Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

Keperitan hidup mula menggigit. Dan gigitannya semakin hari semakin sakit. Sebagai kepala keluarga, tak boleh nak membiarkan saja sakit itu. Sesuatu perlu dilakukan.

Setelah menghitung serta merenung, apa cara, apa jalan, agar gigitan itu dapat digagah, dapat ditahan.

Idea datang menerjah. Cuba berniaga online macam orang lain. Gunakan laman sosial untuk mempromosikan barangan jualan. Kemudian, yang dekat kita hantar, yang jauh kita pos. Sekarang ni, Poslaju dah tak menang tangan apabila perniagaan online membuak maju. Semuanya dah mudah, cuma antara mahu dan tak mahu.

Bagus juga idea itu. Tapi, masalah utama sekali yang perlu diatasi adalah persoalan mengenai barangan apa yang hendak diketengah, hendak dijual. 

Bila ditanya-tanya, ada yang menawarkan untuk sama-sama menjual barangan yang mereka sedang giat jalankan. Tudung.

Bukan tudung saji, tudung makanan tetapi tudung untuk muslimat. 

Bila disergah dengan cerita keuntungan, cerita fesyen semasa, graf untuk menerima tawaran itu melonjak tinggi. Tetapi apabila balik berbincang dengan isteri, grafnya meniarap ke lantai. “Takkan abang nak jual tudung yang jenis macam ni. Kata kena pakai tudung labuh. Tapi sendiri yang jual tudung melawa singkat macam ni pulak”, si isteri memberikan pandangannya.

Betul juga komen isteri tu. Tak jadilah.

Mencari dan mencari lagi, produk apakah rasanya yang sesuai.

Teringatkan seorang kawan lama ni. Dia ada membawa masuk satu produk daripada negara luar untuk dipasarkan di negara ini. Kena pula hari tu, ternampak produk yang sama juga dijual oleh kawannya melalui facebook.

“Wak, aku nak cari duit sikitlah. Barang kau tu bagi aku jual kat Ipoh ni, boleh tak? Aku baru teringin nak berniaga online ni, tapi rasanya barang yang kau jual tu sesuailah dengan jiwa aku. Sambil berniaga, sambil mengutip pahala.” kata aku pada kawan lama tu melalui telefon.

Nak dijadikan cerita, dia menerima lamaran aku tu dengan hati terbuka, walaupun aku menerangkan yang aku ni memang tak ada langsung modal untuk bermula.

Alhamdulillah, dengan ruang kesempatan dan bimbingan yang dilorongkan Allah Taala untuk aku memulakan perniagaan online ni, hari pertama aku mempromosikan produk ni, dah ada pelanggan yang menghubungi. Katanya berminat dan memang mencari. Perlu diposlajukan kerana pelanggan ini berada di Johor. 

Maka, bermulalah perniagaan online aku ini (walaupun aku ni tak berapa reti berniaga) dengan produk Al-Quran Read Pen Focus-1 yang membantu mempelajari Al-Quran dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. 

Diharapkan semua dapat memberikan sokongan serta bantuan dalam mempromosikan produk ini dengan harapan pahala yang dikutip dapat dikongsikan bersama. 

Untuk membeli produk ini, hubungi saya di talian ataupun melalui facebook saya.

Contoh penggunaan Al-Quran Read Pen ini:-
Go to Source
Author: Ajijoi

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

http://ohmacamitu.com/blog/wp-content/uploads/2013/09/1233356_224123367745934_499018538_n.jpg

السَّلاَمُ عَلَيْكُم

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat bakhil dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas terdapat 3 perkara larangan keras (di haramkan) daripada Allah SWT iaitu :

1. Menderhakai ibu.

2. Membuat bakhil (kedekut)

3. Menguburkan (membunuh) anak perempuan.

Terdapat 3 perkara kebencian Allah SWT iaitu :

1. Terlalu banyak berbicara begitu begini.

2. Terlalu banyak bertanya.

3. Membuangkan harta tidak pada tempatnya.

Huraiannya :

Tiga perkara larangan keras (diharamkan) :

1. Menderhakai ibu.

Ibu adalah insan yang berjasa kepada anak-anaknya. Bermula dia mengandung, melahirkan , memberi susuan, membesarkan dan memberi penuh kasih sayang kepada anak-anaknya. Adalah amat malang ada anak yang menjadi anak derhaka kerana menyakiti hati ibunya, menyusahkan hidupnya, membiarkan penderitaannya semasa dia telah tua dan dibiarkan tanpa jagaan dan pembelaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”

(Hadis riyawat Bukhari )

Dalam hadis yang lain Nabi SAW. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah SWT. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini.

