Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI
PARLIMEN PAHANG 2013

BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA PENUH PARTI STATUS


P. 078 – CAMERON HIGHLANDS
  ALAGU A/L THANGARAJOO BEBAS LAYAK BERTANDING
  KISHO KUMAR A/L KATHIRVELOO BEBAS LAYAK BERTANDING
  MANOGARAN A/L MARIMUTHU DAP LAYAK BERTANDING
  MOHD SHOKRI BIN MAHMOOD BERJASA LAYAK BERTANDING
  PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY BN LAYAK BERTANDING


P. 079 – LIPIS
  ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD BN LAYAK BERTANDING
  AISHATON BINTI ABU BAKAR BEBAS LAYAK BERTANDING
  MOHD MAHYUDDIN BIN GHAZAL @ RAZALI PAS LAYAK BERTANDING


P. 080 – RAUB
  HOH KHAI MUN BN LAYAK BERTANDING
  MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ DAP LAYAK BERTANDING


P. 081 – JERANTUT
  AHMAD NAZLAN BIN IDRIS BN LAYAK BERTANDING
  DR. HAMZAH BIN JAAFFAR PAS LAYAK BERTANDING


P. 082 – INDERA MAHKOTA
  ADNAN BIN WAN MAMAT BN LAYAK BERTANDING
  FAUZI BIN ABDUL RAHMAN PKR LAYAK BERTANDING
  PONUSAMY A/L GOVINDASAMY BEBAS LAYAK BERTANDING


P. 083 – KUANTAN
  FUZIAH BINTI SALLEH PKR LAYAK BERTANDING
  MOHAMED SUFFIAN BIN AWANG BN LAYAK BERTANDING


P. 084 – PAYA BESAR
  ABDUL MANAN BIN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING
  MURNIE HIDAYAH BINTI ANUAR PKR LAYAK BERTANDING
  ZAHARI BIN MAMAT BEBAS LAYAK BERTANDING


P. 085 – PEKAN
  MOHD NAJIB BIN HJ ABD RAZAK BN LAYAK BERTANDING
  MOHD. FARIZ B. ABD. TALIB @ MUSA PKR LAYAK BERTANDING


P. 086 – MARAN
  ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB BN LAYAK BERTANDING
  MUJIBUR RAHMAN BIN ISHAK PAS LAYAK BERTANDING


P. 087 – KUALA KRAU
  ISMAIL BIN MOHAMED SAID BN LAYAK BERTANDING
  SHAHRIL AZMAN BIN ABD HALIM PAS LAYAK BERTANDING


P. 088 – TEMERLOH
  NASRUDIN BIN HASSAN PAS LAYAK BERTANDING
  SAIFUDDIN BIN ABDULLAH BN LAYAK BERTANDING


P. 089 – BENTONG
  LIOW TIONG LAI BN LAYAK BERTANDING
  WONG TACK DAP LAYAK BERTANDING


P. 090 – BERA
  ISMAIL SABRI BIN YAAKOB BN LAYAK BERTANDING
  MOHD WALI BIN ALANG AHAMAD BEBAS LAYAK BERTANDING
  ZAKARIA BIN ABDUL HAMID PKR LAYAK BERTANDING


P. 091 – ROMPIN
  JAMALUDIN BIN JARJIS BN LAYAK BERTANDING
  NURIDAH BINTI MOHD SALLEH PAS LAYAK BERTANDING
JUMLAH CALON YANG LAYAK BERTANDING 35
JUMLAH CALON YANG MENARIK DIRI 0
JUMLAH CALON YANG TIDAK LAYAK BERTANDING 0
JUMLAH CALON YANG MENARIK BALIK KERTAS PENCALONAN 0
JUMLAH KESELURUHAN 35

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI
DUN PAHANG 2013

BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA PENUH PARTI STATUS


P. 078 – CAMERON HIGHLANDS
N. 01 – TANAH RATA CHEAM MAY CHOO BEBAS LAYAK BERTANDING
  HO YIP KAP BN LAYAK BERTANDING
  LEONG NGAH NGAH DAP LAYAK BERTANDING
N. 02 – JELAI ABDUL KARIM BIN NOR PAS LAYAK BERTANDING
  ALAGU A/L THANGARAJOO BEBAS LAYAK BERTANDING
  WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING


P. 079 – LIPIS
N. 03 – PADANG TENGKU MUSTAPA BIN LONG BN LAYAK BERTANDING
  ROSLAN BIN ZAINAL PAS LAYAK BERTANDING
N. 04 – CHEKA ABAS BIN AWANG PKR LAYAK BERTANDING
  FONG KOONG FUEE BN LAYAK BERTANDING
N. 05 – BENTA MOHD SOFFI BIN ABD RAZAK BN LAYAK BERTANDING
  RIZAL BIN JAMIN PKR LAYAK BERTANDING


P. 080 – RAUB
N. 06 – BATU TALAM ABD AZIZ BIN MAT KIRAM BN LAYAK BERTANDING
  KHAIRUL HAKIMIN BIN MOHD ALI PKR LAYAK BERTANDING
N. 07 – TRAS CHOONG SIEW ONN DAP LAYAK BERTANDING
  WING LAY HIANG BN LAYAK BERTANDING
N. 08 – DONG SHAHIRUDDIN BIN AB MOIN BN LAYAK BERTANDING
  TENGKU SHAH AMIR BIN TENGKU PERANG PAS LAYAK BERTANDING


