Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

Ketika memasuki perkarangan sekolah kira-kira pukul 6 petang Selasa, guru besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kelihatan tertekan kerana beberapa pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan menyoal mereka berulang kali mengenai tindakan tersebut.

Mereka menunjukkan kepada kami bilik persalinan yang berada dalam keadaan bersih pada ketika itu.

Dua meja dengan alas berwarna ungu diletakkan dalam ruang kecil dekat dengan bilik mandi dan singki serta kerusi.

Kantin sekolah itu yang bertentangan dengan bilik persalinan baju dibuka semula untuk murid-murid pada Selasa atas arahan Menteri Pendidikan.

Terdapat tiga bilik mandi dan tiga singki di dalam bilik tersebut yang betul-betul bersebelahan dengan tandas perempuan dan tandas orang kurang upaya.

Menurut pegawai sekolah tersebut, terdapat kira-kira 28 pelajar bukan Islam di sekolah terbabit.

Guru besarnya, Mohd Nasir Mohd Noor berkata, semua murid telah menggunakan bilik persalinan itu sejak Mac kerana ruang di kantin sekolah tidak mencukupi.

“Kemasukan pelajar meningkat melebihi 500 murid pada tahun ini. Malah kami tidak mempunyai bilik kelas yang cukup. Kami mempunyai purata kira-kira 49 murid dalam setiap kelas sekarang.

“Saya hanya memutuskan untuk memindahkan mereka ke bilik tersebut kerana kebanyakan murid-murid duduk di atas rumput atau berhampiran longkang kerana ruang yang terhad,” katanya.

Beliau berkata, kantin sekolah itu ditutup lebih seminggu yang lalu kerana kerja pengubahsuaian.

Mohd Nasir membawa kami ke kantin itu untuk menunjukkan pintu kaca yang baru dipasang di sudut penjuru kantin tersebut.

Kerja pengubahsuaian sudah berakhir minggu lalu, katanya.

“Kantin itu sepatutnya dibuka semula pada Isnin. Saya tidak tahu mengapa ia ditutup. Saya berada dalam mesyuarat pada hari tersebut,” kata Mohd Nasir.

Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff berkata, ahli persatuan itu menyedari situasi itu apabila ia dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

“Sebagai ibu bapa, saya rasa ia bukan idea baik tetapi keputusan bukan terletak di tangan saya,” katanya. 

Sementara itu, Mohd Nasir menegaskan beliau tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap para pelajar.

“Seperti yang anda boleh lihat, bilik mandi amat bersih. Hanya satu sebab saya memilih tempat itu kerana ia bilik paling dekat dengan kantin.

“Saya tidak bermaksud untuk mengapa-apakan murid-murid,” katanya ~ mStar

Itu penjelasan mereka..

Sebenarnya aku kurang bersetuju dengan tindakan beberap sahabat yang mendedahkan laman FaceBook milik peribadi Pengetua Sekolah ini..

Sepatutnya apapun yang berlaku kita sewajarnya menunggu penjelasan dari beliau sendiri.. kerana beliau hanya menjalankan tugasnya..

Dan aku yakin Pengetua Sekolah ini sedaya upaya memberikan yang terbaik buat para pelajarnya..Go to Source
Author: Anak Sungai Derhaka

  • Comments Off

KITA sedia maklum warna memainkan peranan penting dalam menaikkan seri kediaman.

Warna juga mempunyai rahsia tersendiri dan anda yang kreatif tentunya bijak menyuai padan mengikut kesesuaian dan konsep dekorasi pilihan.
Gabungan
JIKA anda memadankan merah berhampiran biru, ia kelihatan kekuningan sementara merah yang diletakkan bersebelahan kuning pula boleh membuatkan ia berubah menjadi kebiru-biruan

Penataan tradisional pula boleh diserlahkan dengan menggabungkan coklat dan firus atau rona kebiru-biruan.
Putih pula melambangkan kebersihan, kemas dan terang sesuai digandingkan dengan sebarang warna, sekali gus membantu menaikkan seri warna lain.

Kini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis rona putih di pasaran seperti putih orkid, putih barli, putih epal dan putih lili.

Biru
MELAMBANGKAN langit dan lautan, justeru, ia sesuai untuk dicat di bilik tidur, begitu juga warna ungu.

Warna berkenaan turut dikategorikan sebagai warna sejuk mampu mengubah bilik tidur kepada suasana yang lebih selesa, tetapi jika biru gelap digunakan boleh mencetuskan suasana bilik menjadi lebih kelam.

Jingga
MELAMBANGKAN tenaga dan keriangan serta dipercayai boleh merangsang keinginan untuk makan.

Bukan bermakna anda harus mengecat seluruh dinding ruang makan dengan jingga, tetapi perlu kreatif menyesuaikan penggunaannya.

Hijau
LAMBANG alam semula jadi memang mendamaikan dan sesuai digandingkan dengan binaan berstruktur besi.

Hijau lembut pula mampu menenangkan fikiran dan jika disesuaikan dengan sedikit rona merah atau kuning, suasana berubah menjadi lebih segar.

Konsep dekorasi
Warna keemasan menginspirasi suasana mewah dan eksklusif.

Sesuai digabungkan dengan hijau, merah atau biru gelap.

Bagi menampilkan gaya moden atau unsur berteknologi tinggi, warna perak sesuai untuk konsep berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Maksuddisebalikwarna/Article

  • Comments Off

PERKENALAN penulis dengan penyanyi Noreen Nor bukan sehari dua terjalin. Sudah lebih dua dekad saling mengenali antara satu sama lain. Namun, dek kerana keterbatasan waktu, penulis dan Noreen sudah lebih 18 tahun tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan karier dan kehidupan masing-masing.

Namun baru-baru ini, penulis menghubunginya untuk bertanya khabar lantas membuat temu janji untuk bertemu dan berkongsi perkembangan terbarunya.