Di dalam al-Quran Allah SWT. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” (Surah al-Nisaa’ ayat 36)

Di dalam ayat ini setelah Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah SWT. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

Keredaan Allah SWT. terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibu bapanya.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :“Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”  (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

2. Membuat bakhil (kedekut)

Seburuk-buruk sifat yang dimiliki oleh manusia terutama orang kaya adalah sifat bakhil atau kedekut . Orang kaya yang bakhil sebenarnya dia adalah orang yang sombong, bongkak dan bangga diri kerana dia merasakan hartanya akan dapat menyelamatkan dia daripada azab yang dahsyat di hari akhirat.

Sifat dan ciri-ciri orang bakhil dan kedekut ini iaitu apabila ada orang datang kepadanya samaada ahli keluarganya atau jirannya atau rakannya datang untuk meminta pertolongan belum pun sempat dia hendak ceritakan masaalahnya lantas dia akan berkata “maaf saya tidak dapat tolong” sedangkan hartanya beratus ribu ringgit, apalah salahnya dia menghulurkan bantuan, jika tidak dapat tolong banyak tolong sedikit pun tidak mengapa sekadarnya untuk membantu kesusahan orang lain.

Orang kaya seperti ini hidupnya tidak akan berkat dan perniagaannya tidak akan maju dan satu masa nanti dia akan mengalami kesusahan kerana doa orang yang susah tadi kepada Allah SWT ,”Ya Allah tunjukkanlah kekuasaan-Mu dan balasan-Mu kepada orang kaya yang kedekut ini, aku tahu dia memiliki harta yang banyak tetapi sifat sombongnya enggan menolongku ketika aku susah sedangkan Kau Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah, rezeki-Mu keseluruhan di langit dan bumi dan Kau amat membenci sifat hamba-Mu yang bakhil dan kedekut”

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud , “Maafkanlah kesalahan orang yang murah hati (dermawan). Sesungguhnya Allah melihat tangannya jika dia terjatuh. Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga. Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil” (Hadis Riwayat Tabrani)

Jelaslah dalam hadis di atas seorang ahli ibadah, tinggi ilmu agamanya, tinggi pelajarannya (sampai jadi pakar) tetapi apabila kedekut sangat dibenci oleh Allah SWT . Harta ini sebenarnya milik Allah SWT, bukan hak kita sepenuhnya jangan ingat kita akan kaya selama-lamanya dan tidak akan jatuh bengkrap. Jangan ingat orang yang miskin dan susah akan susah selama-lamanya kerana dunia ini umpama roda ada kalanya kita di atas dan adakalanya kita akan dibawah.

Orang yang bakhil dan kedekut ini akan mendapat laknat malaikat diwaktu pagi-pagi lagi seperti hadis daripada Nabi SAW.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya :

“Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya.”

“Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”

Di zaman jahiliah dahulu orang-orang arab jahiliah menganggap anak perempuan adalah anak yang akan membawa sial atau menjatuhkan maruah keluarga, maka mereka akan membunuhnya dengan menanamnya hidup-hidup atau membunuhnya kemudian dikuburkannya.

Perbuatan ini adalah perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT kerana membunuh jiwa yang tidak berdosa. Dalam masyarakat kita pula anak-anak yang dilahirkan diluar perkahwinan iaitu hasil perzinaan di antara lelaki dan perempuan, untuk menjaga maruah keluarga dan untuk mengelakkan daripada mendapat malu maka anak-anak luar nikah ini akan dibunuh dan dibuangkan begitu sahaja seperti sampah. Setengah kes pekerja Majlis Perbandaran menjumpai mayat bayi ditempat pembuangan sampah dan ada setengahnya dimakan oleh anjing. Perbuatan manusia zaman sekarang sama dengan orang-orang jahiliah malah mungkin lebih kejam lagi kerana tidak pernah kita dengar orang arab jahiliah memberi makan anjing kepada mayat anak perempuan mereka.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : ‘Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : ‘Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka’.”

