Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

Untuk sesetengah orang buah avokado mungkin asing bagi mereka. Walaupun saya biasa dengan buah ini tetapi bagi saya buah ini bukan menjadi kegemaran saya untuk menikmatinya atau pilihan untuk saya ceritakan dalam artikel, sehinggalah apabila saya melihat seorang rakan kerja mengunyah buah avokado dengan susu pekat manis.

Saya begitu teruja melihat dia hanya makan begitu sahaja. Tidak perlu dicampurkan dengan bahan lain untuk menikmatinya. Sedap katanya: “Kena enjoy makan buah ni sebab harganya RM4.80 sebiji.”

Terlopong saya sekejap. Begitu asyik dan berselera dia makan buah avokado itu sampai ulang makan dua kali. Terus timbul minat saya untuk merasanya dengan cara begitu dan ternyata sungguh enak.

Keenakan dan khasiat buah ini telah lama saya tahu dan banyak sekali makanan yang dibuat dengan buah ini.

Bukan setakat dibuat salad atau pencicah tetapi avokado juga turut dijadikan minuman.

Minuman jus avokado yang dikenali sebagai ‘alpukat’ menjadi kegilaan pada peminat jus. Jus ini sungguh mudah dibuat iaitu cuma dikisarkan buah ini bersama air sejuk dan air gula.

Anda juga boleh mencampurkan dengan susu cair atau yogurt dan ais. Akhir sekali siramkan dengan coklat masakan yang telah dicairkan.

Minuman ini memang berkhasiat dan yang penting ia mengenyangkan. Minuman ini sungguh popular di Indonesia dan setiap kali ada teman yang melancong ke sana pasti mereka akan cerita kesedapan jus ini pada saya.

Berpunca daripada kejadian melihat teman makan avokado saya terus mengkaji keistimewaan buah ini dan ternyata banyak sekali khasiat buah avokado.

Berdasarkan bacaan saya di Internet saya baru mendapat tahu bahawa buah ini juga dipanggil buah pear buaya kerana kulitnya menyerupai kulit buaya. Kelakar pula rasanya sehingga buah ini digelar begitu.

Tak mengapalah. Buah avokado ini sebenarnya berasal dari Mexico. Jika dahulu buah ini susah sangat untuk dijumpai di negara kita tetapi sekarang ia memang sungguh mudah dibeli di pasar raya.

Namun jika membeli buah avokado pastikan memilih buah yang telah masak. Buah masak lembik apabila dipicit. Barulah enak jika anda menggunakan buah yang telah masak untuk membuat juadah makanan ataupun jus.

Antara khasiat buah ini ia boleh mengekalkan jantung yang sihat kerana ia mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang dapat membantu mengekalkan tahap homosistein.

Tahap homosistein yang tinggi boleh mengakibatkan risiko penyakit jantung. Mengandungi tinggi lemak mono tidak tepu yang baik juga untuk jantung. Avokado juga kaya dengan sebatian beta-sitosterol yang berkesan untuk menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Kandungan potasium yang tinggi dalam avokado dapat mengawal tekanan darah tinggi. Avokado boleh mencegah kanser contohnya asid oleik dalam buah ini dapat mencegah kanser payu dara.

Selain itu buah ini mengandungi tinggi antioksida yang dapat melambatkan penuaan. Kepada mereka yang obses menjaga kecantikan, buah ini sangat sesuai untuk menjadikan kulit anda halus mulus dan rambut lebat.

Amalkan makan selalu dan sapukan saja avokado yang dilenyek pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Buah ini mudah menjadi lebam, sebaiknya ia terus dimakan selepas dipotong atau perahkan dengan jus lemon untuk mengelakkannya menjadi lebam.

- UTUSAN

Go to Source
Author: MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

  • Comments Off
suka…. sukanya….. alahaiiii
pertama kali timbang berat badan turun 2 kilo youuuu….. selama hari ni tak pernah nak turun2 sampai rasa nak hentak2 je penimbang tu hihihi…..
jam tangan ketat …. rantai tangan ketat….. memang jarang2 sangat dah pakai….. nak beli baru tak de duit… ngeee….
lepas tu entah macam mana ternampak pasal produk lecithin  kat fb yang dikatakan berfungsi untuk cairkan lemak.
cairkan lemak??? bagus la untuk orang kolesterol tinggi macam aku ni…… boleh cairkan darah jugak ….. haa….memang darah aku ni pekat giler…. bila time ambik darah untuk test kolesterol tu hitam pekat kalernya…. keputusan pun mengesahkan triglycerides aku tak okey!
tak sampai sebulan makan ada kwn mesej tanya kenapa aku kurus…. hisshhh…. kurus ke??? ye lah akak nampak kurus! seminggu lepas tu dia mesej lagi tanya akak makan apa??? akak kurus la …. tolong belikan!!  huhhh….. macam tak percaya….. rupanya bila timbang memang betul jarum penimbang tu undur ke belakang sikit…. hahaha…..
sehari lepas kwn sy makan lecithin…. dia mesej…. kak baguslah produk tu…. senang nak membuang!

now dah lebih sebulan makan lecithin….. seluar pun longgar sikit. Baru2 ni jiran2 dekat pula tegur ehh…. nampak kuruslah ….fuhhh…. sampai ada kakak tu pun minta tolong belikan…. akak nak cepatttt….as soon as possible!

Lecithin yang saya makan ni jenama shaklee.
Tak mahal pun sebotol tu harga dia rm 62 dan ada 180 biji.

Tengok Demo  

Kalau nak tahu  fakta lanjut tentang Lecithin sila baca info di bawah…

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. 


ikuti 13 kelebihan Lecithin yang saya petik dari artikel disini KLIK


Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… i likeee…Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.

  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)
Wow, menarik kan fakta tentang Lecithin ni.

ada sesapa nak? saya boleh je belikan…. kos pos anda tanggung, okey!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye…Sharing is caring ^_^ ~*✿

suka dengan apa yang anda baca? silalah tekan like ye…

Go to Source
Author: Aiyang disayang

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !


..

.

<