Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyaksikan persaingan sengit dalam PRU13, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang kebanyakannya ditandingi KEADILAN.

KEADILAN tewas tipis di Parlimen Balik Pulau (majoriti kalah 1,539, undi rosak 612) dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu Telok Bahang (majoriti kalah 801, undi rosak 167) dan Pulau Betong (majoriti kalah 395, kertas undi tidak dikembalikan 223).

Siasatan awal menunjukkan penyelewengan-penyelewengan berikut yang telah berlaku:

Undi melebihi kertas undi dikeluarkan.

Bagi pengundian di saluran 2, SRJK(C) Yu Chye (Kod Daerah Mengundi 053/40/05), keputusan rasmi berdasarkan Borang13 (jumlah kertas undi yang dikeluarkan) dan Borang14 (jumlah undi diperolehi oleh setiap calon) menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan awalnya.

Borang 13 (Penyata Kertas Undi) bagi saluran 2 bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan bahawa sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan. Nombor siri yang didaftarkan bagi 424 kertas undi ini juga turut mencurigakan kerana nyata berlainan dari bilangan kertas undi yang diterima dari Pegawai Pengurus, seolah-olah ada set kertas undi yang berlainan.

Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi), keputusan bagi saluran 2, SRJK(C) Yu Chye menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi, iaitu 138 undi melebihi dari jumlah kertas undi yang telah dikeluarkan.

Lebih teruk lagi, keputusan rasmi seperti yang tertera di Borang 14 bagi Parlimen Balik Pulau telah diisytiharkan sebagai keputusan bagi DUN Telok Bahang iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Balik Pulau.

Helaian mata (scoresheet) bagi N40 Telok Bahang seperti Borang SPR760 mukasurat 2/2 menunjukkan bahawa keputusan saluran 2 (jumlah kertas undi 562, undi PKR 369) adalah bersamaan dengan keputusan Borang 14 bagi keputusan Parlimen.

Ketiga-tiga borang rasmi yang mengandungi keputusan yang salah dan mencurigakan, terutamanya undi di dalam peti yang lebih telah menyelewengkan keputusan bagi parlimen dan DUN diantara 138 hingga 318 undi.

Dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 ini sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan di peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang.

Ketiga-tiga borang ini tetap dikeluarkan oleh Ketua Tempat Mengundi, Muhamad Shukri bin Din walaupun dibantah oleh ejen calon yang hadir ditempat pengundian. Oleh kerana Ketua Tempat Mengundi berkeras tidak akan memberikan salinan borang-borang jika tidak ditandatangani (yang membolehkan lebih banyak manipulasi berlaku), ejen calon akhirnya menandatangani untuk mendapatkan salinan.

Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi dari kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat-tempat lain, walaupun semua laporan tidak mungkin boleh dikumpul oleh #siasatpru13.

Ia juga mempersoalkan ketelusan dan kecekapan SPR mengendalikan pilihanraya apabila masalah kecil seperti kesilapan tertukar keputusan di antara calon parlimen dan DUN masih boleh berlaku.

Kesalahan membeli undi yang berleluasa

Seperti yang telah dilaporkan seperti ini, kesalahan membeli undi berlaku dengan berleluasa terutamanya di Pulau Pinang sepanjang PRU13. Parlimen Balik Pulau juga tidak terkecuali dan beberapa rakaman telah dibuat menunjukkan orang ramai beratur untuk menukar baucer yang diberikan dengan wang tunai di sebuah kedai di DUN Pulau Betong (rujuk 2 video yang disertakan).

Perkara yang sama juga telah berlaku di DUN Bayan Lepas, satu lagi DUN di bawah Parlimen Balik Pulau bertempat di premis bernombor Lot 25, Lorong Helang 3, Sungai Dua. Satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Abdul Halim Hussain mengenai perkara ini pada 10 Mei 2013, iaitu hari kejadiaan (laporan polis disertakan bersama).

Kedua-dua contoh yang disertakan menunjukkan bahawa penyelewengan dan penipuan yang melanggar akta-akta bersabit pilihanraya telah berlaku dan mengukuhkan lagi pandangan umum bahawa penipuan berleluasa telah berlaku dalam PRU13 yang lepas.

Sementara bukti-bukti ini akan dipertimbangkan di dalam petisyen pilihanraya, KEADILAN akan terus mendedahkannya kepada pihak media dan awam untuk membuktikan bahawa penipuan memang berlaku dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN.

adios

Go to Source
Author: GeloraHatiMuda

  • Comments Off

Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyaksikan persaingan sengit dalam PRU13, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang kebanyakannya ditandingi KEADILAN.

KEADILAN tewas tipis di Parlimen Balik Pulau (majoriti kalah 1,539, undi rosak 612) dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu Telok Bahang (majoriti kalah 801, undi rosak 167) dan Pulau Betong (majoriti kalah 395, kertas undi tidak dikembalikan 223).

Siasatan awal menunjukkan penyelewengan-penyelewengan berikut yang telah berlaku:

Undi melebihi kertas undi dikeluarkan 

Bagi pengundian di saluran 2, SRJK(C) Yu Chye (Kod Daerah Mengundi 053/40/05), keputusan rasmi berdasarkan Borang13 (jumlah kertas undi yang dikeluarkan) dan Borang14 (jumlah undi diperolehi oleh setiap calon) menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan awalnya.

Borang 13 (Penyata Kertas Undi) bagi saluran 2 bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan bahawa sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan. Nombor siri yang didaftarkan bagi 424 kertas undi ini juga turut mencurigakan kerana nyata berlainan dari bilangan kertas undi yang diterima dari Pegawai Pengurus, seolah-olah ada set kertas undi yang berlainan.

1

Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi), keputusan bagi saluran 2, SRJK(C) Yu Chye menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi, iaitu 138 undi melebihi dari jumlah kertas undi yang telah dikeluarkan.

pic 2

Lebih teruk lagi, keputusan rasmi seperti yang tertera di Borang 14 bagi Parlimen Balik Pulau telah diisytiharkan sebagai keputusan bagi DUN Telok Bahang iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Balik Pulau. Helaian mata (scoresheet) bagi N40 Telok Bahang seperti Borang SPR760 mukasurat 2/2 menunjukkan bahawa keputusan saluran 2 (jumlah kertas undi 562, undi PKR 369) adalah bersamaan dengan keputusan Borang 14 bagi keputusan Parlimen.

