Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

BICARA JUMAAT                                                                                                                   

Usaha untuk memerangkap Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat agar kelihatan buruk dan kontras dengan syaksiahnya sebagai seorang ulamak dan menteri besar terus dimainkan oleh media massa penjilat buntut. Media massa ini yakin dengan cara itu saja imej dan wibawa Nik Aziz akan hancur dan akhirnya rakyat akan membenci beliau seterusnya memberi undi kepada UBN.

Tokguru Nik Aziz semasa dalam masjid Haram.

Kesanggupan melakukan manipulasi ini adalah gambaran keterdesakan yang amat sangat di pihak musuh politiknya UBN sehinggakan sanggup melakukan apa saja cara tanpa lagi mengira dosa dan pahala.

Media massa PB ini akan mengintai dari segenap sudut dan ‘jerun’ mana untuk melihat kesalahan Nik Aziz. Semua sunnah Nik Aziz akan dipersalahkan. Dari cakap-cakapnya, cara berjalannya, batuknya hatta cara dia memutar serban juga diintai dan ditilik. Kalau boleh cara Nik Aziz tidur bersama isterinya juga akan dipersoalkan.

Nasib baik media massa PB ini tidak arif dengan kaedah-kaedah mengikat serban, kalau tidak mereka akan pertikaikan dan cuba mempengaruhi orang ramai yang cara ikatan serban Nik Aziz adalah syirik atau bidaah. Tentu mereka akan membanding di antara serban Nik Aziz dengan serban Abdullah Samah yang dianggap lebih hampir dengan serban Rasulullah dan para sahabat.

Terbaru media massa PB ini cuba menghina atau pun memburukkan MB itu kononnya belau telah menghina penerima wang BR1M sebanyak RM500.00 sebagai haiwan. Media cuba memberi konotasi buruk kepada Nik Aziz dengan ‘meroyak’ Nik Aziz menganggap penerima BR1M itu sebagai lenbu kerbau dan ayam itik.

Media cuba membesarkan cerita itu dengan menangkap ungkapan Nik Aziz yang mungkin berbunyi begini; “cara Umno hendak dapatkan pengundi samalah dengan cara orang yang hendak menangkap ayam dan itik ditabur hampas nyiur atau pun nak jinakkan lembu dengan diberikan jerami atau rumput.” Mungkin itu maksud atau anologi sebenar tokguru. Anologi itu disalah faham atau sengaja disalah faham oleh media kemudian ditelan bulat-bulat macam makan kueh “kekah car” oleh sesetengah orang Umno yang memang tidak ada modal untuk merebahkan Nik Aziz.

Anologi atau mantik berkenaan tidak difahami oleh wartawan media PB atau sengaja memutar-belitkan maksud Nik Aziz itu tujuan untuk menghuduhkannya. Tidak mungkin sebagai seorang ulamak, yang mana syaksiahnya kita sendiri dapat melihat beliau tergamak mengatakan penerima BR1M sebagai haiwan atau binatang. Selalu yang didengar Nik Aziz memberi galakan terimalah apa saja pemberiaan kerajaan kerana itu hak rakyat atau duit rakyat.

Adalah silap kalau media PB dan Umno kalau hendak jatuhkan Nik Aziz dengan memainkan isu-isu itu atau mengambil peribadi beliau sebagai senjata. Seorang yang jujur dan ikhlas seperti beliau bukan begitu caranya untuk dijatuhkan. Kalau benar hendak menjatuhkannya pemimpin Umno harus menunjukkan kejujuran dan keikhlasan serta akhak lebih baik dari Nik Aziz. Umno Kelantan perlu mendiakan agar Allah memberikan seorang pemimpin yang sebaik Nik Aziz.

Mengenai pemburukaan tadi, Nik Aziz masih sihat dan dapat menilai di antara baik dan buruknya. Orang yang jauh darinya tidak akan nampak akan keindahan dan kehalusan budi pekertinya. Samalah dengan mereka yang di dalam hatinya ada hasad dengki dan khianti tetap tidak nampak akan budi pekerti berkenaan. Sebalik orang yang dekat dan hidup di bawah naungan bayangan ketakwaannya akan mengetahui akan betapa mulianya beliau.