Anak-anak kecil yang mati dibunuh oleh ibu yang melahirkannya akan mendakwa ibu tersebut di hari akhirat dan laknat Allah SWT akan diterima oleh wanita tersebut dan di humbankan kedalam api neraka Jahanam.

Tiga perkara kebencian Allah SWT :

Terlalu banyak berbicara yang dilarang adalah membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan berbual kosong hal-hal dunia yang tidak berfaedah.

Lidah yang baik adalah lidah yang berzikir, membaca al-Quran, berkata benar dan mengajak manusia  kepada amal maaruf dan mencegah kemungkaran. Sedangkan lidah yang buruk adalah lidah yang digunakan untuk mendatangkan dosa kepada Allah SWT.

Abu Sufyan bin ‘Abdullah al-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?”. Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, “Inilah”. Mulut dan lidah itu menjadi begitu merbahaya apabila disalahgunakan.

Penggunaannya yang betul akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan di dunia dan hari akhirat.

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW bersabda maksudnya : “Setiap pagi segala anggota manusia berpesan kepada lidah: ‘Engkau hendaklah selalu menjalankan perananmu dengan betul, mengikut perintah Allah. Jika engkau betul, maka betullah kami. Jika engkau bengkok, maka turut bengkoklah kami”.

Lidah adalah anggota manusia yang akan memandu anggota-anggota lain bila lidah lurus dan benar maka anggota-anggota lain akan mengikut perjalanan lidah.

Dari hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W. ditanya tentang (amalan) yang paling banyak memasukkan orang ke dalam syurga. Baginda menjawab, ‘Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik (husnul khuluq).’ Baginda ditanya tentang hal yang banyak memasukkan orang ke neraka. Baginda menjawab, ‘Mulut dan kemaluan’.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Oleh itu jagalah lidah kita bila hendak berkata berfikirlah dahulu sebab pepatah ada mengatakan, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

2. Terlalu banyak bertanya.

Salah satu sifat Bani Israel yang dibenci oleh Allah SWT adalah terlalu banyak bertanya iaitu mempersoalkan arahan Allah SWT. Bertanya kerana tidak mengetahu sesuatu perkara digalakkan kerana dengan bertanya akan mendatangkan kefahaman tentang sesuatu masaalah agama.

Tetapi yang dimaksudkan bertanya yang dibenci oleh Allah SWT adalah mempertikaikan sesuatu arahan agama, banyak alasan-alasan yang diberikan sedangkan arahan yang diberikan tidak pula di amalkan.

Contoh soalan yang dikemukakan seperti : Kenapa babi itu diharamkan? Kenapa wanita wajib menutup aurat? Kenapa lelaki boleh berpoligami sehingga 4 orang? Kenapa pembahagiaan harta pusaka anak lelaki mendapat dua bahagian sedangkan anak perempuan mendapat satu bahagian.? Kenapa orang lain kaya-raya sedangkan aku miskin? Kenapa aku mendapat penyakit sedangkan orang lain sihat wal afiat?

Orang mukmin tidak akan mempersoalkan semua arahan Allah SWT kerana setiap arahan itu mengandungi kebaikan. Dia akan berkata, “Kami dengar dan kami patuh”, sedangkan orang fasik dan munafik akan banyak tanya dan mempersoalkan perintah-perintah Allah SWT.

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israak ayat 26-27, yang bermaksud: “…dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya”.

Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit . Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita hayati hadis di atas .Jauhilah dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka.

Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah SWT membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam.

Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa.

Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga.

Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

https://www.facebook.com/abu.basyer

Go to Source
Author: peribadirasulullah

  • Comments Off

http://ohmacamitu.com/blog/wp-content/uploads/2013/09/1233356_224123367745934_499018538_n1.jpg

MPK Kilang Haram 01

KLANG, 12 SEPT : Tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) meroboh premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru disebabkan beroperasi haram dan menyalahi Akta Kanun Tanah Negara, tegas ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Abdul Rani berkata, tindakan meroboh premis perniagaan melibatkan gerai makanan, kedai runcit dan buah-buahan di bahu jalan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat.

“Apabila melibatkan Kanun Tanah Negara, tiada siapa pun boleh terkecuali dengan tindakan meskipun pemilik premis perniagaan itu orang kenamaan mahupun Adun,” jelasnya.

Sebelum ini, MPK menerusi Operasi Bersepadu bersama beberapa agensi lain bertindak meroboh sembilan premis perniagaan milik warga tempatan dan empat milik warga asing di Jalan Teratai, Meru, Klang.