3

Ketiga-tiga borang rasmi yang mengandungi keputusan yang salah dan mencurigakan, terutamanya undi di dalam peti yang lebih telah menyelewengkan keputusan bagi parlimen dan DUN diantara 138 hingga 318 undi. Dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 ini sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan di peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang.

Ketiga-tiga borang ini tetap dikeluarkan oleh Ketua Tempat Mengundi, Muhamad Shukri bin Din walaupun dibantah oleh ejen calon yang hadir ditempat pengundian. Oleh kerana Ketua Tempat Mengundi berkeras tidak akan memberikan salinan borang-borang jika tidak ditandatangani (yang membolehkan lebih banyak manipulasi berlaku), ejen calon akhirnya menandatangani untuk mendapatkan salinan.

Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi dari kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat-tempat lain, walaupun semua laporan tidak mungkin boleh dikumpul oleh #siasatpru13.

Ia juga mempersoalkan ketelusan dan kecekapan SPR mengendalikan pilihanraya apabila masalah kecil seperti kesilapan tertukar keputusan di antara calon parlimen dan DUN masih boleh berlaku.

Kesalahan membeli undi yang berleluasa

Seperti yang telah dilaporkan seperti ini, kesalahan membeli undi berlaku dengan berleluasa terutamanya di Pulau Pinang sepanjang PRU13. Parlimen Balik Pulau juga tidak terkecuali dan beberapa rakaman telah dibuat menunjukkan orang ramai beratur untuk menukar baucer yang diberikan dengan wang tunai di sebuah kedai di DUN Pulau Betong (rujuk 2 video yang disertakan).

Perkara yang sama juga telah berlaku di DUN Bayan Lepas, satu lagi DUN di bawah Parlimen Balik Pulau bertempat di premis bernombor Lot 25, Lorong Helang 3, Sungai Dua. Satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Abdul Halim Hussain mengenai perkara ini pada 10 Mei 2013, iaitu hari kejadiaan (laporan polis disertakan bersama).

4

Kedua-dua contoh yang disertakan menunjukkan bahawa penyelewengan dan penipuan yang melanggar akta-akta bersabit pilihanraya telah berlaku dan mengukuhkan lagi pandangan umum bahawa penipuan berleluasa telah berlaku dalam PRU13 yang lepas.

Sementara bukti-bukti ini akan dipertimbangkan di dalam petisyen pilihanraya, KEADILAN akan terus mendedahkannya kepada pihak media dan awam untuk membuktikan bahawa penipuan memang berlaku dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

Go to Source
Author: Aisha Geoffrey

  • Comments Off

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan pengenalan pengundi menerusi nombor kad pengenalan, sekali gus menghapuskan sebarang kekeliruan sekiranya ada pengundi berlainan identiti tetapi mempunyai nama yang sama.

Sehubungan itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, dalam satu kenyataan semalam, menafikan dakwaan dalam laman sosial bahawa ada pengundi bernama Ab Rapar Awang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza dan layak mengundi tiga kali.
SPR sedar jika nama digunakan bagi mengenal pasti pengundi dalam Daftar Pemilih, ia akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan berbeza.

Banyak nama sama

Contohnya, ejaan nama Ismail Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah Abdullah (1,401 nama), Fatimah Ismail (1,377 nama), Fatimah Ahmad (1,377 nama), Ismail Ahmad (1,368 nama) dan 1,039 pengundi bernama Azizah Ahmad.

Berdasarkan semua nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza. Ini menunjukkan mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama saja yang sama, katanya.

Merujuk kepada kes Ab Rapar, Kamaruddin berkata semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang mempunyai ejaan sama dalam Daftar Pemilih SPR tetapi ketiga-tiganya mempunyai nombor kad pengenalan, gambar dan cap jari yang berbeza.
Begitu juga dalam kes Jarmiah Abu Talib, pengundi adik-beradik yang mempunyai nama sama pernah dilaporkan media sebelum ini, yang dua adik-beradik yang tinggal di satu alamat itu menunjukkan perbezaan dalam tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, cap jari dan nombor kad pengenalan 12 angka.

Dakwaan tak benar

Kamaruddin berkata, jika ada pihak yang mendakwa nama sama itu merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu tidak benar kerana mustahil bagi seorang individu memiliki banyak kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza.

Beliau turut menafikan ada individu tertentu boleh mengundi lebih daripada sekali. Justeru, SPR meminta mana-mana pihak yang menemui perkara mencurigakan dalam Daftar Pemilih menghubungi SPR di Pusat Panggilan 03-8885 6565 bagi membolehkan suruhanjaya itu membuat semakan dan memberi penjelasan.

Dakwat kekal digunakan

Dalam pada itu, SPR memaklumkan, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan.

Kamaruddin berkata, tujuan penggunaan dakwat kekal itu adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali dan warna dakwat kekal yang digunakan bagi pengundian awal adalah berbeza warnanya dengan pengundian biasa.

SPR menegaskan pada PRU-13, tidak akan ada mana-mana individu boleh mengundi lebih daripada sekali kerana dakwat kekal akan digunakan manakala bagi pengundi yang sudah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR.

- BERITA HARIAN

Go to Source
Author: MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

Ada pecacai-pecacai pakatan yang cuba menjadikan SPR sebagai kambing hitam dalam PRU13 yang akan datang dengan menyebarkan maklumat seorang individu yang juga pengundi berdaftar di atas nama Ab Rapar bin Awang dengan mendakwa beliau mempunyai tiga kad pengenalan.

Berdasarkan pengkalan data SPR serta analisis yang telah dilakukan secara terpeinci, berikut adalah kenyataan media oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

KENYATAAN MEDIA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

2. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggunakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama).

3. Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.

4. Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. Begitu juga dalam kes Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua adik beradik yang tinggal di satu alamat itu mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.

5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali. Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.

Sekian dan terima kasih

…………………….t.t………………………..
(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
23 April 2013

Go to Source
Author: Desperado

  • Comments Off

ULASAN PEMILIHAN UMNO                                                            

Keputusan pemilihan kepimpinan baru Umno untuk tahun 2013 – 2016 telah pun diketahui. Ketiga-tiga naib presiden dipilih semula untuk terus menyandangkan kerusi mereka. Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Apdal tidak sukar untuk mempertahankan kedudukannya. Zahid mendapat undi tertinggi untuk naib presiden dengan mengutip 185 undi. Beliau nampaknya begitu ghairah dengan kemenangan itu sampai mengumum sendiri kemenangannya mendahului pengumuman pengerusi jawatakuasan pemilihan.

