Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin membuktikan bahawa beliau bukannya pemimpin yang pentingkan diri sendiri sebaliknya sedia merendah diri dan sanggup memohon maaf jika berlaku kesilapan tafsiran daripada apa yang diucapkannya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Muhyiddin telah menunjukkan teladan yang terpuji dan sewajarnya dicontohi oleh mana-mana pemimpin politik.
“UMNO Bahagian Cheras kagum dengan sikap Timbalan Perdana Menteri yang sanggup memohon maaf diatas kekeliruan ucapannya di Sungai Limau baru-baru ini yang telah disala tafsirkan oleh pihak tertentu kononnya beliau menghina keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung isu penyakit kencing manis,” tegasnya.
Katanya, walaupun Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO tidak direkodkan sebagai menjuruskan maksudnya kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah tetapi sanggup memohon maaf secara terbuka jika ada pihak yang tersinggung.
Sikap ini katanya, bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya mencari jalan penyelesaian secara sebaik mungkin termasuk saling maaf-memaafkan jika kedapatan kekeliruan atau kekhilafan di atas sesuatu isu.
“Pada hemat saya, Muhyiddin seorang pemimpin UMNO yang berjiwa besar dan sentiasa bersikap rendah diri dan tidak terbawa-bawa dengan sentimen politik apabila sanggup meminta maaf di atas kekeliruan tersebut,” ujarnya.
Beliau mengulas penjelasan Timbalan Perdana Menteri yang melahirkan rasa syukur kerana permohonan maafnya kepada keluarga Allahyarham Azizan atas kenyataannya yang didakwa PAS menghina bekas Menteri Besar Kedah itu, diterima baik oleh keluarga Azizan.
Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata anak kelima Azizan,, Mohd Rafi’ie, telah menghantar maklumat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi ini (Rabu) bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh beliau semalam.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata Mukhriz telah memaklumkan kepadanya atas penerimaan maklumat tersebut melalui Khidmat Pesanan Ringkas(SMS) daripada Mohd Rafi’ie pagi ini.
Isnin lepas, PAS termasuk Dewan Pemudanya mendesak Timbalan Perdana Menteri menarik balik kenyataannya yang didakwa mereka mengaitkan isu pemansuhan subsidi gula dengan penyakit kencing manis Azizan yang didakwa telah menyinggung dan menggurtis hati bekas keluarga Allahyarham Azizan.
Berikutan itu, Muhyiddin semalam telah membuat permohonan maaf semasa lawatannya ke Bukit Choros, tetapi menafikan kenyataannya sebelum itu mempunyai unsur penghinaan dan bertegas telah diputarbelitkan oleh pembangkang.
Malah Muhyiddin juga dilaporkan meminta pihak yang melemparkan tuduhan tidak berasas itu supaya menyemak semula rakaman ucapannya di SMK Sungai Limau baru-baru ini untuk membuktikan kesahihannya.
Dalam hal ini, Syed Ali berkata, pihak pembangakang terutanma PAS sepatutnya dipertanggungjawabkan diatas isu tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang senang di pihak keluarga bekas Menteri Besar Kedah itu.
“PAS yang sengaja memutarbelitkan kenyataan tersebut dalam usaha mereka meraih sokongan pemgundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Limau tidak lama lagi,” tegasnya.
Syed Ali juga menyifatkan tindakan keluarga bekas Menteri Besar Kedah sedia menerima permohonan maaf daripada Timbalan Perdana Menteri membuktikan mereka menghormatri keperibadian Muhyiddin.
“Keluarga Allahyarham tidak terikuit-ikut dengan sentimen politik walaupun mereka berada di posisi pembangkang, inilah semangat penyatuan dan silatulrahim yang sewajarnya dicontohi,” ujarnya.

