Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

PADANGAN                                                                                      

Bila seseorang menghadapi suasana terdesak ia akan melakukan apa sahaja. Begitu juga dengan penjenayah yang sedang diburu polis, kalau boleh mereka mahu melepaskan diri dan tidak mahu mengambil risiko berdepan dengan polis. Namun kerana sudah tidak ada pilihan lain mereka akan melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri. Itulah yang terjadi.

Barang kali kaedah yang sama boleh dipakai kepada Mahathir Mohamad yang kini dalam keadaan ‘terdesak’ untuk memastikan anaknya Mukhriz menang dalam perebutan jawatan naib presiden Umno. Mahathir bagaikan penjenyah akan melakukan apa saja tindakan walaupun ia melanggar keangkuhan dan kebencian dirinya kepada seseorang sebelum ini.

Mahathir kini boleh dikatakan terdesak dalam suasana untuk menenangkan anaknya. Agaknya beliau sudah mengetahui hujung jatuh Mukhriz dalam perebutan jawatan itu. Apa lagi bila mana Khairy Jamaluddin mAbu Bakar enang besar dalam mempertahankan kedudukannya sebagai ketua pemuda Umno ia menjadikan Mahathir makin tidak senang duduk. Phobia Khairy mengalahkan anaknya empat tahun lepas menghantui dirinya.

Keempat orang lawan Khairy yang setengahnya seperti ditaja Mahathir kalah sehinggakan hilang wang perataruhan. Kemenangan besar Khairy itu menandakan suara kejauhan Mahathir agak Khairy disingkirkan atau diberi petunjuk kurang sokongan dengan ada undi tentangan tidak menjadi.

Kemenangan bergaya Khairy itu dibaca dan dinilai Mahathir ianya membawa kecelakaan kepada calonnya, Mukhriz Mahathir. Lantaran itu Mahathir kena mengubah strategi termasuk memalukan dirinya sendiri. Apa dimaksudkan memalukan diri sendiri dan mengubah haluan ialah bila mana Mahathir sekonyang-konyang bersetuju dengan kenyataan Zahid Hamid yang menyarankan agar penjenayah ditembak. Zahid membuat kenyataan itu dalam majlis tertutup tetapi dapat dihidu oleh media massa. Kenyataan Zahid menjadi kontroversi.

Dalam kontroversi inilah Mahatir tiba-tiba tampil memberi sokongan moral kepada Zahid dengan berkata; kalau orang acu pistol ke arah awak, tembaklah… tetapi jangan pula dok pergi menembak merata. Komen Mahathir itu memberi gambaran beliau menyokong tindakan Zahid.

Mahathir terpaksa sokongan Zahid kerana dia menyedari kedudukan Zahid begitu terpengaruh. Zahid akan mendapat sokongan besar dalam pemilihan kelak. Jadi Mahathir mahu pengaruh Zahid itu akan mengalir kepada anaknya Mukhriz. Pernyataan sokongan itu juga memberi gambaran yang salah seorang naib presiden dalam konteks ini Hishamuddin Hussein, lemah dan gagal menunjukkan prestasi baik semasa dia memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri (KDN) dulu.

Maksud yang hendak disampikan Mahathir di sini ialah Hishamuddin perlu digugurkan kerana tidak menunjukkan prestasi baik sebagai seorang menteri kanan. Pujian Mahathir ke atas Zahid itu menjelaskan Hishmuddin lemah. Mahathir tentu mahukan Hishmuddin terkeluar untuk memudahkan anaknya masuk. Walaupun kalau mengikut kemisteri Mahathir tidak ngam dengan Zaid tetapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana kedudukan dan pengaruh Zahid meluas.

Siapa telah lupa sejarah yang dilakukan Mahathir kepada Zahid sebelum ini. Zahid menjadi ketua pemuda pertama yang tidak diberi apa-apa jawatan dalam kabinet oleh Mahathir. Zahid menjadi menteri setelah Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Apakah sejarah itu dilupai Zahid dan beliau akan membantu Mukhriz memenangi kerusi naib presiden? Rasanya tidak. Bagi Zahid Mahathir tidak ada apa-apa budi kepadnaya untuk dibalas dengan memberi laluan kepada Mukhriz.