MPK Kilang Haram 02

Abdul Rani berkata, tidak sewajarnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan MPK itu kerana ianya operasi bersepadu pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.

Ianya melibatkan Jabatan Perkhidmatan dan Persekitaran (JPP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jangan salahkan MPK, tindakan ini adalah operasi bersama atas aduan penduduk, malah penduduk di situ sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi masalah tersebut sejak 15 tahun lalu.

“MPK dan agensi-agensi yang terlibat dalam operasi itu menjalankan suatu tindakan betul kerana dilakukan setelah bermesyuarat,” ujarnya.

Go to Source
Author: Naeem Raffi

  • Comments Off

Oleh: Aspan alias

National Anthem Act’ 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi didalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati ‘Negara Ku’ yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.. Sesiapa yang melanggarnya boleh di denda tidak lebih dari seratus ringgit atau dipenjara tidak melebihi satu bulan. Ini adalah kandungan yang ada di dalam Akta itu yang digubal pada tahun 1968 dahulu.

Tujuannya, kata Menteri yang bertanggungjawab ialah untuk membina semangat patriotik terhadap negara dikalangan penonton pawagam itu dan rakyat keseluruhannya. Ramai yang menghubungi saya untuk memberikan komen tentang undang-undang baru ini. Maka saya bersetuju untuk memberikan komen pendek tentang undang-undang baru ini.

Selepas ini akan ramailah orang yang akan masuk penjara sebaik sahaja keluar dari pawagam-pawagam di seluruh negara. Jangan dipersoalkan niat Kementerian Penerangan itu dan Menterinya sekali. Niat mereka baik dan jujur untuk melihat pembangunan semangat patriotisma dikalangan rakyat  Jika dengan Akta baru ini boleh membinanya kita terima dan kita akur dengannya. Lagi pun sememangnya kita wajib berdiri semasa lagu Negara Ku itu dimainkan.  Tetapi kenapa mainkan di dalam pawagam?

Tetapi persoalannya adakah ini cara yang baik dan betul untuk membina semangat patriotisma itu? Jika itu cara yang terbaik adakah terfikir oleh kita apakah elemen-elemen yang akan membantutkan kempen patriotisma ini? Adakah dengan berdiri menghormati Negara Ku itu secara paksa seperti ini akan terbina semangat patriotisma yang di kehendaki kerajaan itu?

Dalam posting saya semalam saya dengan jelas memberikan pandangan yang membina semangat sayangkan negara tidak boleh semata-mata ditempelkan sahaja. Ia perlu datang dari keikhlasan dan kejujuran rakyat dari lubuk hati dan nurani mereka. Cara yang paling baik untuk membinanya ialah dengan kerajaan bersama dengan pimpinan keseluruhannya menunjukkan patrotisma itu dengan jelas.

Pemimpin-pemimpin yang mempunyai patriotisma adalah pemimpin yang komited untuk membina negara dengan jujur dan tidak melakukan jenayah kepada negara. Pemimpin seperti ini tidak akan melakukan kerja rasuah serta menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut kepentingan peribadi dan sanggup memecah belahkan rakyat yang dahagakan perpaduan.

Yang terbaik dan terunggul sekali ialah pemimpin yang tidak mahu negara berpecah kerana mereka dan sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan yang mereka sandang setelah gagal mentadbir rakyat dan negara dengan baik. Ini lah ciri patriotisma yang tertinggi nilainya.

Nilai ini bukan sahaja sepatutnya ada pada mereka yang sedang berkuasa yang mahu meletakkan jawatan. Ia juga terbabit dengan pemimpin yang ingin mendapatkan jawatan itu. Apabila seseorang itu telah terpalit dengan isu moral peribadi mereka juga tidak sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara.

Mereka yang telah dipersepsikan oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak bermoral juga sepatutnya berkorban dengan membatalkan niat untuk menjadi pemimpin utama negara kerana mereka juga akan membawa negara kepada kehancuran. Justeru pemimpin-pemimpin seperti ini juga boleh menunjukkan semangat patriotisma mereka dengan membatalkan sahaja niat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Selama ini pemimpinlah yang lebih menunjukkan rasa tidak patriotisma mereka dari rakyat. Rakyat sedar jika pemimpin itu benar-benar seorang yang patriotik, tidak aka nada diantara yang memegang kuasa menggunakan kuasa dan mandat itu dengan mengambil wang rakyat yang berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.