Go to Source
Author: syed ali alhabshee

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Gula Mahal Sebab Kerajaan ‘Terlalu Bijak’ Import Gula Mentah -Tony Pua
[Roketkini] KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER: DAP mengecam tindakan kerajaan yang menggunakan perlbagai helah sebagai alasan untuk menghapuskan baki subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram bersamaan RM521 juta setahun.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pengurangan gula dapat meningkatkan ‘libido’ serta mengaitkan kematian mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akibat diabetes sama sekali tidak boleh diterima.
Menurut beliau, hakikat sebenar rakyat terpaksa ‘menikmati’ gula lebih mahal kerana tindakan kerajaan menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.

“Jika kita mengambil kira harga gula mentah di pasaran antarabangsa sekarang iaitu US$18.91 setiap 100lbs, bukan sahaja kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi malah harga gula akan menjadi lebih daripada RM2.84 sekilogram.

“Pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menanda tangan perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs.

“Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan membeli gula mentah dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran ketika itu iaitu US$23.42? Perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran dan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan menegaskan, beliau ketika itu telah memberi amaran kepada kerajaan bahawa semua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’ atau pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.
“Tetapi amaran saya langsung tidak dihiraukan kerajaan, malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab di Parlimen kononnya ‘harga gula mentah dunia dijangka akan terus meningkat pada masa depan’,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan bertanggungjawab kerana membuat keputusan yang tidak wajar, akhirnya menyusahkan semua rakyat.
“Ismail Sabri pada Januari tahun lalu dengan angkuhnya menyatakan ‘let me remind you that the government is smart’ kerana menanda tangan perjanjian tiga tahun itu.
“Sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013. Ini bermakna kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu.
“Mengikut harga pasaran sekarang, kerajaan sudah terlebih bayar sebanyak RM194 juta atau mengimport 2.73 bilion paun gula mentah setiap tahun. Hari ini, ia dibuktikan bahawa keputusan itu adalah ketetapan yang salah dan amat merugikan negara.
Beliau turut menggesa kerajaan memperjelaskan mengapa mereka mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula ‘duopoli’ di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd.
“Bukankah ia lebih baik untuk rakyat jika syarikat ini diberi tekanan untuk bersaing dan tidak dilindungi pihak kerajaan daripada risiko pasaran?
“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula. Jelas, sebab utama mengapa ia meningkat bukannya penyakit kencing manis atau pengurangan subsidi tetapi disebabkan tindakan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
“Akibatnya, kerugian beratus-ratus juta ini terpaksa ditanggung rakyat,” tegasnya.
Tambahnya, kerajaan perlu mengakui kesalahan yang dilakukan, menyiasat sebab gula mentah diimpot dengan harga jauh lebih mahal dan mengumumkan dasar pembetulan (corrective action) supaya penambahan beban rakyat tidak diulangi. – 29/10/13
P/s: Ingat gula mahal, ingat Pak Menteri di atas, 5 tahun lagi, pakat-pakat undi lagi dia dan geng.

Go to Source
Author: Maysia Tayadih

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan PAS sengaja ‘menjual’ nama pemimpin yang sudah meninggal dunia demi meraih undi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau tidak lama lagi.

Katanya, tindakan PAS memperalatkan nama bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sudah meninggal dunia kerana kepentingan politik merupakan perbuatan tidak elok pada pandangan umat Islam.