Baik Zaid, Hishamuddin hatta Najib Razak sendiri tentu akan merasa tidak seoronok kalau Mukhriz berada di tangga ke tiga dalam hirerki parti sebagai salah seorang naib presiden. Mereka tidak mahu terganggu dengan kehadiran Mukhriz itu. Mahathir yang selamanya menjadi penasihat politik kepada anaknya dan menaungi kerajaan Kedah akan menggunakan Mukhriz untuk menyalurkan pandangannya. Teguran-terguran beliau kepada Umno akan disampaikan kelalui Mukhriz. Keadaan inilah bakal mewujudkan suasana tidak sihat dalam Umno kelak.

Agenda Mahatir tidak akan mudah habis. Sebagai seorang yang merasakan orang lain bodoh, tidak cerdik beliau tetap mahu menunjukkan yang otaknya bagus. Kerana itulah beliau akan mencari apa-apa saja lubang dan peluang untuk ‘memerintah’. Jadi kalau anaknya berada di dalam Umno ia memudahkan untuk beliau terus menguasai Umno.

Justeru pujian dan sokongan kepada Zahid berhubung cadangan agar penjenayah ditembak itu, ia bukan satu cadangan yang ikhlas melainkan ada muslihatnya. Mahathir seorang yang sebelum ini berpegang kepada prinsipnya; seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah selagi ia tidak didapati bersalah. Apakah dengan penjenayah ini beliau ada pandangan lain dan telah mengubah prinsipnya. Oh tidak, pujian kepada Zahid itu tidak lain dan tidak bukan kerana ada undang di balik batu, beliau mahu anaknya mendapat blessing Zahid Hamidi. Itu sahaja.

Dan Mahathir kini sudah terdesak dan sedia untuk jadi seperti seorang penjenayah menembak sesiapa saja.  [wm.kl.12:51 pm 16/10/13]
Go to Source
Author: mso.im

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Oleh: Shahbudin Husin

Diantara percaturan menarik yang dilakukan oleh Najib dalam pilihanraya kali ini ialah memindahkan Ghani Othman bertanding di Parlimen Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dan meletakkan Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam serta dijanjikan kerusi Menteri Besar Kedah jika BN dapat menawan negeri itu.

Sekali imbas, tindakan meletakkan Ghani bertanding di Gelang Patah dilihat seperti keputuan yang berani dan menunjukkan pemikiran di luar kotak sebagai jalan terbaik untuk “membunuh” karier politik Lim Kit Siang tetapi ia juga boleh “membunuh” karier politik Ghani yang sudah empat penggal menjadi Menteri Besar Johor.

Walaupun dalam pilihanraya umum lalu, calon MCA menang di Gelang Patah dengan majoriti 8851 undi tetapi dengan 54 peratus pengundi kawasan itu terdiri daripada pengundi Cina, laluan Ghani tidaklah seperti melalui karpet merah, tambahan lagi dengan perkembangan semasa yang menunjukkan pengundi Cina memang menolak BN dan mahukan perubahan.

Harapan Ghani untuk menang hanyalah bergantung kepada undi Melayu dan gahnya jawatan Menteri Besar yang disandangnya. Mungkin juga melalui beberapa perbelanjaan pembangunan dan lain-lain bantuan kewangan. Sebagaimana Lim Kit Siang, Ghani juga bukanlah orang tempatan Gelang Patah, jadi kesukaran sebagai orang luar agak seimbang. Kalau ada pun hubungannya dengan penduduk Gelang Patah, hanyalah atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Johor saja.

Diatas kertas, laluan Ghani memang nampak sukar. Tetapi laluan Lim Kit Siang juga tidaklah mudah. Ghani harus berusaha mengaut sebanyak mungkin undi Melayu dan menampung selebihnya dengan undi bukan Melayu. Namun kelebihan yang ada pada Penasihat DAP itu ialah jumlah pengundi Cina yang ramai dan kali ini pula mereka memang menolak BN dan mahukan perubahan. Jika Lim Kit Siang boleh memastikan majoriti undi Cina memihak kepadanya dan undi Melayu pula diperolehi melalui bantuan Pas dan PKR, harapannya untuk menang lebih cerah.

Jika Ghani menang dan BN pula kekal menguasai Putrajaya, Ghani mungkin akan diberikan jawatan menteri yang kanan, sesuai dengan jasanya menumbangkan tokoh besar DAP itu. Tetapi jika tewas, beliau akan terbiar begitu saja. Beliau akan dilupakan dan jasa-jasanya tidak akan disebut lagi. Kegagalannya lebih menjadi sebutan dan perbualan. Beliau akan dikenali sebagai Menteri Besar yang gagal.

