Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

Masih dalam aktiviti bermain keyword.Ruju Sini [tekan]

Soalan dari search engine:

Senarai barangan hantaran perkahwinan untuk lelaki.

Jawapan:

Hantaran Mesti Ada ( ikut adat kita orang melayu)

  • untuk sebelah perempuan rasanya tak ada yang wajib bagi pon.
  • untuk sebelah lelaki :
    • mas kahwin
    • cincin/ barang kemas
  • untuk 2-2 belah:
    • sirih junjung/ tepak sirih

Hantaran Biasa-Biasa

  • untuk sebelah perempuan :
    • kain ela (untuk buat baju) / baju kurung @ kebaya siap
    • purse / handbag ( nak dua-dua pon boleh )
    • make up set
    • telekung
  • untuk sebelah lelaki :
    • sampin dan baju melayu
    • songkok dan butang baju melayu
    • wallet & belt set
    • shirt and throuser
    • kain pelekat ( tak pasti kalau sekarang orang bagi lagi as hantaran )
  • untuk 2-2 belah:
    • sejadah
    • al-quran (sekarang ni yang digital pon dah ada)
    • perfume and toileteries
    • jam tangan
    • kek
    • muffin/biskut etc.
    • potpouri
    • kasut/sandal
    • strawberry bersalut coklat ( glamour dulu masa datuk K dengan Siti kahwin..:p )
    • towel
    • bakul buah-buahan
    • manisan i.e : halwa, wajik, coklat, gula-gula
    • buku
    • pulut kuning

Hantaran High-Budget

  • digital camera (nak lagi gempak DSLR )
  • handycam
  • handphone
  • ipod

sumber: http://hantarankahwin.com/2009/04/barang-yang-sesuai-sebagai-hantaran/

KUALA LUMPUR – Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.

Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.

Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana

  • masalah kewangan (44.7 peratus) 
  • diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).

Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu. Demikian laporKosmo.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram. Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

“Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran. Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi. (IH)
Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

  • Comments Off

KUALA LUMPUR – Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.

Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.

Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana

  • masalah kewangan (44.7 peratus) 
  • diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).

Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu. Demikian laporKosmo.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram. Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

“Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran. Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi. (IH)
Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

  • Comments Off

KUALA LUMPUR – Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.

Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.

Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana

  • masalah kewangan (44.7 peratus) 
  • diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).

Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu. Demikian laporKosmo.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram. Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

“Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran. Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi. (IH)
Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

  • Comments Off
Hantaran cincin lelaki

Hantaran cincin lelaki. sumber gambar

1.JAWAPAN DARI JAKIM

 

Soalan : Assalamualaikum WBTH.

Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

 

“Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

 

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

 

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)

SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.JAWAPAN:

Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”

Rujukan:

Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

 

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam

#Barang-barang kemas daripada emas suasa#

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)

Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH

Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?

 

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

 

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

 

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

 

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” ????” iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

 

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
WALLAHUA’LAM
  • Comments Off

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran)
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
• Cincin berlian
• Sirih junjung
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
• Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
• Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

asbah30.files.wordpress.com/senarai-semak-bagi-bakal-pengantin-kaum-melayu.doc

  • Comments Off
Gambar hiasan

SAYA sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahukan. Malah saya menerima dirinya seadanya dan mahu membimbing dia ke jalan yang benar,” ujar Mamat (bukan nama sebenar) ketika meluahkan isi hati mengenai perkahwinannya yang hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan.

Bercerita lanjut Mamat memberitahu, perkahwinannya dilangsungkan berdasarkan cinta dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak walaupun hakikatnya dia mengetahui kehidupan ‘hitam’ yang dilalui bekas isterinya itu sebelum mereka diijabkabulkan.

Dia yang juga merupakan seorang hamba Allah yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan bagaimanapun sanggup menerima bekas isterinya itu. Malah berniat untuk membimbing dan seterusnya meninggalkan kehidupan yang lalu.

“Secara jujur saya beritahu, kehidupan bekas isteri saya dahulu boleh dikatakan seperti pelacur kelas atasan.

“Ini kerana setiap lelaki yang berdampingan dengannya pasti akan dibawa ke ranjang.

“Walaupun dirinya keji begitu saya sanggup ‘kutip’, malah menerima dia seadanya dan melupakan segala kehidupannya yang lalu.

“Tapi saya tidak pernah menyangka semuanya hanya lakonan. Dia tetap meneruskan kehidupannya bertukar-tukar pasangan dan mengajak teman-teman lelakinya ke ranjang selepas kami berkahwin,” ujarnya lanjut.

Tidak cukup dengan itu, menurut Mamat, segala pemberian semasa perkahwinan mereka dahulu termasuklah wang hantaran berjumlah RM10,000 semuanya diserahkan kepada teman-teman lelakinya.

Mamat yang ternyata kecewa dengan perangai bekas isterinya pada mulanya tidak mempercayai bahawa wanita itu sanggup berbuat demikian memandangkan dia pernah berjanji untuk meninggalkan segala-galanya untuk memulakan kehidupan baharu.

Ternyata janji tinggal janji. Malah Mamat memberitahu, bekas isterinya seolah-olah amat ketagih dengan perangai lamanya yang dahagakan seks lelaki lain serta tidak puas dengan hubungan seks ‘halal’ bersama suaminya sendiri.