Beliau menjelaskan, PAS sepatutnya tidak mengeksploitasikan Allahyarham Azizan bagi menarik sokongan pengundi dalam usaha mereka mengekalkan kerusi DUN berkenaan.
“Jelas PAS sudah tidak yakin lagi untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan sehingga memaksa mereka menjual nama orang yang sudah mati bagi meraih sokongan pengundi,” tegasnya.
Beliau berkata,  PAS berterusan menjual nama Allahyarham Azizan kerana menyedari Barisan Nasional (BN) khususnya kepimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir semakin mendapat sokongan daripada rakyat negeri tersebut.
“Jika PAS benar-benar kuat dan masih diterima pengundi DUN Sungai Limau,sepatutnya mereka tidak tergamak jual nama orang yang sudah mati,” ujarnya.
Perbuatan PAS itu kata Syed Ali, merupakan satu penghinaan secara tidak langsung sama ada terhadap orang yang sudah mati dan waris mereka yang masih hidup.
“Orang yang sudah mati semoleknya disedekahkan al-Fatihah, bukannya terus menjaja nama malah gambar semasa hidupnya diperalatkan kerana kepentingan politik menjelang PRK,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, perbuatan tidak bertanggungjawab PAS semakiin ketara apabila sengaja memutarbelitkan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan isu kencing manis yang dihidapi oleh Allahyarham Azizan.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri ketika berucap di satu majlis di kawasan berkenaan hanya memberi fokus kepada Bajet 2014 dan pemansuhan subsidi gula dan antara lain berhubung masalah penyakit kencing manis.
“Malah Mukhriz (Datuk) yang berada disebelah Muhyiddin pada ketika  itu, turut mengesahkan Timbalan Perdana Menteri tidak bermaksud mengaitkan mana-mana pihak termasuk keluarga Azizan apabila berkata penyakit kencing manis sangat berleluasa di negeri tersebut (Kedah),” katanya.
Tetapi kata Syed Ali, pemimpin PAS sengaja memutarbelitkan kenyataan Muhyiddin dengan melemparkan tuduhan   tidak berasas kononnya satu penghinaan kepada Allahyarham Azizan dan keluarga beliau bersabit isu penyakit kencing manis.
“Nampak jelas bahawa PAS tergamak mempolitikkan nama Allahyarham Azizan dengan mereka cerita yang tidak benar dan bersangka buruk semata-mata untuk menarik perhatian pengundi,” jelasnya.
Mengenai gesaan salah seorang anak Allahyarham Azizan, Mohd Rafiie yang mahukan Timbalan Perdana Menteri memohon maaf di atas isu tersebut, Syed Ali berkata desakan itu tidak berasas dan perlu dilihat daripada perspektif yang positif.
“Niat Muhyiddin bukannya untuk menyinggung mana-mana pihak apatah lagi kepada keluarga Allahyarham, beliau hanya memberi gambaran secara umum bahawa penyakit kencing manis berleluasa di Kedah dan ada kaitan dengan penggunaan gula, yang telah dimansuhkan subsidinya dalam Bajet 2014,” kata beliau.

Mengulas tindakan PAS menyebarkan gambar calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat yang didakwa telah diubah suai menggunakan teknik superimpose mengadakan pertemuan  dengan Allahyarham Azizan (semasa menjawat jawatan Menteri Besar), Syed Ali berkata perbuatan itu membuktikan PAS semakin terdesak dan sanggup menjual nama orang yang sudah mati.

“Sepatutnya PAS berasa malu kerana gambar orang lain telah diubahsuaikan kepada wajah calon mereka bagi mengabui mata pengundi kononnya calon tersebut mempunyai hubungan rapat dengan bekas Menteri Besar,” ujarnya.
Bagaimanapun tegas beliau, pengakuan pemimpin PAS Kedah bahawa gambar tersebut adalah palsu memberi tamparan hebat kepada pemimpin mereka yang sanggup melakukan pembohongan secara terancang.
Pengarah Operasi PAS bagi kempen PRK Sungai Limau, Ir. Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu sidang media di Jerai, Kedai semalam, mengesahkan pemalsuan gambar tersebut dan akan menarik balik risalah berkenaan.
Sehubungan itu, Syed Ali menasihati pengundi di DUN Sungai Limau supaya tidak mudah percaya atau terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor PAS yang bermati-matian untuk memenangi PRK kali ini walaupun terpaksa memperalatkan pemimpin yang sudah meninggal dunia.
“Keluarga Allahyarham Azizan seharusnya menegur perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin PAS khususnya di Kedah yang tergamak melakukan apa sahaja hanya disebabkan kepentingan poltik.
PRK DUN Sungai Limau terpaksa diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Azizan pada 26 September lalu. Sebelum itu Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. 

