Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

Artikel | Kasih Sayang Merentasi Sempadan: Hanya Jauhari Mengenal Manikam
ArtikelBlog sanusimdnor.blogspot.com

1. Kasih Sayang Merentasi Sempadan
Rabu, 14 Ogos 2013, Ustaz Azizan (UA) melakukan perjalanan pertamanya sejak di masukkan ke wad di Hospital Besar Pulau Pinang, juga yang terakhir sewaktu hayatnya. Ambulan bergerak perlahan, lembut penuh santun membawa seorang insan berjasa melintasi jambatan sekitar jam 10.30 pagi. Tiga buah kereta mengekori di belakang. Aku , Muhammad Rafi’iy (anak), Helmi Khalid dan Mazlan dalam sebuah kereta diekori Muzaini, Bukhari dan Muhammad Izzatul Islam (anak), dan Pajero dipandu Abg Ghani di belakang mereka.

Sampai di Hospital Sultanah Bahiyah sekitar jam 12:00 tengahari, terus dibawa ke wad ICU di tingkat 3. Pengarah hospital, Dato’ Dr Juwita menyambut di lobi, mengiringi UA dan kami ke kamar terakhir yang disinggahi.

“Kita di mana ni?” UA bertanya dengan gerakan bibir tanpa suara. ” Kita dah sampai tanah tumpah darah Ustaz. Kita dah sampai Alor Setar. Ini Hospital Sultanah Bahiyah. Kita dah masuk Kedah semula setelah cukup-cukup 100 hari di Penang.” “Alhamdulillah!” Katanya lalu tersenyum, rasanya dia gembira kerana berjaya pulang ke negeri yang dicintainya.

“Ustaz, sempena 100 hari, hari ni  BN buat sambutan depa rampas Kedah, depa lancarkan UTC – Urban Transformation Center, program Kerajaan Pusat”. Aku melanjutkan.

“Depa buat apa dah? Tanya ustaz.

“Tak nampak apa lagi Ustaz, hanya nampak dok panas di KUIN”.

“Depa buat apa (dengan KUIN)? Juai?” Dia menekan kerongkongnya supaya suaranya didengari, wajahnya berkerut. Aku berpaling melihat Muzaini dan Helmi, cuba mendapatkan pandangan sama ada patut bercerita atau tidak. Mereka selamba sahaja, seperti berkata “teruskan!”

“Depa tak ada orang macam Ustaz, tak ada yang faham tentang universiti. Depa punggah ikut dan saja. Dr Jamil dah berhenti, mungkin ramai lagi yang akan berenti juga.” UA nampak seperti terkejut.

“Kata Dr Jamil, depa mai Kedah nak tolong Ustaz bangunkan KUIN, ramai profesor lain pun macam dia juga. Bila Ustaz dah tak ada, depa dah hilang selera nak bekerja”. Dahinya makin berkerut. “Cukup lah Ustaz, nantilah kita sembang lagi. Ustaz kena berehat, tadi berjalan jauh”.

UA menggamit supaya mendekatinya lagi. Tangannya memberi isyarat mahu aku terus bercerita. Mungkin hatinya belum puas tentang nasib anak buahnya “Berapa orang kena buang kerja, depa buang orang dak?” Itulah Ustaz Azizan, tebal kasihnya kepada semua, walaupun dirinya sedang bertarung dengan ketidakpastian.

Aku menyambung. “Dato’ Latifah, Pendaftar KUIN dah ditamatkan kontrak. Dato’ Shabudin di MBI pun dah tamat kontrak bulan Julai baru ni, tak disambung lagi. Lantikan zaman kita di GLC pun diarahkan berhenti. Yang masih ada mungkin tak lama dah”. UA merenung ke atas. Aku cuba meneka ada yang berlegar di fikirannya. “BN tak punya jiwa seperti kita”!!!??

Sewaktu mula menjadi Menteri Besar, terdapat desakan yang kuat kepadanya “membersihkan” GLC dan beberapa pos strategik lantikan zaman BN dan pegawai-pegawai yang kuat berkempen untuk BN. Desakan dari banyak pihak untuk menukar pegawai, memecat, mengganti dan menekan telah ditolaknya berlapik kasih sayang.

“Kalau kita ambil tindakan pecat orang serta merta, tukar orang itu ke sana sini, saya takut kita berlaku zalim. Depa mungkin ada anak atau ibu bapa yang sakit, dengan gaji tu lah depa beli ubat dan rawat keluarga depa. Dengan duit yang depa bawa balik itulah anak depa ke sekolah, bayaq sewa rumah. Apa akan jadi kalau tiba-tiba depa hilang kerja, terpisah suami isteri anak beranak, kena tukaq. Kita marah kat depa, anak isteri depa tak salah apa-apa. Ingat! Doa orang dizalimi tiada hijab”. Ada sepotong hadis yang sering diulang dalam ucapannya. “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit”. (At-Thibrani).

Namun pendiriannya ini kurang difahami, malah  membuahkan penentangan dan kritikan keras. Ada tuduhan dia terlalu lembut dengan musuh dan bengis dengan kawannya sendiri. Hingga ada yang mengingatkannya tentang ayat Al-Quran (Al-Maidah:54) bersabit sikap dengan kawan dan musuh. Reaksinya ringkas. “Suruh depa mengaji bagi habih dulu tentang ayat tuu…”.

Seingat saya tidak ada sesiapapun yang diberhentikan atas dasar politik, (kecuali yang berhenti sendiri), hanya ada  tindakan diambil kerana kes lain mengikut undang-undang. Itupun terhadap pegawai yang dilantik di zaman PR. Ada kes seorang pegawai lantikan politik, tidak produktif agak lama. UA sering merungut dan marah bila kami berdua atau bertiga. Aku diam kerana mereka berdua pernah rapat.  Dia juga mengulangi beberapa kali depan Pak Chop ( Dato’ Mohd Yusof Husin). Mesyuarat tertinggi parti yang dipengerusikan UA memutuskan pegawai itu tidak disambung kontrak lagi. Tiba masanya, pegawai itu mengadapnya membawa surat mohon disambung, UA serba salah, dia luluskan juga.

Sebaik keluar pegawai itu dari biliknya, dia memanggil aku. ” Aku minta maaflah kat hampa semua, aku tak dapat tunaikan keputusan mesyuarat. Aku tak sampai hati. Aku terkenangkan anak, isteri dan mak ayah dia. Aku sambung kontrak dia setahun lagi. Kalau ada sesiapa boleh tolonglah nasihat dia kerja lah elok-elok.”

Disebalik sikapnya yang dikatakan terlalu tegas dan keras, tersembunyi lautan kasih sayang yang melimpah ruah. Hanya yang sabar dan memahami, tahu menilai dan menghargai, akan terasa sejuknya limpah kasihnya kepada insan lain. Kata Mat Suji seorang kawan lamanya di Chepir, Sik. UA kena mengambil sikap seperti itu kerana hatinya terlalu baik. “Kalau dia tak cengey,  tak ada apa lagi untuk dirinya sendiri.”

2. Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Dalam tempoh dua minggu selepas dipindahkan dari Hospital Besar Pulau Pinang ke Alor Setar, Ustaz Azizan (UA) sentiasa segar dan ceria. Di Hospital Sultanah Bahiyah, dia mula bercakap dan mengeluarkan suara, apabila tiub saluran pernafasan dilehernya ditutup, walaupun belum ditanggalkan. Dia mula makan melalui mulut selain susu melalui tiub di saluran hidungnya.

