Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

HEBATNYA Rosmah Mansur, mampu cantas team Mahathir pula? Buktinya, Datuk Ibrahim Ali out. Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir hilang kerusi parlimen dan bertanding di kerusi tidak selamat. Apakah ini ekoran dari analisis  Bermula Kejatuhan BN, Kerana Tangan Rosmah..sebelum ini?

Dikatakan, setelah memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan ditolak sebagai Presiden Umno. Akan diitolak, sekiranya gagal membawa BN ke keputusan lebih baik dari Tun Abdullah Badawi di 2008. 

Maka, orang-orang yang disukai dan dibenci Mahathir dikatakan mengalami nasib yang berlawanan dari yang dihasratkan. Contohnya Ibrahim Ali, presiden Perkasa yang dirayu Mahathir secara terbuka minggu lepas untuk diberikan laluan bertanding di Pasir Mas terkeluar dari senarai calon BN.

“Saya berharap BN akan memberikan satu tempat kepada Ibrahim Ali. Jika beliau menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Kita perlukan lebih ramai individu seperti Ibrahim Ali. Malaysia akan selamat,” kata Mahathir minggu lepas.

Kecewa dengan keputusan BN, Ibrahim mengumumkan akan bertanding atas tiket bebas di Pasir Mas. Ibrahim bakal bertembung dengan calon BN Che Johan Che Pa dan calon PAS yang bakal diumumkan malam esok. Ibrahim sebelum ini memenangi kerusi Pasir Mas pada 2008 atas tiket PAS. Ramai melihat jasa Ibrahim dalam membantu Umno selama empat tahun ini tidak dikenang kerana naib presiden Perkasa Zulkifli Nordin boleh dicalonkan di parlimen Shah Alam melawan Khalid Samad dari PAS.

Kemasukan Khairy Jamaluddin dalam senarai calon BN juga bakal memberi tamparan kepada Mahathir. Ini kerana, kebencian Mahathir pada Khairy sudah diketahui umum. Khairy dicalonkan di kerusi parlimen Rembau oleh Najib. Bukan itu sahaja, anak Mahathir Mukhriz kehilangan kerusi parlimen Jerlun dan hanya akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam, Kedah yang menjadi kubu PAS selama ini di Jerlun.

Dalam PRU12, calon PAS Abdul Ghani Ahmad menewaskan calon BN Datuk Osman Aziz dengan majoriti 506 undi, satu angka yang besar di Kedah. Jika Najib ikhlas membuka laluan Mukhriz menjadi calon BN, mengapa tidak membiarkan Mukhriz bertanding di Kota Seputih? 

Sedangkan semua orang Umno tahu ADUN Kota Seputih Datuk Abu Hassan Sharif bermasalah dan hampir berjaya dipecat sebagai ADUN kerana tidak menghadiri sidang DUN Kedah? Mahathir, yang kian dilihat sebagai jeneral perang BN kali ini, sudah tentu dapat membaca ini sebagai langkah Najib untuk mencantas pengaruh Mahathir di dalam Umno, dan khasnya di Kedah. 

Kalau Mahathir tidak pernah berkata Najib bakal dibuang sebagai presiden Umno jika BN gagal mencapai keputusan cemerlang, sudah tentu Najib tidak akan mengambil langkah sedemikian untuk mengurangkan pengaruhnya. Nak buat macam mana, jawatan Presiden Umno adalah lebih penting buat Najib,.Walaupun dikatakan juga, pengaruh isteri lebih besar dari pengaruh mentor? Itulah hebatnya Rosmah Mansur…

Berlku seperti gambar terbaru ini, adakah  kesan dari campur tangan Rosmah?

Namun selanjutnya, isteri PM itu, menyangkal dakwaan beliau campur tangan dalam urusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN). Menurutnya, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana penentuan calon diputuskan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tertinggi BN.

Bahkan bukan itu sahaja, ada pula yang menyebutkan team yang kecundang itu bukan sahaja team Mahathir, tetapi ‘Team Mahathir-Muhyidin‘.

Benarkah? Tunggu penjelasan selanjutnya…  Wallahu ‘aklam.

Antaranya baca juga ini..

  • Betul Ke Rosmah Mampu Gugurkan Calon Parlimen UMNO…
  • E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita?

Catatan Santai Ibnu Hasyim 
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com    
 
17 April 2013
KL

Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

  • Comments Off


Apa tujuan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat dan rombongan mengunjungi rumah Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam dan bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.
 
Adakah ia ikhlas sebagai menghargai perjuangan bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu atau mempunyai muslihat lain ketika menjelang PRK DUn Sungai Limau.
 
Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, banyak pihak tertanya-tanya muslihatnya kerana gambar yang diambil bersama Baharom dimuat naik dalam internet beberapa minit selepas itu.
 
“Adakah mereka ikhlas membuat kunjungan hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu melainkan jika ingin meraih tujuan politik,” katanya pada sidang media di boiilik gerakan ionduk BN di Sungai Limau dalam di sini petang tadi.
 
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas kunjungan Mohd Azam bersama Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar ke rumah Baharom semalam atas alasan menghargai jasanya yang banyak memberikan sumbangan kepada parti itu.
 
Menurutnya, jika mahu menghargainya, tidak perlu menggunakan gambar kunjungan itu untuk kepentingan politik dalam PRK ini.
 
Ini, katanya berbeza dengan pendekatan BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
 
“Saya dan Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.
 
“Kita lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. Kami berbual hampir dua jam di rumahnya dan tiada siapa pun yang tahu,” katanya.
 
Menurutnya, perkara itu dirahsiakan kerana ia adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.
 
“Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini,” katanya.
 
Mukhriz berharap rakyat dapat menilai pendekatan yang digunakan BN dalam pilihan raya ini yang tidak pernah mengambil kesempatan atas apa-apa isu untuk meraih sokongan rakyat.-Sh

Go to Source
Author: {author

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

POKOK SENA: Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.

Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi; Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.

Solat jenazah dilaksanakan di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan (gambar kiri).

Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di perkarangan Muassasah darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.

Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din.

Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Allahyarham meninggalkan dua isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anak.

Sumber dari
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/22323-jenazah-ustaz-azizan-selamat-dikebumikan-#.UkQUg5CCejw.facebook
http://greenboc.blogspot.com/2013/09/gambar-video-penghormatan-terakhir-buat.html
Go to Source
Author: Omar Sahlan

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !


..

.

<