P. 081 – JERANTUT
N. 09 – TAHAN MOHD ZAKHWAN BIN AHMAD BADARDDIN PAS LAYAK BERTANDING
  WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK BN LAYAK BERTANDING
N. 10 – DAMAK JAMALUDDIN BIN ABD RAHIM PKR LAYAK BERTANDING
  KOH BOON HENG BEBAS LAYAK BERTANDING
  LAU LEE BN LAYAK BERTANDING
  MOHD NOR BIN JAAFAR BEBAS LAYAK BERTANDING
N. 11 – PULAU TAWAR AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING
  YOHANIS BIN AHMAD PAS LAYAK BERTANDING


P. 082 – INDERA MAHKOTA
N. 12 – BESERAH ANDANSURA BIN RABU PAS LAYAK BERTANDING
  MOHD HAZMI BIN YUSOF BN LAYAK BERTANDING
N. 13 – SEMAMBU LEE CHEAN CHUNG PKR LAYAK BERTANDING
  MOHD SHUKRI MOHD RAMLI BEBAS LAYAK BERTANDING
  PANG TSU MING BN LAYAK BERTANDING


P. 083 – KUANTAN
N. 14 – TERUNTUM CHANG HONG SEONG BN LAYAK BERTANDING
  SIM CHON SIANG PKR LAYAK BERTANDING
N. 15 – TANJUNG LUMPUR ROSLI BIN ABDUL JABAR PAS LAYAK BERTANDING
  T. ZULKIFLY BIN T. AHMAD BN LAYAK BERTANDING
N. 16 – INDERAPURA SHAFIK FAUZAN BIN SHARIF BN LAYAK BERTANDING
  SYED MOHAMAD ANIS BIN SYED HUSAIN PAS LAYAK BERTANDING


P. 084 – PAYA BESAR
N. 17 – SUNGAI LEMBING MD SOHAIMI BIN MOHAMED SHAH BN LAYAK BERTANDING
  SULAIMAN BIN MD DERUS PAS LAYAK BERTANDING
N. 18 – LEPAR JEFRI JAAFAR BIN TUKEMIN PKR LAYAK BERTANDING
  KAMARZAMAN BIN MOHAMED YUNUS BEBAS LAYAK BERTANDING
  MOHD SHOHAIMI BIN JUSOH BN LAYAK BERTANDING
N. 19 – PANCHING MOHD ZAILI BIN BESAR BN LAYAK BERTANDING
  YUSOF BIN EMBONG PAS LAYAK BERTANDING


P. 085 – PEKAN
N. 20 – PULAU MANIS KHAIRUDDIN BIN MAHMUD BN LAYAK BERTANDING
  OTHMAN BIN BAKAR PAS LAYAK BERTANDING
N. 21 – PERAMU JAYA ABU KASSIM BIN MANAF PAS LAYAK BERTANDING
  SH. MOHMED PUZI BIN SH. ALI BN LAYAK BERTANDING
  SYED MOHAMMAD FAIZ BIN SYED AZEMMANT BEBAS LAYAK BERTANDING
N. 22 – BEBAR MOHAMMAD FAKHRUDDIN BIN MOHD ARIFF BN LAYAK BERTANDING
  MOHD JAFRI BIN AB. RASHID PKR LAYAK BERTANDING
N. 23 – CHINI ABU BAKAR BIN HARUN BN LAYAK BERTANDING
  SITARUNISAH BINTI AB KADIR PKR LAYAK BERTANDING


P. 086 – MARAN
N. 24 – LUIT KHAIRUL NIZAM BIN ABDUL MAJID BEBAS LAYAK BERTANDING
  M SHAHRUL NIZAM BIN ABDUL HALIFF PAS LAYAK BERTANDING
  NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI BN LAYAK BERTANDING
N. 25 – KUALA SENTUL MOHAMAD RAZALI BIN ITHNAIN PKR LAYAK BERTANDING
  SHAHANIZA BT SHAMSUDDIN BN LAYAK BERTANDING
N. 26 – CHENOR HASENAN BIN HARON PAS LAYAK BERTANDING
  MOHAMED ARIFIN BIN AWANG ISMAIL BN LAYAK BERTANDING


P. 087 – KUALA KRAU
N. 27 – JENDERAK MOHAMED BIN JAAFAR BN LAYAK BERTANDING
  PARIRUD-DIN BIN MUHAMED AMIN BEBAS LAYAK BERTANDING
  SULAIMAN @ SUHAIMI BIN SAID PKR LAYAK BERTANDING
N. 28 – KERDAU KAMAL BIN ASHAARI PAS LAYAK BERTANDING
  SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD BN LAYAK BERTANDING
N. 29 – JENGKA TUAN IBHARIM BIN TUAN MAN PAS LAYAK BERTANDING
  WAN SALMAN BIN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING


P. 088 – TEMERLOH
N. 30 – MENTAKAB CHUAH BOON SEONG BN LAYAK BERTANDING
  TENGKU ZULPURI SHAH BIN RAJA PUJI DAP LAYAK BERTANDING
N. 31 – LANCHANG AHMAD NIZAM BIN HAMID PKR LAYAK BERTANDING
  MOHD SHARKAR BIN SHAMSUDIN BN LAYAK BERTANDING
N. 32 – KUALA SEMANTAN MOHAMMAD ANUAR BIN MOHD. YUNUS BN LAYAK BERTANDING
  SYED HAMID BIN SYED MOHAMED PAS LAYAK BERTANDING