Dan sebagai pemimpin yang pernah menjadi menteri pusat dan Menteri Besar Johor selama empat penggal, meletakkan beliau untuk berhadapan dengan lim Kit Siang tidak lebih seperti memberi jalan mati yang mempunyai gaung di hadapannya. Kemungkinan beliau untuk tewas dan “mati” adalah lebih besar daripada kemampuan untuk terus hidup dan bernyawa.

Persoalannya apakah bagi Najib membunuh karier politik Lim Kit Siang itu sangat penting sehingga Ghani dijadikan pertaruhan? Apakah juga jika BN tewas di Gelang Patah, bermakna Putrajaya akan terlepas sehingga menyebabkan kawasan itu begitu ingin dimenangi?

Bagi Mukhriz pula, tindakan Najib meletakkannya bertanding di Ayer Hitam serta dijanjikan jawatan Menteri Besar Kedah juga mengundang risiko yang tinggi dan sama seperti Ghani, beliau juga umpama diberikan jalan mati oleh Najib dalam pilihanraya kali ini.

Walaupun Mukhriz menang di Jerlun dalam pilihanraya 2008 lalu tetapi perjuangannya di DUN Ayer Hitam kali ini tidaklah semudah yang dijangka, tambahan pula kawasan itu dimenangi oleh calon Pas, Ghani Ahmad dengan majoriti 506 undi dengan menewaskan calon BN, Othman Aziz.

Mungkin dengan kerja kuat dan bantuan kempen oleh bapanya Mahathir, beliau boleh memenang di kawasan itu. Tetapi persoalan lain ialah bolehkah Kedah dimenangi oleh BN? Untuk mencapai hasrat meletakkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah, dua perjuangan harus diharungi iaitu menang di DUN Ayer Hitam dan kerajaan PR yang ada sekarang mesti ditumbangkan.

Dengan beberapa pergolakan di Kedah sebaik nama-nama calon BN diumumkan, ada bantahan dan protes di beberapa kawasan, ternampak usaha BN mahu menawan Kedah tidaklah semudah yang dijangka. Tambahan pula isu siapa bakal Menteri Besar Kedah pilihan Najib masih menjadi misteri walaupun Mukhriz lebih menjadi pilihan. Ini kerana Pengerusi UMNO Kedah, Ahmad Bashah yang bertanding di DUN Bakar Bata, turut mengidam jawatan yang sama.

Jika Mukhriz hanya menang di Ayer Hitam dan Kedah kekal ditangan PR, anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu akhirnya hanya akan menjadi ADUN biasa saja. Paling tidak pun menjadi Ketua Pembangkang di DUN Kedah.

Dalam kedua-dua kes, Ghani Othman di Gelang Patah dan Mukhriz Mahathir di Ayer Hitam, walaupun harapan Najib dan BN terhadap mereka sangat tinggi tetapi kemungkinan mereka kecundang juga sama tingginya. Mempertaruhkan keduanya di kerusi sukar seperti Najib sedang menyediakan laluan mati untuk mereka.

Jika mereka menang, mungkin ia suatu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Najib dan BN tetapi jika tewas, Ghani akan dilupakan dan boleh memilih untuk bersara terus. Mukhriz pula, jika tewas dan cita-cita menjadi Menteri Besar tidak kesampaian akan menjadikan laluan politiknya tidak menentu tetapi yang paling nyata, ia mungkin paling mendatangkan kekecewaan kepada Mahathir yang sentiasa mengharapkan laluan mudah untuk anak-anaknya. (SH 18/04/2013)

- http://shahbudindotcom.blogspot.com

Go to Source
Author: hangit

  • Comments Off

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

HEBATNYA Rosmah Mansur, mampu cantas team Mahathir pula? Buktinya, Datuk Ibrahim Ali out. Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir hilang kerusi parlimen dan bertanding di kerusi tidak selamat. Apakah ini ekoran dari analisis  Bermula Kejatuhan BN, Kerana Tangan Rosmah..sebelum ini?

Dikatakan, setelah memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan ditolak sebagai Presiden Umno. Akan diitolak, sekiranya gagal membawa BN ke keputusan lebih baik dari Tun Abdullah Badawi di 2008. 

