Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang telus, efisien untuk dilaksanakan bagi jangkamasa yang akan datang. Persoalannya, apakah Malaysia sudah bersedia? Saya mengambil maklum bahawa hanya 10% daripada ‘working population’ di Malaysia yang membayar cukai. Saya juga bersetuju supaya negara perlu mengurangkan kebergantungan di atas pendapatan daripada sumber petroleum dan gas yang hari ini menyumbang di antara 35%-40% daripada hasil negara.

gst-grafik-01Saya juga menyedari bahawa tax based kita adalah agak ‘narrow’. Maka satu reformasi sistem percukaian perlu digubal segera supaya ianya bersifat ‘broad based’ dan komprehensif bagi menggantikan Sales and Services Tax (SST) yang menyumbang 7% kepada pendapatan negara.

Namun saya juga mendesak kerajaan supaya mengamalkan fiscal discipline yang ketat dan memotong Belanja Mengurus di setiap kementerian.

Di negara maju, falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi adalah untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh. GST juga menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja. Pendek kata, GST bertujuan to redistribute or diversify, and not increase the tax burden.

Kejayaan perlaksanaan GST di negara-negara maju adalah infrastruktur sistem percukaian yang kukuh di mana kadar cukai pendapatan dan kadar GST bergerak dalam arah bertentangan di mana apabila GST diperkenalkan pada satu kadar, kadar cukai pendapatan diturunkan untuk offfset bebanan GST.

Bajet 2014 mencadangkan bebanan GST dikurangkan atau off set dengan pemberian BR1M dan penurunan kadar minima ke atas cukai pendapatan.

Malaysia pada hari ini masih belum bersedia untuk perlaksanaan GST. Ini kerana lebih 40% rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera. Sudah pasti, GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin.

Apabila saya membicarakan soal kemiskinan, saya tidak merujuk kepada golongan miskin tegar sahaja tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk ‘young workers, newly married couples’ dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

FOMCA melaporkan sejumlah 47% pekerja muda di negara ini dibebankan dengan jumlah hutang yang begitu serius. Sementara itu, Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30% daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.

Selain daripada itu, perlaksanaan GST akan juga meningkatkan kadar inflasi yang akan mencengkam kehidupan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Hal ini bertambah serius apabila Bajet 2014 memotong RM7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat. Langkah pengurangan subsidi ini akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa membeli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah. Kitaran ekonomi ini juga akan mengakibatkan kadar inflasi terus meningkat berkadaran dengan langkah perlaksanaan GST pada April 2015.

Persoalannya adakah kerajaan telah meneliti impak sosio ekonomi rakyat dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi rakyat? Penganalisa ekonomi mengunjurkan tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan. Jika perlaksanaan GST ini konsisten dengan langkah pemotongan subsidi yang diumumkan, maka dijangkakan kadar inflasi akan terus meningkat sehingga kadar 5% pada tahun 2015.

Ucapan Perbahasan Bajet 2014 Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

Go to Source
Author: Keadilan Daily

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

GSTGasak Sampai Telanjang

Gua memang seronok dengan apa yang diumumkan oleh Najib semalam. Satu perincian bajet yang sungguh-sungguh mengutamakan pencacai. GST dan penarikan subsidi gula 34 sen cukup menarik.

Gua seronok apabila memikirkan berapa ramai pencacai akan mengelabah beruk sebab kenaikan harga barang. Semasa minyak naik harga barang dah naik. Kali ini harga barang akan naik lagi.

Kenaikan BR1M daripada RM500 kepada RM650 memang hebat. (Janji pilihnaraya nak bagi RM1200 -video ucapan Najib INI sebagai bukti) Sekali belanja dapur dah habis. Tapi pencacai kena berjimat dengan wang tersebut untuk merealisasikan apa yang pemimpin mereka kata sebagai bantuan untuk meringankan beban rakyat.

