warna utama
Seperti juga mudah untuk membezakan antara tali pinggang formal dan kasual, memilih warnanya juga amat mudah. Hanya terdapat tiga warna utama yang harus anda tahu. Hitam, coklat dan gelap. Seharusnya anda memiliki tali pinggang kasual dan formal dalam kesemua warna ini. Di pasaran banyak tali pingang kanvas dijual dalam aneka warna. Dari label berjenama yang tidak perlu diragui kualitinya hinggalah jenama biasa. Tali pinggang dalam rona terang mungkin sesuai jika anda masih muda remaja, tetapi bagi kebanyakan orang, ia hanya satu trend yang bersifat sementara.

Dapatkan majalah Maskulin keluaran Ogos 2010 untuk mengetahui selanjutnya.


  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !


..

.

<