P. 089 – BENTONG
N. 33 – BILUT CHOW YU HUI DAP LAYAK BERTANDING
  LEONG KIM SOON BN LAYAK BERTANDING
N. 34 – KETARI LEE CHIN CHEN DAP LAYAK BERTANDING
  WOONG CHOO YAK BN LAYAK BERTANDING
N. 35 – SABAI GOONASAKAREN A/L RAMAN BN LAYAK BERTANDING
  KAMACHE A/P A DORAY RAJOO DAP LAYAK BERTANDING
N. 36 – PELANGAI ABDUL HAMID BIN BAHATIM PAS LAYAK BERTANDING
  ADNAN BIN YAAKOB BN LAYAK BERTANDING


P. 090 – BERA
N. 37 – GUAI MUSANIFF BIN AB. RAHMAN PAS LAYAK BERTANDING
  NOROLAZALI BIN SULAIMAN BN LAYAK BERTANDING
N. 38 – TRIANG LEONG YU MAN DAP LAYAK BERTANDING
  TAN TIN LOON BN LAYAK BERTANDING
N. 39 – KEMAYAN MANOLAN BIN MOHAMAD PKR LAYAK BERTANDING
  MOHD FADIL BIN OSMAN BN LAYAK BERTANDING


P. 091 – ROMPIN
N. 40 – BUKIT IBAM IENAN B KASSIM BEBAS LAYAK BERTANDING
  SUKRI BIN AHMAD PAS LAYAK BERTANDING
  WAN KADRI BIN WAN MAHUSAIN BN LAYAK BERTANDING
N. 41 – MUADZAM SHAH MAZNAH BINTI MAZLAN BN LAYAK BERTANDING
  MUHAMAD NORDIN BIN PA’WAN CHIK PKR LAYAK BERTANDING
N. 42 – TIOMAN MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY PAS LAYAK BERTANDING
  MOHD JOHARI BIN HUSSAIN BN LAYAK BERTANDING
  MOHD ZOLFAKAR BIN TAIB BEBAS LAYAK BERTANDING
JUMLAH CALON YANG LAYAK BERTANDING 95
JUMLAH CALON YANG MENARIK DIRI 0
JUMLAH CALON YANG TIDAK LAYAK BERTANDING 0
JUMLAH CALON YANG MENARIK BALIK KERTAS PENCALONAN 0
JUMLAH KESELURUHAN 95

Sumber : SPR

Go to Source
Author: MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

  • Comments Off
[Berita terkini yang diterima dari Parlimen Bera sebentar tadi melaporkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zakaria Abdul Hamid sah akan bertanding di situ pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Ia berikutan PAS pusat menolak rayuan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK). Dengar berita ini juga bermakna, tertutup sudah peluang PAS untuk kekal bertanding di kerusi panas itu kali ini. Pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, calon PAS Mazlan Aliman bertanding di situ menentang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dengan keputusan yang dibuat oleh PAS pusat ini maka kemungkinan besar seorang calon bebas "Pro Hijau" dijangka akan bertanding di situ. Jika benar ia terjadi, maka Parlimen P90 Bera akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada pilihanraya umum ini. Terdahulu, kumpulan terbabit memberi tempoh sehingga 18 April untuk membuat keputusan bertanding tiga penjuru. Itu pun jika calon PKR tersebut tidak menarik diri selepas pengumuman rasmi nama-nama calon Pakatan Rakyat Pahang di buat di Kerdau pada 17 April ini. Dengan perkembangan terbaru ini pasti ia akan memberi tamparan yang cukup besar kepada PKR, kerana mereka terpaksa berhadapan dengan calon lain selain dari BN. Tambahan pula mereka juga terpaksa menggerakkan jentera sendiri di Parlimen Bera, kerana PAS awal-awal lagi sudah berjanji akan menutup kesemua Unit Peti Undi (UPU) mereka di seluruh parlimen terbabit andainya calon PAS tidak bertanding di Parlimen Bera. Dengan keputusan ini juga, PAS Bera hanya bertanding di DUN Guai, sebaliknya PKR bertanding di Parlimen Bera dan DUN Kemayan. Manakala DUN Triang ditandingi oleh calon DAP. Soalnya apakah PKR mampu berhadapan BN tanpa sokongan jentera PAS?].
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Go to Source
Author: pahangdaily

  • Comments Off
BERA 13 April - Kemelut perebutan kerusi antara parti pembangkang (Pakatan rakyat) di negeri ini kian meruncing selepas jentera pilihan raya PAS Parlimen Bera mengadakan bantahan terbuka hari ini, mendesak kerusi tersebut tidak diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bantahan di pejabat parti itu di sini semalam, disertai kira-kira 60 ahli PAS diketuai Ketua Pemuda PAS Kawasan Bera, Mohd. Shahrul Mohamed yang juga ketua jentera pilihan raya parti itu di Bera.