“Sehari dua lagi ayah dah boleh pindah ke wad biasa. Wad biasa tak ada mesin hemodyalisis. Abang Sanusi pi la sembang-sembang tengok, bagitau kat Ayah pasai nak buat dyalisis ayaq tu, rawatan jenis tu doktor kata sesuai untuk ayah.” Kata Muhammad Rafi’iy anaknya. Doktor mencadangkan prosedur baru rawatan untuk buah pinggang melalui dyalisis air, menggantikan dyalisis darah. Aku tak tahu istilah perubatannya, tapi itulah penjelasannya.

Teknologi baru yang memerlukan mesin khas dan airnya yang perlu dibeli, boleh dibawa ke mana sahaja, boleh dilakukan di rumah sambil berehat, makan atau membaca. Cuma ia memakan masa yang panjang, 10 jam setiap hari berbanding prosedur dyalisis darah selama 4 jam, tiga kali seminggu  yang meletihkan fizikal UA. Aku tak sempat menyelesaikan tugasan ini.

Khamis 22 Ogos, Dato’ Wira Dr Jamil Othman (bekas Rektor KUIN) meminta aku menunggu di hospital untuk menerima lawatan rakan lama UA dari Arab Saudi, Dato’ Profesor Dr. Abdul Hamid AbuSulayman. Tokoh ternama dalam dunia pendidikan dan pemikiran Islam itu adalah bekas rektor UIAM (1989-99) sewaktu UA menjadi pensyarah sambilan di UIAM. Waktu aku sampai, Dato’ Wira Syed Ismail Syed Azizan, bekas Ketua Polis Kedah yang kini menjawat Ketua Siasatan Jenayah Komersial sedang menanti untuk melawat di ruang menunggu. UA sedang menjalani prosedur medical dressing yang melibatkan sedikit ubat bius yang menjadikan dia lali.

Prof Dr. Hamid yang bertongkat tiba dengan Dato’ Dr. Jamil  dan beberapa orang profesor dari KUIN. Tokoh pemikir dunia Islam berusia 77 tahun itu terbang dari Riyadh, Arab Saudi untuk menziarahi UA, membawa senaskah Al-Quran dan sekotak buah kurma. Ada aura terserlah pada tokoh itu. Lama dia merenung UA yang terpejam di katil, terpancar belas kasih kesayuan di wajahnya. “Ustaz! Ini kawan Ustaz mai! Dr Abdul Hamid AbuSulayman, dari Arab Saudi.” Aku mengejutkan UA.  Dia membuka mata. Prof Hamid merapati katil dan membongkok merenung UA.

Prof. Dr Hamid berbicara sendirian dengan UA dalam bahasa Arab dan Inggeris. UA mengangguk dan tersenyum, kemudian memejam mata kemudian celik beberapa kali. Masih terkesan dengan ubat bius agaknya. “Saya membawa hadiah ini khas untuk kamu Ustaz Azizan, kurma ini dari ladang di Madinah. Ini Al-Quran, nanti kamu boleh membacanya. Saya doakan kamu cepat sembuh, InsyaAllah kamu akan segera pulih”.  

Dr Jamil bertanya beberapa perkara kepada Kak Faekah yang berdiri di sisi UA dan memberi penerangan kepada Prof Hamid. Kak Faekah memaklumkan kesan prosedur dressing dan dia belum sedar 100 peratus. Prof Hamid seperti ingin berbual panjang, tetapi kondisi UA tidak mengizinkan. “Kalau mai waktu petang sikit, tentu dia sembang macam-macam”. Kata Kak Faekah.

Sebelum berlalu, Prof Hamid membongkok, mencium dahi sahabatnya itu agak lama, sambil mengusap kepala UA. “Saya berdoa kamu cepat sihat. Banyakkan bersabar dan berzikir. Perjuangan masih jauh, dunia Islam masih memerlukan khidmat kamu, kami semua merindui kamu”. Kata Prof Hamid dalam bahasa Inggeris. Dia berpaling kepada Dr Jamil. ” He is a great scholar, he is a graet leader. Ummah seeking a leader like him.” Lebih kurang demikian kalam Inggeris pelat Arab Prof Hamid  sebelum beredar mengesat lelehan air mata yang berjurai.

Kata Dr Jamil, Prof Dr Abdul Hamid sangat menyanjungi UA sejak dulu lagi, mereka kawan rapat ketika sama-sama di UIA. Dia telah lama bercadang menziarahi UA tetapi tertangguh. Walaupun bertongkat, digagahi juga terbang untuk menziarahi sahabatnya yang terlantar. 

Beberapa hari kemudian, aku cuba mencari siapakah tokoh yang begitu menghormati UA itu di internet. Aku menemuinya di laman The Global Muslim Brotherhood Daily Report (globalmbreport) dan beberapa laman catatan lain. Laman islamicscholar.blogspot.com menulis tentang Prof Dr. Abdul Hamid, antaranya seperti berikut.

He is also known as the introducer of  a knowledge movement  named “Islamization of Knowledge”…. He was the Secretary General of the World Assembly of Muslim Youth (WAMY) for seven years (1973-79) and the Chairman of  Department of Political Science at King Saud University, Riyadh, Saudi Arabia, for two years  (1982 -84).

Dr. Abu Sulayman is the founding member of The Association of Muslim Social Scientists (AMSS, 1972), and its former President (1985-87). Presently he is the Rector of the International Islamic University (IIU), Malaysia and Chairman of the Board, trustee, former president, and founding member of the International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Pada pertengahan tahun 2008, Dalam suatu perbualan, aku hampir lemas dengan asakan dan kritikan seorang sahabat yang aku kira mewakili alirannya, tentang sikap, tindakan dan pendekatan UA sebagai Menteri Besar. Banyak yang dinilai negatif. Akhirnya aku memberikan jawapan spontan. “Aku sudah banyak menjawab argument yang hang bangkitkan, aku minta maaf kalau tak mampu  bagi seketoi jawapan untuk hang puas hati malam ni. Jawapan akhir  aku untuk hang simpan…Hang akan memahami dan reti menghargai apa yang UA buat sebagai MB Kedah daripada PAS yang pertama, selepas dia sudah tak dak lagi (mati), hang kena tunggulah waktu itu”. Jawapan tertangguh utnuk 5 tahun…

Aku berdoa sahabat itu sudah mendapat jawapan yang memuaskan hatinya, apabila dia membuka mata hatinya di petang yang redup dan sayu, pada tanggal 26 September 2013. Kata pepatah, ‘Hanya Jauhari Mengenal Manikam’.