Pada hari yang dijanjikan, penyanyi dan pelakon berusia 40-an itu muncul di pejabat Utusan Melayu dengan imej yang sangat sederhana namun masih memperlihatkan ‘keseksian’ yang selama ini menjadi identitinya.

Hadir dengan busana seluar baggy warna ungu muda dipadankan dengan baju berbunga, Noreen yang penulis kenali dahulu masih tidak berubah – manja dan masih menawan biarpun tubuh ibu tunggal kepada dua orang anak Danial Baharudin,18, dan Diana, 8, sedikit berisi.

Sebetulnya, pertemuan tempoh hari menemukan penulis dengan Noreen yang serba baru. Kalau satu ketika dahulu, dia pernah menempa kemasyhuran yang bukan sedikit, namun semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan yang abadi buatnya.

Selama ini, tidak pernah ada siapa yang mengetahui, jauh di dasar hatinya, wanita ini memendam duka yang berpanjangan. Derita yang dilalui barangkali kalau diceritakan dengan begitu mendalam dianggap oleh segelintir kita sebagai ‘dongeng’ semata-mata.

Hakikatnya, kisah derita Kassim Selamat seperti yang diceritakan oleh seniman P. Ramlee hampir-hampir berulang dalam kehidupan Noreen Nor.

Andai terlewat merujuk kepada doktor pakar, barangkali kedua mata Noreen akan menerima nasib yang serupa seperti Kassim Selamat kerana sering berendam air mata mengenangkan satu demi satu ujian yang diberikan oleh Allah buatnya.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang melihat dunia ini lagi. Kalau saya lambat, mungkin hari ini saya tidak dapat lagi melihat wajah anak-anak saya,” Noreen memulakan perbualan berkongsi derita yang ditanggung.

Tanpa diminta, Noreen, artis kelahiran Singapura dan dibesarkan di Melaka menyambung bicara, kejadian yang berlaku awal tahun 2008, bermula apabila matanya secara tiba-tiba bertukar menjadi merah yang ‘menakutkannya’.

Tanpa berlengah, Noreen bergegas ke sebuah hospital pakar di Ampang, Selangor. Keputusan hasil pemeriksaan doktor membuatkan Noreen tergamam kerana dia dimaklumkan, salah satu urat matanya terputus menyebabkan berlaku pendarahan dalam.

“Nasib baik, belakang kornea saya tidak luka. Kalau saya lambat berjumpa doktor, mungkin saya sudah buta hari ini. Dulu apabila menonton filem Ibu Mertuaku, Kassim Selamat menjadi buta saya sangkakan ia sekadar sebuah cerita fiksyen.

“Tetapi setelah apa yang saya alami, barulah saya tahu rupa-rupanya betul, kalau kita asyik menangis tanpa henti dan memakan masa yang lama, mata boleh buta,” ujarnya lagi.

Sebab dia berendam air mata kata Noreen, sejak empat tahun lalu, hidupnya tidak lekang diuji dengan berita-berita sedih.

Awalnya, abangnya meninggal dunia. Selang dua tahun, ibu tercinta pula pergi menyambut panggilan Ilahi.

Kematian kedua-dua anggota keluarganya itu menyebabkan Noreen seperti hilang arah dan dia tiada pilihan lain selain daripada menangis tanpa henti selama empat tahun lamanya!

“Namun begitu, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih sayangkan saya dan memberi peluang kepada saya untuk melihat,” kata Noreen hiba.

Kesedihan yang melampau menyebabkan Noreen pernah terfikir untuk menuruti langkah arwah abang dan ibunya sehinggakan setiap malam dia sering memanjangkan doa kepada Allah agar mengambil nyawanya dalam tidur.

“Ketika itu saya beria-ia mahu mati! Tak sanggup rasanya menghadapi derita jiwa begini. Saya pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, namun ia tidak meragut kegembiraan dan hidup saya.

“Tetapi apabila saya kehilangan orang yang saya sayang, hanya Tuhan saja yang tahu saya rasa bagaikan nyawa ini sudah jauh melayang, dibawa pergi oleh mereka semua,” cerita Noreen sambil air mata bergenang di kelopak mata.

Noreen, anak kelima daripada enam beradik merupakan anak manja kepada pesara polis dari Singapura, Allahyarham Mohd. Nor Ahad.

Walaupun pernah beberapa kali perkahwinannya gagal, namun semangat yang dibekalkan oleh abang tersayang, Allahyarham Roslan Mohd. Nor, Allahyarham ibu, Saodah dan Allahyarham ayah membuatkan dia kental menghadapi kehidupan.

Tetapi apabila mereka yang selama ini memberi semangat untuknya meneruskan hidup meninggal dunia, ia bagaikan noktah dalam kehidupannya.

Abangnya, Roslan meninggal dunia secara mengejut pada tahun 2004 ketika berusia 43 tahun.

“Pagi Jumaat itu, Noreen mendapat panggilan daripada emak beritahu abang meninggal dunia dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

“Apabila mendapat berita sedih itu, saya masih mampu ke rumah beberapa saudara saya di Kuala Lumpur untuk bawa mereka balik, sebab emak kata akan dikebumi selepas Jumaat.

“Tetapi alangkah kecewa dan sedihnya saya apabila sampai di Melaka, jenazah abang sudah dikebumikan. Lama saya sakit menahan rasa sedih tak dapat berjumpa arwah abang. Kami enam beradik tetapi arwah abang yang merupakan anak ketiga dalam keluarga, paling rapat dengan saya.

“Kalau saya beritahu pada abang, nak balik Melaka, arwah yang ada rancangan bercuti akan batalkan semata-mata mahu menyambut dan bersama saya,” cerita Noreen lagi.

Setelah dua tahun, abang kesayangannya meninggal, Noreen diduga lagi. Ibu tersayang Saodah meninggal dunia.

Dua minggu sebelum ibunya meninggal, Noreen menetap di kampung untuk menjaga ibu tercinta.