Selain membawa poster menegaskan kerusi Parlimen Bera milik Pas, mereka turut melaungkan takbir sambil mengecam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkhianati kerjasama antara pembangkang dalam demonstrasi selama hampir 20 minit itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd. Shahrul berkata, tindakan Anwar mengumumkan calon PKR di kerusi Parlimen Bera Sabtu lalu, jelas bertentangan dengan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, menurut beliau, jentera pilihan raya PAS Bera yang diketuainya membantah sekeras- kerasnya tindakan Anwar itu kerana kerusi tersebut milik PAS seperti pilihan raya sebelum ini.

Katanya, pengumuman Anwar itu juga bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS akan bertanding di Parlimen berkenaan seperti disiarkan portal berita PAS  Harakahdaily 6 April lalu.

“Parlimen Bera adalah sasaran kerusi untuk dimenangi Pas Pusat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Sebaik pilihan raya umum 2008, jentera Pas Bera dan seluruh unit peti undi (UPU) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Guai dan Triang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja memenangkan Pas di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan kepimpinan,” katanya.

Sabtu lalu, Anwar dalam sidang akhbar di Kuantan mengumumkan PKR  meletakkan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Zakaria Abd. Hamid sebagai calon mereka di Bera selepas sebelumnya turut mengumumkan akan meletakkan calon di kerusi itu.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang di Parlimen Bera dengan majoriti  4,313 menewaskan calon PAS, Mazlan Aliman. 



Katanya, kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi PAS dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak 2008.

Bagaimanapun, tambahnya, kemelut perebutan itu bermula selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 3 April lalu, mengumumkan parti tersebut akan meletakkan calon di Bera.

“Alasan bantahan akar-umbi PKR Temerloh setelah kerusi Parlimen berkenaan ditandingi Pas tidak sewajarnya menjadikan Parlimen Bera sebagai tawaran atau kambing hitam bagi menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR.

“Perlu diingatkan seluruh jentera pilihan raya Pas Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tiada kena-mengena dengan soal kerusi Parlimen Temerloh,” katanya.

Tambah beliau, PKR di Bera juga hanya mempunyai kira-kira 200 ahli yang hanya tertumpu di DUN Kemayan berbanding PAS yang memiliki kira-kira 5,000 ahli di Bera.

Walau bagaimanapun, beliau buat masa ini enggan menyatakan tindakan selanjutnya sekiranya PAS Pusat terus berkompromi dan bersetuju calon PKR bertanding di kawasan parlimen itu.

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Go to Source
Author: pahangdaily

  • Comments Off
KUANTAN, 10 April - Ramai pihak yang keliru dengan ketiadaan kelibat Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) bersama di barisan hadapan ketika Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama-nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Anwar membuat pengumuman tersebut di Hotel Megaview dekat sini yang dihadiri oleh sebahagian besar pimpinan PKR Pahang serta para wartawan media. Soalnya sekarang, mana hilangnya Zaidi?. Kenapa beliau tidak berada di sebelah Anwar ketika pengumuman dibuat?. Walau pun ada pihak yang mengatakan dia yang menguruskan program tersebut, namun timbul kemusykilan kerana sebelum ini beliau dengan berani telah mengumumkan calon dan kerusi yang akan ditandingi oleh PKR pada PRU13 ini. Dalam kenyataannya ketika itu, PKR Pahang akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 16 kerusi DUN di negeri ini. Pengumuman Zaidi telah mendapat kritikan pedas oleh beberapa orang pemimpin dan penyokong PAS yang kecewa dengan sidang media tersebut. Soalnya sekarang, siapa yang memberi arahan kepada Zaidi untuk membuat sidang media terdahulu?. Layakkah beliau membuat pengumuman sedangkan Pengarah Pilihanraya PKR Pahang ialah Ahmad (Nestle)?. Malah, ramai juga yang keliru apakah motif dia bertindak demikian tanpa mengambilkira persefahaman yang wujud antara rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR).  Pada sidang media malam tadi, Anwar mengumumkan PKR akan bertanding di lima kerusi (sama seperti dinyatakan Zaidi) iaitu Kuantan (Fuziah Salleh), Indera Mahkota (Dato’ Fauzi), Paya Besar (Murni Hidayah) dan Pekan (Fariz Musa). Hanya yang berbeza ialah Parlimen Bera yang sebelum ini dikatakan Temerloh oleh Zaidi.  


Bera akan ditandingi oleh bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato’ Fauzi iaitu Zakaria Abd Hamid. Jika benar PKR bertanding di Bera, kenapa sebelum ini Zaidi tanpa merujuk kepada PAS mengatakan PKR bertanding di Parlimen Temerloh (kerusi bertindih) ketika itu. Maknanya Zaidi telah melanggar prinsip kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat atas tindakan beliau itu. Malah dia juga dengan berani menyatakan PKR meletakkan calonnya di DUN Ketari (Mohd Nor Hassan) dan DUN Tanah Rata (Tan We Wun). Tindakan beliau itu tidak disenangi pula oleh pimpinan DAP kerana Ketari adalah kerusi “kubu kuat” DAP sama seperti di DUN Triang. Apapun, kenyataan DUN Tanah Rata menjadi akhirnya bila DAP bertukar dengan PKR untuk bertanding di DUN Damak baru-baru ini. 

