Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

MAHA 2010 sedia peluang jadi usahawan tani moden

PAMERAN Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang sekali lagi menjelma. Dalam kesibukan orang ramai terutama petani dan peladang dari seluruh negara melawat pameran yang diadakan, terselit beberapa individu yang bekerja di sektor awam dan swasta mengambil kesempatan mempergunakan kemahiran masing-masing untuk membuat sedikit keuntungan.

Sambutan terhadap pameran pertanian terbesar di negara ini, malah di Asia Tenggara membuktikan pertanian adalah satu bidang yang perlu diberi perhatian serius oleh generasi muda hari ini. Jangan jadikan MAHA umpama perhimpunan pemamer-pemamer dan tumpuan khalayak ramai semata-mata, tanpa kita mengutip sedikit faedah daripada penganjurannya.

Pesan ibu sering diingat, jika sebutir nasi jatuh dari pinggan, maka menitiklah setitis darah pesawah padi. Betapa ketika itu ibu mendidik anak-anak untuk menghormati jasa petani yang beliau sendiri tidak pernah temui. Namun generasi hari ini, ada yang langsung tidak boleh berbau nasi. Ada yang lebih betah makan stik mahupun burger resipi barat. Malahan ada generasi baru tidak berpeluang melihat petani dan sawah padi.

Pernah sekali seorang rakan dari Johor melawat kawasan sawah di Tanjung Karang yang ketika itu padi sedang menguning dan sedia untuk dituai.

Apa yang disaksikan ialah satu pandangan yang membuatkan kita terharu. Rakan tersebut terlalu asyik melihat sawah padi sehingga beria-ia merakamkan pemandangan dengan kamera digital. Kesimpulannya, dia telah makan nasi selama 30 tahun tetapi tidak pernah melihat sawah padi.

Maka peluang terbuka melawat MAHA 2010 perlu diambil oleh kita semua untuk mengenal apakah baja, benih, cara penanaman sesuatu produk pertanian termasuklah dua jenis padi baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, MR253 dan MR263.

Dewasa ini kita melihat anak-anak kita dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat ibu bapa berminat bermain Farmville di dunia siber. Alangkah baiknya minat di dunia maya itu diterjemah ke dalam dunia nyata. Farmville mengajar kita menjadi petani moden yang penuh bersistematik dengan cara yang menggembirakan sehingga kehidupan seharian dilalui seolah-olah kita menjadi petani yang sebenar.

Bezanya pemain permainan siber ini akan bergelak ketawa di atas kerusi, petani pula berhempas-pulas di sawah padi di bawah terik mentari. Sebaiknya pemain yang kreatif dan ekonomik ini melangkah ke dunia nyata dengan melihat sendiri MAHA yang bukan sahaja boleh menjana ekonomi, malah ia juga mampu meluaskan horizon mereka dalam bidang pertanian moden.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan telah menguar-uarkan aspek memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Menterinya Datuk Seri Noh Omar acapkali menguar-uarkan pertanian adalah perniagaan. Justeru, anak-anak muda di negara ini harus mengambil seberapa banyak ilmu yang mahal di MAHA yang tidak boleh diperoleh di dunia siber bagi menjadikan impian mereka menjadi usahawan tani yang berjaya menjadi realiti.

Di MAHA, para pengunjung bukan sahaja berpeluang melihat teknologi dari sebilangan pemamer, malahan boleh bertanya sendiri dengan mereka tentang semua aspek produk dan teknologi berkenaan. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu produk yang boleh menerobos ke dunia global.

Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus moden. Kemodenan ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha menginovasikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian.

Justeru, penganjuran MAHA 2010 perlu diambil peluang dalam setiap ruang oleh generasi muda yang hanya betah mengadap permainan ladang di dunia siber. Bagi memastikan kita dapat mewujudkan usahawan tani yang berjaya dan profesional, sewajarnya MAHA dianjurkan di seluruh negara dan tidak terhad di Serdang sahaja. Lokasi sekarang terlalu dekat dengan lebuh raya dan kemudahan letak kereta pula terhad. Diharap MAHA dapat diadakan di dunia tani sebenar seperti di Tanjung Karang.