Shafei Apdal pula mengutip 174 undi manakala Hishamuddin Hussein mengutip 100 undi yang mengatasi seorang lagi calon naib presiden yang sebelum ini didendangkan akan menang dengan sembilan undi saja. Calon berkenaan ialah Mukhriz Mahathir mengutip yang 91 undi, setakat jam 2:30 pagi tadi.

Sebagai rekod dua lagi calon naib presiden, Mohd Isa Samad dan Mohd Ali Rustam mendapat tujuh undi. Kedua-dua calon ini bolehlah menyiapkan paku keranda terakhir mereka. Petunjuk jelas kepada mereka berdua bahawa aura mereka telah pun lupus. Mereka sepatutnya sedar dan insaf dan jangan lagi mencari alasan-lasan klise untuk memperakui yang diri mereka masih relevan. Tidak semua perangai Mahathir Mohamad patut diceduk.

Apabila bercakap mengenai pemilihan Umno, menganalisa dan mencari jawaban kenapa orang itu kalah dan orang ini menang tidaklah begitu memelikan. Tidak perlu mengambil masa sehari semalaman untuk membuat analisa mengenainya. Tidak ada apa-apa perubahan di dalam Umno, semuanya status quo. Status quo mengenai kedudukan naib presiden itu sudah dapat dijangka awal-awal lagi dengan melihat pola atau stail pemilihan di dalam sayap pemuda dan wanita parti tersebut.

Bahawa perwakilan Umno tidak mengubah cara mereka membuat pemilihan. Mereka tetap melihat kepada beberapa faktor yang menjadi kriteria tradisi mereka untuk membuat pemilihan sebelum ini. Antara kriteria atau faktor itu ialah; tokoh yang popular, berjawatan, kroni, bersikap baik serta (ini yang penting tetapi jarang disebut orang apatah lagi para komentator politik yang bercakap di media eletronik atau media PB) iaitu sedia memberi rasuah.

Bagi perwakilan kriteria itu dibuat berdasarkan keuntungan peribadi kepada mereka bukan kepada parti dan negara. Bagi mereka soal parti dan negara nombor ‘mengusuk’ (akhir). Apabila mereka memilih orang-orang yang mempunyai ciri-ciri itu, ia mendapat pendapatan atau pun imbuhan (dipanggil juga duit tersepak) semasa pemilihan. Tradisi permilihan Umno adalah kesempatan untuk mendapat wang poket tidak lupus dari minda mereka bahkan ia menjadi buruan dan wasiat. Jadi calon yang berciri-ciri demikian akan memberi manfaat perut buat mereka, mereka akan dipilih.

Ambil dahulu jawatan untuk naik presiden. Ketiga yang dipilih semula itu adalah mereka yang mempunyai kriteria tadi. Menerusi satu status di dalam facebook saya memberi petua kepada mereka yang ingin mengetahui siapa yang bakal menang dalam pemilihan Umno dengan mengatakan sesiapa tokoh atau calon yang banyak memberi rasuah dialah yang akan menang. Mereka yang tidak berwang dan berjawatan boleh menjanakan wang pasti akan cicir. Zaman calon naib presiden yang tidak berjawatan dan berada dalam penjara akan menang seperti dialami Harun Idris (Allahyarham) sudah tidak ada.

Ketiga yang menang itu menteri di mana mempunyai kekuatan kewangan yang cukup kuat. Ini dapat disahkan apabila dua calon Mohd Isa Samad dan Mohd Ali Rustam yang tidak menjadi menteri mendapat undi yang sedikit. Saya yakin dan percaya kalau mereka berdua juga mempunyai kedudukan dan ada kuasa menteri yang boleh eksploit untuk menjana kewangan mereka akan mendapat undi setidak-tidaknya separuh dari undi diperolehi Mukhriz.

Sebagai mengabsahkan perkara ini cuba perhatikan sejarah lampau ketika mereka menjabat jawatan menteri atau ketua menteri suatu masa lalu. Isa menang besar untuk kerusi naib presiden dan begitu juga dengan Ali Rustam. Ketika itu Isa sebagai menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan, manakala Ali Rustam sebagai ketua menteri Melaka. Semalam ketika mereka sekali lagi bertarung untuk merebut jawatan itu mereka hanya sebagai pengerusi GLC sahaja di mana kedudukan itu tidak banyak memberi sumber pendapatan atau berpotensi memberi kewangan. Apa jawaban untuk mereka, mereka kalah.

Mungkin faktor ini agak sulit dan rahsia. Orang tidak berani mengatakan demikian kerana ia bersifat fitnah dan mengaibkan Umno. Apa lagi Umno berharap dengan memperkenalkan sistem berkenaan antara tujuannya ingin menghapuskan rasuah dalam pemilihan parti itu. Jadi masing-masing tidak mahu bercakap atau memperkatakan mengenai perkara itu.

Komentator siaran langsung tv, terdiri dari sarjana menerusi media eletronik yang menjadi PB pula tidak sama sekali akan menyebut perkara itu walaupun saya yakin dan percaya mereka mengetahui sangat akan gejala berkenaan. Mereka ada maklumat mengenai hal itu. Tetapi kerana mereka berkerja dan berkhidmat untuk melindungi perkara itu maka mereka tidak menyebutnya. Mereka akan menyapu najis itu ke bawah karpet dan atau membiarkan kudis itu menjadi barah kerana ianya sudah diterima secara ‘konsensus senyap’, (TST) bahawa rasuah itu hahal di dalam Umno. Sarjana atau komentator sebeginilah yang menjadi penyokong membawa rebah. Dan mereka juga adalah pemakan rasuah?

Saya berani mengatakan bahawa rasuah berlaku dalam pemilihan Umno bahkan lebih hebat dan luas berbanding dalam pemilihan sebelum ini. Kalau dalam pemilihan sebelum ini penerima rasuahnya dalam lingkungan 2,500 orang tetapi hari ini ia bertambah beribu kali ganda, iaitu seramai 140,000 orang.