Ini bukan pemujaan tetapi raliti. Hampiri dan kenalinya dirinya. Hiduplah bersama beliau di dalam keadaan bagaimana sekalipun akan merasai keteduhan hati dan jiwanya. Aura dirinya sebagai ulamak akan dapat dirasai, kecualilah diri kita sudah dilingkungi hantu dan syaitan dikenali, susahlah sikit Insya-Allah sikap prejudis dan kebencian kepada beliau akan luput dan hilang apabila anda solat berjemaah dengannya, tidak payah banyak cukup untuk tiga waktu saja.

Di depan mata saya sendiri semasa di Kuching, Sarawak bagaimana seorang India begitu gembira dan bangga kerana dapat bersalam dengan Nik Aziz dan mencium tangan tokguru itu. Betapa India itu seakan mahu melompat kerana dia berkesempatan bersalaman dengan togkuru secara kebetulan. “Oh tokguru Nik Aziz, saya dapat bersalam, saya dapat bersalam,” kata India itu seakan mahu menggelepar kerana keseronokan.

Ini adalah gambaran bagaimana tanggapan seorang insan yang berbeza agama dan bangsa yang diberikan mata batin dapat merasai kehebatan Nik Aziz.

Sering berlaku salah tafsir dan salah petik terhadap kata-kata Nik Aziz oleh wartwan. Apakah bila ini berlaku yang salahnya Nik Aziz? Bukan! Yang salah dan akan berdosa ialah wartawan berkenaan. Saya yakin wartawan yang mendengar kata-kata Nik Aziz itu memahami apa maksud sebenarnya. Atau kalau dia tidak faham ‘loghat’ Kelantan, tetapi nilai budi dan ilmu yang ada di dalam diri wartawan itu dapat mentafsir dengan sebetulnya.  Namun kerana awal-awal lagi ia berniat jahat maka segala kebaikan dan ilmu yang ada padanya tidak terpakai lagi.

Tuduhan mengatakan Nik Aziz menganggap penerima BR1M itu sebagai haiwan samalah dengan salah faham yang sengaja dilakukan terhadap kata-katanya sebelum ini seperti, Tuhan pun mencarut, Nabi Muhammad sama seperti budak kampung dan sebagainya. Perkara itu diputar-belitkan bagi menggambarkan Nik Aziz jahil dan jahat. Jahilkah beliau?

Kalau kita sudah masak dengan kerja media massa PB ini apa yang diecerkan itu tidak menghairankan lagi kerana kerjanya memang begitu. Mereka dilatih dan disuruh seperti Herda. Di sinilah silap dan berdosanya wartawan. Mereka tidak patut menulis sesuatu yang boleh mencemarkan individu agama dan agama mereka. Mereka patut memberi gambaran yang sebenarnya mengikut syaksiah individu yang ditulis itu. Di sinilah keperluan Tuhan memberi akal akal untuk berfikir bukannya dijadikan akal sebagai pahat pengukir.

Mengenai tokguru ini walaupun beliau kelihatan simple tetapi bukan mudah untu memahami simbol-simbol atau bunga-bunga percakapannya yang penuh dengan erti dan kesimpulan tersirat. Beliau tidak menyatakan sesuatu secara direct tetapi suka berkias dan kiasan inilah kadang kala disalah mengertikan sehingga kemudian dijadikan isu atau secara tidak langsung membawa orang memetik kata-katanya jatuh ke lembah dosa.

Sembahlah apa saja bukti mengenai keburukan beliau seperti dituduh itu saya tidak percaya kerana saya mengenali hati budi Nik Aziz dan dia adalah seorang pemimpin yang mulia. Kemuliaaan ini terserlah apabila manusia diberi hati yang jernih dan jiwa yang tenang oleh Allah saja yang dapat merasai akan kemuliaan itu. Atau paling afdal anda boleh menjalani ujikaji sendiri untuk mengetahui hakikat yang disebutkan ini. Saya sendiri sudah melakukannya…

Bagi saya dia adalah sepohon pokok yang rendang yang memberi teduh kepada semua orang. Dia adalah sebatang kali yang airnya jernih dapat menghilangkan haus semua orang. Dia juga mentari yang memberi cahaya baru kepada semua orang berwasilah dari agama diyakininya. Dan dia adalah juga bulan yang menerbitkan cahaya di malam gelap untuk melepasi manusia dari kekusutan fikir ke alam benar. [wm.kl.8:53 am 22/02/13]

Go to Source
Author: mso.im

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !

Promosi

.

.

.
.
.
<


..

.

<