Bak kata pepatah, jika ingin mengenali hidupan di laut, selamilah lautan dalam dan jika ingin jadi petani berjaya, selamilah kesusahan petani di sawah padi berlumpurnya sendiri. Pasti kita akan berjaya sebagai usahawan tani yang sebenarnya. Bukan hanya menggosok skrin berdebu di depan komputer sahaja. MAHA menanti untuk dikunjungi anak-anak muda.

ABDUL RAZAK IDRIS

Banting, Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

  • Comments Off

CATATAN SANTAI

BEBERAPA hari lalu, kawanku bercerita mengenai kawannya.. Kawannya yang sama-sama satu jamaah. Dulu puluhan tahun lalu, zaman muda kawannya itu dihabiskan dalam perjuangan untuk Islam. Tapi kini perniagaannya sudah berjaya, maju, dia sudah jadi hartawan. Bila dia tanya balik tentang perjuangan, jawab kawannya itu..

“Yang penting sekarang, ‘X Class’ bukan ‘ikhlas’!” 

Mahunya, Mercedes X Class. Kereta mewah! Begitulah.

Termenung aku memikirkan.. 

Teringat aku kepada ucapan dan kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor Presiden PAS ke 6, pemimpin tertinggi PAS (Parti Islam Se Malaysia) yang pernah dipecat 24 jam dari jawatan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) masa itu. Isterinya terpaksa menjual kain batik untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Aku ingat betul antara kata-kata beliau menasihati ahli-ahli PAS..

  • Ujian daripada Allah ada dua, ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan.  
  • Kalau di waktu susahsempit kamu tidak sanggup berusaha menderma walaupun sikit, jangan harap di waktu senang kamu akan berderma lebih banyak.
  • Duit PAS ada dalam poket orang PAS, bila PAS mahu PAS minta.

Itu, antara intisari nasihat beliau yang lekat dalam pemikiranku..

Kawanku itu bertanya aku serius, “Apa pendapat kamu, cuba hurai sikit X Class itu?”

Ini Komenku..

Islam mengajar umatnya jadi kaya, sehingga dapat mengguna harta kayanya untuk kebaikan. Antara kebaikannya ialah ‘memberi’. Iaitu, kita disuruh membayar zakat dan juga bersedekah, contohnya. Tetapi ada juga si kaya yang tidak ‘memberi’

Ada hadis menyebutkan..

  • Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)

Antara hutang-hutangnya, termasuk hutang ‘hak orang miskin’ yang ada di dalam hartanya, di samping hutang-hutang yang lain.

  • Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya: Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Sedekah orang yang takde harta, dan mulailah memberi sedekah atas orang yang ramai tanggungan.” (Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim)
Pengalamanku, semasa menjadi YDP PAS Balik Pulau mulai pertengahan 1980an hingga awal 1990an, kebanyakan yang membantu kewangan perjuangan PAS itu bukanlah golongan hartawan. Bahkan orang biasa yang memberi sedekah, zakat, fitrah dan lain-lain. Masing-masing ikhlas saling tolong menolong dengan pelbagai cara, walaupun miskin wang.

Tanpa disedari kelopak mataku sudah basah digenangi airmata, mengingatkan kawan-kawan lamaku. Seorang darinya adalah Allahyarham Ustaz Osman Marzuki dari Pokok Sena. Beliau pernah menjadi ADUN Kedah puluhan tahun yang lalu. Pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dituduh P.A.S.(Pasukan Angkatan Sabilullah atau PAS underground). 

Tiba-tiba beliau lari keluar negara, kerana akan ditahan sekali lagi di bawah ISA dalam satu operasi tangkapan borong. Waktu itulah beliau sentiasa menghubungiku dari luar negara, dan secara tidak langsung aku menjadi penghubung antara beliau dengan pimpinan PAS Ustaz Fadzil Mohd Noor. Terakhir Ustaz Fadzil mengutuskan aku menemuinya di Thailand, menyuruh beliau pulang menghidupkan kembali ‘Muassasah Durul Ulum’ yang terbengkalai kerana campurtangan kerajaan Kedah.

“Ajak dia balik. Dari maklumat yang kita terima, operasi tangkap borong tu dah selesai. Polis tak tangkap dah! Baliklah!” Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Ustaz Fadhil kepadaku, untuk disampaikan kepada beliau.