Go to Source
Author: syed ali alhabshee

Powered by WPeMatico

  • Comments Off
KUANTAN, 28 Okt – Kenapakah hari pengundian sesuatu pilihanraya kecil iaitu detik bersejarah buat rakyat dipilih pada hari bekerja oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mutakhir ini?. Persoalan ini dikemukakan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli, 42, (foto) kepada krew PDO ketika dihubungi semalam. Menurut beliau, amat tidak munasabah sama sekali badan bebas seperti SPR boleh memilih hari bekerja untuk hari peristiwa besar seperti ini. Sambil menyorot hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Sg.Limau di Kedah yang jatuh pada hari Isnin 4 November ini, beliau amat hairan dengan mentaliti pegawai SPR dalam hal ini. “Saya pelik, kenapa mereka terfikir untuk mengadakan hari pengundian PRK Sg.Limau pada hari bekerja?. Bukankah ia menyukarkan pengundi terutamanya dari luar yang bekerja pada hari tersebut. Atas apa jua alasan, saya melihat SPR tidak sepatutnya memilih hari bekerja sebagai waktu pengundian sesuatu pilihanraya kecil. Sebelum ini di PRK Kuala Besur pun sama… Sepatutnya ada pegawai SPR yang berfikiran positif sebagai memudahkan pengundi dan meningkatkan jumlah mereka yang keluar mengundi maka tarikh PRK perlulah dibuat pada hari cuti hujung minggu atau cuti umum. Tindakan mengadakan PRK pada hari bekerja adalah tidak demokrasi dan dilihat mempunyai agenda tersendiri sebenarnya”, kata beliau.  Shukri berkata dia tidak memihak kepada mana-mana parti politik namun baginya sesuatu yang tidak wajar sama sekali SPR mencari jalan menyukarkan rakyat mengundi.

Mengadakan pilihanraya hari bekerja sengaja menyukarkan pengundi



“Bayangkan, jika kita berniat untuk mengadakan majlis perkahwinan atau pun acara keramaian di rumah kita… terfikirkah kita untuk adakan pada hari bekerja?. Bukankah hari tersebut kita mahu mengundang ramai tetamu datang meraikannya, maka sudah pasti kita akan pilih hari cuti hujung minggu supaya lebih ramai tetamu boleh datang. Buat pada hari bekerja maknanya menyusahkan tetamu mahu datang. Makanya, samalah juga dalam pilihanraya,… takkanlah tiada seorang pun pegawai SPR yang boleh berfikiran positif dengan membantah tindakan mengadakan hari pengundian PRK Sg.Limau ini pada hari bekerja?. Tindakan ini tidak masuk akal… SPR sepatutnya memilih hari yang memudahkan pengundi keluar mengundi.. bukan menyukarkan mereka”, tambah Shukri lagi. Dalam pada itu, beliau juga hairan kenapa  Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata Kerajaan Negeri Kedah tidak akan memberi cuti umum pada 4 November ini. Sebaliknya hanya akan memberi pelepasan untuk masuk lewat kepada penjawat awam bagi menunaikan tanggungjawab memilih. Alasan beliau tidak wajar cuti umum diberikan memandangkan hanya 27,222 pengundi yang terlibat dengan pilihan raya kecil tersebut berbanding dua juta penduduk negeri itu yang lainnya. Apapun, itu  hak Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan negeri Kedah memberi cuti umum kepada kakitangan awam negeri sempena PRK itu. “Bagi saya alasan yang diberikan oleh Mukhriz itu benar belaka.. tidak mungkin cuti diberikan untuk seluruh negeri hanya kerana PRK Sg.Limau. Namun persoalan yang saya tujukan ialah kepada SPR, kenapa menyusahkan pengundi dan sampai perli kerajaan negeri memberi cuti umum sedangkan mereka sepatutnya merancang hari pengundian itu pada hari cuti hujung minggu di Kedah. Maka itu, saya melihat SPR tersangat tidak profesional dalam mempertahankan amalan demokrasi di negara ini. Tindakan memilih hari bekerja menyusahkan penyokong kedua-dua parti bertanding untuk tunaikan tanggungjawab mereka sebenarnya.. Saya harap SPR kaji tindakan ini pada masa yang akan datang agar badan itu tidak dilihat lebih matang buat keputusan”, tambahnya lagi. 