Tanpa mengira siang malam, Noreen sentiasa berada di sisi ibunya. Bagaimanapun Noreen terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana anak sulungnya, Danial akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Dua minggu saya duduk di kampung menjaga emak. Saya tidak kira siang atau malam, apa yang pasti saya mahu jaga mak dan makan minum mak.

“Apa saja mak nak makan, saya masakkan. Saya masih ingat sebelum saya balik, mak nak makan sangat sup ayam, saya masakkan.

“Masih terbayang di mata apabila saya nak balik sebab Danial nak periksa (PMR) mak bagaikan berat melepaskan saya pergi. Matanya sayu mengiringi saya balik, tapi…saya terpaksa balik,” kata Noreen menyambung perbualan.

Menurut Noreen, sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dia sentiasa berdoa semoga Tuhan memberinya peluang menatap wajah ibunya lagi setelah Danial habis PMR.

Sesampai di Kuala Lumpur, Noreen menghubungi ayahnya di kampung dan dia bersyukur sangat kerana ibunya masih bertahan.

Namun seperti yang dijanjikan bagi setiap insan di dunia, bila sampai waktunya kita menghadap Allah SWT tidak lambat sesaat dan tidak cepat walau sesaat.

Begitulah perjanjian yang ditentukan. Pada 22 Ogos 1996, Noreen mendapat panggilan telefon bonda tersayang pergi buat selama-lamanya.

“Hilang rasanya jiwa saya apabila mendapat khabar sedih itu apalagi saya mendapat tahu sebelum itu tiga empat kali, arwah emak telefon dan bertanya saya.

“Tanpa berlengah saya capai apa yang mampu dan bawa anak-anak balik ke Melaka. Sepanjang perjalanan, saya menangis tanpa henti. Walaupun terkilan tidak dapat mengadap emak di saat akhir, tetapi…sejuknya hati ini ketika melihat jenazah emak,” kata Noreen lagi.

Setelah emaknya meninggal, Noreen menemankan ayahnya di kampung kerana tidak mahu ayah tercinta terbiar tanpa perhatian.

Lama juga Noreen menemani ayahnya. Bagaimanapun pada Mei 2007 setelah melihat ayahnya sihat Noreen pulang semula ke Kuala Lumpur .

Namun takdir menentukan segala-galanya, ayah yang ditinggalkan sihat mula terjejas kesihatannya gara-gara kakinya terluka.

“Saya terkejut apabila melihat ibu jari kaki kanan ayah luka tak baik-baik akibat terkena dawai mata punai reban ayam. Tahu-tahu sajalah orang tua, kalau dah duduk kampung menternak ayam seekor dua bagaikan menjadi satu kemestian.

“Apabila luka ayah tak baik, saya bawa ayah balik ke Kuala Lumpur pada akhir 2007. Setelah di rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur, ayah dimasukkan wad dan ibu jari kaki ayah dipotong.

“Kaki ayah macam kena gangren dan sejak itu kesihatan ayah tidak begitu baik,” Noreen berkongsi cerita mengenai derita Allahyarham ayahnya pula.

Sejak itu, Noreen membawa ayahnya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Kesihatan ayahnya yang tidak menentu membuatkan Noreen lebih banyak menghabiskan masanya menemani dan menjaga ayah tercinta.

“Apabila kesihatan ayah semakin menurun, saya hantar ayah ke sebuah hospital pakar swasta. Selama 39 hari ayah diwad, tetapi ayah tetap tidak berubah.

“Pihak hospital membenarkan ayah dibawa balik ke rumah dan ketika itu, setiap saat ayah hanya terbaring di katil,” cerita Noreen dengan nada sebak.

Sepanjang ayahnya dirawat di hospital, Noreen sanggup membuang semua kemewahan demi ayah tercinta.

Kondo mewah miliknya di Bangsar dijual dengan harga ratusan ribu ringgit untuk membiayai perubatan ayahnya yang dijangka akan mencecah RM100,000.

Malah, Noreen juga sanggup menjual kereta mewahnya, Mercedes-Benz dan membeli sebuah kereta jenis MPV bagi memudahkannya membawa ayahnya ke hospital.

“Tuhan lebih menyayangi ayah, pada 1 Oktober 2008 yang merupakan tarikh lahir saya, ayah saya menghembuskan nafas terakhir.

“Saya masih ingat waktu itu pukul 7 malam, senja dan hanya saya, Danial, Diana dan pembantu saya mengadap ayah.

“Dunia rasa gelap tiba-tiba, tapi saya harus kuatkan hati. Dengan bantuan kawan saya, jenazah ayah dibawa ke Masjid Kampung Baru dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah dilakukan di situ.

“Setelah urusan selesai pada 2.30 pagi, jenazah ayah dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan pada keesokan harinya,” cerita Noreen lagi.

Sejak pemergian orang tersayang, setiap dua tahun, Noreen merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

Dia bukan sahaja berdoa pada Allah supaya setiap kali dia tidur dia tidak akan bangun lagi, malah perniagaannya juga musnah.

“Saya tahu setiap yang hidup akan mati. Malah saya redha dengan semua itu. Tetapi sebagai insan yang kerdil, kadang-kadang saya bagaikan tewas berdepan dengan semua ini.

“Apabila ayah sakit, saya jual Mercedes saya, saya jual kondo saya. Semua itu saya lakukan kerana mahu berikan yang terbaik untuk ayah.

“Ketika itu saya tidak malu apabila terserempak dengan kawan-kawan ada yang bagaikan memperli bertanyakan ke mana Merz saya. Saya tidak kisah semua itu kerana yang penting bagi saya keselesaan untuk membawa ayah ke hospital.