Huluq RM650 setahun dia balon beriban-riban sebulan. Yang berpendapatan kecik kena makan untuk hidup sahaja. Makan nasi beras hancur 15%  dengan garam pun cukup. Asal gomen kaya.

Kalau boleh dijimatkan untuk belanja setahun baru betul meringankan beban rakyat. Gaji dua tiga riban tu boleh simpan dalam bank. Buka akaun FD dapat interest tahunan besar sikit dpd SA.

Baju tukar setahun sekali , masa Hari Raya. Sependa tak payah tukar. Lagi elok jika tak pakai sependa… wakaka

Ini semua perlu untuk merealisasikan Negara berpendapatan tinggi.

Kalau lu orang nak tahu negara kita memang berpendapatan tinggi. Tapi semua pendapatan negara tidak diurus dengan betul. Lobang sana lobang sini. Ketirisan bukan kecik-kecik. Semua main bilion RM sahaja.

Namun semua itu tidak cukup. Negara perlu dikayakan lagi untuk keperluan sesetengah manusia yang bijak menipu, memanipulasi dan memperbodohkan pencacai.

Mereka terus gah dipersada pemerintahan negara kerana kewujudan orang bodoh yang tidak pernah mahu belajar daripada kesilapan.

50 tahun BN memerintah. Perkara yang sama dilakukannya. Setiap kali duit gomen kurang, mereka akan naikkan minyak. Rakyat tanggung segala kesukaran hidup akibat kenaikan harga barang susulan daripada kenaikan harga minyak.

2013 bakal mencipta sejarah di mana rakyat Malaysia akan menerima bala runtuh dua kali dalam setahun. Kali pertama – kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak. Dan kini tiba masa untuk rakyat Malaysia bala runtuh kedua selepas perlaksanaan GST dan kenaikan harga gula.

Kepada pencacai yang punya anak kecil, gua ucapkan tahniah kerana susu tepung untuk anak lu akan turun harga selaras dengan kenaikan harga gula… Gua juga doakan semoga baby lu orang adalah dari jenis yang kuat menyusu supaya dia hidup sihat walaupun bapaknya akan jadi biol…

***segala makanan bergula akan turut turun harga… wakaka.

Nah baca apa kata Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

“Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST,” kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan “orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

“Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks.”

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya “remeh”.

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

adios
Disclaimer

“Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com”Go to Source
Author: GeloraHatiMuda

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini.

Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

“Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi ‘campaign manager’ saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno,” katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai Umno terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz. Shahrizat sebelum ini “terpalit” dalam kontroversi NFC (National Feedlot Corporation) kerana perbadanan itu diterajui suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ironinya kontroversi itu meletus setelah Rafizi membuat beberapa pendedahan berkaitan NFC.

Dalam pada itu, Azalina yang terkenal dengan sikap tegas dan lantang turut membidas cubaan anggota Parlimen pembangkang untuk mempolitikkan isu bantuan kerajaan kepada rakyat.

Kali ini dakwaan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama kepada rakyat di negeri pembangkang berbanding yang ditadbir BN ditempelak Azalina dengan menyifatkan anggota Parlimen itu “lambat faham”.

“Pada Kota Bharu (Takiyuddin), saya ingin menyebut duit BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diberi oleh kerajaan BN, tidak kisah rupa, sokongan politik, jantina…asalkan dia (rakyat) tidak mampu (mengikut syarat kelayakan), kerajaan bantu.

“Saya sebagai wakil rakyat BN tidak pernah bertanya penerima BR1M sama ada dia sokong Umno, PAS, DAP atau PKR. Semua rakyat disamakan asalkan rakyat itu memerlukan bantuan. Jadi Kota Bharu, saya minta maaflah, mungkin kefahaman Kota Bharu ini agak lambat setahun,” katanya.