[Ramai pihak yang melihat tindakan SPR ini tidak masuk dek akal sama sekali. Sepatutnya badan bebas yang bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dilaksanakan dengan sebaik mungkin, tetapi apa yang terjadi SPR sengaja mahu menyusahkan rakyat yang mahu keluar mengundi. Maka itulah tidak hairan jika pihak pembangkang menuduh SPR "double standard" selama ini. Rupanya mereka sendiri cuba meletakkan diri mereka dalam keadaan yang amat mencurigakan. Seolah-olah tiada seorang pun pegawai SPR yang bertugas boleh terfikir bahawa hari pengundian sesuatu pilihanraya itu adalah satu detik bersejarah yang sepatutnya dibuat pada hari cuti. Kita tidak menyalahkan MB Kedah yang enggan memberi cuti umum pada 4 November itu, kita wajar menyalahkan SPR yang memilih tarikh itu. SPR seolah-olah bertindak bijak sedangkan mereka nyata telah memperbodohkan diri sendiri. Akhirnya bila rakyat bangkit memprotes mereka pula menyalahkan rakyat. Sedangkan tindak tanduk mereka sendiri yang sering dipersoalkan tidak pernah difikirkan langsung. Apakah  ini nama amalan demokrasi berparlimen di Malaysia yang ingin dipertahankan dan dibanggakan itu agaknya?].

http://www.pahangdaily.blogspot.com


Go to Source
Author: pahangdaily

Powered by WPeMatico

  • Comments Off


Apa tujuan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat dan rombongan mengunjungi rumah Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam dan bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.
 
Adakah ia ikhlas sebagai menghargai perjuangan bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu atau mempunyai muslihat lain ketika menjelang PRK DUn Sungai Limau.
 
Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, banyak pihak tertanya-tanya muslihatnya kerana gambar yang diambil bersama Baharom dimuat naik dalam internet beberapa minit selepas itu.
 
“Adakah mereka ikhlas membuat kunjungan hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu melainkan jika ingin meraih tujuan politik,” katanya pada sidang media di boiilik gerakan ionduk BN di Sungai Limau dalam di sini petang tadi.
 
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas kunjungan Mohd Azam bersama Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar ke rumah Baharom semalam atas alasan menghargai jasanya yang banyak memberikan sumbangan kepada parti itu.
 
Menurutnya, jika mahu menghargainya, tidak perlu menggunakan gambar kunjungan itu untuk kepentingan politik dalam PRK ini.
 
Ini, katanya berbeza dengan pendekatan BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
 
“Saya dan Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.
 
“Kita lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. Kami berbual hampir dua jam di rumahnya dan tiada siapa pun yang tahu,” katanya.
 
Menurutnya, perkara itu dirahsiakan kerana ia adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.
 
“Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini,” katanya.
 
Mukhriz berharap rakyat dapat menilai pendekatan yang digunakan BN dalam pilihan raya ini yang tidak pernah mengambil kesempatan atas apa-apa isu untuk meraih sokongan rakyat.-Sh

Go to Source
Author: {author

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Apakah badi kekalahan tipis dalam pemilihan naib presiden umno akan berlarutan dalam PRK Dun Sungai Limau.. Insya Allah, Pas akan mengekal kerusi tersebut..

Mukhriz persoal kunjungan ke rumah bapa Jamil Khir
MOHD IDROS MOHD ALI
25 Oktober 2013



Mukhriz
YAN – Apa tujuan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat dan rombongan mengunjungi rumah Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam dan bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.
 
Adakah ia ikhlas sebagai menghargai perjuangan bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu atau mempunyai muslihat lain ketika menjelang PRK DUn Sungai Limau.
 
Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, banyak pihak tertanya-tanya muslihatnya kerana gambar yang diambil bersama Baharom dimuat naik dalam internet beberapa minit selepas itu.
 
“Adakah mereka ikhlas membuat kunjungan hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu melainkan jika ingin meraih tujuan politik,” katanya pada sidang media di boiilik gerakan ionduk BN di Sungai Limau dalam di sini petang tadi.