Saya ambil contoh apa yang berlaku dan dapat dicerapi di Kelantan. Semasa kempen semua calon naib presiden dan hampir semua calon ahli majlis tertinggi Umno turun ke Kelantan. Terutamanya calon-calon naib presiden turun sambil mengadakan majlis pertemuan dengan perwakilan di sinilah mereka mengirimkan wang poket yang dinamakan wang pengenalan bersama kad kempen memberi tahu nombor mereka. Pemberian ini bukan sekali semasa calon-calon berkenaan turun tetapi banyak kali sehingga ke malam terakhir pemilihan.

Calon-calon melantik agen mereka untuk berjumpa dengan perwakilan di setiap kawasan. Agen itu pula akan mencari sub-agen untuk mendapatkan perwakilan. Kebanyakan sub-agen ialah puteri dan wanita atau rakan baik calon serta termasuk juga mereka yang mendapat projek dengan calon. Puteri dan wanita Umno akan dipanggil untuk berjumpa dengan calon-calon naib presiden secara berperingkat-peringkat. Agen akan merasuah perwakilan antara RM500 hingga RM1,000 tiap seorang.

Bayangkan berapa banyak wang. Saya tidak terkejut dengan maklumat mengatakan ada calon naib presiden memperuntukan RM1 juta untuk satu negeri ini bermakna mereka terpaksa menghabiskan wang sebanyak sekurang-kurang RM13 juta. Dan cuba kira kalau kesemua enam calon naib presiden mengirimkan ‘wang mengelan’ kepada perwakilan, adalah dianggarkan setiap perwakilan menerima sekurang-kurang RM5,000.

Kejadian rasuah ini bukan di kalangan calon naib presiden tetapi di peringkat bahagian juga menarik. Di beberapa bahagia yang keadaanya kritikal terutamanya berlaku pertandingan sengit, barang kali tidak percaya kalau disebutkan ada calon ketua bahagian terpaksa menghabiskan RM1.2 juta? Saya ulangi calon ketua bahagian.

Di sebuah bahagian perwakilan dirasuahkan di antara RM500 hingga RM1000. Sekiranya separuh dari perwakilan berjumlah 1000 orang dibayar penuh ini bermakna RM500,000. Sebaliknya ada perwakilan ditambah rasuah sekali ganda dengan bersumpah dan akan ditambah sekali ganda lagi apabila sesudah mengundi ditunjukkan foto kertas undi dipangkah yang dirakam menerusi telefon.

Kejadian-kejadian seperti itu menggambarkan gejala rasuah di dalam parti ini cukup besar dan makin subur. ‘Insya-Allah’ ia akan terus subur dan sihat sekiranya apa-apa tindakan tidak akan diambil. Walaupun ada pemantauan dari SPRM tetapi ia hanya sebagai pengabuian mata umum sahaja untuk menunjukkan ia terbuka dan telus dan transfromasi berjaya.

Kebenaran politik wang dan kelebihan kepada calon yang mempunya kriteria di atas itu jelas kalau dilihat kepada pola pemilihan di dalam MKT. Semua yang menang dengan undi terbanyak adalah mereka berjawatan sebagai menteri, timbalan menteri dan menjadi pengerusi GLC. Mereka yang tidak memegang jawatan lumayan tidak mendapat undi bahkan satu undi pun tidak diberi.

Antara mereka yang berjaya mendapat undi terbanyak, Mustapa Mohamed, Jamil Khir Baharum, Ismail Sabri Yaakub, Ahmad Shabery Chik, Idris Haron, Abd Rahman Dahlan, Shahidan Kassim, Razali Ibrahim, Mohamad Hassan, Hasan Malik dan Tajuddin Abdul Rahman. Semua mereka adalah menteri atau timbalan menteri. Rahman Dahlan walaupun pertama kali bertanding tetapi kerana beliau adalah menteri maka beliau menang dalam top-ten.

Manakala yang menjadi pengerusi GLC yang menang, Abdul Azeez Rahim (pengerusi Tabung Haji) dan Annuar Musa yang telah pun meninggalkan MT kini kembali semula apabila beliau dilantik menjadi pengerusi Mara. Kenapa Annuar menang, jawabannya kerana agensi yang beliau pegang itu adalah lebuk emas. Jelas mereka yang memegang jawatan pengerusi agensi-agensi kecil atau yang tidak boleh menjana kewangan tidak menang bahkan undi mereka sangat menyedihkan. Contohnya Alwi Che Ahmad yang menjadi pengerusi Kada yang sifatnya kedaerahan, hanya mendapat lapan undi sahaja. Sayang perwakilan tidak melihat Alwi sebagai seorang agak memahami prinsip dan dasar Islam.

Kesimpulannya keputusan yang diperolehi jelas menggambarkan pemilihan kepimpinan di dalam Umno bukan berdasar kepada merit-merit lain seperti kebolehan, wawasan, kredibiliti, integriti dan syaksiah serta track rekod calon. Lantaran itu saya berpendapat transformasi yang hendak dilakukan Najib Razak untuk menambah kualiti Umno tidak mencapai matlamat, dan tujuan dengan merubah pemilihan selain untuk memberi kebebasan ia juga untuk mengawal rasuah, tidak berjaya. Pemilihan kali ini bagi saya ia hanya merubah tempat memilik (di kawasan masing-masing) dari segi semangat dan nafsu masih sama seperti di Dewan Merdeka.

Justeru, Umno harus berani dan perlu berterus terang mengenai rasuah di dalam parti mereka. Umno tidak boleh meyapu ke bawah karpert dan Umno tidak perlu berbohong dan menjadi munafik kepada diri sendiri. Kalau tidak percaya cuba kentut, kepal dan bawa ke hidung. Wajah dan bentuk pemilihan itu jelas menunjukkan hakikat itu. Orang-orang yang berani mengkritik dan berdaya intelek seperti Saifuddin Abdullah akan dilupakan begitu sahaja. Ini menunjukkan kuasa rasuah sangat kuat dalam Umno. Saya juga konfius mengenai najis rasuah ini apakah ia diterima sebagai satu amalan mulia oleh Umno atau apa, kerana femonena yang berlaku sekarang ini ia tidak menunjukkan ia berkurangan malahan membimbangkan.