Malah, Azalina secara sinis berkata Takiyuddin juga mungkin tidak mendengar perbahasan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), minggu lepas yang menyebut bahawa Kelantan di bawah pentadbiran PAS, mendapat agihan peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN. – BernamaGo to Source
Author: Anak Sungai Derhaka

‘Pendatang haram dapat dokumen M’sia di Filipina’
[MK] Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu bahawa pendatang haram boleh mendapatkan dokumen Malaysia ketika masih berada di Filipina lagi.
Macarius Sabinus – pegawai lapangan yang ditugaskan mendaftar pendatang haram di Sabah dan mengeluarkan resit sementara (kad burung-burung) kepada mereka – menemukan bahawa mereka mendapat dokumen itu di Bongoa, Tawi-Tawi, walaupun belum didaftarkan.
Bagaimanapun Macarius – juga penyelidik di badan pemikir Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS badan bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) – berkata, resit itu mempunyai nombor siri dan cop berbeza.
IDS, sebelum ini dikenali sebagai Institut Analisis Dasar Awam (IPPA), ditugaskan mengkaji pendaftaran pendatang haram secara besar-besaran di Sabah antara 1986 dan 1988.
Warga India sertai RELA, dapat BR1M
[MK] Seorang warganegara India yang tiba di Sabah mendapat kerakyatan Malaysia dalam tempoh dua tahun. 
Dia kemudian menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan menerima bantuan RM500 untuk golongan berpendapatan rendah.
Peer Mohamad Kadir yang lahir di Chennai dalam kawasan Tamilnadu, India, memberitahu suruhanjaya diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini bahawa beliau tiba pada 1984 bersama pakciknya menggunakan pasport India.
Pada 1986, pakciknya membantunya memohon kad pengenalan biru di Jabatan Pendaftaran Negara di Kota Marudu, kata Peer Mohamad apabila disoal oleh pegawai pengendali Jamil Aripin (kanan).
Katanya, pakciknya menggunakan akuan bersumpah untuk memohonnya dan ia berjaya.
Sebelum 1991, akuan bersumpah digunakan sebagai bukti menunjukkan seseorang sebagai rakyat Sabah dan ia membuka ruang kepada penyelewengan.
P/s: Dalangnya sudah didedahkan, namun masih tiada tindakan diambil. Parti yang terlibat masih terus memegang tampuk pemerintahan negara. Bayangkan berapa banyak lagi warga asing diberi kerakyatan Malaysia dengan begitu mudah. Sedangkan kerakyatan di sesebuah negara diberi dengan mengambil kira pelbagai aspek dan dipantau dengan tegas oleh pihak berkuasa. 
Di Malaysia, kerakyatan didakwa diberi hanya sekadar dengan ikrar untuk mengundi parti tertentu sahaja. JAHANAM negara!
Googlelah “Projek IC”, anda akan temukan bermacam-macam maklumat tentangnya.

Go to Source
Author: Maysia Tayadih

Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah ‘FreeHold’.

Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku?

Cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja lebih dihormati.. tetapi cara Malaysia?

Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu?

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan. 

Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini?

Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat.

Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura.

Sambung baca lagi laporan Bernama di sini…

“Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. – Bernama 

Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru.

Mengambil kira faktor :

- Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya
- Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia
- Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah 

Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan dan berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata.

Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil…..

Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal dan menjual serta menggadai kepada warga asing.

Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura.

Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang “only bumi unit left” dengan harga RM1 juta lebih

Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas?

Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak….

Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan dengan Jusco Bukit Indah telah pun “sold out” walaupun belum “launch” lagi.

Siapa pembelinya? Kalau tidak…..

Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana : Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan”lecturers expatriate” yang akan datang di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu.

Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000.

Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya?

Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor?

Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun.

Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri.

Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil.

Dahulu….. asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal.

Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa?

1.Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold
2.Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja
3.Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja
4.Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan

 Sekarang ini terdapat projek komersial dan perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay.

Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya.

Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya.

Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia.

Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia?

Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual

Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing?

Sumber: Berita Semasa
Go to Source
Author: PASPB

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

.
.
.

like ?

Tekan gambar !

<