 Baca sepenuhnya Klik Sini

Macam otak budak tadika kemas mamat ni,,, dia nak compare kunjungan nya ke rumah balu arwah Tan Sri Azizan,, 
Woi,, memang la hang tak cerita kat orang sebab hang pi ke rumah orang Pas,,, 

Lain dengan pimpinan Pas,, pergi buat kunjungan ke rumah ahli Pas,,, dah terlanjur sampai dekat dengan rumah bekas pimpinan kawasan,,, singgah dan ziarahlah,, itukan budaya Pas,, ziarah… 
Apa hal,, kalut juga no…

Go to Source
Author: Manjungmari

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

ULASAN PRU SG LIMAU                                                                             

Calon PRK Sg Limau, Sohami dan Azam angkat tangan. 

11 hari lagi penduduk di kawasan Dun Sungai Limau akan mendapat wakil rakyat baru bagi menggantikan Azizan Abdul Razak yang telah kembali ke Rahmatullah 26 September lepas. Pada hari itu (4 November) seramai 27,287 pengundi berdaftar di Dun Sungai Limau akan membuat pilihan di antara dua calon pengganti Azizan; Mohd Azam Abdul Samat, 37 dari Pas dan Ahmad Sohaimi Lazim 52 dari UBN.

Kedua nama itu telah diumumkan layak bertanding oleh SPR pagi ini. Hanya mereka berdua sahaja menyerahkan borang penamaan calon. Dua calon bebas yang pernah bertanding dalam pilihan raya lalu tidak berbuat demikian, mungkin kerana tidak cukup wang deposit.

Sebagai kerusi miliknya, Pas menyandarkan harapan besar kepada Azam rupakan seorang guru sekolah agama. Manakala Umno dalam mencari ruang untuk menambahkan bilangan kerusi di Dun Kedah telah memilih seorang pensyarah di IPTA, Sohaimi sebagai pencabar kepada Azam.

Dari segi saiz kedua mereka cukup sifat dan hampir sama sahaja. Kedua-duanya anak tempatan di dalam Dun Sungai Limau. Mereka juga kebetulan merupakan aktivis atau pun penjawat parti. Azam ketua Pemuda Pas, manakala Sohami ahli jawatan kuasa Umno bahagian Jerai. Kalau dibeza pun dari segi fizikal, seorang bermisai dan berjanggut tebal manakala seorang tidak. Ini berdasarkan kepada gambar terbaru mereka hari ini.

Di atas kertas Pas diramalkan mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Sungai Limau merupakan kubu kuat Pas sejak berdekad lalu. Kemampuan Azizan Razak yang ketika itu sudah uzur syarie dan berdepan dengan berbagai kritikan atas kelemahan dan keegoaanya sebagai MB Kedah mempertahankan kerusi itu membuktikan Sungai Limau merupakan ‘limau manis’ buat Pas ketika itu apabila Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi. Azizan mendapat 13,294 undi manajala calon UBN Mohd Fadzilah Mohd Ali mendapat 10,520 undi manakala dua calon bebas hilang wang pertaruhan.

Jadi insya-Allah Azam akan mampu mengekalkan kerusi itu dan menyambung khidmat kepada rakat yang tertinggal oleh Azizan Razak. Pastinya Pas Kedah yang kini dipimpin oleh Mahfuz Omar telah membuat semakan dan pilihan tepat dengan memilih Azam. Perhitungan dari semua sudut dibuat sebaik mungkin.

Azam juga dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas timbalan peseruhjaya Pas Kedah. Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh melendikkan keadaan di Kedah. Phahrolrazi yang sebelum ini menjawat jawatan timbalan pesuruhjaya Pas Kedah bertindak melepaskan jawatan itu apabila Pas Pusat melantik Mahfuz Omar menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan. Pelepasan jawatan oleh Phahrolrazi itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.