“Saya juga sanggup jual kondominium saya dengan harga lebih RM100,000 semata-mata untuk membiayai perubatan ayah. Sayangnya apabila kondo itu dijual ayah sudah meninggal dunia,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, malah syarikat milik Noreen, Padussi Sdn. Bhd. ,yang telah beroperasi sekian lama akhirnya terpaksa ditutup kerana dia lebih banyak menghabiskan masanya meratapi kehilangan orang tersayang.

Padussi, syarikat perniagaan yang membekalkan alat-alat muzik kepada kerajaan dan sektor swasta terpaksa ditutup kerana kos pengurusan yang terlalu tinggi sedangkan bisnes tidak jalan.

“Macam mana syarikat nak buat bisnes kerana saya tidak ke pejabat hampir dua tahun setelah abang meninggal. Waktu itu, dunia saya hanya bilik dan tikar sembahyang. Saya tidak keluar rumah selama enam tahun.

“Pagi, petang, siang dan malam saya hanya mengurung diri di bilik kerana ingin merawat luka di jiwa saya.

“Sehinggalah November lalu, apabila bangun untuk menunaikan solat Subuh, saya bagaikan mendapat kehidupan baru dan bangkit untuk meneruskan hidup dengan anak-anak.

“Kini baru enam bulan saya pulih dari jiwa yang terluka dan harapan saya hanya satu untuk membina hidup bersama anak-anak,” akui Noreen.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm#ixzz2iWP8euOi
© Utusan Melayu (M) Bhd

adios
Disclaimer

“Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com”Go to Source
Author: GeloraHatiMuda

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh
oleh : Safwan Anang (31302770)

Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA, setiap hari dalam tahanan pasti ada cerita baru..sedangkan aku hanya berada di sana selama 3 hari 2 malam. Cabaran aku sebenarnya telah bermula sebaik sahaja mengambil keputusan supaya tidak dijamin…lawyer cuba pujuk, tapi aku nekad untuk teruskan niat protes…Sudah kali keempat aku ditahan, tapi belum pernah bermalam di lokap mahupun penjara.

Setelah 4 orang diikat jamin, tinggal lah aku seorang diri di dalam lokap mahkamah Duta..kemudian dipindahkan bersama 35 banduan lain yang telah selesai perbicaraan dan akan dibawa kembali ke penjara Sg Buloh. Lokap cukup bising dan ditambah dengan bau yang meloyakan. Aku dilihat seperti orang asing, sorang-sorang datang berjumpa bertanyakan “ Kau ni kes apa? Seksyen berapa? ”.

Apa yang sudah menjadi kebiasaan banduan ni adalah menghafal seksyen-seksyen yang berkaitan dengan kes mereka. Sorang ni cakap aku 39 (B) (kes dadah), aku ni pulak seksyen 9 (kes senjata api), yang sorang ni pulak seksyen 302 (kes bunuh), seksyen 376 (kes rogol) dan seksyen bla bla bla. Sekali aku pun menjawab, “ Aku seksyen 4 Akta Hasutan ”. Hah??? Semuanya ternganga mulut bila aku sebut kes yang aku dituduh. Tak pernah dengar pun! Aku hanya mampu tersenyum, nanti lah aku cerita panjang.

Datang sorang brader ni duduk sebelah aku, kepala masih botak licin dan hanya sikit je rambut yang baru tumbuh. (seperti orang baru). Aku beranikan diri bertanyakan soalan kepadanya dulu sebelum dia mula bertanya. “Abang ni baru lagi ke duk lokap penjara? Dia jawab, baru jugak lah. Ni dah hari ke-90. Terkejut aku dibuatnya, hari ke-90 pun masih dikira baru. Tapi aku nak tanye kau satu soalan ni, “ Siapa ketua polis negara sekarang ni? Aku dengar-dengar dah tukar..Ya bang, dah tukar. Dulu Ismail Omar, sekarang Khalid Abu Bakar. Brader tu seolah-olah terkejut dan mengeluh, “Alamak, susah la aku macam ni..” (Agaknya brader tu tahu macam mana perangai KPN baru kot) Soalan kedua yang ditanya, PRU13 baru ni sape menang ye? lagi terkejut aku dibuatnya. (dan baru aku tahu betapa sengsaranya banduan, berita luar langsung tak tahu).

Datang pulak sorang brader terus menunjukkan lagak sebagai orang lama, dan kononnya niat hanya membantu. “ Kau ni masuk dalam penjara nanti, kau duduk la dengan kami..selamat sikit kau ni, kalau tak nanti kau kena buli..(dalam hati, boleh percaya ke mamat ni) Aku jawab, ok ok.. Kau ada duit tak? Nanti nak beli rokok ke, roti ke, air minuman ke, aku boleh tolong dapatkan..Nah, aku dah agak tu point sebenarnya. Aku hanya tersengih dan jawab, “ Mana ada duit bang, dalam dompet ni ada la dua ringgit..aku dah agak diorang ni memang nak “pau” duit.

Lepas aku kena, yang lain pun turut kena “pau”. Ada yang bagi dan ada yang tak bagi. Lepas diorang dapat duit tu, diorang gulung jadi kecik dan diorang bungkus ketat-ketat dalam cebisan plastik roti Gardenia supaya betul-betul mampat. Kemudian (aku terpaksa cerita realiti), salah seorang dari banduan memasukkan apa yang di istilahkan di penjara sebagai “roket” ke dalam dubur. Itulah yang dinamakan proses penyeludupan di penjara. Hanya mahkamah tempat mereka boleh seludup, kalau penjara terlalu sukar. Sebab itu ramai dari banduan ternanti-nanti sekiranya mereka akan dibawa ke mahkamah, ia boleh diibaratkan sebuah percutian setelah lama merengkok di Sg Buloh.