Ustaz Osman pulang, mula membangunkan tanah Muassasah, buat ‘Pekan Sari’ sebelum rumah-rumah dibina. Ustaz Fadhil pernah mempelawa aku bermukim di komplek muassasah sana. Di situlah kami PAS Balik Pulau waktu itu mengambil idea Ustaz Osman menubuhkan ‘Projek Pasar Negara’ di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Berbalik kepada kisah keikhlasan Ustaz Osman, satu hari beliau berjumpa aku, katanya..

“Mat! Hang banyak tolong aku masa aku lari keluar negara, sampai aku boleh pergi ke Arab Saudi, Brunei dan lain-lain. La ni, aku nak tolong hang balik, tapi aku takdak duit. Cuma aku nak bagitau, aku ada sorang anak murid aku yang cukup baik, bekerja di suatu institusi kewangan di ibupejabat di KL.

“Dia memegang kuasa dan tanggung jawab untuk meluluskan kewangan pinjaman. Aku pikir hang layak, minta pinjam besarkan perniagaan hang. Aku boleh tolong hang, bawa jumpa dia. Aku yakin dia akan tolong. Kerana ini permohonan pertama aku dan mungkin terakhir.

“Kurang-kurang kalau hang berjaya, hang boleh tengok-tengok keluarga aku yang susah bila aku mati nanti, kerana aku tidak banyak harta.” katanya dengan penuh harapan.

“Al-hamdulillah. Memang itu yang ku cari!” Sambutku gembira. 

Tetapi, bila ku fikir-fikir, aku rasa ada orang lain lebih layak aku bantu atas dasar perjuangan Islam dan PAS di Balik Pulau. Akhirnya ku serahkan peluang ini kepadanya, setelah berbincang dengan Ustaz Osman. Akhirnya dia berjaya dengan pinjaman awal RM ratusan ribu, tanpa cagaran. Sekarang dia sudah tergolong hartawan atau usahawan yang berjaya, hasil dari ke’ikhlas’an kepada Allah SWT. Ramai kawan-kawan yang turut membantu waktu itu dan turut gembira.

Kalau dia itu kini berjaya memakai Mercedes X Class, logiknya dia tidak akan berjaya memakai X Class kalau tidak ada sikap ‘ikhlas’ dari kawan-kawan berbagai pihak itu. Jadi, kata-kata “Yang penting sekarang, ‘X Class’ bukan ‘ikhlas’!” itu, amat tidak sesuai dari sudut akhlak Islam.

Memang tepat, apa yang dikatakan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor Presiden PAS ke 6, seperti di atas, ‘Ujian daripada Allah ada dua, ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan.’

Di Balik Pulau kampungku, waktu aku kecil-kecil dulu ada sawah padi. Berhampiran dengan bendang padi itu, ada hutan bakau berbatasan dengan laut. Di hutan-hutan itu banyak kera-kera yang sering mengganggu tanaman penduduk. Waktu ribut bertiup kencang kera-kera itu berpegang erat pada dahan dan ranting takut jatuh. 

Pokoknya mereka tidak akan jatuh dengan tiupan angin kencang, kecuali kalau dahan-dahan besar itu terbongkar rekah. Tetapi kalau angin yang bertiup itu halus lembut sepoi-sepoi bahasa, mereka bagaikan dibuai mimpi tertidur, tangan terlepas dari pegangan, akhirnya jatuh. 

Mungkin itukah yang terjadi kepada manusia jenis pentingkan X Class dari ikhlas itu?

Sekian komenku, sekadar muhasabah diri… As-salamu ‘alaikum.

Catatan Santai Ibnu Hasyim 
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     

9 Sept 2013
KL

Sila lihat…
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Lihat ada kaitan..

  • Rakyat Diutamakan, Jual Pesawat Presiden & Kereta

      Go to Source
      Author: Ibnu Hasyim

          Laman Blog ini:

          Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

          • zacky: call me [...]
          • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
          • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
          • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
          • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

          Mesti lihat (tekan je gambar) !

          .
          .
          .

          .
          .

          Gambar caicng babi macam muka babi
          .

          Rumah berbentuk mangkuk tandas
          .

          Sawah padi sangat unik
          .

          Kereta dan motorsikal dalam 1
          .

          Jepun obses seks
          .

          Lama tapi moden
          .

          Sebab lelaki berbohong adalah?
          .

          Pages

          like ?

          Tekan gambar !