Go to Source
Author: Ajijoi

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
GELI HATI KEMER
Dalam perjalanan ke tanah suci Mekah dulu kami solat di dalam kapal terbang. Macam kebanyakan jemaah, Yong solat duduk atas kerusi. Bukan apa Yong ada masalah tekanan darah yang pelik. Jadi lebih selamat duduk di kerusi jer. Ada yang bangun cari tempat solat, termasuk abang Yong.
Di Jeddah kami solat jamak Maghrib-Isyak.
Entah dari mana ada sorang mamat ni…dia berleter depan orang ramai mengatakan solat duduk dalam kapal terbang tu bidaah, sebab Rasulullah tak pernah buat. Ada juga yang bantah cakap orang ni. Tapi mamat ni keras kepala. Terus jer meracau. Mujur takde yang sindir dia suruh naik unta saja pergi Mekah dari rumah dia di Malaysia.
Rasulullah kan tak pernah naik kapal terbang. Naik boraq ada, yang lebih hebat dari kapal terbang. Rasullullah naik kapal terbang Yong tak jumpa hadisnya…Setelah Islam menang, Baginda naik unta bersama pasukannya dari Madinah menuju ke Mekah.
Apa pulak kaitannya solat duduk dalam kapal terbang dengan isu syiah ni?
Ingat tak baru-baru ni keluar berita hot ini?:
SUDAH KENA SPIN
Apakah yang tersirat dalam berita itu?
  1. Berita itu keluar selepas ADUN Kuala Besut meninggal dunia. Maknanya PR terpaksa bersaing semula dengan BN bagi merebut kerusi panas milik geng Idris Jusoh.
  2. Seolah-olah Syiah sudah menjadi penyakit di dalam PAS, kerana yang pandai menular ni cuma penyakit jer…
  3. Natijah dari penyakit ini, PAS kalah di Kedah kerana isu syiah, sampai Timbalan Presiden pun kalah di Pendang yang dulunya dipegang PAS.
Tentulah kita tidak dapat mengawal siapa yang akan meninggal dunia. Tapi kita dapat mengawal apa yang nak keluar dari mulut kita, kerana kita memiliki commonsense.

Semakin lama semakin banyak cerita Syiah Melayu keluar dalam berita perdana. Mata banyak memandang PAS. Akibatnya PAS tersepit dalam kisi-kisi yang diciptanya sendiri.

Di luar kisi-kisi, tertanya-tanya:
  1. Siapa yang mula spin cerita PAS ditulari (dijangkiti) penyakit yang masquerade dalam rupa Syiah ni? UMNO atau ahli PAS sendiri?
  2. Siapa yang sanggup menikan saudara sejemaahnya dan seperjuangannya semata-mata kerana nafsu mahu menjaga kepentingan sendiri?
  3. Mengapa PAS begitu mudah terperangkap dalam jerangkap samar UMNO? 
Suka tak suka, wisdom – atau kebijaksanaan tidak datang dari segulung ijazah, walau atas nama First-Class sekalipun. Perjalanan kebijaksanaan itu merangkumi:
  • pengalaman (experience) yang panjang (pahit dan manis, jatuh dan bangun, siksa dan puja).
  • ilmu/pengetahuan yang luas (yang tidak semestinya datang dari universiti terkenal). 
  • sifat (attribute) yang inklusif, kolaboratif, perkongsian ilmu, meluaskan ruang (untuk mendengar, interaksi dan perbincangan), rendah diri tapi tegas dan peramah.

Pepatah Melayu pernah menyebut:

Mandi dengan budak, air keruh dulu.
Makan dengan budak, lauk habis dulu.
Tidur dengan budak putus tali kelambu.

Fikir-fikirlah.

YANG MENGHARAP PERUBAHAN

Go to Source
Author: Yong

  • Comments Off
GELI HATI KEMER
Dalam perjalanan ke tanah suci Mekah dulu kami solat di dalam kapal terbang. Macam kebanyakan jemaah, Yong solat duduk atas kerusi. Bukan apa Yong ada masalah tekanan darah yang pelik. Jadi lebih selamat duduk di kerusi jer. Ada yang bangun cari tempat solat, termasuk abang Yong.
Di Jeddah kami solat jamak Maghrib-Isyak.
Entah dari mana ada sorang mamat ni…dia berleter depan orang ramai mengatakan solat duduk dalam kapal terbang tu bidaah, sebab Rasulullah tak pernah buat. Ada juga yang bantah cakap orang ni. Tapi mamat ni keras kepala. Terus jer meracau. Mujur takde yang sindir dia suruh naik unta saja pergi Mekah dari rumah dia di Malaysia.
Rasulullah kan tak pernah naik kapal terbang. Naik boraq ada, yang lebih hebat dari kapal terbang. Rasullullah naik kapal terbang Yong tak jumpa hadisnya…Setelah Islam menang, Baginda naik unta bersama pasukannya dari Madinah menuju ke Mekah.
Apa pulak kaitannya solat duduk dalam kapal terbang dengan isu syiah ni?
Ingat tak baru-baru ni keluar berita hot ini?:
SUDAH KENA SPIN
Apakah yang tersirat dalam berita itu?
  1. Berita itu keluar selepas ADUN Kuala Besut meninggal dunia. Maknanya PR terpaksa bersaing semula dengan BN bagi merebut kerusi panas milik geng Idris Jusoh.
  2. Seolah-olah Syiah sudah menjadi penyakit di dalam PAS, kerana yang pandai menular ni cuma penyakit jer…
  3. Natijah dari penyakit ini, PAS kalah di Kedah kerana isu syiah, sampai Timbalan Presiden pun kalah di Pendang yang dulunya dipegang PAS.
Tentulah kita tidak dapat mengawal siapa yang akan meninggal dunia. Tapi kita dapat mengawal apa yang nak keluar dari mulut kita, kerana kita memiliki commonsense.

Semakin lama semakin banyak cerita Syiah Melayu keluar dalam berita perdana. Mata banyak memandang PAS. Akibatnya PAS tersepit dalam kisi-kisi yang diciptanya sendiri.

Di luar kisi-kisi, tertanya-tanya:
  1. Siapa yang mula spin cerita PAS ditulari (dijangkiti) penyakit yang masquerade dalam rupa Syiah ni? UMNO atau ahli PAS sendiri?
  2. Siapa yang sanggup menikan saudara sejemaahnya dan seperjuangannya semata-mata kerana nafsu mahu menjaga kepentingan sendiri?
  3. Mengapa PAS begitu mudah terperangkap dalam jerangkap samar UMNO? 
Suka tak suka, wisdom – atau kebijaksanaan tidak datang dari segulung ijazah, walau atas nama First-Class sekalipun. Perjalanan kebijaksanaan itu merangkumi:
  • pengalaman (experience) yang panjang (pahit dan manis, jatuh dan bangun, siksa dan puja).
  • ilmu/pengetahuan yang luas (yang tidak semestinya datang dari universiti terkenal). 
  • sifat (attribute) yang inklusif, kolaboratif, perkongsian ilmu, meluaskan ruang (untuk mendengar, interaksi dan perbincangan), rendah diri tapi tegas dan peramah.

Pepatah Melayu pernah menyebut:

Mandi dengan budak, air keruh dulu.
Makan dengan budak, lauk habis dulu.
Tidur dengan budak putus tali kelambu.

Fikir-fikirlah.

YANG MENGHARAP PERUBAHAN

Go to Source
Author: Yong

  • Comments Off

RENUNGAN PAGI                                                                                

Orang yang sihat dan waras serta tahu sejauh mana kemampuan sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan, atau mereka yang sering mengikuti pembentangan bajet tahunan negeri Kelantan dapat mengagak atau mengesan apakah motif projek Lebuh Raya Rakyat Kelantan (LRRK) sejauh 73 kilometer dari Kota Bharu ke Kuala Krai dan begitu juga dengan projek stadium Bukit Merbau di Selising Pasir Puteh yang canggih ‘manggih’ itu.