Dan mereka akan menggunakan duit tersebut untuk berurusan di penjara kelak. Aku dapat mengagak sebab pernah dengar cerita-cerita sebelum ni. Kali ni aku lihat dengan mata kepala sendiri! Apalah nasib aku nanti kat penjara, dalam lokap mahkamah pun dah jadi macam-macam. Hampir jam 4 petang, aku masih belum solat zohor dek kerana urusan yang terlampau birokrasi. Aku buat keputusan, biarlah aku solat dalam lokap ni sahaja walaupun berbau air kencing yang teramat sangat. Perangai banduan, faham saja lah bagaimana. Aku ambil wudhu dan terus ambil penjuru hujung lokap yang padat dengan banduan. Sejurus aku mengangkat takbir, seorang konstabel polis menjerit, “ Nanti !!. ni ambik sejadah ”. Mujurlah, aku ingatkan masih tak dibenarkan solat tadi.

Usai aku solat, rupanya 4 ke 5 orang sedang menantikan aku habis solat untuk bergilir-gilir menunaikan solat Zohor kerana waktu sudah hampir tamat. Dalam hati terdetik, alhamdulillah..satu dakwah aku buat mereka..aku mulakan, dan mereka terus mengikut…

Hampir jam 5 petang barulah selesai semua urusan di mahkamah..dan aku dengan 35 banduan disumbat-sumbat sehingga muat ke dalam black maria untuk dibawa ke penjara Sg Buloh. Semua terpaksa berhimpit-himpit dengan gari yang berantai. Kesian betul aku pada seorang banduan yang aku rasa sudah warga emas (kantoi kes dadah) terpaksa berhimpit dan kadang-kadang aku tengok sehingga sesak nafas. Inilah nasib banduan rupanya.

Kami diiringi dua kereta peronda polis dan aku agak hanya lebih kurang 30 minit kami sudah tiba di penjara Sg Buloh.(memandangkan aku selalu ulang-alik ke rumah isteriku di Sg Buloh) Mana tidaknya, kami semua dah macam ikan sardin disumbat dalam black maria dan di bawa pecut laju semahunya. Tak kira lubang jalan ke, selekoh ke redah saja. Nasib kami aku lah. Aku hanya mampu berzikir dalam hati “cukuplah Allah sebaik-baik pelindung”.

Sesampainya kami di Penjara Sg Buloh, semua bergegas turun. Kedengaran laungan dari jauh, “ Wei, cepatlah sikit ”. Brader sebelah aku cakap, “ Ha, cikgu sudah datang ”. Baru aku tahu. Oh itulah istilah mereka untuk pegawai penjara. Mereka semua dipanggil ‘Cikgu’. Dan ada yang satu lagi dipanggil U.K.P. (nanti aku cerita) Mereka ini lagi digeruni daripada cikgu-cikgu.

Kami semua diminta beratur dihadapan sebuah pintu besi yang berwarna hijau. Semua banduan baru termasuk aku hanya diam membisu menantikan apa yang ada di sebalik pintu besi ini. Kemudian kami diminta masuk dengan pantas setelah pintu dibuka. Aku agak pintu itu setebal 6 ke 7 inci tebalnya. Cukup kukuh dan menggerunkan! Bermulalah kehidupan aku di penjara Sg Buloh…

Masuk sahaja pintu Sg Buloh, kami semua di bawa ke kawasan “kuarantin”. Semua diminta memberitahu atau mengisytiharkan (declare) sekiranya ada membawa bersama telefon bimbit. Mujurlah aku tak bawa dan minta isteri simpan. Tiba-tiba salah sorang Cikgu menjerit kuat “ Bukak semua kasut dan selipar, buang tali pinggang dan keluarkan dompet! Aku cakap sekali saja, sapa lambat siap! Tak lama lepas 4 lima saat…Panggggggggg!!! Orang pertama ditampar selang dua baris dari aku kerana lambat bukak kasut !”. Kan aku dah cakap bukak kasut, bukak kasut la…yang duk terhegeh-hegeh tu kenapa…rupanya mamat tu bukan warganegara dan tak paham bahasa Melayu.

Cikgu dah cakap, sape suruh kau datang Malaysia, kau sampai Malaysia ikut undang-undang sini lah. Duduk diam-diam. Kami semua di periksa dengan teliti. Lepas sorang je kena, habis semua banduan dah kecut perut termasuk aku. Jantung mula berdegung kencang! Gedebuk lagi, yang ni pulak lambat bukak tali pinggang. Semua banduan baru seperti kami terlolong mata melihat lepas sorang-sorang kena. Cikgu melaung, siapa-siapa yang tak reti nak ikut arahan dia akan kena!

Semua diperiksa di semua anggota badan. Ya, semua sekali tak ada seinci pun yang terlepas. Bukak mulut tu luas-luas. Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Tiba giliran aku, badan diperiksa. Pusing belakang, terpampanglah baju aku yang tertulis “Blackout 505”. Cikgu bersuara perlahan, “Oh, kaulah budak tu ye”. Aku hanya diam dan mengangguk. Terkedu. Tak mampu nak keluar suara. Apa lagi, semua banduan beralih arah mata tertumpu pada aku. Mereka hairan, kenapa bila sampai giliran aku, cikgu berlembut. Kalau giliran mereka semuanya tak lepas dari penampar, penumbuk, dan terajang.

Semua muka banduan tu kelihatan tak puas hati, seolah-olah aku dapat layanan istimewa. Cikgu terus periksa, kasut aku. Dibukak semua tapak kasut, dirobek-robek takut ada apa-apa yang diselit. Dompet aku dibukak, dibukak kemudian Cikgu terjumpa sekeping memori kad dan Sim Kad lama yang sudah rosak. Cikgu mula melenting, “Kan aku dah cakap kalau ada telefon sila isytihar!!!” Aku menjawab, tak cikgu, tu semua dah rosak. Kau ni saja nak cari pasal sambil Cikgu mematahkan memori dan sim kad lama aku tu. Kesalahan pertama aku, hampir-hampir kena makan pelempang. Mujurlah cikgu masih boleh tahan sabar dengan aku.

