Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<
Gambar hiasan

PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.

Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.

Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.

Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.

Wartawan sedang menemu bual Mokhtar (kanan).

“Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya.

“Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.

Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.

“Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan.

“Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini,” katanya.

Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat.

Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.

Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.

“Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang.

“Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.

“Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar,” katanya.

Go to Source
Author: Desperado

  • Comments Off

PROSEDUR PERMOHONAN KAHWIN BAGI LELAKI

MAKLUMAT UMUM

Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu.”

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.

Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Pulau Pinang dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

JENIS-JENIS PERKAHWINAN YANG DISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN HAKIM SYARIE (MAHKAMAH SYARIAH) TERLEBIH DAHULU

Perkahwinan poligami.

Perkahwinan di bawah umur(bawah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Perkahwinan janda berhias dalam perjalanan iddah.

Perkahwinan yang memerlukan wali Raja/Hakim.

PERATURAN AM

Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.

Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.

Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.

Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu menghadiri kursus praperkahwinan sekali lagi.

Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melalui http://emunakahat.penang.gov.my.

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-

Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).

Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.

Borang Ujian Saringan HIV.

Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).

Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).

Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).

Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)

Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).

Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.

Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).

Kebenaran Berkahwin Lelaki.

Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.

Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.

TATACARA SEMASA DAN SELEPAS AKAD NIKAH

Akad nikah dijalankan di kariah masjid pihak perempuan bermastautin.

Selepas akadnikah, suami diminta membaca ta’liq dan menandatangani Surat Makluman Akad Nikah (Surat Nikah Sementara) dan Surat Perakuan Nikah serta menjelaskan bayaran RM120.00 iaitu saksi 2 orang sebanyak RM20.00 dan saguhati Penolong Pendaftar sebanyak RM100.00.

Surat Makluman Akad Nikah akan diserahkan kepada suami sejurus selepas akad nikah.

Suami atau isteri boleh mendapatkan Surat Perakuan Nikah (Asal) di Pejabat Agama Daerah berkenaan 5 hari selepas akad nikah dengan bayaran RM11.00.

Surat Perakuan Nikah tidak boleh dilaminate.

Suami atau isteri boleh memohon Kad Nikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Sila rujuk Panduan Permohonan Kad Nikah.

SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

( NEGERI PULAU PINANG) 2004 YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERKAHWINAN

Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Umur minimum untuk perkahwinan

” Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”

Seksyen 13 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Persetujuan dikehendaki

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada ?

wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak ; atau

Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.

Seksyen 16 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Permohonan untuk kebenaran berkahwin

Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dalam Negeri Pulau Pinang tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak petrempuan itu bermastautin.

Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan daripada kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikan perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.

Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.

Seksyen 18 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie

(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu ?

jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8,

jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh subseksyen 14 (3); atau

jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak,

maka pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(2) Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

  • Comments Off

KHAS UNTUK PENDUDUK PULAU PINANG.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI

MAKLUMAT UMUM
Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:
“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu.”
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.
Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Pulau Pinang dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

JENIS-JENIS PERKAHWINAN YANG DISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN HAKIM SYARIE (MAHKAMAH SYARIAH) TERLEBIH DAHULU

  1. Perkahwinan poligami.
  2. Perkahwinan di bawah umur(bawah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.
  3. Perkahwinan janda berhias dalam perjalanan iddah.
  4. Perkahwinan yang memerlukan wali Raja/Hakim.

PERATURAN AM

  1. Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau  selewat-lewatnya 7  hari sebelum tarikh akad nikah.
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu  menghadiri kursus praperkahwinan sekali lagi.
  5. Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melaluihttp://emunakahat.penang.gov.my

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-

  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin  daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani.  Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin.  Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.

TATACARA SEMASA DAN SELEPAS AKAD NIKAH

  1. Akad nikah dijalankan di kariah masjid pihak  perempuan bermastautin.
  2. Selepas akadnikah, suami diminta membaca ta’liq dan menandatangani Surat Makluman Akad Nikah (Surat Nikah Sementara) dan Surat Perakuan Nikah serta menjelaskan bayaran RM120.00 iaitu saksi 2 orang sebanyak RM20.00 dan saguhati Penolong Pendaftar sebanyak RM100.00.
  3. Surat Makluman Akad Nikah  akan diserahkan kepada suami sejurus selepas akad nikah.
  4. Suami atau isteri boleh mendapatkan Surat Perakuan Nikah (Asal) di Pejabat Agama Daerah berkenaan 5 hari selepas akad nikah dengan bayaran RM11.00.
  5. Surat Perakuan Nikah tidak boleh dilaminate.
  6. Suami atau isteri boleh memohon Kad Nikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Sila rujuk  Panduan Permohonan Kad Nikah.

SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

( NEGERI PULAU PINANG) 2004 YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERKAHWINAN

  1. Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Umur minimum untuk perkahwinan

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas  tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal  keadaan tertentu.

  1. Seksyen 13 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Persetujuan dikehendaki
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada ?

  1. wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak ; atau
  2. Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.
  3. Seksyen 16 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Permohonan untuk kebenaran berkahwin

  1. Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dalam Negeri Pulau Pinang  tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak petrempuan itu bermastautin.
  2. Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan daripada kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikan perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.
  3. Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.
  4. Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.
  5. Seksyen 18 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Perkara : Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie
(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu ?

  1. jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8,
  2. jika  pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh subseksyen 14 (3); atau
  3. jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak,

maka pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(2) Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

http://jaipp.penang.gov.my/prosedur_kahwin.htm

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

.
.
.

like ?

Tekan gambar !

..

.

<