Memang tepat kalau Azam dipilih menjadi calon. Kalau Phahrolrazi ada menyimpan rasa terkilan atau ada apa-apa ‘sampah’ di dalam matanya, beliau akan pulih dengan pemilihan Azam. Kata orang walaupun sebusuk-busuk daging bila dibasuh, direbus akhirnya dicecah garam dan asam dimakan juga. Pas Kedah tentu berharap sangar Phahrolrazi ang dilihat menjadi penentang kepada Azizan Razak semasa kerajaan Kedah wujud akan memberi sokongan padu kepada Azam

Sokonagn padu dan kerjasama erat sesama sendiri cukup penting dalam pilihan raya kecil seperti Sungai Limau itu. Walaupun Pas menerusi Azizan Razak menang besar tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Semua terletak kepada kerjasama dan kemantapan sokongan Pas Kedah sendiri. Apa lagi sokongan kepada Azizan itu katanya kerana keperibadiannya di situ. Sokongan ramai, petugas dan pembantu dari luar tidak akan memberi apa-apa kesan, retak kecil tidak dapat ditampal dengan gam dari luar.

Insya-Allah kalau keadaan ini dapat diatasi Pas akan menang walaupun dengan majoriti sekitar 300 hingga 500 undi.

Isu dan masalah Umno

Pilihan raya kecil itu bukan saja menjadikan Pas dalam situasi tertekan, tetapi ia ia juga berlaku kepada Umno. Begitu juga dengan masalah di dalam Pas juga berlaku di dalam Umno. Pilihan raya kecil itu menjadi ujian kedua buat Mukhriz Mahathir, yang kini menjadi Pengerusi Umno Kedah dan juga MB Kedah yang baru. Beliau baru sahaja kalah dalam merebut jawatan naib presiden Umno. Kelahan itu menjadi phobia kepada anak bekas PM itu. Namun dia akan menggunakan Sungai Limau sebagai medan untuk menebus kekalahan itu.

Mukhriz mahu menjadikan kemenangan itu sebagai penawar. Tetapi itu bukan gampang kerana seperti dinyatakan tadi, Umno juga menghadapi masalah dalaman seperti Pas juga. Mukhriz termasuk bapaknya mahukan kemenangan. Untuk itu mereka akan melakukan apa sahaja. Bagi Mukhriz kejayaanya menambah kerusi di Dun Kedah satu lagi nilai untuk dirinya. Manakala kekalahan menjadikan kekalahan tripple untuk Mukhriz di dalam Umno. Sebelum ini dia kalah kepada Khairy Jamaluddin dalam merebut jwatan Ketua Pemuda, baru lalu kalah lagi apabila gagal merebut kerusi naib presiden. Dan kekalahan di Sungai Limau nanti akan mengenapkan kekalahan ketiga.

Mukhriz mungkin dapat merasai dia tidak begitu konfiden dalam menghadapi pilihan raya kecil itu. Dalam keadaan beliau diasak oleh para pencemburunya, sukar untuk dia meloloskan diri. Sekurang-kurang ada tiga individu di dalam Umno yang kurang selesa dengan kemaraan Mukhriz yang ditopang oleh bapaknya itu. Bagi individu-individu ini walaupun Mukhriz kelihatan kecil tetapi ia diragui kerana ia bersifat macam virus yang boleh berkembang dalam masa singkat.

Mereka yang dimaksudkan itu ialah Zahid Hamidi, Hihsmuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin. Mungkin Zahid tidak merasa sebimbang Hishmuddin dan Khairy dalam menghadapai Mukhriz bersama Mahathir ini. Kerana itu Hishmuddin dan Khairy perlu berhati-hati. Mereka pasti sedang memerhati langkah dan tindakan Mukhriz seterusnya.

Justeru kerana Sungai Limau ini bakal memberi penambahan nilai politik (political mileage) buat Mukhriz maka mereka harus berbuat sesuatu.  Senario itu kalau mengikut sifir politik kemenangan bagi Ubn di Sungai Limau tidak memberi kebahagiaan kepada Hishmuddin dan Khairy. Kemenangan itu adalah kemenangan Mukhriz yang boleh mengubati kesakitannya untuk terus melanggar mereka berdua dan tidak merasaikan kegagalan memenangi kerusi naib presiden sebagai kekalahan. Perlu diingat cita-cita Mukhriz bukan saja ternokhtah dengan menadi MB tetapi ke puncak jawatan perdana menteri.