Sekiranya perkara ini dihalalkan atas alasan untuk memberi imbuhan dan pendapatan setiap tiga atau empat tahun sekali kepada ahli Umno, ia boleh diteruskan dan perkara ini perlulah dinyatakan secara berterus terang agar orang tidak menyebutnya sebagai rasuah, tetapi akan menyebut ia adalah amalan Umno. Ertinya kepada mana-mana orang berhajat untuk menjadi pemimpin di dalam Umno tidak perlu menampilkan bakat, kebolehan ataupun wawasan diri, menjadi ahli fikir, berfilsofi, beragama tetapi cukup dengan membawa wang yang banyak mereka pasti akan dipilih sebagai ketua atau ahli majlis tertinggi Umno. Untuk mendapat wang banyak cari lima atau 10 taukeh Cina kalau pun tidak along, pinjam duit mereka dan bila menang bayar menerusi kuasa yang ada.

Mengenai kapasiti ahli majlis tertinggi Umno ada beberapa sudut nampaknya Umno tidak menghiraukan. Ini mungki kerana faktor kewangan atau pun perangai Umno itu sendiri sedemikian yang tidak memberi fokus dalam perkara ini. Yang hendak disebutkan disini mengenai personaliti yang berjiwa dan berpengetahuan Islam tidak ada di dalam MKT. Dari 25 orang hanya seorang sahaja yang nampak Islamik yang lain bolehlah dikatakan sebagai orang Islam sahaja yang tidah ‘fakih’ (pinjam istilah Dewan Ulamak Pas) Islam.

Apakah faktor ini disebabkan kerana pendekatan ‘wasatiyah’ yang diambil oleh Umno sebagai slogan di mana Islam itu hanya setakat bersembahyang raya atau pun berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok saja? Kekeringan mereka yan berjiwa Islam dan agak ‘fakih’ tentang Islam inilah salah satu sebab kenapa Umno seperti jauh dari Islam. Tidak ada orang yang bercakap mengenai kepentingan Islam membuat teguran kepada kepimpinan dari sudut dan persepktif Islam.

Dari ahli Umno berjumlah lebih 3 juta tidak terfikir tidak ada mereka berjiwa Islam di dalam parti itu. Tetapi kerana Umno tidak cuba meletakkan Islam sama hebat dengan pendidikan, pembelaan Melayu (nasionalisme) atau pun ekonomi (material) maka menjadikan mereka (Islam) terpinggir dan terasing, tidak berminat untuk bermain dengan terlalu jauh dalam Umno. Saya bersetuju dengan pendapat seorang komentator mengatakan sudah sewajarnya Umno memberi tumpuan kepada Islam kerana ia adalah parti terbesar oang Melayu yang rata-rata Islam apa lagi era ini adalah era Islam mulai dicabar secara mendada dari berbagai aspek.

Mungkin kalau permasalahan ini diterima Najib Razak menerusi kuasa beliau sebagai presiden parti akan melantik seorang dua lagi tokoh-tokoh atau ahli agama ke dalam majlis tertinggi Umno. Mungkin orang seperti bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin boleh difikirkan kerana ketelusan dan keberaniannya. Tidak ada guna kalau dilantik mereka yang hanya sedia mencari ayat-ayat Quran atau Hadith untuk memuji Najib dan Rosmah. Sebelum terlupa orang seperti bekas pemimpin tertinggi Pas juga boleh ditawar sama untuk memperkuatkan syiar Islam dalam Umno kerana ‘gelenyer’nya kepada Umno makin ketara. [wm.kl. 9:30 am 20/10/13]
Go to Source
Author: mso.im

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Pusat Tipudaya Najd

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata, telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda 

“Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”.

Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. 

Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk syaitan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

http://library.islamweb.net/
RENCANA ini memaparkan rancangan menjatuhkan Morsi dilakukan secara terancang bermula dari peringkat awal pengunduran Mubarak lagi. Perancangan ini dilakukan secara menyeluruh dan dilakukan oleh rangkaian perisikan Saudi dan UAE. 

Berbanggalah Saudi ketika ini melihat darah umat Islam sedang membasahi bumi Mesir hanya kerana mereka mahukan NUR Islam menyinari Mesir. Boleh dikatakan setiap musibah menimpa umat Islam di rantau tersebut terdapat sumbangan yang besar dilakukan oleh Saudi.

Pada 22 April 2011, Putera mahkota Mohammed bin Zayed telah membawa ketua perisikan dan keselamatannya bertemu dengan Raja Abdullah Arab Saudi bagi membincangkan kesan yang mengancam mereka akibat kebangkitan arab. Bin Zayed memberi amaran melainkan negara Kesatuan Negara-Negara Teluk (GCC) merangka polisi yang proaktif bagi membendung gelombang kebangkitan arab diseluruh arab pada ketika itu, kalau yidak dilakukan sesuatu semua kerajaan beraja arab akan jatuh. 

Tiga minggu kemudian dalam satu sidang kemuncak di Riyadh dia menyampaikan seruan yang sama terhadap ketua-ketua kerajaan negara GCC. Hanya Qatar mempunyai pandangan berbeza tetapi semua lima negara lain bersetuju. Bin Zayed dan Putera Bandar bin Sultan, ketua perisikan Saudi, menjalankan tugas untuk merangka rancangan yang berkesan bagi menghadapi fenomena Arab Spring dalam wilayah tersebut. 

Seterusnya Raja Abdullah mendapatkan persetujuan Raja Abdullah II untuk bersama-sama menjayakan rancangan tersebut manakala Qatar telah dikeluarkan dari kumpulan tersebut. Selama berdekad, UAE amat rapat dengan Mubarak dan juga kroninya. Sudah berbilion dolar hasil negara yang di songlap dimasukkan kedalam bank-bank di Abu Dhabi dan Dubai. Selepas kejatuhan Mubarak, ramai pegawai keselamatan dan ahli perniagaan yang korup secara diam-diam meninggalkan Mesir dan berpindah ke UAE. 

Bila Perdana Menteri terakhir Mubarak, Ahmad Shafiq kalah dalam pilihanraya presiden pada June 2012, dia juga melarikan diri ke UAE. Pada penghujung 2012, semakin jelas UAE menjadi tempat perancangan rangkaian bagi menggulingkan Morsi dan Ikhwan. Selang beberapa minggu selepas pembentukan kerajaan baru, penyokong-penyokong Shafiq dan jurucakap partinya Mohammad Abu Hamid, mengumumkan pada 21 August 2012 tentang senarai 15 tuntutan sebagai matlamat untuk menjatuhkan ” Kerajaan Ikhwan”. 