Habis pemeriksaan pertama, kami semua dibawa ke proses saringan seterusnya. Semua banduan diberi nombor untuk dihafal. No ini dikenal sebagai no SMPP. Entah sampai sekarang aku tak pernah tanya dan tak pernah tahu apa maksud SMPP. Cikgu melaung kuat, “ Mulai sekarang korang semua ni tak dipanggil dengan nama. Korang hanya diberi nombor dan sila hafal nombor masing-masing! ”. Yang tak paham bahasa Melayu sila hafal dalam Bahasa Inggeris, kata cikgu. Mujurlah aku ni jenis cepat menghafal. Selamat peringkat seterusnya. Kesian aku tengok banduan-banduan baru ni tergagap-gagap nak menghafal no lapan angka. Dan no aku ialah 31302770!

Selesai ambil no masing-masing, kami ke saringan seterusnya iaitu proses gunting rambut. Cikgu beri arahan, “ Semua bukak baju dan siap untuk gunting rambut. Dah masuk penjara, kena ikut peraturan penjara.” Aku paham sebenarnya arahan tu ditujukan khas kepada aku memandangkan yang lain-lain tu tak ramai yang berambut panjang. Cikgu datang dekat kepada aku, “ Kau boleh tak gunting botak ni? Dah masuk penjara macam nilah caranya…Aku hanya angguk, ye boleh cikgu…

Semua kena gunting guna skala satu. Pendek betul. Sampai giliran aku gunting rambut, aku letak baju Blackout505 aku di meja belakang. Cikgu datang dekat, “ Kau gunting budak ni guna skala dua. Bagi lain sikit dari banduan-banduan ni.” Aku lega la sikit. Sebab rasanya sepanjang aku hidup sejak zaman sekolah lagi tak pernah botak kepala. Selesai gunting rambut, aku berpusing ke belakang untuk ambil semula baju aku. Malangnya, baju Blackout505 aku telah hilang dikebas hanya sekelip mata. Agaknya apa yang berlaku??

Aku cakap, habislah nasib aku kali ni. Tak jaga barang-barang sendiri. Siaplah kena marah lagi dengan cikgu! Rupanya tidak, sebaliknya Cikgu betul-betul mengamuk kali ni. Memekik kepada semua banduan “ Woi, sape yang ambik baju budak ni!!! Baju hitam berkolar, belakang ada tulis Blackout505!!! Aku dapat tahu sape ambik siaplah korang semua! ” Nah, saat tu penjara mula kecoh. Dan aku lebih dikenali dengan gelaran “Budak Baju Blackout505”. Tak sampai 5 minit lepas tu, sorang Cikgu membawa baju aku. Kau tahu tak aku jumpa baju kau kat mana? Tu kat tong sampah besar belakang blok penjara. Ramai betul yang berminat dengan baju Blackout kau ni. Nah ambik, lain kali jaga elok-elok. Aku hanya mampu ucap terima kasih Cikgu. Kali ni aku rasa banduan-banduan tu dah tengok aku lain macam. Betul-betul lain macam. Mana taknya, disebabkan baju aku hilang, mereka semua kena maki hamun! Alhamdulillah, mujurlah baju aku dapat balik dan sekurang-kurangnya aku dah berjaya sampaikan mesej Blackout505 dalam penjara walaupun ramai tak tahu apa isu blakcout ni!

Habis gunting rambut, kami semua perlu ambil barang-barang keperluan. Selimut, gelas, timba, sabun dan berus gigi. Aku buat-buat cool walaupun agak terkejut sebab tak pernah jumpa berus gigi macam ni melainkan dalam penjara. Korang nak tahu macam mana, kena masuk dulu baru tahu. Sekadar bergurau je. Lepas ambil semua barang-barang, kami semua diberi selipar penjara. Keras betul selipar tu sampai habis merah-merah kaki aku ni. Nasib aku lah selipar baru dah habis stok, aku terpaksa pakai selipar lama dan saiz besar sebelah. Takpelah, memang niat aku bukannya nak bersenang-senang dalam penjara. Aku terima apa sahaja tanpa banyak komplain. Banduan lain yang ada komplain tak pasal-pasal dapat hayungan kayu cota. Jawapan ringkas bagi permintaan mereka.

Petang tu juga aku dapat lihat satu pergaduhan berlaku. Ada sorang banduan yang sekadar bergurau nak baling sampah pada banduan yang lain tiba-tiba tersasar kena pada badan Cikgu. Apa lagi, naik angin Cikgu sampai lunyai banduan tu kena belasah dengan kayu cota. Aku cakap dalam hati, patutlah banyak kali aku dengar cerita banduan mati dalam tahanan. Tapi kami semua mana ada yang berani buka mulut time tu, silap hari bulan siapa-siapa yang buka mulut ke, cuba nak membantu ke, siaplah dia pula yang akan kena balun dengan kayu cota. Semua diam membisu hanya memerhati.

Kami diminta pula untuk tukar kepada baju penjara berwarna ungu. Semua bertukar baju hanya dalam beberapa saat selepas amaran diberi oleh cikgu supaya tukar baju dengan pantas. Ramai yang tanpa rasa malu tukar serta merta di tempat yang sama juga. Aku pula ke belakang dan menukar baju sepantas mungkin. Semua diminta beratur panjang dan sorang-sorang masuk ke bilik cermin gelap. Entah apa la pulak kali ni kami perlu lalui. Badan aku sudah mula naik merah-kemerahan kerana rambut yang baru sahaja dipotong belum habis disapu dari badan, nasiblah mana cukup masa untuk buat semua tu.

Tiba giliran aku masuk. Oh bilik saringan seterusnya. Kali ni (saya hanya cerita realiti) aku diminta buang semua baju dan seluar, tanpa seurat benang. Aku tersentak sekejap. Cikgu dah mula ulang arahan, “ Kau tunggu apa lagi bukak semua lah. Kau dengar tak?? ” Aku bukak semuanya dan Cikgu mula periksa seluruh anggota badanku. Semuanya sekali lagi diperiksa, cumanya kali kedua ini badan tanpa seurat benang pun. Di pusing-pusing badan aku beberapa kali dan kemudian salah seorang daripada 3 Cikgu yang periksa badan aku tu tanya, “ Nama kau apa? Aku jawab 31302770. La, aku bukan tanya nombor la aku tanya nama kau! Cikgu mula melenting. Yelah, sebelum ni diorang dah cakap takkan panggil nama tapi aku pulak yang kena marah kali ni.