Bagi mereka adalah sesuatu yang mustahil untuk kerajaan Kelantan membina kedua-dua projek berkenaan kalau bergantung kepada pendapatan kewangan negeri yang ada hari ini semata-mata. Justeru saya sendiri sudah menduga kenapa projek itu dilancar ialah untuk dijadikan tarikan pilihan raya. Ia untuk menjadi modal dan rangsangan kepada orang ramai agar mengekalkan kerajaan PAS Kelantan. Sekadar itu saja.

Untuk menghadapi gelombang merah Umno dalam pilihan raya lalu yang dilihat berjaya mengelorakan kebangkitan semangat rakyat, maka sesuatu harus dilakukan oleh PAS. Antara sesuatu itu ialah ‘menggelarkan’ dua projek itu. Lebuh raya sangat diperlukan manakala stadium bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri ke atas kehendak rakyat (golongan muda) kandati ia tidak sepenting lebuh raya. Sebagai bangsa politik PAS juga harus berani berjanji.

Itulah tujuan sebenar di sebalik kedua-dua projek berkenaan. Lantaran itu pelancaran atau perletakkan batu asasnya tergesa-gesa seolah-olah mengejar tarikh pilihan raya. Bagaimana pun mereka yang tidak mengetahui kemampuan kerajaan negeri sangat ‘bergumbira’ dengan kedua-dua projek berkenaan. Mereka yakin kerajaan Kelantan akan mampu melaksanakannya. Apa lagi yang menjadi juara projek berkenaan ialah Husam Musa yang dicanang sebagai pakar iktisad Kelantan apabila beliau tanpil dengan pelbagai idea canggih.

Ada kebenarannya mengenai Husam ini tetapi tidak mungkin untuk membiayai kedua projek berkenaan yang bernilai berbillion ringgit ia perlu disangkutkan ke atas bahunya bersendirian sementara 18 bahu lain (Exco) melepas tangan begitu saja atau menanti masa untuk gelak.

Tidak dinafikan juga, ibarat kata kalau hendak seribu daya dan kalau tidak hendak seribu dalih. Kerajaan Kelantan boleh berusaha dengan apa saja untuk mewujudkan projek berkenaan. Tetapi malangnya usaha itu tidak ada. Ia hanya, atas pandai-pandai dan inisiatif Husam seorang diri saja menjadikan dua projek itu sebagai projek politik. Husam meletakkan dirinya sebagai pemimpin berpandangan jauh dan berani menerusi projek itu.

Kenapa dikatakan ia projek Husam bersendirian? Kerana perbincangan untuk projek berkenaan katanya tidak pernah dibawa ke pengetahuan Exco secara detail. Tidak ada proposal yang dikemukakan dan tidak ada perbahasan mengenai projek itu. Projek itu dilakukan secara ad hoc dengan mendapat restu daripada bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di sinilah kesilapan exco lain kerana tidak berterus terang dan membiarkan Husam memikul projek itu bersendirian dengan huyung hayang. Sepatutnya kalau persiapan projek itu sudah nampak pincang patut ada Exco yang membantahnya.

Perihal lebuh raya dan stadium itu kini menjadi persoalan dan tanda tanya. Saya sebagai salah seorang pemungut derama untuk membina lebuh raya sering ditanya, apa sudah jadi dengan projek berkenaan. Orang ramai yang senang dengan rancangan itu dan menghulurkan derma ingin mengetahui progresnya. Bukan mereka tidak halalkan duit derma mereka, tetapi ingin mengetahui perkembangannya kerana mereka suka dengan projek berkenaan.

Tanda tanya menjadi-jadi lagi apabila Husam kini sudah tidak menjadi Exco. Sebelum ini beliau terlibat dalam perancangan ekonomi dan kewangan negeri Kelantan. Porfolio beliau kini sudah dipegang oleh MB Ahmad Yakob. Apa yang orang ramai ingin tahu, apakah projek itu diteruskan ataupun dibatalkan?

Bagi Husam sendiri dia boleh angkat tangan berhubung kedua-dua projek itu kerana beliau sudah tidak menjadi Exco lagi. Dia boleh kata; apa yang ana boleh lakukan, ana sekarang sudah tidak menjadi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan, ana sudah tidak seperti dahulu. Ana sudah muflis.. ada enta faham!” Satu segi nasib yang diterima Husam adalah untuk menyelamat air mukanya.

Tetapi jawaban Husam sebegitu tidak boleh menutup mulut dan mata orang ramai dari memperkataka projek berkenaan. Setiap kali mereka akan melalui jalan Selising Pasir Puteh mereka akan tercari-cari mana stadium yang dirancangkan itu. Mereka akan bterjenguk-jenguk dari tingkat kereta untuk melihat bumbung stadium yang bentuk macam rebana ubi itu. Begitu juga setiap kali rakyat akan dihimpit kesesakan di jalan raya terutamanya di musim perayaan dan cuti sekolah mereka akan teringat kepada wang derma yang mereka berikan untuk pembinaan lebuh raya berkenaan.

Hendak tidak hendak kerajaan negeri perlu bertanggungjawab. Sama ada projek itu tidak dibincang secara mendalam dan mendapat persetujuan Exco, itu soal lain. Kerajaan Kelantan kini dipertanggungjawabkan ke atas kedua-dua projek berkenaan. Kerajaan negeri tidak boleh mengatakan mereka tidak tahu, kerana semua orang sudah tahu mengenai projek berkenaan. Projek itu juga sudah ada dalam geoogle.

Hari ini baik Ahmad Yakob, sebagai MB dan Mohd Amar Nik Abdullah TMB atau semua Exco tidak boleh melepas tangan dengan mengatakan projek itu projek Husam dan sesiapa yang menyoal tentangnya boleh dijawab tanyalah Husam. Semangat kolektif (pinjaman istilah yang sering disebut Abdul Hadi Awang) hendaklah diterima pakai. Kerajaan negeri jangan saja hendak mengakui apa-apa yang baik Husam lakukan tetapi menolak yang tidak baik. Prinsip telor boleh dimakan tetapi tidak ibunya, tidak relevan dalam hal ini.

Cara terbaik untuk menyelesaikan perkara itu ialah kerajaan negeri khasnya Ahmad Yakob kena berani dan tegas sama ada ianya hendak diteruskan atau tidak. Sekiranya kerajaan hendak meneruskannya maka usaha lain perlu dicari. Jalan terbaik ialah Ahmad Yakob meminta bantuan dari kerajaan Pusat untuk melaksanakannya. Dalam hal ini Ahmad boleh berbincang dengan Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed bagaimana hendak merealisasikan kedua-dua projek berkenaan. Kalaulah tidak kedua-duanya sekali tetapi pembinaan lebuh raya perlu difikirkan.

Kebetulan Umno juga telah berjanji untuk membina lebuh raya. Janji itu menjadi manifesto. Apakah kata kalau manifesto Umno itu dikombinasikan dengan projek yang diterajui oleh Husam itu? Rasanya tidak menjadi dosa dan kesalahan. Yang penting rakyat Kelantan mendapat manfaatnya.

Dalam usaha ini mungkin Ahmad Yakob boleh mempersembahkan kepada Tunku Sultan untuk mendapat perkenan dan memohon kepada Tuanku supaya menyebutkan perkara ini kepada Mustapa Mohamed. Kalau soal royalti minyak Tuanku Sultan boleh meminta agar ia disempurnakan secara maufakat dan baik demi rakyat Kelantan, mengapa tidak dengan pembinaan lebuh raya. Saya yakin kalau Tuanku bertitih titahnya akan didengar oleh sekalian rakyat.