[Namun persoalannya sekarang, PKR sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap Zaidi atas kesilapan yang beliau lakukan. Siasatan harus dilakukan juag terhadap pihak yang mengarahkan Zaidi berbuat demikian. Hati dan perasaan dalam Pakatan Rakyat haruslah diambilkira sebelum membuat sesuatu kenyataan terutamanya Sidang Media. Jika dulu Dato' Zaid Ibrahim pernah diasak kerana membuat sidang media ketika pemilihan OKR 2010 hingga menyebabkan dia akhirnya keluar dari parti itu. Maka, kini tindakan harus dikenakan terhadap Zaidi yang jelas sekali  membuat kenyataan sewenang-wenang tanpa mengambilkira keputusan semua pihak atas kerusi yang bertindih. Malah, PKR juga perlu menyiasat kenapa Zaidi bertindak demikian, sedangkan beliau bukanlah Pengerusi Negeri atau sebaliknya. Malah dia juga pernah meletakkan jawatan sebelum ini. Kehadiran secara mengejut menyebabkan ramai juga orang PKR sendiri yang terkejut. Dia dilihat sengaja memandai-mandai untuk mengeruhkan keadaan. Apakah PKR berani mengambil tindakan terhadap Zaidi kerana hubungannya yang rapat dengan kepimpinan negeri atau sebaliknya?. Tindakan membuat sidang media tanpa merujuk kepada keputusan Pakatan Rakyat adalah satu tindakan yang jelas sekali telah pun melanggar prinsip dan kesepakatan itu sendiri sebenarnya].
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Go to Source
Author: pahangdaily

  • Comments Off

KUANTAN, 12 Mac – Orang ramai terutamanya penyokong pembangkang (Pakatan Rakyat) di sini terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Himpunan Hijau, Wong Tack (foto) bahawa beliau akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 di Parlimen Bentong  atas tiket Pakatan Rakyat. Tindakan Wong itu sedikit mengegarkan keutuhan pembangkang di Parlimen Benong sebenarnya. Tambahan pula ia kini masih menjadi rebutan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Difahamkan kerusi Parlimen Bentong adalah kawasan yang diperuntukkan kepada PKR iaitu mengekalkan “status quo” jika tidak berlaku sebarang perubahan kawasan samada didalam bentuk persetujuan diantara parti-parti itu akan pertukaran kawasan atau didalam bentuk yang dilepaskan oleh Parti yang terakhir bertanding di kawasan itu iaitu mengambil kira senario PRU-12. Terdahulu Wong Tack tiba-tiba mengumumkan dia akan bertanding di kerusi parlimen itu hari ini. Dia berkata demikian kononnya selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa pertubuhan itu pada minggu lalu dan mendapat persetujuan daripada pemimpin masyarakat. Wong Tack diikatakan akan mewakili suara rakyat terutamanya dalam isu alam sekitar. “Orang ramai berjuang selama dua tahun menentang pembinaan Lynas dan beberapa projek berbahaya. Rakyat telah mengadakan bantahan demi bantahan, menghantar memorandum dan mengambil tindakan undang-undang. “Namun, kami kecewa, suara kami tidak diendahkan,” kata kenyataannya hari ini. Kerusi Parlimen Bentong kini disandang Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Wong dijangka bertanding sebagai calon salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat.   Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, beliau akan bertanding atas tiket DAP. Sebelum ini diwar-warkan DAP akan meletakkan YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) bertanding di situ. Soalnya sekarang, apakah wajar Wong Tack membuat pengumuman sendiri sedangkan dia akan bertanding atas tiket pembangkang. Jika beliau mahu bertanding sebagai “calon bebas” mungkin ia tidak menjadi kejutan kepada semua pihak. Sepatutnya pengumuman sebagai calon dilakukan oleh mana-mana pimpinan tertinggi parti dan disaksikan oleh lain-lain pimpinan pembangkang di peringkat pusat dan negeri. Tambahan pula kerusi Parlimen Bentong dikatakan menjadi perebutan hangat sekarang. 

Parlimen Bentong panas kerana sebelum ini Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob pernah mengeluarkan kenyataan kononnya beliau rela potong telinganya jika parti DAP menang di Bentong pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Maka itu apakah Wong Tack dijadikan senjata untuk menyaksikan adengan ini agaknya?. Awal tahun lalu juga, seorang pemimpin PKR Pahang, pernah menegur tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengumumkan DAP akan bertanding di Bentong, walhal PKR sudah mengenalpasti calon mereka untuk diketengahkan di situ. Walaupun saya bersetuju dengan pandangan Penasihat Parti DAP Kebangsaan, YB Lim Kit Siang, bahawa tugas mengambil alih Putrajaya bukanlah satu tugas kecil dan senang, ia memerlukan komitmen yang kukuh dan kuat dan Negeri-Negeri yang kini menjadi “kubu kuat” UMNO/BN perlu ditembusi, namun saya kurang bersetuju dengan pengumuman calon kawasan Parlimen Bentong bagi mewakili Pakatan Rakyat. Pengumuman sepihak yang dibuat oleh Lim Kit Siang boleh dianggap sebagai membelakangi keputusan bersama yang dibuat didalam rundingan-rundingan diantara Parti Keadilan Rakyat-Parti Islam Se Malaysia-Democratic Action Party peringkat Negeri Pahang”, kata pemimpin terbabit dalam satu kenyataan di blog peribadinya