Dia memberi amaran tentang “Ikhwanisation” terhadap negara, iaitu perlantikan anggota ikhwan memegang jawatan penting negara, menyalahkan mereka atas kelemahan menyediakan keperluan asas terhadap rakyat. Abu Hamid seterusnya menyeru diadakan bantahan besar-besaran di Dataran Tahrir dengan tuduhan Morsi tamak kuasa, kuasa diktator, dan mencampuri badan kehakiman, lama sebelum presiden melakukan pindaan perlembagaan yang tidak dapat dilaksanakan tiga bulan kemudian. 

Dia juga menuntut pengharaman Ikhwan dan parti politik naungannya, menuntut penangkapan pemimpinnya yang dituduh khianat. Semua tuntutannya itu kemudiannya menjadi isu yang dibawa oleh semua parti pembangkang dan media-media yang anti-Morsi. Walaupun Morsi memegang kuasa dalam negara dan berjaya membersarakan kebanyakan general-general yang berpangkat tinggi pada awal Ogos, tetapi bidang kuasanya masih sedikit. 

Beliau tidak dapat menyingkirkan semua pengaruh Mubarak yang telah berakar umbi dalam pusat kekuasaannya, seperti pasukan tentera, pasukan perisik, badan-badan keselamatan dan juga pihak polis. Beliau diperdayakan bahawa mereka boleh bekerjasama dan boleh diberikan kepercayaan. Padahal badan-badan ini bersama dengan badan kehakiman, media-media sekular awam dan swasta, kebanyakan birokrasi hanya untuk kepentingan “golongan tertentu”, adalah jaringan rangkaian korupsi yang telah wujud sejak berdekad lalu dan diberikan hak istimewa tertanam di dalam segenap institusi negara.

Saki-baki rejim Mubarak dan ahli perniagaan yang korup telah bergabung dan menyelinap dalam segenap badan tersebut. Manakala parti sekular yang telah berserakan telah bergabung buat pertama kali dan membentuk pergerakan yang dinamakan National Salvation Front (NSF) selepas Morsi mengumumkan perlembagaan baru pada hujung November. 

Gabungan itu disertai oleh hampir kesemua calun presiden yang tewas dan beberapa parti sekular. Gabungan tersebut jika dikira jumlah undi dalam pilihanraya parlimen memperolehi tidak lebih dari 25% undi sahaja. Ketuanya termasuklah Amr Moussa, Hamdein Sabbahi, Elsayed AlBadawi, Mohammad Abul Ghar, dan billionaire Naquib Sawiris. Gabungan NSF telah memilih bekas ketua IAEA, Mohammed ElBaradei sebagai jurucakapnya.

Saudi Rancang pembunuhan Morsi

Pada November 2012, Putera Bandar telah membentangkan dua rancangan terperinci kepada Amerika melalui CIA. 

Plan A ialah rancangan segera untuk menjatuhkan Morsi dalam awal Desember manakala.. 

Plan B merupakan rancangan jangka panjang yang melibatkan dua peringkat. 

Peringkat pertama ia menjalankan beberapa siri tunjuk perasaan bantahan yang akan mendorong penyingkiran Morsi, manakala..

Peringkat kedua ialah menyatukan semua parti pembangkang bagi membentuk satu gabungan menewaskan Ikhwan jika rancangan peringkat pertama gagal. CIA yang telah dimaklumi sepenuhnya tentang rancangan ini tidak menyatakan samada untuk menyokong atau membantah kerana dasar pentadbiran Obama yang bersikap talam dua muka, juga sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan Morsi.

Rancangan untuk menggulingkan Ikhwan dibuat supaya pembunuhan Morsi dilakukan di kediamannya pada 5 Disember lalu. Walau bagaimanapun ia didedahkan oleh pengawal presiden peringkat pertengahan yang setia dalam beberapa jam saja ia hendak dilaksanakan. Dengan bantuan Ikhwan, Morsi berjaya menggagalkan rancangan tersebut, walaupun begitu beliau enggan mendedahkannya kepada umum atau berbincang mengenainya.

Pada Mac 2013, ketua NSF telah bertemu dengan Shafiq dan Bin Zayed di UAE. Mereka semua telah bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Morsi dan Ikhwan dari tampuk kekuasaan ialah dengan menggangu pemerintahannnya dan menggugat kestabilan dalaman negara dan mempengaruhi kuasa barat, terutamanya US, UK, Perancis dan Jerman, untuk menyokong rampasan kuasa oleh tentera. 

Mengikut lapuran WSJ, beberapa pertemuan telah diadakan di Pengkalan Tentera Laut melibatkan pemimpin kanan tentera dan semua tali barut Mubarak.

Rancangan semakin rancak

Semasa pihak pembangkang berbelah-bagi untuk menyertai pilihanraya parlimen yang akan diadakan, Ikhwan dan pakatan parti-parti Islam yang bersamanya sedang bersiap-sedia menghadapai pertandingan yang akan diadakan. Manakala itu banyak kumpulan belia dan revolusi , yang memulakan kebangkitan 2011 sangat kecewa dengan keadaan politik semasa, kerajaan yang tidak memenuhi tuntutan mereka dan parti pembangkang yang tidak berkesan. 

Secara tiba-tiba muncul satu gerakan belia yang baru pada hujung April 2013. Gerakan yang tidak mempunyai pemimpin yang jelas itu menggelarkan gerakan mereka Tamarrud atau Pemberontak. Mereka menyatakan tujuan mereka ialah untuk mendapatkan tandatangan sebanyak 15juta dari rakyat, iaitu lebih sejuta dari undi yang diterima oleh Morsi dalam pilihanraya presiden bagi menuntut diadakan pilihanraya presiden lebih awal.

Kumpulan pembangkang dengan serta-merta bersekongkol dengan Tamarrud dan menjanjikan bantuan bagi mencapai matlamat mereka. Ahli perniagaan billionaire dan penentang kuat Ikhwan, Sawiris mendakwa pada awal Julai bahawa dia telah menghabiskan berjuta-juta dolar dalam bentuk propaganda dan sokongan terhadap kumpulan tersebut. Tambahan pula bantuan sepenuhnya dari segi kemudahan dan kelengkapan diberikan oleh NDP, bekas parti politik Mubarak. 