Mustapa Mohamed pula tidak perlu berdolak dalih atau hendak bina lebuh raya sendiri tanpa bekerjasama dengan kerajaan negeri. Lagipun dengan adanya jalinan kerjasama wang untuk pembinaan lebuh raya itu boleh dijimatkan bila mana kerajaan negeri bersedia menurunkan taksifr premimum tanah yang diambil untuk tujuan itu. Pembinaan lebuh raya ini boleh dijadikan titik mula ke aras pembinaan kerjasama lebih besar di antara kedua pihak untuk rakyat Kelantan tanpa mengorbankan prinsip dan dasar parti masing-masing.

Rasanya kalau dibina lebuh raya tidak ada siapa yang mengecualikan diri untuk menggunakannya. Baik orang PAS atau Umno atau orang Bebas, semuanya akan menggunakan lebuh raya berkenaan tanpa mempersoalkan siapa yang buatnya.

Sebaliknya sekiranya kerajaan negeri tidak berhajat untuk meneruskan projek lebuh raya berkenaan, Ahmad Yakob hendaklah mengistyharkan bahawa kerajaan negeri tidak meneruskan idea Husam Musa itu kerana tidak ada peruntukan. Dengan pengistyharan itu menamatkan spekulasi mengenainya. Ahmad dan barisan Exconya kena menerima cacian dan ‘murihan’ oleh rakyat. Sudah tentu rakyat akan mengatakan Ahmad dan Exconya lemah dan tidak tahu untuk menjana wang bagi membina lebuh raya berkenaan. Tidak ada guna bagi Ahmad dan Exconya memelihara itik mandul.

Ataupun sekiranya Ahmad dan Exconya tidak mahu terseset dengan getah nangka yang dicuri oleh orang lain, Ahmad hendaklah bersedia untuk menswastakan pembinaan lebuh raya dan stadium itu kepada Husam. Maksudnya kerajaan Kelantan hari ini perlu mewujudkan sebuah badan khas untuk menguruskan dua projek berkenaan dengan melantik Husam sebagai pelaksananya. Katalah badan itu dinamakan Projek Khas Kelantan (PKK), Husam perlu dilantik menjadi Pengarah Eksekutifnya. Kerajaan negeri perlu memberi mandat dan kuasa sepenuhnya kepada Husam untuk melaksanakannya. Dari mana dan cara mana Husam hendak dapatkan wang nuntuk melaksanakannya terserah kepada beliau, bukankah beliau pintar dalam soal itu?

Saya percaya kalau Ahmad bersedia melakukan ini ia juga menggembirakan Husam kerana cita-cita dan ideanya itu tidak terbantut. Dengan cara itu juga kita semua dapat mengetahui sejauh manakah Husam geliga dan pandai dalam menjana wang untuk pembangunan Kelantan. Selepas kejayaan Husam membangunkan projek itu nanti, sekiranya hendak dilantik beliau menjadi MB, molek juga sebagai membalas jasa dan khidmatnya.

Yang penting Ahmad Yakob perlu berbuat sesuatu ke atas kedua-dua projek itu kerana kalau ia dibiarkan ia akan menjadi simbol kepada kelemahan kerajaan Kelantan. Kita tidak mahu kelak rakyat akan menggelarkan kerajaan PAS Kelantan sebagai jantan yang gila nak berbini tetapi syahwatnya sudah wafat. [wm.kl.11:29 am 29/05/13]

Go to Source
Author: mso.im

  • Comments Off

Petua RumahTangga Bahagia
Oleh Asmungi Sidek
(Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

Cerita asmara suami isteri !

Cerita asmara suami isteri ! Sumber

1.Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2.Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4.Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9.Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10.Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12.Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15.Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16.Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18.Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19.Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20.Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21.Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22.Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23.Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

P/s: Jom amalkan semua tips yang berguna diatas ini, semoga suami isteri lebih intim :)

sumber

  • Comments Off

RENUNGAN                                                                                      

Najib minum air sebanyak lima kali masa bentang Bajet.

Tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai baru, GST serta mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.35 sen semasa pembentangan Bajet Jumaat lalu kini menjadi isu dan pertuturan rakyat marhaen. Rakyat bercakap mengenai perkara ini dengan pelbagai perasaan dan keluhan.

Isu terbaru yang membabitkan rakyat secara langsung ini berpotensi menjadi isu besar di sepanjang tahun ini dan tahun depan. Tidak mustahil juga satu perarakan atau tunjuk perasaan mega akan dilakukan, apabila keadaan gula di dalam tubuh rakyat terlampau rendah apabila amalan mengurangkan gula dilakukan kerana menuruti arahan perdana menteri.

Pembangkang sudah tentu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Sebagai pihak yang hanya mahu mencari salah kerajaan dan dijadikan modal politik untuk populis dengan rakyat, isu ekonomi ini akan mulai dikembangkan.

Pilihan raya kecil Dun Sungai Limau Kedah yang sedang berjalan kini menjadi gelanggang untuk mencanangkan isu berkenaan. Kenaikan harga gula dan pengumuman cukai GST dilihat satu kemalangan buat UBN di Sungai Limau yang tidak dapat dielakkan.

Sebenarnya kalau hendak dikira kenaikan harga gula dan cadangan mengenakan cukai GST itu tidak patut dijadikan isu dan rakyat boleh menerima dengan baik sekiranya kerajaan atau Najib Razak bijaksana dan berterus terang dengan rakyat serta tidak cuba menipu rakyat mengenai kedudukan sebenarnya tentang permasalahan di sebalik perkara itu.

Tetapi kerana sikap kerajaan yang tidak pernah bercakap benar dengan rakyat, suka mempermain-mainkan rakyat dan menyembunyikan isu-isu yang menyentuh langsung tentang kehidupan mereka, maka berlaku rasa tidak senang hati yang boleh membawa kepada kemudaratan sehingga tidak menstabilkan politik negara.

Kenapa dikatakan begitu? Kerana kalau kerajaan jujur dan berani menyatakan kedudukan sebenarnya ia boleh diterima oleh rakyat. Rakyat boleh menerima apa juga perkara asalkan diberi tahu kepada mereka. Tetapi ianya tidak begitu kerana kerajaan menganggap rakyat sebagai budak-budak yang boleh di’simsilabin’ dan ditipu.

Umum tahu apa tujuan dan rahsia disebalik menaikkan harga gula dan mengenakan cukai GST itu adalah untuk kepentingan negara dan rakyat juga? Sebab dan matlamatnya ialah kerana negara sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius. Masalah kewangan negara pula berlaku disebabkan masalah ketirisan dan kebocoran dalam menguruskan kewangan negara.

Kalau hendak dikira aset atau khazanh yang Allah anugerahkan untuk kita sudah cukup tetapi kerana ketirisan disebabkan nafsu amarah manusia (pemimpin UBN), berlakunya penyelewengan, salah gunakan kuasa, rompakan secara teknikal, maka berlakulah kekurangan-kekurangan dan ketidakcukupan wang untuk mengurus negara.

Sekiranya negara tidak berdepan dengan masalah kewangan sudah pasti harga gula, petrol atau cadangan mengenakan cukai GST itu tidak akan dilakukan. Tetapi disebabkan kerana tabungan kewangan negara sudah kering maka kerajaan terpaksa memerah poket rakyat.

