Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

CATATAN                                                                                            

Baru pulang menghadiri majlis rumah terbuka Aidifitri Timbalan Presiden Keadilan yang juga Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali. Kali ini majlis mesra Aidifitri beliau bergajak tempat sedikit, kalau sebelum ini di perkarangan pejabat khidmatnya di Taman Melawati kini ke Green Wood, Gombak. Baguslah, kerana diadakan serata dan tidak dimonopoli setempat dalam Dun Bukit Antarabangsa saja.

Sebahagian orang ramai di majlis Aidifitri Azmin.

Biasalah rumah terbuka Azmin dikunjungi segenap lapisan masyarakat. Bukan saja Melayu tetapi Cina dan India juga turut datang. Masing-masing membawa anak isteri dan anggota keluarga. Mereka tidak merasa kekok untuk hadir rumah terbuka Azmin.

Khabarnya walaupun majlis bermula jam 10:00 pagi tetapi jam 9:00 orang sudah berpusu-pusu memenuhi dua khemah besar yang disediakan. Hampir 5,000 yang hadir menjelang tengah hari.

Semasa saya datang kelihatan A Kadir Jasin bersama isteri dan beberapa pemimpin Pas kawasan Gombak.

Kenapa rumah terbuka Azmin didatangi ramai, puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana kerahaman Azmin dan isterinya Shamshida Taharin. Mereka berdua melayani setiap tetamu tanpa mengira kelas dan kedudukan. Keramahan Azmin dan isteri terbit dari rata keikhlasan dan bukan buat-buat.

Menjadi kemestian juga bagi saya walaupun susah atau senang akan singgah ke rumah terbuka Azmin. Bukan untuk makan pun, tetapi berjumpa dan beraya dengan beliau serta bertemu dengan rakan-rakan politik yang lain. Seronok melihat rakyat yang berduyun-duyun datang bersama keluarga. Usia seperti saya bukan mabuk makanan lagi, tetapi seronok kalau dapat melihat orang makan penuh selera sambil berbual dan mendapat iofo politik.

A Kadir Jasin bersama isteri turut hadir,

Selain itu saya juga seperti orang lain yang ‘minat’ dengan Azmin. Inilah yang menjadi tarikan. Kenapa tidak awal-awal lagi menjelang seminggu hari raya beliau sudah hantar kad raya bersama jemputan khas. Apa dilakukan Azmin ini jarang kedapatan pada wakil rakyat atau teman politik yang lain. Bagi saya Azmin seorang yang bersistementik. Melihat Azmin akan teringat seorang lagi rakan saya Ezam Mohd Noor yang sudah entah ke mana hilang mengabdi diri?

Biasanya orang politik akan jinak dan ingatkan kita apabila mereka ada masalah, atau saat hendak pilihan raya atau pemilihan dalam parti. Tetapi tidak dengan Azmin, beliau akan mengingati kita bila-bila masa saja termasuk masa beliau bergembira.

Dalam penelitian saya, seorang lagi yang tidak pernah melupai saya menjemput untuk rumah terbukanya ialah Mustapa Kamil Ayub. Semalam saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud ke rumah Mustafa di Kota Damansara. Mungkin kerana terlalu gahirah menyebabkan saya datang awal enam jam sebelum rumah terbuka bermula.

Satu keluarga Cina sedang jamu selera di rumah terbuka Azmin.

Saya fikir majlis bermula jam 11:00 pagi rupanya ia baru bermula jam 5:00 petang hingga 11:00 malam. Walaupun majlis di rumah Mustapa Kamil tidak sehebat rumah terbuka Azmin, tetapi ia tetap meriah. Kunjungan rakan dan sahabat Mustafa dari Perak menunjukkan beliau mempunyai ikatan ukhawah yang ketat dengan ramai orang.

Antara rakan Mustafa dari Perak yang sempat berjumpa dengan saya, Yusuf Kamaruddin, Hj Supian Gerik dan beberapa orang yang lain termasuk kartunis tersohor tanah air Zunar yang duduk semeja dengan kami.

Selaian mereka berdua ahli politik yang juga sering menjemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka saya ialah Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli dan Anwar Ibrahim. Tahun ini masih belum ada jemputan dari mereka mungkin mereka berdua tidak mengadakan majlis rumah terbuka. Maklumlah Sallahuddin beliau kini bukan lagi ahli Parlimen seperti sebelum ini.

Saya bergambar kenangan bersama Mustafa Kamil Ayub.

Begitu juga dari rakan dan kenalan politi di belah Umno mereka yang tidak pernah melupai saya, Adun Kok Lanas, Awli Che Amat dan juga ahli Parlimen Jeli Mustafa Mohamed. Saya tidak tahu kenapa mereka tidak pernah melupai saya walaupun belum sekali pun saya menyempatkan diri hadir kerana kebetulan bertembung dengan majlis lain.

Saya rasa tidak salah kalau saya catat hal-hal sebegini kerana sebagai balasan saya atas undangan mereka yang tidak pernah melupai saya. [wm.kl.2:02 pm 18/08/13]

Go to Source
Author: mso.im

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

like ?



Tekan gambar !