Jika seseorang itu telah menggunakan pengaruhnya dengan mengambil wang rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya ini, bolehkah, atau layakkah pemimpin seperti ini digulungkan kedalam gulungan yang patriotik? Tetapi itulah yang berlaku di negara kita dan orang yang sama jugalah yang bercakap tentang isu moral kerajaan yang buruk serta menidakkan semua kerja baik orang lain.

Rakyat melihat dan memerhatikan tindakan serta kata-kata mereka samada selari atau pun sebaliknya. Rakyat biasa seperti kita dibawah ini tidak pun mengambil wang berbillion ringgit dari rakyat untuk kepentingan perniagaan anak-anak mereka. Mereka menanggung kerugian sendirian dan ramai yang telah bankrap kerana kerugian mereka dalam perniagaan.

Apa perasaan rakyat yang ramai dibawah ini apabila melihat pemimpin bercakap besar tentang negara sedangkan anak-anak mereka bersandar kepada rakyat untuk membayar kerugian perniagaan mereka dan dalam masa yang sama mendapat keuntungan lagi dalam proses ‘bail-out’ yang menggunakan wang rakyat itu.

Justeru perihal patriotisma ini tidak perlu dididik terhadap rakyat jelata. Yang sepatutnya menunjukkan sifat patriotisma itu adalah pemimpin-pemimpin sendiri, tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang. Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak untuk menaikkan harga belian kelengkapan ketenteraan misalnya.

Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak meluluskan pinjaman yang beratus juta ringgit untuk kroni atau keluarga pemimpin yang tidak pun mahir dalam perniagaan seperti peniagaan lembu dan sebagainya.

Pemimpin yang benar-benar patriotik akan mengambil contoh seperti pimpinan masa lalu yang tidak mempunyai apa-apa semasa persaraannya. Tunku Abdul Rahman tidak mempunyai ‘empire’ perniagaan untuk anak-anak beliau.

Pemimpin sezaman itu tidak mempunyai mahligai-mahligai apabila menyentuh kuasa. Pemimpin yang mempunyai nilai patriotik tidak akan berbelanja ratusan juta ringgit untuk lawatan keluar negara.

Justeru tidak usahlah pemimpin hari ini berkempen untuk membina semangat patriotisma itu sedangkan mereka sendiri adalah penjenayah tegar kepada negara yang dicintai rakyat ini.

Kalau rakyat tidak memberontak didalam hati mereka tidak ada sebab kenapa rakyat tidak mengibarkan bendera yang harganya hanya setakat sepuluh dua puluh ringgit itu. Rakyat telah membayar hutang anak pemimpin yang kerugian dalam perniagaan mereka dalam jumlah yang berbillion ringgit sebelum ini.

Tetapi kenapa rakyat berkira dengan harga satu bendera itu? Jawapannya mudah. Ia di sebabkan pemimpin tidak mengira perasaan rakyat yang rata-rata marhaen di bawah ini.  Rakyat sedar dalam kemarhaenan, mereka terpaksa membayar hutang besar yang dilonggokkan oleh pemimpin kepada mereka.

Buat masa ini elok kita meminta pemimpin yang bercakap tentang patriotisma itu hentikan kempen ini. Rakyat lebih arif tentang isu patriotisma itu. Yang sepatutnya membina sifat patriotisma itu adalah barisan pemimpin yang sedang memimpin kita sekarang ini.

by Aspan Alias

Go to Source
Author: Nizar

Resepi Rahsia Coca-Cola Dibongkar

Salah satu rahsia yang paling dikawal rapi dalam sejarah perdagangan dunia mungkin kini bukan lagi menjadi rahsia: sebuah program radio bertajuk “This American Life” dikatakan telah menemui resipi yang tepat untuk minuman yang paling popular di dunia dalam artikel akhbar pada 1979.

Menurut pengacara rancangan itu, Ira Glass, komponen perisa rahsia minuman itu, yang telah dicipta oleh ahli farmasi John Pemberton pada tahun 1886, adalah sesuatu yang dinamakan “Merchandise 7X.”