Tindakan sebegini bukan sesuatu yang pelik. Dalam mana-mana kerajaan di seluruh dunia ini melakukan hal yang sama menjadikan rakyat secara terpaksa sebagai penanggungjawab. Rakyat adalah pemodal utama kepada pembangunan sesebuah negara. Jadi tindakan mengutip wang dari poket rakyat untuk tujuan pembangunn, keselamatan dan hal-hal kebajikan lain tidak pelik dan bukan satu kesalahan jika dilakukan dengan telus dan adil.

Oleh demikian kenapa kerajaan atau Najib Razak menjadi ‘sesat akal’ dalam hal ini. Kenapa beliau tidak mahu berterus terang dengan rakyat akan kesusahan dan masalah negara. Beliau sepatutnya berterus terang dengan rakyat menjelaskan apa yang sedang berlaku. Betapa beliau hendak menyembunyikan masalah negara atau dirinya sendiri akhirnya rakyat akan tahu juga. Cara Najib tidak ubah seperti hendak melindungi garam dengan mencampakkan ke dalam sungai.

Saya yakin kalau Najib tulus, berani dan berterus terang rakyat tidak akan gelisah, kecewa dan marah dengan apa diumumkan itu. Rakyat akan menerima dengan seada-adanya. Misalnya semasa membentang bajet tempoh hari Najib boleh memberi tahu rakyat secara jujur dan ikhlas akan sebab musabab disebalik kenaikan harga gula, minyak petrol (sebelum ini atau selepas ini) dan juga dangan mengenai cukai GST mulai tahun 2015 itu.

Ceritalah dan akui kepada rakyat bahawa tindakan itu terpaksa diambil kerana negara sedang berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal. Justeru beliau harus jujur mengatakan negara terpaksa mengemis dengan rakyat demi masa depan negara. Kalau Najib berani berkata begitu rakyat tidak akan ada masalah dan tidak akan terkilan. Ini kerana rakyat tahu akan tanggungjawab mereka lagi pun rakyat negara ini dikenali sebagai rakyat yang sangat bertoleran dan berbaik budi.

Tetapi kenapa Najib tidak berani berterus terang? Inlah satil dan cara orang kita berpolitik dan mentadbir negara. Mereka takut untuk berterus terang dengan rakyat dan sering menyembunyikan masalah kepada rakyat. Mereka sanggup menyatakan yang berkaki empat itu burung walaupun rakyat sudah tahu ianya adalah kambing. Cara dan tindakan Najib itu sangat merbahaya. Cara itu boleh merosakan reputasinya sebagai pemimpin.

Demikian juga alasan Najib kononnya kenaikan harga gula itu bagi mengelakkan rakyat negara ini diserang kencing manis adalah alasan yang dangkal dan ‘kelas sampah’. Orang boleh pertikaikan apakah Najib baru sedar rakyat negara ini mengalami masalah kencing manis sedangkan fenomena itu sudah bertahun berlaku. Sepatutnya usaha mengurangkan gula demi mengurangkan serangan kencing manis diadakan kempen besar-besaran dua tiga tahun lalu bukan dengan cara menaikkan harga gula. Kelambatan Najib menyedari mengenai masalah ini adalah kelemahan sebagai seorang pemimpin.

Orang yang waras dan berifkir akan menempelak Najib dengan bertanya apakah rokok, shisa minum keras dan sebagai tidak mendatangkan mudarat kesihatan kepada rakyat? Tetapi kenapa pula tidak ada pengumuman kenaikan harga atau cukai kepada bahan-bahan najis dan berdosa itu atas alasan untuk menjaga kesihatan? Kesongsangan ini menyebabkan orang nampak kenaikan gula itu bukan masalah kencing manis tetapi kerana ingin wang dari ‘kocet’ rakyat. Kocet kocet tu gak, poketlah. Kocet bahasa Kelantan poket bahasa orang putih.

Lebih afdal kalau Najib berterus terang dan memberi alasan begini dalam ucapan bajet kelmarin; “kita terpaksa naikkan harga gula, mengenakan cukai GST kerana negara menghadapi masalah kewangan kritikal. Jadi untuk memastikan kewangan negara cukup maka kita kena mencari wang tambahan, dan caranya adalah begini (naikkan harga gula dan kenakan cukai GST). Adapun kenapa negara berdedapan dengan masalah kewangan kerana keadaan politik negara tidak setabil…”

“Ketidakstabilan ini pula disebabkan kerenah pembangkang yang sepanjang masa mengkritik dan menggocak pentadbiran kerajaan dan sedikit pun tidak bersimpati dengan kerajaan. Gara-gara itu menyebabkan pelabur asing melihat negara kita dalam keadaan tidak stabil dan tidak kondusif. Natijahnya menyebabkan mereka enggan melabur atau menarik pelaburan sedia ada ke negara lain. Impilikasinya kepada pengembangan ekonomi kita…”.

Ertinya lebih baik Najib meletakkan masalah kewangan negara itu kepada pembangkang dan bukannya kepada penyakit kencing manis.

Sekiranya Najib memberi alasan itu rakyat boleh menerimanya dan merasakan ia sebagai tepat. Dan dalam masa sama juga Najib boleh membuat seruan kepada rakyat agar mengurang politiking. Serentak itu juga Najib boleh memberi pertunjuk kesediaan untuk mengadakan dialog nasional dengan Pakatan Rakyat seperti disaran Anwar Ibrahim. Cara ini dilihat lebih profesional dan meletakkan Najib sebagai seorang pemimpin yang jujur, ikhlas serta berani. Dan juga pembangkang khasnya Anwar Ibrahim merasa kekok untuk menyerang Najib kerana dia berterus terang.

Selagi Najib tidak mengakui kelemahannya dalam menjana pembangunan dan kewangan negara dan mengambil pendekatan mengseimbangkan kewangan negara dengan ‘mencuri’ duit rakyat dengan pelbagai cukai dan menaikan harga barang orang akan melihat Najib tidak ada idea dan kebolehan untuk mengurus sesebuah negara. Persepsi sebegini lebih teruk daripada tanggapan Najib suka berbohong dengan rakyat. [wm.kl.5:56 pm 27/10/13] 

Go to Source
Author: mso.im

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

PERKENALAN penulis dengan penyanyi Noreen Nor bukan sehari dua terjalin. Sudah lebih dua dekad saling mengenali antara satu sama lain. Namun, dek kerana keterbatasan waktu, penulis dan Noreen sudah lebih 18 tahun tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan karier dan kehidupan masing-masing.

Namun baru-baru ini, penulis menghubunginya untuk bertanya khabar lantas membuat temu janji untuk bertemu dan berkongsi perkembangan terbarunya.

Pada hari yang dijanjikan, penyanyi dan pelakon berusia 40-an itu muncul di pejabat Utusan Melayu dengan imej yang sangat sederhana namun masih memperlihatkan ‘keseksian’ yang selama ini menjadi identitinya.

Hadir dengan busana seluar baggy warna ungu muda dipadankan dengan baju berbunga, Noreen yang penulis kenali dahulu masih tidak berubah – manja dan masih menawan biarpun tubuh ibu tunggal kepada dua orang anak Danial Baharudin,18, dan Diana, 8, sedikit berisi.