Kebanyakan juga bekas-bekas pegawainya mengetuai usaha menyediakan sumber kelengkapan dalam mendapatkan tandatangan di seluruh Mesir. Manakala rangkaian media swasta menjalankan kempen fitnah melampau terhadap Morsi dan Ikhwan. Selama beberapa bulan, lebih dari sedozen rangkaian satelit menumpukan usaha memperlekehkan Morsi dan kumpulannya. Mereka dipersalahkan untuk setiap jenayah yang berlaku dan setiap masalah yang dihadapi oleh negara tersebut. 

Masa itu walaupun dalam media awam sepatutnya berkecuali telah turut serta melancarkan propaganda tersebut. Stesen rangkaian satelit yang di biayai oleh Saudi, berpejabat di UAE, al-Arabiyya yang turut menjalankan kempen propaganda tersebut dengan giatnya mempromosikan segala kegiatan Tamarrud dan menampilkan golongan penentang. Terjadi satu ketika ketika seorang tetamu terkenal dengan secara tidak sengaja dirakamkan ketika memegang kertas dengan jawapan disediakan ketika dia sedang menemuramah jurucakap Tamarrud.

Ikhwan bukan saja tidak cukup sedia menghadapi perang propoganda ini, tetapi ia juga memandang ringan terhadap ancaman tersebut. Walaupun apabila pakatan parti Islamnya telah memberi amaran terhadap pimpinan Ikhwan kemungkinan besar berlakunya rampasan kuasa seminggu sebelum Morsi digulingkan, tetapi diketepikan dengan jawapan berikut,

” Mereka (pembangkang) sebelum ini telah mengadakan 25 kali tunjuk perasaan, dan yang kali ini menjadi yang ke 26.”

Terdapat dua faktor utama kenapa Morsi dan ikhwan tidak bimbang tentang tunjuk perasaan yang akan dijalankan. 

Pertamanya, ketua tentera Gen. Abdel Fattah Sisi beberapa kali memberi jaminan kepada Morsi bahawa tentera tidak akan menggulingkan kerajaan dan akan tetap berpegang kepada proses demokratik. Walaupun pada masa Sisi mengeluarkan kenyataan mendesak diadakan kompromi seminggu sebelum tarikh malang 30 Jun, dia beritahu presiden supaya jangan bimbang dan dia terpaksa mengeluarkan amaran tersebut hanya untuk mengabui beberapa general tentera sahaja. 

Faktor yang kedua ialah Morsi dan Ikhwan beberapa kali diberi jaminan oleh duta US Anne Patterson bahawa US tidak akan menyokong sebarang usaha pihak tentera untuk menggulingkan presiden yang dipilih secara demokrasi.

Tipudaya

Menjelang pertengahan Jun, gerak kerja mereka telah berjalan sepenuhnya. Mereka menggerakkan professor dan ahli akademik terkenal daripada pihak penentang Waheed Abdelmagid dan Hassan Naf’ah, begitu juga professor undang-undang seperti Noor Farahat dan Husam Issa, mereka mendesak di seluruh rangkaian television bagi diadakan pilihanraya presiden yang awal, mencanangkan merupakan satu cara yang diterima dalam sistem demokrasi dan juga telah dilakukan dibeberapa negara termasuklah US semasa presiden Nixon meletak jawatan. 

Tetapi mereka menampak ketidak jujuran apabila tidak menjelaskan fakta sebenar dalam contoh yang mereka bawa, seperti Nixon yang meletak jawatan ketika dipanggil untuk membela diri dihadapan kongress. Digantikan oleh timbalannya, Gerald Ford sebagai presiden, tanpa pilihanraya yang awal.

Tidak dapat bertahan lagi: terputusnya bekalan elektrik dan kekurangan bahan api

Sepanjang bulan Jun serangan bertali arus oleh media terhadap kerajaan Morsi bukan sahaja sentiasa menyalahkannya atas masalah yang dihadapi oleh masyarakat Mesir, tetapi menumpukan terhadap…

tiga masalah yang sengaja diadakan

masalah tahap keselamatan semakin lemah, kerap terputus bekalan kuasa yang memakan masa berjam-jam bukan sahaja menjejaskan penduduk tetapi juga kawasan industri, dan begitu juga kekurangan bekalan minyak, menyebabkan barisan yang panjang di setiap stesen minyak. Mesir mempunyai 2480 stesen minyak, sebanyak 400 buah dikendalikan oleh kerajaan. Dan selebihnya 2000 stesen di miliki swasta oleh ahli perniagaan yang diberikan lesen ketika era Mubarak kerana mereka sangat rapat dengan rejim itu dan sangat setia. 

Kerajaan Morsi telah memastikan setiap stesen menerima bahagian masing-masing dan tiada alasan keputusan bekalan. Bahkan, beberapa hari sebelum digulingkan Morsi telah memberi amaran kepada stesen-stesen minyak akan membatalkan lesen mereka jika mereka enggan membekalkan minyak kepada pelanggan. Khalid Al-Shami seorang aktivis belia yang telah bersama penentang hinggalah semasa rampasan kuasa tentera, telah mendedahkan rancangan tersebut apabila dihadapan umum bahawa sejumlah pemilik stesen minyak swasta bersekongkol mengadakan krisis kekurangan bekalan minyak bagi membuat rakyat awam marah terhadap Morsi. 

Bukti paling jelas bahawa masalah kekurangan minyak di Mesir adalah dibuat-buat ialah ia telah selesai semalaman sahaja. Sebaik saja Morsi digulingkan bekalan minyak serta-merta pulih sediakala.

Begitu juga dengan masalah keselamatan dan terputus bekalan elektrik, wujudnya konspirasi jelas ketara. Pasukan polis yang enggan melindungi kawasan penduduk semasa pemerintahan Morsi telah kembali bertugas sepenuhnya. Penjenayah dan samseng yang mengganas terhadap penduduk telah dapat dikawal oleh pihak keselamatan yang sama era Mubarak kecuali dikawasan dimana penyokong Morsi buat tunjuk perasaan. 

Bekalan elektrik yang sentiasa terputus berjam-jam setiap hari telah pulih dalam semalaman saja. Misteri dalam dua masalah yang amat sukar untuk diselesaikan ini akhirnya terjawab minggu ini. Dalam seramai 35 orang anggota kabinet yang dipilih oleh tentera, 8 telah dikekalkan termasuklah Menteri Dalam Negeri yang menjaga keselamatan dan Menteri Tenaga Elektrik. Orang menjangkakan menteri yang pertama dipecat oleh kerajaan yang menggulingkan kuasa ialah yang selama ini banyak mendapat aduan awam tentang ketidak cekapan mereka. 

