Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

 Nak cakap sikit sahaja:
Dr Burhanudin Helmi dan Ahmad Boestamam pernah ditudoh dan di ISAkan kerana menyokong Indonesia mengganyang Malaysia  pada 1964.  Akibatnya Pas dan Parti Rakyat tewas  banyak kerusi dan Perikatan menang selesa.
Tidak hairan jika ada usaha mengatakan Anwar menjadi dalang kepada pencerobohan Sulu di Lahat Datu. Mazhab Umno ialah machiavellism    Itu pun ada tokoh Majlis Syura Pas yang  syok dengan Umno!!!!

Go to Source
Author: SOKONGPR

  • Comments Off
Nak tulis sikit sahaja:
Di Memali  ada kereta kebal
Di Sauk ada kereta kebal
Di Lahat Datu – tak dengar cerita pun…
Jangan dikata, hanya berani dengan rakyat Malaysia sahaja.

Go to Source
Author: SOKONGPR

  • Comments Off

 

Dia punya TEMBERANG seolah-olah macam lah dia buat kerja BAGUS sangat beb… pada hal kerja beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan boleh dikatakan HAMPEHHHH beb… sebab itulah sampai sekarang CERITA pasal SIASATAN berkenaan PEMBELIAN Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dikatakan hanya berharga hanya RM150 Ribu oleh Baginda Sultan Johor DT… sedangkan ianya telah dibeli dengan harga RM690 Ribu oleh Kementerian Pertahanan walaupun dengan KUALITI yang sama… tapi sampai KESUDAH cerita pasal konon nya akan DISIASAT tak ada BAYANG pun beb… kah kah kah !.


Begitu jugaklah berkaitan PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU keatas LAHAD DATU SABAH… kerana beliau yang jadi Menteri Pertahanan maka itulah HASIL yang didapati… sedangkan Negera Malaysia mempunyai Anggota Keselamatan yang TERLATIH dan CEKAP serta PERALATAN PERTAHAN yang CANGGIH dengan KAPAL SELAM SCORPENE lagi tu gua cakap lu beb… tapi sampai ketika nya PENGGANAS SULU boleh TERLEPAS MENCEROBOH bukan setakat SEMPADAN malahan SIAP BERKAMPUNG didalam LAHAT DATU… kah kah kah !.


Mungkin ada yang kata gua MEMPERLEKEHKAN Anggota Keselamatan… sudah semestinya yang berkata begitu adalah ISI PERUT UMNO yang BEBAL MELANTUN-LANTUN seperti yang dikatakan oleh Tun Madey bahawa “SUDAH BERPULUH TAHUN YANG CERDIK PANDAI TAK MASUK UMNO”… ditambah lagi bila yang dikatakan oleh Tun Madey tu adalah jenis JAHIL MUA’KAP… iaitu PANDAI TAK BOLEH DI IKUT DAN BODOH TAK BOLEH DI AJAR… yang dia orang tahu hanya lah SPIN dan FITNAH… tapi KEBODOHAN PEMIMPIN UMNO langsung dia tak nampak… kah kah kah !.


Hari ini beliau membuat lagi satu PENIPUAN dengan mengatakan yang TIGA PEMIMPIN PEMBANGKANG menjadi DALANG kepada PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU… kah kah kah… ini yang dikatakan PENIPUAN jenis KAMIKAZE beb… 1 DUNIA tahu yang BAIK dan BERSAHABAT serta BERSAUDARA dengan PENGGANAS SULU adalah PEMIMPIN UMNO tiba-tiba yang menjadi DALANG adalah PEMIMPIN PEMBANGKANG… memang DASAR MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI beb… betul-betul TAK ADA MORAL atau pun HILANG MORAL sebagai MANUSIA… sedangkan yang sepatutnya membuat kenyataan adalah Pihak Polis tiba-tiba beliau pulak MENYIBUK… kah kah kah !.



sumber mk


Semalam dah lah keluar dari MULUT LONGKANG beliau bila mengatakan seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini yang beliau MENGESAHKAN laporan sebuah akhbar… tapi gua tak pasti yang mana satu… sama ada UTUSEX MELOYA atau pun BERITA HAIRAN bahawa 35 orang PENGGANAS SULU ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu Filipina Sabtu lepas… yang juga merupakan HARI PENAMAAN CALON bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi Negara Malaysia… tetapi rupa-rupanya itu hanya lah TEMBERANG WA PENIPU dari CALON BN bagi Kerusi Parlimen P.75 BAGAN DATOK  ni beb… kah kah kah !. sumber baca sini dan sini


Apa punya MANGKUK AYUN betul lah CALON BN bagi Kerusi Parlimen P.75 BANGAN DATOK ni beb… kalau ya pun nak nampak KERJA tu BAGUS cari lah BAHAN-BAHAN lain yang boleh DISAHKAN akan cerita tersebut… ini buat cerita seperti BOMB yang hanya nak KUAT BUNYI tapi bukan untuk MENCEDERAKAN baca sini… kah kah kah… lu orang tahu lah kan siapa yang nak buat BOMB untuk BUNYI KUAT tapi bukan untuk MENCERAKAN… sebab nya yang ada kat situ pun adalah PEMIMPIN dia orang aje… jadi tak kan PENYOKONG nak bagi PEMIMPIN CEDERA beb… betul-betul seperti CERITA KARTUN TRANFORMERS HJ NAJIB lah beb…  kah kah kah !.