Kakitangan baru-baru ini terjumpa sebuah artikel edisi 8 Feb 1979 daripada Journal-Perlembagaan Atlanta, yang menerbitkan artikel di muka surat 28 tentang buku tulis kulit terikat yang pernah dipunyai oleh sahabat Pemberton, satu lagi ahli farmasi di kawasan Atlanta yang dinamakan RR Evans.

Notebook yang terkandung beberapa resipi farmakologi – tetapi kemasukan utama, bagi pelajar-pelajar sejarah komersial, adalah apa yang dipercayai menjadi resipi yang tepat untuk minuman ringan: semua bahan-bahan yang disenaraikan dengan jumlah yang tepat diperlukan untuk menyiapkan satu ramuan lengkap.

Journal-Perlembagaan itu juga memaparkan gambar halaman dalam notebook Evans ‘memperincikan resipi Coke – pada dasarnya mendedahkan resipi kepada dunia. Tetapi sejak tahun 1979 di mana berlaku ledakan media digital, gambar resipi itu tidak pergi jauh di luar kawasan Atlanta.

Resipi Coke adalah salah satu rahsia yang dikawal dengan rapi dalam sejarah perdagangan Amerika. Selepas perniagaan Asa Griggs Candler dibeli Pemberton – yang juga mengeluarkan ubat batuk dan pembersih darah, antara lain – pada tahun 1887 dengan harga $ 2,300, resipi yang tepat untuk 7X diletakkan dalam peti besi di sebuah bank Atlanta.

Ia telah dilaporkan bahawa hanya dua kakitangan syarikat yang terlibat dengan bahan-bahan dan bagaimana mereka dicampur pada bila-bila masa – dan kedua-dua kakitangan tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan bersama kerana takut kemalangan akan meragut nyawa kedua-dua mereka.

Menurut syarikat sejarah Mark Pendergrast, Candler begitu paranoid tentang resipi yang bocor di luar kawalan proprietari bahawa dia akan pergi melalui pos syarikat itu sendiri untuk menghalang mana-mana pekerja daripada melihat invois yang mungkin memaparkan bahan-bahan yang digunakan.

“Ia adalah seperti upacara rahsia yang diluluskan,” ujar Pendergrast, “dan formula yang disimpan dalam peti besi di bank di Sun Trust, yang pernah menjadi Georgia Trust Company.”

Selepas Pendergrast melihat semula resipi daripada gambar akhbar pada tahun 1979 itu, dia membuat kesimpulan bahawa ia juga boleh menjadi sesuatu yang betul:

“Saya berfikir bahawa ia sudah tentu adalah versi formula ini,” kata beliau sambil menambah, “Ia adalah hampir sama dengan formula yang saya jumpai dalam salah satu daripada buku tulis John Pemberton apabila dia telah melakukan penyelidikan untuk buku ini.

Bagi pihak Coke, mereka menafikan bahawa keselamatan formula rahsia itu telah dibongkar. ”Banyak pihak ketiga, termasuk ‘This American Life,’ telah cuba untuk memecahkan formula rahsia kami,” kata jurucakap syarikat Kerry Tressler. ”Cubalah sehabis mungkin, mereka pasti tidak berjaya.”

Pengarah arkib Coke Philip Mooney memberitahu “This American Life” kemungkinan resipi ini telah menjadi formula ”pendahulu” yang berharga, tetapi mungkin bukan merupakan versi yang “pergi ke pasaran.”

Jadi apa rahsia untuk membuat Coke? Nah, di sini adalah apa yang telah ditulis di dalam buku ini:

The recipe:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):

Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops

Pemberton dilaporkan telah menemui formula untuk Coke dalam usaha untuk mengatasi ketagihan kepada morfin yang meruncing selepas Perang Saudara, jadi ia mungkin tidak menghairankan jika alkohol ditambah, minuman yang asalnya terkandung daun Coca dicampur dengan kokain.

Sumber: MalaysiaSensasi.Net

Go to Source
Author:

  • Comments Off

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, beberapa teori cuba dirungkaikan oleh pakar-pakar saintis dan arkeologi dunia mengenai penemuan seperti gambar-gambar di bawah, tetapi hasilnya sungguh mengelirukan. Mungkin diputar belit ataupun sengaja disimpan kemas dan terkunci? Antaranya..

1. Penemuan Piring Batu Dropa Stones

 Dropa, menurut legenda, adalah satu bangsa yang kerdil seperti extraterrestrials yang kononnya mendiami gunung Baian-Kara-Ula China. Pada 1938 ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei ke wilayah ini telah membawa kepada penemuan beberapa siri gua buatan diukir mengandungi Stones Dropa.

