Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<
Mengapa berak hitam pada bayi

Mengapa berak hitam pada bayi

Kasihan para ibu bapa yang masuk ke laman blog ini untuk mencari info tentang mengapa berak hitam pada bayi, tetapi tiada entrinya. So, aku tolong carikan info dan buat entri ini. Bawah ini aku ambil dari sebuah blog.

JENIS JENIS NAJIS BAYI

HITAM KEHIJAU-HIJAUAN DAN MELEKIT

anda mungkin terkejut apabila melihat warna najis pertama bayi ketika menukar lampinya. Apa tidaknya, najis berwarna hijau kehitam-hitaman dan melekit. Ini bukan petanda anak mempunyai masalah. Ia sebenarnya adalah normal. Apa yang ibu ibu lihat itu adalahmekonium. Ia adalah najis dalam keadaan hijau kehitam hitaman. inilah bentuk bahan buangan bayi semasa berada dalam rahim ibu. najis pertama ini adalah petunjuk baik bahawa usus tiada gangguan dan dapat menegeluarkan najis dengan sempurna.

** jadi ibu-ibu bapa-bapa janganlah panik bila melihat poo poo bayi anda jika berwarna sedemikian. itu adalah normal…..

KUNING PUCUK PISANG GELAP

selepas 24 jam pertama semua mekonium dikeluarkan. kemudian anda akan melihat perubahan kepada warna najis bayi iaitu berwarna kuning pucuk pisang gelap. Ada juga berkemungkinan mengandungi kesan darah. ia berlaku mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses bersalin. Untuk mengelakan sebrang masalah, simpan najis yang mengandungi darah untuk ditunjukkan kepada doktor.

NAJIS HITAM 

jika bayi anda minum susu formula yang mengandungi iron-fortified atau vitamin jenis cecair yang mengandungi iron, najis berkemungkinan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua atau hitamdisebabkan tindakbalas bakteria di dalam ususnya dan pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat. Jika bayi anda mempunyai najis berwarna hitam dan tidak mengambil sebarang vitamin, atau susu formula yang mengandungi iron segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

KUNING

warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan susu ibu sahaja tanpa campuran susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik ( susu bahagian payudara ibu) dan hindmilk (susu dari payudara belakang). Anda tidak perlu risau jika najis cair. Ini kerana bayi menlakukan penyusuan secara ekslusif daripada ibunya.

Mengikut rencana UTUSAN pula:

Jangan panik dengan najis bayi

KERISAUAN dan sering tertanya-tanya tentang warna air kencing atau najis anak memang perkara yang tidak asing bagi mereka yang bergelar ibu.

Normalkah warna air kencing bayi? Kenapa warna najisnya begini? Kenapa bayi kerang kencing?

Semua persoalan itu berkait rapat dengan keprihatinan si ibu akan kesihatan bayi mereka.

Tambahan lagi bila ada kesan darah pada lampin yang sudah tentu mengundang panik di kalangan ibu muda dan kurang berpengalaman.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Khoo Phaik Choo berkata, para ibu muda tidak perlu khuatir dengan situasi tersebut.

Sebaliknya, mereka hanya perlu memantau kekerapan bayi kencing dalam sehari dan apakah warna najisnya.

“Pada hari pertama kelahiran bayi, kencingnya berwarna jingga kemerahan.

“Bagi hari kedua pula, ibu perlu memastikan air kencing bayi berwarna jingga cair dan sedikit merah jambu. Manakala pada hari ketiga warnanya kuning kejinggaan.

“Masuk hari keempat berwarna kuning lemon dan hari kelima warnanya kuning cair. Kesemua keadaan itu adalah normal bagi bayi,” katanya.

Selain itu katanya, bayi yang baru lahir memang kerap kencing dan ia bukan sesuatu yang pelik.

Namun pada hari pertama kelahiran, bayi akan kencing sekali sahaja. Selepas hari keenam kadar kencing antara enam hingga lapan kali sehari.

Dr. Khoo tidak menafikan ada ibu yang risau atau terkejut dengan perubahan warna kencing bayi mereka.

“Kencing awal bayi memang akan disertai sedikit darah. Warna kencing jingga pula bermaksud ia mengandungi nitrat salah satu komponen bilirubin, ini bermakna bayi anda memerlukan lebih cecair.

“Untuk mengembalikan keseimbangan cecair dalam badan bayi, susukan mereka lebih lebih kerap.

“Jika pada hari kelima bayi tidak membuang air kecil setiap empat jam, pastikan anda maklumkan kepada doktor,” ujarnya pada Bengkel Menjawab Kebimbangan Ibu Tentang Bayi Baru Lahir di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Hadir sama pelakon terkenall Dynas Mokhtar bersama puteri comelnya Khyra Khalissa Mohamad Hafizi.

Dalam pada itu menurut Dr. Khoo, selain masalah kencing, najis bayi turut menjadi perkara yang merisaukan si ibu.

“Najis bayi tidak sama dengan orang dewasa. Kekerapan dan konsistensi najis juga berbeza antara seorang bayi dengan yang lain. Ia bergantung pada apa yang diminum.

“Najis pertama bayi mengandungi meconium, sejenis komponen yang mengandungi air ketuban, mukus, sel kulit dan beberapa bahan yang ada dalam rahim ibu.

“Najis ini tidak berbau busuk hinggakan ibu tidak sedar sudah tiba masanya menyalin lampin. Najis pertama bayi ini bersifat agak melekit dan berwarna hijau kehitaman,” jelasnya.

Pada hari kedua hingga keenam, bayi akan mengeluarkan najis yang mengandungi meconium dan susu yang diminum dari ibu mereka.

Untuk mengetahui sama ada perut bayi menghadamkan apa yang mereka minum, najisnya berwarna hijau bayam atau kekuningan.

Selepas hari keenam, najis bayi normal akan berwarna kekuningan, kehijauan dan mula ada bentuk fizikal atau cair sahaja.

“Para ibu yang melihat najis bayi warna hijau sering panik. Sebenarnya tidak ada yang perlu dirisaukan. Jika bayi minum susu seperti biasa dan berat badan mereka naik. Begitu juga najis yang warna kekuningan dan kejinggaan juga normal,” ujarnya.

Tambah Dr. Khoo, najis berwarna hitam atau hijau gelap adalah normal untuk tiga hari pertama kelahiran.

Namun jika ia berlanjutan hingga hari keempat dan kelima sebaiknya rujuk bayi ke pakar kanak-kanak.

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !

<