Nama saya Safwan cikgu. Oh, kaulah Safwan rupanya. Siaplah aku kena soal siasat kat situ. Kenapa aku buat macam ni, apa kesalahan aku, apa latarbelakang aku, diorang bertiga soal siasat aku dah macam dalam CSI yang selalu aku duk tengok. Masalahnya dalam keadaan aku masih tak berbaju dan seluar. Tak kurang jugak kena maki hamun dengan mereka yang kononnya aku dah gadai masa depan aku, aku dah rosakkan harapan keluarga, bla bla bla. Habis soal siasat barulah aku di minta balut badan dengan hanya menggunakan selimut dan bukannya pakai baju penjara. Rupanya proses saringan kali ni masih belum berakhir.

Aku dibawa ke bilik saringan seterusnya. Nah, di sinilah aku betul-betul teruji. Cikgu H (aku hanya sebut huruf depan shj) menyuruh aku duduk betul-betul berhadapan sebuah kerusi besi. Kerusi besi ni cukup unik. Hanya yang pernah masuk penjara Sg Buloh dia akan tahu. Ya, itulah kerusi yang setiap banduan tanpa seurat benang di badan akan duduk mencangkung sambil batuk (membatukkan) diri, “Ehek, eehek, eheek..” Di bahagian bawah kerusi tu pula disediakan satu camera perakam bertujuan melihat setiap (saya terpaksa cerita terus terang) lubang dubur banduan. Dan aku pula diletakkan betul-betul berhadapan setiap kali banduan duduk mencangkung!

“ Ha safwan, kau tahu tak kenapa semua banduan kena lalui proses macam ni?” Aku hanya menggeleng kepala. Dan aku tahu Cikgu H ni sebenarnya nak psiko mental dan ketahanan aku. “ Ni lah bertujuan untuk tengok apa yang banduan cuba seludup atau sembunyikan barang-barang larangan dalam dubur. Kau tahu tak aku pernah jumpa banduan simpan handphone dalam diorang punya tu..tak ke gila namanya tu…” fuh, aku betul-betul terkedu! Dan tekak aku mula loya waktu itu. Cikgu H hanya tersengih “ Kau boleh tahan lagi tak? ” Boleh cikgu! Aku berkeras menahan dan melawan mental ku yang cuba memberontak! (sama macam dalam tamrin latihan kepimpinan di universiti, betul-betul teruji mental).

Tak cukup dengan itu, setiap banduan yang lambat dan tak faham arahan akan dilibas dengan rotan buluh yang hujungnya sudah pecah. Terbirat bahu banduan yang kena balun. Habis kemerah-merahan. Masalahnya aku ni dipaksa untuk melihat semua yang berlaku depan mata! Tak dibenarkan ke tempat lain! Cikgu H menyindir aku “ ha, nanti dah habis semua banduan baru aku hantar kau ke sel! ” Ah, betapa terseksanya aku terpaksa menghadap semua tu. Aku cekalkan hati sambil hanya mampu berzikir untuk hadapi semua ujian ni. Mulutku mula terkumat kamit membaca zikir sambil diperhatikan oleh Cikgu H. Aku agak proses tu berjalan lebih kurang hampir satu jam sebelum aku bergerak ke menuju ke sel.

Selepas tamat proses saringan tadi, aku dibawa sendiri oleh Cikgu H untuk dihantar ke sel. Sambil-sambil berjalan cikgu bercerita dengan aku tentang pengalaman kerja beliau selama ni di Sg Buloh. Tiba-tiba kedengaran laungan suara dari jauh, sergah Cikgu H “ Ha tulah kawan-kawan kau yang dah lama duk kat sini. Suka lah tu akan dapat penghuni baru nanti…” Cikgu H psiko aku lagi rupanya. Selang dua tiga langkah, keluar satu katil yang ditolak oleh cikgu-cikgu. Cikgu H sergah aku lagi, “ Hah, nasib kau baik boleh tengok ni. Tu lah banduan yang baru mati. Kakinya terangkat ke atas. Keras terkaku! Fuh, aku teruji lagi kali ni. Ni belum lagi masuk sel, dah tengok macam-macam kat luar sel.

Aku terus diperkenalkan kepada sel aku. Namanya blok Damai. Cikgu H cakap semua orang baru akan dihantar ke blok ini. Cikgu H terus membawa aku, sambil ditanya Cikgu yang jaga blok. “ Ni sape ni? Cikgu H jawab, nilah Safwan budak baju Blackout tu”. Aku hanya mampu tersenyum dan memberi salam kepada Cikgu. “ Amboi kau safwan, sampai Cikgu H hantar kau ke sini.” Aku diam membisu sambil mataku meliar melihat keadaan sekeliling blok Damai. Seram juga dibuatnya dengan pintu besi yang cukup klasik. Siap dengan bunyi. Kriiiiiikkkkkk…

Cikgu H minta diri dan meninggalkan aku dengan cikgu blok Damai. “ No kau berapa? Aku jawab, 31302770 cikgu. Kau duduk sekejap, nanti aku panggil. Kemudian aku dipanggil untuk dihantar ke sel. “ Ambil barang-barang kau ikut aku. Nah, inilah keadaan penjara sebenar. Ada yang duduk bertiga, ada yang duduk dalam dorm beramai-ramai. Suasananya petang itu cukup bising. Aku pula disergah oleh banduan-banduan lama, “Haa ada budak baru lah…” dalam hati siaplah aku lepas ni. Mungkin kena buli nanti. Waktu itulah aku bertemu dengan seorang bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, dia menyapa aku “ Eh..Safwan…kau masuk dalam jugak? Aku hanya mengangguk. Dan aku belum pernah berjumpa dengan Yazid sebelum ini, hanya pernah mendengar cerita ketika ada aksi-aksi himpunan membantah ISA.