Menurut pemimpin itu lagi, DAP Pahang sudah membuat pelbagai perisytiharan melibatkan kawasan-kawasan yang ditandingi oleh PKR didalam Pilihanraya yang lalu melibatkan dua kawasan DUN di Pahang Timur, satu kawasan DUN di Jerantut dan kini kawasan Parlimen Bentong.  Trend ini adalah tidak sihat dan memanggil perbalahan. Di  Bentong, PKR katanya sudah pun mencadangkan dua nama dan kedua-dua mereka itu sedang menjalankan kerja masing-masing di kawasan yang begitu luas dengan rancangan Felda.  Dari segi pembahagian kaum, pengundi Melayu dan pengundi bukan Melayu adalah sama, dan jika tidak berlaku persengkitaan, kawasan Parlimen Bentong bakal dimenangi oleh Pakatan Rakyat, tetapi dengan perkembangan yang terbaharu ini, harapan  untuk menang menghadapi jalan sukar. Paliung mengejutkan apabila DAP Bentong pernah membayangkan bahawa jika PKR bertanding di kawasan Parlimen Bentong, mereka sanggup bertanding melibatkan tiga penjuru. Soalnya sekarang, apakah PKR boleh terima kenyataan Wong Tack umumkan dia bertanding di situ?. 

[Pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, PKR meletakkan  Ponusamy A/L Govindasamy sebagai calon mereka untuk menentang Datuk Liaw Tong Lai (MCA). Calon BN itu menang dengan majoriti 12,549 undi. Calon PKR mendapat 12,585 undi, BN mendapat 25,134 undi. Kini Ketua PKR Cabang Bentong ialah Mohd Nor Hassan (foto) dan beliau pernah mendakwa  pihaknya bersedia menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan tertinggi berhubung perkara itu. Menurutnya, sama ada PKR atau Dap yang bertanding di kerusi itu tidak penting yang penting ialah kesepakatan dan kerjasama antara komponen PR untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang. Apakah beliau dan anak-anak buahnya boleh menerima keputusan Wong Tack tersebut?. Kenapa perlu beliau umumkan sendiri dirinya jadi calon, sedangkan ada maklumat mengatakan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng akan turun ke Bentong untuk mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat ini sebenarnya. Tindakan beliau ini boleh dianggap sengaja membelakangkan pimpinan Pakatan Rakyat di Pahang dan boleh menyebakan undi protes berlaku. Walau pun umum tahu kehebatan Wong Tack dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar termasuk Lynas, namun ia bukanlah semudah itu untuk dijadikan tiket bagi beliau menjadi calon pada pilihanraya umum. Dia harus sedar, parti masih mempunyai ramai calon yang berwibawa untuk diketengahkan. Pihak kami akan cuba mendapatkan lagi reaksi beberapa orang pemimpin pembangkang terutamanya dari PKR berkenaan isu ini].

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Go to Source
Author: pahangdaily

  • Comments Off

TEMERLOH: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menghargai pelantikan Exco Hal Ehwal Felda Pahang dari kalangan peneroka sendiri iaitu Datuk Abu Bakar Harun, namun mahukan janji-janji pilihan raya dilunaskan.
Timbalan Presiden Anak, Aris Fezul Ismail(gambar) berkata, pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu warga Felda telah memberikan amanah dan mandat yang besar kepada BN, justeru Abu Bakar wajar membalas balik dengan melunaskan setiap janji.
Tambahnya, ketika kempen PRU lalu telah diletakkan papan tanda aku janji BN di seluruh kawasan Felda iaitu janji untuk membina perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda.
“Masalah perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda memang kritikal bagi yang tidak bertanah sehingga banyak berlaku warga Felda tinggal sebumbung sehingga tiga generasi walau sudah beranak pinak.
“Selain daripada itu peneroka-peneroka Felda juga diselubungi banyak masalah seperti hutang tanam semula yang mencecah ratusan ribu, hak milik, masalah dengan Felda Technoplant, masalah pewarisan tanah mengikut faraid, gadaian, perebutan pesaka dan sebagainya,” ujarnya.
Katanya, timbunan permasalahan yang tidah pernah selesai itulah yang diharap dapat diselesaikan oleh Abu Bakar.
Abu Bakar pada PRU lalu memenangi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini mengalahkan calon PKR, Sitarusinah Ab Kadir dengan majoriti 4,524 undi.
Peneroka Felda Chini 3 itu mengangkat sumpah sebagai Exco minggu lalu setelah menang untuk penggal ketiga sejak PRU 2004.
Inilah kali kedua seorang peneroka dilantik sebagai Exco selepas kali pertama Datuk Zainal Hasan (Adun Jengka) selepas PRU 1995.
“Kita harap pelantikan Abu bakar bukan sekadar untuk memenuhi kuota Exco atau mengambil hati peneroka semata-mata selepas warga Felda memberi undi besar kepada BN.
“Apa yang lebih penting ialah pelaksanaan kepada janji-janji juga penyelesaian kepada timbunan masalah peneroka yang terbengkalai sejak sekian lama,” kata Aris.
Menurutnya, selama ini peneroka hanya dihiburkan dengan pelbagai ‘durian runtuh’ daripada Felda namun hakikatnya kehidupan peneroka kian terhimpit terutama pada musim harga komoditi yang terus menjunam pada masa ini.
Dalam PRU yang lalu, peneroka Felda d Pahang memberikan undi paling besar dalam sejarah kepada BN. Kecuali Triang, semua Dun yang ada Felda dimenangi BN dengan jumlah undi meningkat berbanding PRU 2008.
Pahang merupakan penempatan Felda paling besar iaitu 43% daripada keseluruhan kawasan, keluasannya sebesar negeri Kedah.
“Peneroka-peneroka Felda bukannya semua senang. Sebab itu kita harap Abu Bakar berani berhadapan dengan kuasa besar dalam Felda dan kerajaan pusat bagi menuntut dan menangani isu-isu tertangguh peneroka,” kata Aris.
Tambahnya, jika berjaya barulah berbaloi undi besar yang diberikan peneroka kepada BN.