Sebetulnya, pertemuan tempoh hari menemukan penulis dengan Noreen yang serba baru. Kalau satu ketika dahulu, dia pernah menempa kemasyhuran yang bukan sedikit, namun semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan yang abadi buatnya.

Selama ini, tidak pernah ada siapa yang mengetahui, jauh di dasar hatinya, wanita ini memendam duka yang berpanjangan. Derita yang dilalui barangkali kalau diceritakan dengan begitu mendalam dianggap oleh segelintir kita sebagai ‘dongeng’ semata-mata.

Hakikatnya, kisah derita Kassim Selamat seperti yang diceritakan oleh seniman P. Ramlee hampir-hampir berulang dalam kehidupan Noreen Nor.

Andai terlewat merujuk kepada doktor pakar, barangkali kedua mata Noreen akan menerima nasib yang serupa seperti Kassim Selamat kerana sering berendam air mata mengenangkan satu demi satu ujian yang diberikan oleh Allah buatnya.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang melihat dunia ini lagi. Kalau saya lambat, mungkin hari ini saya tidak dapat lagi melihat wajah anak-anak saya,” Noreen memulakan perbualan berkongsi derita yang ditanggung.

Tanpa diminta, Noreen, artis kelahiran Singapura dan dibesarkan di Melaka menyambung bicara, kejadian yang berlaku awal tahun 2008, bermula apabila matanya secara tiba-tiba bertukar menjadi merah yang ‘menakutkannya’.

Tanpa berlengah, Noreen bergegas ke sebuah hospital pakar di Ampang, Selangor. Keputusan hasil pemeriksaan doktor membuatkan Noreen tergamam kerana dia dimaklumkan, salah satu urat matanya terputus menyebabkan berlaku pendarahan dalam.

“Nasib baik, belakang kornea saya tidak luka. Kalau saya lambat berjumpa doktor, mungkin saya sudah buta hari ini. Dulu apabila menonton filem Ibu Mertuaku, Kassim Selamat menjadi buta saya sangkakan ia sekadar sebuah cerita fiksyen.

“Tetapi setelah apa yang saya alami, barulah saya tahu rupa-rupanya betul, kalau kita asyik menangis tanpa henti dan memakan masa yang lama, mata boleh buta,” ujarnya lagi.

Sebab dia berendam air mata kata Noreen, sejak empat tahun lalu, hidupnya tidak lekang diuji dengan berita-berita sedih.

Awalnya, abangnya meninggal dunia. Selang dua tahun, ibu tercinta pula pergi menyambut panggilan Ilahi.

Kematian kedua-dua anggota keluarganya itu menyebabkan Noreen seperti hilang arah dan dia tiada pilihan lain selain daripada menangis tanpa henti selama empat tahun lamanya!

“Namun begitu, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih sayangkan saya dan memberi peluang kepada saya untuk melihat,” kata Noreen hiba.

Kesedihan yang melampau menyebabkan Noreen pernah terfikir untuk menuruti langkah arwah abang dan ibunya sehinggakan setiap malam dia sering memanjangkan doa kepada Allah agar mengambil nyawanya dalam tidur.

“Ketika itu saya beria-ia mahu mati! Tak sanggup rasanya menghadapi derita jiwa begini. Saya pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, namun ia tidak meragut kegembiraan dan hidup saya.

“Tetapi apabila saya kehilangan orang yang saya sayang, hanya Tuhan saja yang tahu saya rasa bagaikan nyawa ini sudah jauh melayang, dibawa pergi oleh mereka semua,” cerita Noreen sambil air mata bergenang di kelopak mata.

Noreen, anak kelima daripada enam beradik merupakan anak manja kepada pesara polis dari Singapura, Allahyarham Mohd. Nor Ahad.

Walaupun pernah beberapa kali perkahwinannya gagal, namun semangat yang dibekalkan oleh abang tersayang, Allahyarham Roslan Mohd. Nor, Allahyarham ibu, Saodah dan Allahyarham ayah membuatkan dia kental menghadapi kehidupan.

Tetapi apabila mereka yang selama ini memberi semangat untuknya meneruskan hidup meninggal dunia, ia bagaikan noktah dalam kehidupannya.

Abangnya, Roslan meninggal dunia secara mengejut pada tahun 2004 ketika berusia 43 tahun.

“Pagi Jumaat itu, Noreen mendapat panggilan daripada emak beritahu abang meninggal dunia dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

“Apabila mendapat berita sedih itu, saya masih mampu ke rumah beberapa saudara saya di Kuala Lumpur untuk bawa mereka balik, sebab emak kata akan dikebumi selepas Jumaat.

“Tetapi alangkah kecewa dan sedihnya saya apabila sampai di Melaka, jenazah abang sudah dikebumikan. Lama saya sakit menahan rasa sedih tak dapat berjumpa arwah abang. Kami enam beradik tetapi arwah abang yang merupakan anak ketiga dalam keluarga, paling rapat dengan saya.

“Kalau saya beritahu pada abang, nak balik Melaka, arwah yang ada rancangan bercuti akan batalkan semata-mata mahu menyambut dan bersama saya,” cerita Noreen lagi.

Setelah dua tahun, abang kesayangannya meninggal, Noreen diduga lagi. Ibu tersayang Saodah meninggal dunia.

Dua minggu sebelum ibunya meninggal, Noreen menetap di kampung untuk menjaga ibu tercinta.

Tanpa mengira siang malam, Noreen sentiasa berada di sisi ibunya. Bagaimanapun Noreen terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana anak sulungnya, Danial akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Dua minggu saya duduk di kampung menjaga emak. Saya tidak kira siang atau malam, apa yang pasti saya mahu jaga mak dan makan minum mak.

“Apa saja mak nak makan, saya masakkan. Saya masih ingat sebelum saya balik, mak nak makan sangat sup ayam, saya masakkan.

“Masih terbayang di mata apabila saya nak balik sebab Danial nak periksa (PMR) mak bagaikan berat melepaskan saya pergi. Matanya sayu mengiringi saya balik, tapi…saya terpaksa balik,” kata Noreen menyambung perbualan.

Menurut Noreen, sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dia sentiasa berdoa semoga Tuhan memberinya peluang menatap wajah ibunya lagi setelah Danial habis PMR.

Sesampai di Kuala Lumpur, Noreen menghubungi ayahnya di kampung dan dia bersyukur sangat kerana ibunya masih bertahan.

Namun seperti yang dijanjikan bagi setiap insan di dunia, bila sampai waktunya kita menghadap Allah SWT tidak lambat sesaat dan tidak cepat walau sesaat.

Begitulah perjanjian yang ditentukan. Pada 22 Ogos 1996, Noreen mendapat panggilan telefon bonda tersayang pergi buat selama-lamanya.

“Hilang rasanya jiwa saya apabila mendapat khabar sedih itu apalagi saya mendapat tahu sebelum itu tiga empat kali, arwah emak telefon dan bertanya saya.

“Tanpa berlengah saya capai apa yang mampu dan bawa anak-anak balik ke Melaka. Sepanjang perjalanan, saya menangis tanpa henti. Walaupun terkilan tidak dapat mengadap emak di saat akhir, tetapi…sejuknya hati ini ketika melihat jenazah emak,” kata Noreen lagi.

Setelah emaknya meninggal, Noreen menemankan ayahnya di kampung kerana tidak mahu ayah tercinta terbiar tanpa perhatian.