Maka, orang-orang yang disukai dan dibenci Mahathir dikatakan mengalami nasib yang berlawanan dari yang dihasratkan. Contohnya Ibrahim Ali, presiden Perkasa yang dirayu Mahathir secara terbuka minggu lepas untuk diberikan laluan bertanding di Pasir Mas terkeluar dari senarai calon BN.

“Saya berharap BN akan memberikan satu tempat kepada Ibrahim Ali. Jika beliau menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Kita perlukan lebih ramai individu seperti Ibrahim Ali. Malaysia akan selamat,” kata Mahathir minggu lepas.

Kecewa dengan keputusan BN, Ibrahim mengumumkan akan bertanding atas tiket bebas di Pasir Mas. Ibrahim bakal bertembung dengan calon BN Che Johan Che Pa dan calon PAS yang bakal diumumkan malam esok. Ibrahim sebelum ini memenangi kerusi Pasir Mas pada 2008 atas tiket PAS. Ramai melihat jasa Ibrahim dalam membantu Umno selama empat tahun ini tidak dikenang kerana naib presiden Perkasa Zulkifli Nordin boleh dicalonkan di parlimen Shah Alam melawan Khalid Samad dari PAS.

Kemasukan Khairy Jamaluddin dalam senarai calon BN juga bakal memberi tamparan kepada Mahathir. Ini kerana, kebencian Mahathir pada Khairy sudah diketahui umum. Khairy dicalonkan di kerusi parlimen Rembau oleh Najib. Bukan itu sahaja, anak Mahathir Mukhriz kehilangan kerusi parlimen Jerlun dan hanya akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam, Kedah yang menjadi kubu PAS selama ini di Jerlun.

Dalam PRU12, calon PAS Abdul Ghani Ahmad menewaskan calon BN Datuk Osman Aziz dengan majoriti 506 undi, satu angka yang besar di Kedah. Jika Najib ikhlas membuka laluan Mukhriz menjadi calon BN, mengapa tidak membiarkan Mukhriz bertanding di Kota Seputih? 

Sedangkan semua orang Umno tahu ADUN Kota Seputih Datuk Abu Hassan Sharif bermasalah dan hampir berjaya dipecat sebagai ADUN kerana tidak menghadiri sidang DUN Kedah? Mahathir, yang kian dilihat sebagai jeneral perang BN kali ini, sudah tentu dapat membaca ini sebagai langkah Najib untuk mencantas pengaruh Mahathir di dalam Umno, dan khasnya di Kedah. 

Kalau Mahathir tidak pernah berkata Najib bakal dibuang sebagai presiden Umno jika BN gagal mencapai keputusan cemerlang, sudah tentu Najib tidak akan mengambil langkah sedemikian untuk mengurangkan pengaruhnya. Nak buat macam mana, jawatan Presiden Umno adalah lebih penting buat Najib,.Walaupun dikatakan juga, pengaruh isteri lebih besar dari pengaruh mentor? Itulah hebatnya Rosmah Mansur…

Berlku seperti gambar terbaru ini, adakah  kesan dari campur tangan Rosmah?

Namun selanjutnya, isteri PM itu, menyangkal dakwaan beliau campur tangan dalam urusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN). Menurutnya, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana penentuan calon diputuskan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tertinggi BN.

Bahkan bukan itu sahaja, ada pula yang menyebutkan team yang kecundang itu bukan sahaja team Mahathir, tetapi ‘Team Mahathir-Muhyidin‘.

Benarkah? Tunggu penjelasan selanjutnya…  Wallahu ‘aklam.

Antaranya baca juga ini..

  • Betul Ke Rosmah Mampu Gugurkan Calon Parlimen UMNO…
  • E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita?

Catatan Santai Ibnu Hasyim 
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com    
 
17 April 2013
KL

Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

  • Comments Off

Apa tujuan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat dan rombongan mengunjungi rumah Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam dan bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.
 
Adakah ia ikhlas sebagai menghargai perjuangan bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu atau mempunyai muslihat lain ketika menjelang PRK DUn Sungai Limau.
 
Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, banyak pihak tertanya-tanya muslihatnya kerana gambar yang diambil bersama Baharom dimuat naik dalam internet beberapa minit selepas itu.
 
“Adakah mereka ikhlas membuat kunjungan hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu melainkan jika ingin meraih tujuan politik,” katanya pada sidang media di boiilik gerakan ionduk BN di Sungai Limau dalam di sini petang tadi.
 
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas kunjungan Mohd Azam bersama Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar ke rumah Baharom semalam atas alasan menghargai jasanya yang banyak memberikan sumbangan kepada parti itu.
 