Setiap batu, atau seperti cakera padat (CD)sebaliknya, dikatakan berusia sekitar 12,000 tahun, kira-kira 9 inci diameter, Dipotong kecil di tengah-tengah dan terukir dengan corak lingkaran hieroglif. ia menjadi aneh. Hieroglyphics nampaknya memberitahu kisah Dropa yang datang dari angkasa lepas dan mendarat nahas di pergunungan. Kononnya, pasukan Dr Chi Pu Tei juga menjumpai yang kemas baris beberapa makam dengan 4 kaki 4 rangka inci, yang besar klasik kepala asing dan semua, dikebumikan di dalamnya.

2. Klerksdorp Sfera

Banyak perdebatan telah timbul asal objek yang kecil dicipta, bulat atau cakera yang berbentuk bulat ditemui berhampiran Ottosdal, Afrika Selatan. Penyelidik alternatif dan wartawan mendakwa ini adalah “ganjil, daripada tempat artifak yang ditemui ini”mustahil dengan daerah yang primitif, tetapi telah mencipta seperti kegunaan untuk peralatan eletronik,mungkin ianya dicipta oleh makhluk pintar, sama ada manusia, atau berasal dari makhluk asing.

Satu Sfera Klerksdorp beralur

Geologi menangkis dakwaan bahawa ketulan sedikit aneh adalah hasil daripada proses semula jadi, yang datang daripada 3.0 bilion tahun dahulu tersimpanan lama.

 Walau apapun yang berkenaan, ini sfera beralur monumentally artifak menarik.

3. The Plain Of Jars

Terletak di Highlands Lao kawasan Xieng Khouang adalah di pusat tapak arkeologi yang luar biasa yang dikenali sebagai Plain balang. Bertaburan kedudukan di seluruh daerah ini dan balang batu bahawa saintis telah menganggarkan tarikh dari kira-kira 2000 tahun yang lalu.

Berbentuk dalam pelbagai saiz dari agak kecil kepada yang besar dengan yang terbesar seberat sehingga 14 tan. Balang batu ini banyak yang dimusnah akibat peluru hasil sisa-sisa Perang Rahsia apabila Amerika Syarikat yang menjalankan salah satu kempen pengeboman pada tahun 1969 yang paling intensif di semua tempat sejarah.

Ada yang percaya bahawa tempayan-tempayan ini ada untuk pengebumian abu manusia manakala yang lain percaya mereka telah direka untuk menyimpan air hujan dari musim tengkujuh. Ia terletak betul-betul di salah satu laluan perdagangan purba dari India Utara ketika itu.

Mungkin juga faktor keagamaan kerana penggali telah menjumpai patung-patung Buddha,manik dan alat-alat gangsa. Apa yang sering fikirkan bahawa balang-balang ini akan memerlukan masa yang panjang untuk dibuat, mungkin pada skala yang sama seperti Stonehenge, dan itu pasti telah dilakukan atas sebab-sebab yang amat penting. Buat masa sekarang, kewujudan ini adalah hanya satu lagi misteri purba yang masih terjawab.

4. Kesan Tapak kaki Di Batu

Adakah ia kaki fosil dinosaur dan manusia di zaman batu?Ahli-ahli arkeologi dan palaeontologists serta lain amatur yang berminat telah menemui tapak kaki dinosaur dalam pelbagai jenis batu menpapan. Ini jejak dicipta apabila makhluk meninggalkan jejak dalam bahan lembut seperti lumpur, tanah liat atau pasir.

Tiada apa-apa yang aneh atau tidak dapat diterangkan tentang proses ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak dilaporkan tentang tapak kaki manusia yang ditemui bersama-sama dengan dinosaur – atau dalam batu yang tarikh dari berjuta-juta tahun yang lalu.

 Sememangnya, ini telah mencipta kontroversi yang signifikan antara saintis, penciptaan dan pihak-pihak lain yang berminat. Kesan tapak kaki yang terkenal ini terletak berhampiran Glen Rose di Texas, Amerika Syarikat. Namun, terdapat laporan bahawa beberapa trek telah diubah suai untuk kelihatan lebih seperti tapak kaki manusia selepas penduduk tempatan menyedari nilai pelancongan yang berpotensi.