Asal SINI

Go to Source
Author: Omar Sahlan

  • Comments Off

TEMERLOH: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menghargai pelantikan Exco Hal Ehwal Felda Pahang dari kalangan peneroka sendiri iaitu Datuk Abu Bakar Harun, namun mahukan janji-janji pilihan raya dilunaskan.
Timbalan Presiden Anak, Aris Fezul Ismail(gambar) berkata, pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu warga Felda telah memberikan amanah dan mandat yang besar kepada BN, justeru Abu Bakar wajar membalas balik dengan melunaskan setiap janji.
Tambahnya, ketika kempen PRU lalu telah diletakkan papan tanda aku janji BN di seluruh kawasan Felda iaitu janji untuk membina perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda.
“Masalah perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda memang kritikal bagi yang tidak bertanah sehingga banyak berlaku warga Felda tinggal sebumbung sehingga tiga generasi walau sudah beranak pinak.
“Selain daripada itu peneroka-peneroka Felda juga diselubungi banyak masalah seperti hutang tanam semula yang mencecah ratusan ribu, hak milik, masalah dengan Felda Technoplant, masalah pewarisan tanah mengikut faraid, gadaian, perebutan pesaka dan sebagainya,” ujarnya.
Katanya, timbunan permasalahan yang tidah pernah selesai itulah yang diharap dapat diselesaikan oleh Abu Bakar.
Abu Bakar pada PRU lalu memenangi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini mengalahkan calon PKR, Sitarusinah Ab Kadir dengan majoriti 4,524 undi.
Peneroka Felda Chini 3 itu mengangkat sumpah sebagai Exco minggu lalu setelah menang untuk penggal ketiga sejak PRU 2004.
Inilah kali kedua seorang peneroka dilantik sebagai Exco selepas kali pertama Datuk Zainal Hasan (Adun Jengka) selepas PRU 1995.
“Kita harap pelantikan Abu bakar bukan sekadar untuk memenuhi kuota Exco atau mengambil hati peneroka semata-mata selepas warga Felda memberi undi besar kepada BN.
“Apa yang lebih penting ialah pelaksanaan kepada janji-janji juga penyelesaian kepada timbunan masalah peneroka yang terbengkalai sejak sekian lama,” kata Aris.
Menurutnya, selama ini peneroka hanya dihiburkan dengan pelbagai ‘durian runtuh’ daripada Felda namun hakikatnya kehidupan peneroka kian terhimpit terutama pada musim harga komoditi yang terus menjunam pada masa ini.
Dalam PRU yang lalu, peneroka Felda d Pahang memberikan undi paling besar dalam sejarah kepada BN. Kecuali Triang, semua Dun yang ada Felda dimenangi BN dengan jumlah undi meningkat berbanding PRU 2008.
Pahang merupakan penempatan Felda paling besar iaitu 43% daripada keseluruhan kawasan, keluasannya sebesar negeri Kedah.
“Peneroka-peneroka Felda bukannya semua senang. Sebab itu kita harap Abu Bakar berani berhadapan dengan kuasa besar dalam Felda dan kerajaan pusat bagi menuntut dan menangani isu-isu tertangguh peneroka,” kata Aris.
Tambahnya, jika berjaya barulah berbaloi undi besar yang diberikan peneroka kepada BN.

Asal SINI

Go to Source
Author: Omar Sahlan

  • Comments Off
KUANTAN, 27 MacParti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila diberi peluang bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Daripada keseluruhan 42 Dun, DAP bertanding 7 manakala selebihnya (14) ditandingi PKR selepas selesai agihan kerusi peringkat Pakatan Rakyat Pahang. Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang (JPN) Cikgu Abdul Majid Hasan, DUN-DUN yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman. Bagi mengetuai cabaran tersebut, PAS dijangka menampilkan lebih 50 peratus muka baru iaitu terdiri daripada ulamak muda lulusan Timur Tengah dan profesional dalam pelbagai bidang. Antaranya di Pulau Tawar, Inderapura, Luit, Kerdau, Beserah, Sungai Lembing dan Chenor. Melihat kepada faktor Pahang tidak terkena tempias tsunami politik 2008, negeri Perdana Menteri dan menempatkan majoriti besar pengundi Melayu, tidak ramai penganalisis yang berani meletakkan PR akan berjaya mencipta sejarah pada PRU 13. Namun menurut Abdul Majid, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, tidak mustahil PR mampu membuat kejutan. Antara lain ialah kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu rakyat, kebangkitan rakyat yang celik maklumat dan swing pengundi Cina yang dijangka meningkat sehingga 80 peratus. Satu faktor lagi, terdapat 25 DUN mengandungi kawasan tanah rancangan Felda. Dengan pelbagai isu yang menghantui serta kesedaran warga peneroka dijangka boleh menyumbang ke arah kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ini.