Pihak pembangkang selama ini yang menyeru supaya menteri tersebut sebelum ini dipecat, sekarang ini pula menyanjung mereka dan menyokong mereka dikekalkan. Pendek kata, ramai pegawai khidmat awam yang menyatakan setia kepada presiden sebenarnya selama ini mengkhianati pentadbirannya dari dalam.

Putar belit Nombor: Pembohongan yang berulang-ulang akhirnya orang percaya

Pada minggu kedua Jun, Tamarrud mengumumkan telah mendapatkan tandatangan lebih dari 10 juta hanya dalam masa enam minggu. sepuluh hari kemudian jumlah itu telah meningkat mendadak kepada 22 juta tandatangan. Tidak lama selepas itu, jurucakap Tamarrud Mahmoud Badr telah mengumumkan menukar matlamat demonstrasi 30 Jun. Tidak lagi meminta supaya diadakan pilihanraya awal, tetapi mendesak supaya digulingkan Morsi, menggantikan dengan ketua SCC, menggantung perlembagaan, mengharamkan Ikhwan dan bicarakan pemimpinnya. 

Dalam beberapa hari tersebut media sentiasa mencanangkan propaganda hinggalah sampai hari kejadian. Pada 30 Jun, setiap watak tahu peranan masing-masing. Sehingga tiba waktu tengahari Tamarrud mengumumkan jumlah bantahan jalanan telah mencapai lebih dari 10 juta orang. Kemudiaannya meningkat 14 kemudian 17 kemudiannya 22 juta. Seterusnya pihak media mendakwa seramai 33 juta orang telah menyertai bantahan tersebut. 

Kapalterbang tentera terbang dengan formasi menghiburkan peserta dilangit atas dataran Tahir sambil menggugurkan bendera Mesir dan air minuman, sambil membentuk simbul hati untuk menunjukkan sokongan terhadap peserta demonstrasi. Pihak tentera juga menyediakan kelengkapan helikopter kepada Khalid Yousef, pengarah filem terkenal yang kuat menyokong penentang dan amat memusuhi Ikhwan. Yousef telah merakamkan demonstrasi tersebut dan menghasilkan sebuah filem yang terus di segenap rangkaian televesion di seluruh Mesir. 

Dalam beberapa jam sahaja, setiap media mendakwa jumlah peserta bantahan mencecah sepuluh juta dengan peserta di Dataran Tahrir sahaja mencapai antara 5 atau 8 juta. Pada hari rampasan kuasa, pertunjukan bunga api, cahaya laser dan festival diadakan dengan meriahnya. Kawasan Dataran Tahrir hanyalah seluas 12.3 ekar. Amjad Almonzer, seorang jurutera komunikasi dan Pakar Google Earth, secara terperinci telah membuktikan: walaupun segenap ceruk Dataran Tahrir dikira, keluasannya tidak melebihi 25 ekar. 

Walaupun dalam setiap meter persegi dikira seramai empat orang dan semua bangunan disekitarnya dianggap lapang, itupun tidak akan melebihi seramai 400 ribu orang pada hari tersebut. jika seramai jumlah 5-6 juta seperti digemburkan oleh penyokong tentera hendak dipertimbangkan, ini bermakna ini bermakna terdapat 50-60 orang dalam setiap meter persegi (5-6 per sq. ft.), jelas amat mustahil. Walaupun terdapat sejuta orang memenuhi setiap ceruk di Dataran Tahrir dan semua kawasan sekitar, ini akan menjadikan 10 orang per meter persegi, juga mustahil. Hatta pihak BBC pun mempersoalkan jumlah tersebut.

Oleh itu paling ramaipun terdapat kurang dari setengah juta orang di Dataran Tahrir pada hari kemuncak demonstrasi dan kemungkinannya terdapat jumlah yang sama dilain-lain tempat di Mesir. Oleh itu jelas, hasrat pengundi Mesir yang inginkan perubahan yang lebih Islamik telah dikorbankan apabila hanya sejuta atau dua juta penunjuk perasaan membantah dalam masa sehari dua.

Tiada Rahsia Lagi: Media anti-Morsi Ceritakan Segala-galanya

Walaupun pada saat tidak ada seorangpun penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Okaz, surat khabar harian di Saudi telah menyiarkan terlebih dulu senario secara terperinci yang hanya terlerai tiga hari kemudian apabila tentera merampas kuasa. Hari berikutnya, akhbar al-Ahram, akhbar rasmi Mesir dan mempunyai edaran terbesar, telah menyiarkan berita utama ‘ Samada Letak Jawatan atau Digulingkan”. 

Lapuran itu telah meramalkan butiran terperinci yang menggerunkan bagaimanakah perkara tersebuut akan terjadi, termasuklah katadua oleh tentera, penggulingan Morsi, penangkapan pemimpin Ikhwan dan penggantungan perlembagaan. Pada 3 Julai menjelang malam, Gen. Sisi mengumumkan penggulingan Morsi, penggantungan perlembagaan dan bermulanya pelan halatuju politik. sebenarnya ia adalah pelan yang sama yang telah diumumkan oleh Morsi, dan ditentang oleh pembangkang. Perbezaan hanyalah dia telah digulingkan.

Harapan Hanyalah Kepada Pertolongan Allah

مَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّـهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَىٰ إِلَى الْإِسْلَامِ ۚوَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٧﴾ يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾

  • Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya.(QS. Ash-Shaff [61] : 7-8)
  • “Ya Allah kami memohon pertolongan Mu untuk saudara-saudara kami yang tertindas oleh golongan yang membenci Nur Islam, Ya Allah Engkau keringkanlah telaga-telaga minyak mereka kerana keangkuhan mereka memadamkan cahaya Mu ya Allah, Minyak yang Engkau kurniakan bukan mereka gunakan untuk menerangi bumi ini dengan Nur Islam ya Allah tetapi untuk menindas orang-orang yang beriman ya Allah, Ya Allah engkau tenggelamkanlah mereka dipadang pasir al-Baida ya Allah bersama-sama kekayaan mereka ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
petunjukzaman

Lihat sebelum ini…
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
 
Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

.
.
.

like ?

Tekan gambar !

<