Menurutnya, jika mahu menghargainya, tidak perlu menggunakan gambar kunjungan itu untuk kepentingan politik dalam PRK ini.
 
Ini, katanya berbeza dengan pendekatan BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
 
“Saya dan Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.
 
“Kita lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. Kami berbual hampir dua jam di rumahnya dan tiada siapa pun yang tahu,” katanya.
 
Menurutnya, perkara itu dirahsiakan kerana ia adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.
 
“Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini,” katanya.
 
Mukhriz berharap rakyat dapat menilai pendekatan yang digunakan BN dalam pilihan raya ini yang tidak pernah mengambil kesempatan atas apa-apa isu untuk meraih sokongan rakyat.-Sh

Go to Source
Author: {author

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

POKOK SENA: Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.

Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi; Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.

Solat jenazah dilaksanakan di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan (gambar kiri).

Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di perkarangan Muassasah darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.

Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din.

Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Allahyarham meninggalkan dua isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anak.

Sumber dari
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/22323-jenazah-ustaz-azizan-selamat-dikebumikan-#.UkQUg5CCejw.facebook
http://greenboc.blogspot.com/2013/09/gambar-video-penghormatan-terakhir-buat.html
Go to Source
Author: Omar Sahlan

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
Photo: 19 September 2013.  PANAS ! 16 KELEBIHAN MUKRIZ....RAKYAT PASTI SENANG...   16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah  Written by Azamin Amin   Sudah lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato' Mukhriz Mahathir menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita kelainan corak  pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya rakyat bijak menilai.  Kontroversi dan sensasi, mula tercetus sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu. Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri, pendedahan mula membuka mata semua.  Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:  1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.  2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London.  3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.  4.Memberi arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.  5.Memberi hadiah pen berjenama mahal kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.  6.Semua pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.  7.Mahu menjual dan mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47 bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.  8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.  9. Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari berlangsungnya acara rasmi.  10. Mendapat teguran selama 1 jam di Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas insiden memalukan pegawai KCS tersebut.  11.Membeli kain berharga RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan harga RM19.00 sahaja.  12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan terlibat.  13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.  14. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.  15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.  16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar  Kedahkini. 16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah

Written by Azamin Amin

Sudah lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato’ Mukhriz Mahathir menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita kelainan corak
pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya rakyat bijak menilai.

Kontroversi dan sensasi, mula tercetus sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu. Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri, pendedahan mula membuka mata semua.

Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:

1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.

2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London.

3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.

4.Memberi arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.

5.Memberi hadiah pen berjenama mahal kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.

6.Semua pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.

7.Mahu menjual dan mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47 bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.

9. Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari berlangsungnya acara rasmi.

10. Mendapat teguran selama 1 jam di Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas insiden memalukan pegawai KCS tersebut.

11.Membeli kain berharga RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan harga RM19.00 sahaja.

12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan terlibat.

13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.

14. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.

15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.

16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar

Kedahkini.

Go to Source
Author: atsixty

MAKLUMAT                                                                                       

Esok kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. (ISHSB) dan anak-anak syarikatnya akan menyerahkan memorandum kepada MB Kedah menuntut gaji dan apa-apa elaun kebajikan kepada mereka yang tidak dibayar. 

Memorandum itu akan diserah sebelum bermula sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman bertempat di pintu utama masuk ke Wisma Darul Aman.

Dalam satu email yang dihantar kepada saya, kakitangan Syarikat Insaniah Holding dan anak-anak syarikatnya diminta datang beramai-ramai. Suami isteri, anak-anak serta keluarga juga minta dikerah sama untuk memberi gambaran betapa pentingnya memorandum berkenaan. 

Menurut email itu yang mengandungi empat perenggan pihaknya sudah melakukan apa saja untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak berhasil. Mungkin dengan menyerahkan memorandum itu kepada MB, Mukhriz Mahathir ia akan memberi kepedulian terhadap masalah mereka.

Insaniah Holding adalah syarikat yang mengendalikan Kolej Universti Insaniah (KUIN) sebuah Kolej Universiti swasta yang didaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan dimiliki sepenuhnya kerajaan Kedah. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 pada zaman BN memerintah Kedah. [wm.kl.7:09 pm 25/08/13] 

Go to Source
Author: mso.im

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

.
.
.

like ?

Tekan gambar !

..

.

<