Cikgu terus memotong perbualan kami, “Ha yazid, kau jangan nak hasut budak ni pulak. Duduk diam-diam.” Aku dengan Yazid hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus! Aku terus dibawa ke sel bernombor 15. Alhamdulillah, nasib baik aku hanya duduk dalam sel yang memuatkan 3 orang dan bukannya dorm ramai-ramai. Cikgu beri arahan, “ Ha, kau duduk dengan askar ni ”. Rupanya teman sebilik aku adalah seorang bekas askar dan kami hanya berdua. “ Ha, askar kau ajarlah budak ni macam mana peraturan duduk dalam penjara…aku ucap terima kasih cikgu..” bermulalah kehidupan aku di dalam sel bernombor 15 blok Damai.

Askar tu baik orangnya. Namanya Jai. Dia yang mengajar aku macam mana cara hidup dalam penjara. Rupanya baru 13 hari dia masuk ke penjara Sg Buloh ni. Aku pun perkenalkan diri secara ringkas. Perkara pertama yang aku nak buat selepas masuk ke dalam sel adalah solat. Waktu dah hampir 6.30 pm dan aku belum solat asar. Jai minta aku mandi terlebih dahulu memandangkan masih banyak rambut di badanku. Aku hanya memandang tandas yang disediakan dalam sel, tanpa apa-apa hadangan. Ya, terbuka luas. Jai memberitahuku, “Alah kau mandi jelah. Nak malu apa kat sini. Semua lelaki…” Aku pun mandi dengan hanya memakai seluar pendek kerana aku tahu hukum aurat antara lelaki tetap ada batasnya.

Selesai solat kami menyambung cerita. Rupanya Jai adalah tahanan reman yang dituduh memiliki dadah dan dia nekad untuk buktikan yang dia tak bersalah. Katanya minggu ini keputusan forensik akan keluar untuk membuktikan sama ada dadah atau bukan. “ Aku nak buktikan pada mak ayah aku yang aku tak bersalah dan aku bukan penagih dadah. Tu memang bukan dadah…” cerita Jai pada aku. Aku melihat cara Jai bercerita cukup bersungguh-sungguh dan aku yakin dia tidak berbohong. Aku pula bercerita mengenai kisahku, dia terkejut bila aku sendiri yang menolak untuk diikat jamin. Dan akhirnya dia faham akan tujuanku berbuat demikian. Dia cukup simpati terhadap perjuanganku. Habis cerita aku, aku bertanya kepadanya, “ Macam mana nak tahu masuk waktu solat ni? Dah masuk maghrib ke belum? Jam pun takde ni. ” Jai jawab, kau tunggu lah kejap lagi. Nanti ada orang azan, orang Sabah dia tu. Oo macam tu…

Masuk sahaja waktu maghrib, selesai azan Jai askar ajak aku untuk solat berjemaah. Katanya tak pernah solat jemaah dalam penjara ni, kali pertama la ni boleh solat jemaah ni. Alhamdulillah, kali pertama juga aku dapat mengimamkan solat jemaah dalam penjara dan kami berseragam dengan baju penjara yang berwarna ungu.

Bersambung……….

Go to Source
Author: Omar Sahlan

PERTAMA:

Berita Pecah… Penipuan SPR Mula Berlaku??
Oleh: matuse68

  • Dikenalpasti sebahagian tentera2 dan polis2 yang mengundi hari ini, dakwat yang dicalit di kuku mereka boleh dicuci dan dibersihkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja!! 
  • Beberapa kem di Port Dickson yang tentera2 nya telah mengundi, telah kami panggil dan cuba untuk memadamkan dakwat itu tetapi gagal dihilangkan ,,,
  •  tetapi SEBALIKNYA di kem Rasah markaz 1 Briged Seremban, beberapa org tentera yang telah mengundi yang diantaranya sahabat kami telah berjaya menghilangkan dakwat dengan mencucinya dalam tempoh beberapa minit sahaja!!
  • Menyangkal dakwaan SPR bahawa dakwat kekal itu boleh bertahan selama 7 hari!
  • Apakah MODUS OPERANDI mereka2 SPR ni??
  • Adakah di kem2 tertentu sengaja dicalit dakwat yang boleh dicuci bagi membolehkan sebahagian dari mereka dibenarkan mengundi kali ke 2???

PENIPUAN SPR MULA BERLAKU!!!
ADAKAH RANCANGAN MEREKA UTK MEMENANGKAN UMNO BN AKAN BERJAYA?

(gambar adalah gambar sebenar jari sahabat saya (pengirim) yang telah berjaya menghilangkan dakwat kekal yang kononnnya boleh bertahan selama 7 hari!! Masih kelihatan warna ungu di kuku beliau selepas dicuci hanya dengan sehelai tisu !!

Nota : AWAS!! JANJI BERSIH

Jika berlaku penipuan
Maka janji bersih akan
Membuat 3 tuntutan

1 – Tidak akan terima keputusan pru13
2 – Menuntut spr di mansuh
3 – Wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi

INGAT, TIPU PILIHANRAYA, RAKYAT TURUN JALAN RAYA!!
Info terkini layari: INI KALILAH  

KEDUA
Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

Oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Sekian

Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

Sumber: Facebook Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din 

KETIGA

Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR
Oleh Muhammad Faeez Azahar 
IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh. Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.
“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.
Sumber: Harakahdaily

KEEMPAT

 Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya

KLUANG: Ekoraan, dakwat ‘kekal’ Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi. Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.

SEKIAN (IH)

Go to Source
Author: Ibnu Hasyim

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

like ?

Tekan gambar !