Pakatan  Di Jangka Buat Kejutan Pada PRU-13 Di Pahang


Pada ketika ini empat DUN sudah dimenangi Pakatan Rakyat iaitu dua oleh PAS di Kuala Semantan dan Beserah serta dua oleh DAP iaitu di Triang dan Tras. Kedua-dua parti dijangka tiak menghadapi sebarang masalah untuk mengembalikan semua kerusi masing-masing. Namun yang menariknya terdapat lapan DUN di mana PR hanya kalah di bawah 1,000 undi pada PRU yang lalu iaitu Sabai (145), Teruntum (293), Tanjung Lumpur (496), Damak (509), Tanah Rata ( 575), Jengka (596), Inderapura (873) dan  Ketari (882).  Manakala 8 Dun lagi majoriti kekalahannya di bawah 1,500 ialah Luit (1,068), Bilut (1,108), Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), Tahan (1,357), Benta (1,358), Jenderak (1,374) dan Panching (1,444). Abdul Majid berkata, jika terdapat swing (lonjakan) kurang daripada 5 peratus sahaja trend pengundian terdahulu meningkat ke arah PR, bermakna DUN-DUN seperti Guai (1,941), Semambu (2,136), Lanchang (2,139) Batu Talam (2,415) dan Mentakab (2,439) akan jatuh ke tangan PR sekali gus mendapat majoriti mudah untuk ke Wisma Sri Pahang.  “Itu yang saya katakan PR mungkin boleh membuat kejutan berdasarkan terlalu banyak kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu air dan tanah, muncul aktivitis media baru serta peningkatan sokongan pengundi Cina terutama selepas isu Lynas. “Bagaimanapun saya masih menekankan faktor utama kemenangan ialah jentera pilihan raya yang bertugas di segenap unit peti undi serta jentera kempen selain daripada bertawakal sepenuhnya kepada Allah,” katanya.



Lonjakan lima peratus yang dikehendaki itu tidak mustahil boleh diperolehi PR berdasarkan peningkatan yang sama diperolehi pada PRU 2008 berbanding PRU 2004. Bagi kerusi parlimen di Pahang pula, Abdul Majid berkata PAS akan bertanding enam daripada 14 iaitu Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bera dan Rompin. PKR kekal bertanding di Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Lipis. Sementara DAP kekal di kerusi tradisinya Cameron Highlands, Raub dan Bentong.  Tambah Abdul Majid, Pahang bakal menyumbangkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen bagi membantu PR ke Putrajaya iaitu mengekalkan Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala Jerantut, Raub dan Temerloh juga, dengan izin Allah, akan jatuh ke tangan PR. Katanya, kajian dari pihak BN sendiri yang diperolehi demikian. Menurut angka terbaru jumlah pemilih pada PRU 13 di Pahang seperti dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 727,047 orang iaitu meningkat lebih 20 peratus (603,242) dari tahun 2008. Pecahannya mengikut kawasan parlimen ialah P078 Cameron Highlands (27,774), P079 Lipis (32,005), P080 Raub (53,802), P081 Jerantut (57,774), P082 Indera Mahkota (63, 419), P083 Kuantan (55,577), P084 Paya Besar (47,465), P085 Pekan (79,721), P086 Maran (37,875), P087 Kuala Krau (42,415), P088 Temerloh (65,308), P089 Bentong (61,335), P090 Bera (50,513) dan P091 Rompin (52,064). Peratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%. Yang menakjubkan ialah lebih 45% pengundi adalah yang berusia antara 21 tahun hingga ke 40 tahun. Ia menggambarkan pengundi kali ini lebih bermaklumat.



Pakatan Tampil Calon Lebih Mantap Untuk Cabar BN


Bagi calon-calon pula, belum ada pengumuman rasmi meskipun tarikh pilihan raya semakin hampir. Namun begitu, pemimpin tertinggi PAS Pahang dijangka terus kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) di DUN Jengka, Ustaz Yusof Embong di DUN Panching dan Dr Hamzah Jaafar di Parlimen Jerantut. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Dato’ Fauzi Abdul Rahman dijangka bertanding di Parlimen Indera Mahkota menggantikan Azan Ismail yang berpindah ke Terengganu. Sementara Leong Ngah Ngah yang diberi jolokan ‘Lee Lam Thye Pahang’ dijangka beralih ke Ketari. Manakala DUN Triang yang dimenanginya selama lima penggal akan diserahkan kepada Setiausaha Organisasinya Lee Chin Chen. Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack dikhabarkan akan bertanding di Bentong atas tiket DAP. Rata-rata menyebut, PR masuk bertanding PRU kali ini lebih bersedia. Ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di Kerdau tahun lalu, berjaya dihimpunkan. Pada hari tersebutlah diumumkan tawaran PR Pahang 6 + 3 yang jika betul-betul disampaikan kepada khalayak rakyat, pasti akan memilih PR. Ia berbetulan pula dengan kelemahan kerajaan BN yang sudah terlamapu lama berkuasa sehingga menimbulkan terlalu banyak ketidakpuasan hati rakyat. sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Go to Source
Author: pahangdaily

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !

Promosi

.

.

.
.
.
<


..

.

<