Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

shisa dan unta. sekadar hiasan

Sudah menjadi trend kini, menghisap paip shisha di café dan hotel-hotel ternama. Asyik lepak bersama teman, memang nikmat rasanya jika pekena beramai-ramai. Bukan itu sahaja, shisha juga boleh didapati dengan harga yang murah dan datang dengan pelbagai perisa seperti perisa buah, ekstrat bahan neutral, dan perasa-perasa yang dibenarkan. Antara perisa tersebut: epal, strawberi, ros, mangga, cappuccino, vanila, kelapa, ceri, anggur, pisang, kiwi, blueberry, kopi Arab, campuran buah-buahan, tembikai, oren, dan banyak lagi. Tapi tahukan anda kesannya terhadap kesihatan kita? Ayuh, kita kenal pasti bahaya shisha.

Shisa berasal dari zaman dinasti Mogul atau Mughal di India. Shisha juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain seperti hookah, sheesha, okka, kalyan, atau ghelyoon, ghelyan. Bergantung kepada perbezaan geografi. Nama-nama ini berasal dari perkataan Arab, India, Turki, Uzbekistan dan juga Parsi. Shisha adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengeluarkan asap (smoking) menggunakan penuras air dan haba secara tak langsung. Ia boleh digunakan bagi menghisap pelbagai bahan seperti herba buah, tembakau, dan lain-lain.

Apakah kandungannya?
1.Tembakau
2.Sirap pekat dari buah-buahan dan lain-lain
3.Arang

Kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama – tembakau. Perbezaan rokok dan shisha ialah pada cara penyediaan (rawatan). Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

KESAN NEGATIF TERHADAP TUBUH
Ramai yang menghisap shisha sebagai alternatif dari menjadi perokok. Namun persepsi itu sama sekali salah. Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha lebih berbahaya 400 hingga 450 kali daripada rokok biasa!

Ada yang mengatakan shisha lebih selamat berbanding rokok. Ini tidak benar, malahan shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi termasuk dari segi penyediaannya. Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin yang terkandung dalam asap shisha.

Bahkan arang yang digunakan, akan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet yang digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

-sumber maskulin karangkraf-

dapatkan edisi julai 2010 untuk selanjutnya


Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

like ?



Tekan gambar !