5. Jalan Bimini

Para penyelam telah terjumpa bentuk batuan seperti jalan berturap di bawah laut utara Pulau Bimini di Kepulauan Bahama. Ramai orang berpendapat jalan setapak itu adalah kejadian alam semulajadi. Namun penataan batu jalan itu menimbulkan pertanyaan lanjutan kerana ianya terlalu rapi dan tersusun. Beberapa ahli arkeolagi menyatakan ianya adalah sebagian dari Kota Atlantis (seperti yang ditulis oleh Plato beberapa abad silam). Tapi hingga hari ini belum ada terbukti tambahan mengenai kewujudan “kota yang hilang” itu. Dan Jalan Bimini masih menjadi pertanyaan dan tengelam di dasar laut bersama sejarahnya : apakah jalan itu dibuat alam atau manusia?

6. Misteri Kehilangan Jimmy Hoffa

Pemimpin Buruh yang dikenali sebagai orang Amerika yang paling berpengaruh dalam tahun 1950 tahun – 1960, Jimmy Hoffa adalah seorang tokoh yang telah mengubah wajah dunia buruh Amerika. Julai 30, 1975, Hoffa hilang di tempat letak kereta Detroit dan tidak pernah ditemui lagi. Salah satu teori dipercayai Hoffa dibunuh oleh Jack Anthony Giacalone, kumpulan yang diketuai New Jersey. Mayat Hoffa didakwa dikebumikan di bawah asas stadium Giants, Detroit. Apabila dilakukan penggalian di yayasan stadium, tinggalan Hoffa dijumpai.

7. Jack the Ripper

Terkenal sebagai pembunuh bersiri dan misteri pada tahun 1888, identiti Jack The Ripper hingga ke hari ini tidak pernah diketahui. Membunuh pelacur-pelacur jalanan dengan cara yang cukup kejam dan membelah tubuh mangsa dengan rapi sempurna, membuat polis berfikir Jack adalah seorang pakar bedah waktu itu. Walaupun mereka banyak buku-buku, filem, dan teori diterbitkan, identiti Jack yang Ripper masih lagi menjadi topik perbincangan dan misteri Jack The Ripper tetap terkubur bersama lipatan sejarah sehingga kini.

8. Time Slips

Masa mengikut saintis, ialah satu konsep yang lebih kompleks daripada kita manusia digunakan untuk mempercayai apa yang terlihat. Apa lagi telah wujud dengan nama-nama yang terkenal, seperti Albert Einstein, dengan keputusan yang menakjubkan dipanggil “tergelincir masa” sebenarnya, fenomena luar biasa yang menganggap gangguan waktu sedikit masa lalu. Ia dialami oleh orang-orang sekarang dan tanpa disedari oleh orang-orang dari masa lalu. Seseorang mengalami fenomena sedemikian tidak akan mempercayai bahawa apa yang dia lihat selama beberapa saat adalah benar.Bukti Visual slip masa sering muncul dalam gambar lama seperti tanggapan atas artis. Sebuah kereta spot diletakkan di tepi jalan dalam imej yang jelas sangat, mengambil banyak tahun sebelum kenderaan motor itu dikeluarkan.

Kewujudan kereta moden di tengah-tengah zaman ‘cowboy’ ianya nampak seperti filem Back to The Futureseperti bayang-bayang sepintas lalu dan tiada orang yang terpegun atau terkejut. Apakah mereka sering melihat kereta ini? mungkin ya pada ketika itu….?

Teringat saya mengenai filem The League of Extraordinary Gentlemen, lakonan Sean Connery, kisah awal sekitar tahun 1900, sekumpulan ‘hero’ ini telah memiliki kelengkapan kapal, kereta dan senjata moden yang belum digunakan sesiapa lagi pada masa itu. Kadang-kadang filem Hollywood seperti menunjukkan sedikit ‘clue’ yang tersembunyi kebenaran walaupun banyak pembohongan/putar belit.
Seperti juga filem National Treasure lakonan Nicolas Gage,terang-terang menceritakan asal usul Freemason.

9. Time Traveller ( Misteri Wanita Bercakap Menggunakan Telepon Bimbit Dalam Filem Charlie Chaplin)

Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
“Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit,” kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.

Sumber

Go to Source
Author: hangit

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

.
.
.

like ?

Tekan gambar !

<