Mamat pernah terfikir sekiranya bekas isterinya itu sanggup dan ingin berubah sudah pasti dia akan memikirkan mengenai dirinya yang sudah ‘kotor’ dan ‘tercemar’ sanggup pula diterima oleh seorang lelaki yang telah mengetahui segala-galanya mengenai kegiatan tidak bermoral dirinya selama ini.

Apa yang lebih mengecewakan Mamat, bekas isterinya tidak pernah rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.

Dia juga pernah menipu Mamat dengan memberitahu bahawa dia perlu bekerja di luar daerah. Tetapi pada hakikatnya dia pergi berfoya-foya dengan teman lelakinya di sebuah pusat peranginan terkenal di Pahang.

“Sebenarnya daripada ‘kerja luar daerah’ itulah segala-galanya terbongkar, apabila saya menjumpai resit dia menginap di sebuah hotel di pusat peranginan tersebut.

“Bukan itu sahaja, saya turut menjumpai resit minuman di pusat peranginan itu yang tercatat pukul 3 pagi dan hanya ada dua pesanan minuman sahaja dibuat.

“Waktu itu saya berasa sangat dihina dan ditipu hidup-hidup. Setelah bertanya dan disoal, akhirnya bekas isteri saya mengaku berada di pusat peranginan itu bersama kekasihnya,” katanya dalam nada sebak.

Begitupun, Mamat berkata, dia tetap memaafkan bekas isterinya itu dan ingin memberi peluang kedua kepadanya. Namun lain pula yang jadi apabila seorang rakan memberitahu dia terserempak dengan bekas isterinya dengan lelaki lain dalam keadaan begitu intim.

Mamat yang begitu tawar hati dengan perangai bekas isterinya yang telah diberikan peluang untuk menginsafi diri itu akhirnya mengakibatkan mereka berdua bergaduh.

Dalam pergaduhan itu bekas isterinya sanggup menghina dan mencerca dirinya.

Kata Mamat, dia sememangnya tidak pernah menyangka bahawa bekas isterinya sanggup menghina dirinya semata-mata ingin bersama dengan teman-teman lelakinya.

Dia akhirnya mengambil keputusan bercerai dengan wanita itu.

Apa yang lebih mengejutkan Mamat, selepas perkara tersebut berlaku, dia cuba berbincang perkara itu dengan keluarga mentuanya tetapi sangkaannya tidak seperti yang diharapkan.

“Cuba bayangkan, saya berkunjung ke rumah mentua di Pantai Timur untuk berbincang mengenai perkara tersebut serta memberitahu perkara yang telah berlaku antara saya dengan anak mereka.

“Tetapi apa yang mengejutkan ialah mereka tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh saya. Mentua menyokong apa yang dilakukan oleh anak mereka.

“Di sini nampak sangat seolah-olah mereka tahu mengenai kegiatan anak mereka selama ini tetapi tidak menegah apatah lagi memberi nasihat untuk meninggalkan segala perbuatan terkutuk itu,” jelasnya.

Mamat yang kini tetap menduda tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain. Peristiwa tersebut tetap segar dalam ingatan walaupun telah berlaku empat tahun yang lalu.

Yang pasti, hari ini setelah empat tahun, Mamat baru-baru ini akhirnya menerima permohonan maaf daripada bekas isterinya atas apa yang telah dilakukan.

Malangnya Mamat menegaskan, dirinya sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas isterinya itu.

Mamat memberitahu dia sebenarnya bukan berdendam tetapi sehingga kini telinganya masih terngiang-ngiang segala cercaan serta makian yang pernah dihamburkan oleh bekas isterinya itu.

Walaupun tidak pernah ambil peduli lagi akan kehidupan bekas isterinya selepas mereka bercerai, Mamat mendapat tahu bahawa bekas isterinya kini terkontang-kanting ditinggalkan oleh setiap teman lelakinya apabila telah mendapat teman wanita lain.

“Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dalam hal saya ini mungkin tuhan ingin menunjukkan saya sesuatu.

“Mula-mula teman lelakinya meninggalkannya untuk seorang wanita lain dan selepas ini tidak tahu pula apa yang akan berlaku.

“Cuma satu apa yang saya harapkan agar dia segera bertaubat dan menginsafi dengan apa yang telah berlaku sebelum semuanya terlambat kerana ajal maut kita tidak boleh jangka,” beritahu Mamat sebelum mengakhiri bicara.

Keluarga@Utusan

Go to Source
Author: Desperado

  • Comments Off
 

KUALA TERENGGANU: Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, di sini pada Sabtu.

Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang Sabtu.

Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Pasangan ini bertunang pada 28 Oktober tahun lalu.

Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau telah membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 29 Jun 2008.

Pada 15 Ogos 2008, Saiful melakukan angkat sumpah laknat bagi membuktikan tuduhannya ke atas Anwar adalah benar, di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Terbaru beliau turut memuat naik rakaman video dia melakukan sumpah laknat di Mekah, mempertahkan dakwaan yang beliau benar-benar telah diliwat oleh Anwar.

Anwar telah didakwa melakukan kesalahan tersebut namun dibebaskan pada 9 Januari tahun lepas.

Pasukan pendakwaan telah memfailkan rayuan dan ia akan didengar pada 22 dan 23 Julai depan.

Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Anwar, Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

“Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana ‘disoal siasat’ 10 anggota keluarga mentuanya itu. “Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya,” katanya.

Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental.

Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain.

“Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt),” katanya.

- mSTAR

 
Go to Source
Author: MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

like ?



Tekan gambar !