Ini semua adalah satu bentuk KEMPEN untuk MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT… ialah biar RAKYAT TAKUT bila dengar BOMB sana… BOMB sini… ARAB SPRING sana… ARAB SPRING sini beb… bila dengar pasal BOMB ni terus aje gua TERINGATKAN BOMB C4 yang digunakan bagi MELETUPKAN WARGA MONGGOLIA yang bernama ALTANTUYA SARIBBU yang mana KEMASUKAN beliau ke dalam MALAYSIA dengan menaiki TONGKANG seperti datang nya KETURUNAN Tun Madey satu ketika dulu… cuma bezanya KETURUNAN Tun Madey datang ditahun AWAL-AWAL tahun 1900 Masihi tetapi ALTANTUYA ni terjadi di tahun AWAL-AWAL tahun 2000 Masihi dan sebab itu TAK ADA REKOD kemasukkan beliau di IMEGRESEN… kah kah kah !.


Buat PENGUNDI-PENGUNDI Kerusi Parlimen P.75 BAGAN DATOK… MIKE semua KENA BERUBAH yop… tak kan dari MIKE MUDA sampai MIKE TUA pun nak DITIPU oleh yang namanya ISI PERUT UMNO/BN tu yop… kah kah kah… TAK ADA RUGI nya pun kalau MIKE semua MENGUNDI Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti… mungkin MIKE akan katakan SAMA AJE BIOR SIAPA PUN MERENTAH… kalau itu jawapan MIKE maka APA SALAH nya MIKE mencuba sesuatu yang BARU iaitu yang BELUM PERNAH MENYAMUN dan MEROMPAK HARETA RAKYAT…kalau KOREJA serta PERANGEI DEME pun sama macam KOREJA serta PERANGEI Pemimpin Umno/Bn… jawapnya MIKE KUBURKAN jugalah DEME pada PRU14 nanti… TAK ADA ROGI APA-APA yop… kah kah kah !.
Bah kan MIKE BERUTUNG lagi kerana TAHU bagaiman KOREJA dan PERANGEI DEME… itu CADANGAN TEMAN aje lah yop… tapi kalau MIKE tanya ISI PERUT UMNO sudah tentu lah DEME mengatakan yang itu salah… sebab nya DEME kalau TAK MERENTAH jawap nya tak dapatlah DEME nak MENYAMUN dan MEROMPAK HARETA RAKYAT yop… mahu KEBULUR DEME MAMPOS TAK MAKAN… kah kah kah… ialah kebiasaaan nya DEME makan dari HASIL MENYAMUN dan MEROMPAK HARETA RAKYAT… tapi bila dah KALAH apa lagi yang DEME nak SAMUN dan ROMPAK… dimasa itu jugak MIKE siap boleh NENGOK segala PENIPUAN yang dilakukan oleh Pemimpin Umno/Bn selama BERPULUH TAHUN… tak TERENGIN ke MIKE nak NENGOK yop… kah kah kah !.
 
 
Mat Indera SiPejuang 

hemmmmm….. ayuh pengundi-pengundi bagan datuk… tekad kan azam kuat kan semangat… undi lah pakatan rakyat pada 5 mei 2013 nanti beb… demi untuk anak cucu cicit lu orang… jangan nanti lu orang disalahkan kerana membiarkan segala salah laku pemimpin umno/bn ok… kah kah kah… umporno perkasam jati… betul meloyakan heeeee… A B U.

Go to Source
Author: atsixty

  • Comments Off
Yang pakai songkok hitam tu siapa ya?
SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan ‘Lanun’ (Mundu) yang kononnya tentera ‘Sultan Sulu’ sehingga Kampung Tanduo menjadi ‘Medan Perang’; gara-gara ‘kebijaksanaan’ Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan ‘Reverse Take Over’ sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.


PECAH TEMBELANG:
KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU?
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya ‘Warga Penyu’ termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang ‘Pakar Bom’ terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA ‘menceroboh’ tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan ‘Penjara Air Panas’ Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.



Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap ‘Tamak dan Haloba’ sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu ‘peha’; bahkan yang berada di ‘celah peha’ meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku ‘Koleksi Sabah’ serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa ‘bom ikan’; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar ‘Tanah Adat’; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung ’lawatan mengejut’ saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa “Mereka datang mengambil BR1M,” kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik ’Gertak Keling’ Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.


Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah;[Klick untuk baca] maka ‘Golongan Sultan Oportunis’ mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan ‘Sultan Sulu’ yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui ‘Ruma Bichara’ (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan ‘Diplomatik Reverse Take Over’ dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang ‘pencerobohan’ ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya ‘Tentera Sulu’ yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan ‘Tentera Sultan Sulu’ ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan ‘kecanggihan satelit’ di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi ‘Pusu’ yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi ‘kependekan akal’ pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau ‘Tentera Sultan Sulu’; sedangkan pada hakikatnya hanyalah ‘Tentera Upahan’ Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja ‘Tentera’ yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai ‘Tentera Sultan Sulu’ yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap ‘Drama’ Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan ‘kemaluan’ yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang ‘Pintomen’ serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh ‘Janji Terang Bulan’ Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan ‘Drama’ yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Baca luahan salah seoarang Face booker yang inbox dalam inbox FB gua berkenaan kampunnya Lahat Datu di sini klick

VOTE ONLINE PRU13:
“Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?” Jika setuju sila klik vote “Like” di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN
Created by Klik untuk dapatkan

Go to Source
Author: King Jason Ori

  • Comments Off

As Salam King Jason, saya warga Lahad Datu yang bekerja di kuala lumpur. Apa yang berlaku di Lahad Datu sengaja disenyapkan oleh kerajaan kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh menjelang PRU13. Hanya warga Lahad Datu yang tahu situasi sebenar. Menurut cerita keluarga saya di sana, memang pengganas ini dijemput masuk atas sebab ingin menuntut kawasan felda dengan janji mereka mendapat tanah dan sebagainya. 

Dan yang lebih menyakitkan hati ada antara pengganas ini sudah memiliki IC sah. Caranya minta askar sultan sulu yang tidak tahu malu itu datang untuk provoke. namun mereka datang dengan tujuan untuk mengambil semula Borneo. 

Serampang dua mata. Bantu dan rampas. Tidak ada kaitan dengan pembangkang kerana setahu saya rakyat Sabah kini bangkit dan ramai yang sokong pembangkang kerana merasakan tidak terbela dan dipinggirkan sekian lama. 


Isu ic projek memang berlaku. 
Dan siapa kami di sabah untuk menyampaikan kebenaran, sedangkan pemimpin kami sendiri menjatuhkan martabat kami. Untuk pengetahuan saudara, rakyat Sulu semakin bertambah di kawasan Lahad Datu dan dikhuatiri mereka ini akan bangkit membalas tindakan kerajaan. Bayangkan 10 orang Sulu terbunuh dan tak mustahil majoriti rakyat Sulu yang ahli keluarganya terbunuh akan membalas dendam dan mengsanya penduduk Lahat Datu?

Mangsanya adalah kami penduduk tempatan. Sedangkan kawalan perairan di persempadanan Sabah dan Filipina terlalu longgar sehingga hampir setiap hari mereka keluar masuk tanpa sekatan. 


Kalau saudara Jason ke lahad datu, 
Saudara akan lihat rupa bandar Lahad Datu yang tak ada bezanya dengan pekan di Filipina. Pertambahan penduduk yang mendadak, kebanjiran pendatang Filipina yang bebas menjadikan kami minoriti. Yang jelas, tiada respon yang boleh menjelaskan keadaan sebenar di Lahad Datu. 

Kami juga tidak dimaklumkan dengan terperinci situasi sebenar baik di media kerajaan dan sebagainya. Hanya FB sahaja sumber maklumat kami. Selain maklumat daripada hospital dan agensi kerajaan yang ditugaskan. Malah rakan2 polis yang bimbang sedia berkongsi maklumat walaupun tahap kerahsiaan tidak boleh disampaikan sewenang2nya. 

Hari ini perintah berkurung dikuatkuasa pada jam 5 petang sebentar tadi, Anggota keselamatan kita dua terkorban. Pihak pengganas 10 terkorban, 4 cedera dan 4 ditahan. Persoalan saya sebagai orang Lahad Datu, mengapa maklumat ini terlalu sulit?. 

Mengapa media terhalang membuat liputan?. Saya kecewa kerana isu besar seperti ini tidak dihebahkan berperingkat seperti highland tower tumbang dulu. Isu ini dikecilkan dan terpinggir sama seperti pembangunan negeri kami yang perlahan. Negeri kami kedua termiskin, kami terpukul, sedagkan kami kaya sumber minyak dan sebagainya. 

Harapan saya biar pru13 memihak kepada pembangkang, kerana dengan cara itu, kesemua kelaknatan pemimpin BN dan pemimpin Sabah terungkai satu persatu dan rakyat berpeluang bersuara mengadili kepincangan mereka. Kami rakyat Sabah bersandarkan doa rakan2 diseluruh negara mendoakan keselamatan kami. Kami terkepung oleh pendatang yang diberi mandat memilih kerajaan yang korup!!


VOTE ONLINE PRU13:
“Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?” Jika setuju sila klik vote “Like” di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN
Created by Klik untuk dapatkan

Go to Source
Author: King Jason Ori

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

like ?



Tekan gambar !