Lama juga Noreen menemani ayahnya. Bagaimanapun pada Mei 2007 setelah melihat ayahnya sihat Noreen pulang semula ke Kuala Lumpur .

Namun takdir menentukan segala-galanya, ayah yang ditinggalkan sihat mula terjejas kesihatannya gara-gara kakinya terluka.

“Saya terkejut apabila melihat ibu jari kaki kanan ayah luka tak baik-baik akibat terkena dawai mata punai reban ayam. Tahu-tahu sajalah orang tua, kalau dah duduk kampung menternak ayam seekor dua bagaikan menjadi satu kemestian.

“Apabila luka ayah tak baik, saya bawa ayah balik ke Kuala Lumpur pada akhir 2007. Setelah di rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur, ayah dimasukkan wad dan ibu jari kaki ayah dipotong.

“Kaki ayah macam kena gangren dan sejak itu kesihatan ayah tidak begitu baik,” Noreen berkongsi cerita mengenai derita Allahyarham ayahnya pula.

Sejak itu, Noreen membawa ayahnya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Kesihatan ayahnya yang tidak menentu membuatkan Noreen lebih banyak menghabiskan masanya menemani dan menjaga ayah tercinta.

“Apabila kesihatan ayah semakin menurun, saya hantar ayah ke sebuah hospital pakar swasta. Selama 39 hari ayah diwad, tetapi ayah tetap tidak berubah.

“Pihak hospital membenarkan ayah dibawa balik ke rumah dan ketika itu, setiap saat ayah hanya terbaring di katil,” cerita Noreen dengan nada sebak.

Sepanjang ayahnya dirawat di hospital, Noreen sanggup membuang semua kemewahan demi ayah tercinta.

Kondo mewah miliknya di Bangsar dijual dengan harga ratusan ribu ringgit untuk membiayai perubatan ayahnya yang dijangka akan mencecah RM100,000.

Malah, Noreen juga sanggup menjual kereta mewahnya, Mercedes-Benz dan membeli sebuah kereta jenis MPV bagi memudahkannya membawa ayahnya ke hospital.

“Tuhan lebih menyayangi ayah, pada 1 Oktober 2008 yang merupakan tarikh lahir saya, ayah saya menghembuskan nafas terakhir.

“Saya masih ingat waktu itu pukul 7 malam, senja dan hanya saya, Danial, Diana dan pembantu saya mengadap ayah.

“Dunia rasa gelap tiba-tiba, tapi saya harus kuatkan hati. Dengan bantuan kawan saya, jenazah ayah dibawa ke Masjid Kampung Baru dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah dilakukan di situ.

“Setelah urusan selesai pada 2.30 pagi, jenazah ayah dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan pada keesokan harinya,” cerita Noreen lagi.

Sejak pemergian orang tersayang, setiap dua tahun, Noreen merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

Dia bukan sahaja berdoa pada Allah supaya setiap kali dia tidur dia tidak akan bangun lagi, malah perniagaannya juga musnah.

“Saya tahu setiap yang hidup akan mati. Malah saya redha dengan semua itu. Tetapi sebagai insan yang kerdil, kadang-kadang saya bagaikan tewas berdepan dengan semua ini.

“Apabila ayah sakit, saya jual Mercedes saya, saya jual kondo saya. Semua itu saya lakukan kerana mahu berikan yang terbaik untuk ayah.

“Ketika itu saya tidak malu apabila terserempak dengan kawan-kawan ada yang bagaikan memperli bertanyakan ke mana Merz saya. Saya tidak kisah semua itu kerana yang penting bagi saya keselesaan untuk membawa ayah ke hospital.

“Saya juga sanggup jual kondominium saya dengan harga lebih RM100,000 semata-mata untuk membiayai perubatan ayah. Sayangnya apabila kondo itu dijual ayah sudah meninggal dunia,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, malah syarikat milik Noreen, Padussi Sdn. Bhd. ,yang telah beroperasi sekian lama akhirnya terpaksa ditutup kerana dia lebih banyak menghabiskan masanya meratapi kehilangan orang tersayang.

Padussi, syarikat perniagaan yang membekalkan alat-alat muzik kepada kerajaan dan sektor swasta terpaksa ditutup kerana kos pengurusan yang terlalu tinggi sedangkan bisnes tidak jalan.

“Macam mana syarikat nak buat bisnes kerana saya tidak ke pejabat hampir dua tahun setelah abang meninggal. Waktu itu, dunia saya hanya bilik dan tikar sembahyang. Saya tidak keluar rumah selama enam tahun.

“Pagi, petang, siang dan malam saya hanya mengurung diri di bilik kerana ingin merawat luka di jiwa saya.

“Sehinggalah November lalu, apabila bangun untuk menunaikan solat Subuh, saya bagaikan mendapat kehidupan baru dan bangkit untuk meneruskan hidup dengan anak-anak.

“Kini baru enam bulan saya pulih dari jiwa yang terluka dan harapan saya hanya satu untuk membina hidup bersama anak-anak,” akui Noreen.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm#ixzz2iWP8euOi
© Utusan Melayu (M) Bhd

adios
Disclaimer

“Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com”Go to Source
Author: GeloraHatiMuda

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
Aishah

HALAMAN HIBURAN

 Terry

KL: Penyanyi Indonesia, Terry atau nama sebenar Terryana Fatiah mengaku teringin untuk berjumpa penyanyi Aishah setelah namanya diangkat di negara tersebut menerusi lagu popular Aishah Janji Manismu. Begitu, lapor mStar hari ini.

Terry, 29, berkata, dia menyimpan hasrat ke negara ini selepas menyanyikan semula lagu tersebut.

“Sewaktu saya menyanyikan semula lagu Janji Manismu, saya berharap lagu ini boleh bawa saya ke Malaysia satu hari nanti dan akhirnya saya ke sini.
“Sewaktu merakamkan semula lagu itu saya belum kenal siapa Aishah. Tapi saya difahamkan lagu itu memang lagu hit sekitar 1984, iaitu juga tahun saya lahir. Kalau boleh memang berhasrat untuk bertemu dengan Aishah,” katanya.

Tambah Terry, lagu itu Janji Manismu nyanyian Aishah itu mempunyai jalan cerita yang sama dengan kisah cintanya. Kerana itu, dia bawakan lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehingga menitis air mata.
“Disebabkan itu juga saya terus dikenali dengan penyanyi air mata dan diberi lagu-lagu yang sedih sahaja,” katanya. 

Janji Manismu dinyanyikannya semula dan dimuatkan di dalam album sulung Terry iaitu sekitar tahun 2006.

“Al-hamdulillah, moga-moga dia dapat jumpa Aishah, dan mungkin Aishah boleh menurunkan ilmunya, terutama ilmu bagaimana Aishah menjadi seorang penghijrah daripada artis kemodenan jahiliah kepada Islam yang diredhai Allah SWT. Dari cinta kecil kepada sesama makhluk, kepada cinta Maha Agung yang mencipta pencinta-pencinta itu sendiri.”  Kata Weblog Ibnu Hasyim.

Semoga air matanya yang menitis selepas ini, adalah kerana penghayatan kepada Khalik, dari yang asyik kepada Makhsyuk! Mari sama-sama kita mengaminkan. Amin!! (IH/Sumber mStar)

Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !


..

.

<