Makanya hendak tidak hendak, suka atau tidak, Hishmuddin dan Khairy harus membentengi Mukhriz. Caranya dengan menjadikan piliha raya kecil Sungai Limau sebagai kekalahan ketiga buat Mukhriz. Untuk melakukan ini Hismuddin dan Khairy tidak perlu bergerak secara nyata. Beliau hanya memberi semangat sahaja. Sudah ada jentera di Kedah sendiri yang tidak seronok dengan tindak tanduk Mukhriz yang kelihatan naik berdecun macam jet. Mereka yang kesal ini boleh bertindak menjadi petugas rahsia kepada Hishmuddin dan Khairy.

Itu hakiat apa yang dapat dikesani di sebalik semangat atau roh pilihan raya berkenaan. Hakikat inilah yang menyebabkan Mukhriz merasa sakit untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Beliau akan merasakan Sungai Limau bakal menghanyutkan jasad kekalahan dalam merebut jawatan naib presiden.

Tetapi bagaimana pula dengan isu-isu yang akan dimainkan di sepanjang pilihan raya itu. Dalam konteks ini Pas agak kurang bernasib baik sedikit kerana keadaan memberi kelebihan kepada UBN. Banyak isu-isu menarik di pihak UBN. Bagaimana pun isu-isu berkenaan hanya sampingan saja sebab ia merupakan isu nasional yang dikira tidak begitu mempengaruhi pengundi tempatan.

Antaranya ialah isu, kalimah Allah, akta pencegahan jenayah, syiah, kemelut dalaman Pas di Kelantan dan cadangan dewan ulamak agar Pas mengkaji semula kerjasama politik dengan PKR. Isu-isu itu adalah isu utama yang pasti akan diguna UBN untuk menjadi tuba kepada pengundi di Sungai Limau. Pastinya juga beberapa individu yang telah keluar Pas menyertai Umno di Kedah akan mengambil bahagian aktif dalam menyebarkan isu-isu ini.

Manakala isu-isu yang akan digunakan oleh Pas pula seperti isu kalimah Allah di mana Pas akan membawanya secara songsang dengan memimbulkan isu itu bukan kepentingan agama tetapi politik apabila ia dihalang di Semenanjung tetapi dibenarkan di Sabah dan Sarawak. Isu-isu lain tentang kenaikan harga minyak 20 sen, jenayah sosial, isu TTPA dan lain-lain. Isu-isu nasional ini juga dikira tidak memberi kesan besar kepada Pas dalam pilihan raya Sungai Limau ini.

Seperti disebut tadi isu-isu nasional itu tidak banyak mempengaruhi kedua-dua pihak. Sebaliknya isu tempatan yang bakal memberi dan menguntungkan di antara kedua pihak. Dan sekiranya Pas dapat mengekalkan 90% pengundi diperolehi Azizan Razak, calon Pas Azam akan menang. Dan untuk ini Pas sedikit kekok sebab yang memuji Azizan bukan saja Pas, tetapi Umno juga. Gambar Mahathir menyirami air mawar di kuburan Azizan pasti akan digunakan sebagai kempen secara berleluasa.

Manakala ketiadaan Nik Aziz Nik Mat pada hari kematian Azizan Razak sudah pasti akan dimanipulasikan secukupnya oleh Umno. Kita tunggu 11 hari dari sekarang Sungai Limau akan memaniskan siapa? [wm.kl.1:39 pm 23/10/13]

Go to Source
Author: mso.im

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, UMNO tidak pernah dan tidak sesekali menolak mana-mana pemimpin veteran termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, bukan dasar parti untuk menyingkir mana-mana pemimpin veteran apatah lagi yang jasanya begitu besar kepada rakyat dan negara.

Malah katanya, UMNO sentiasa menghargai dan menerima pandangan serta teguran yang dilontarkan oleh Dr. Mahathir demi penambahbaikan parti.

“Ahli UMNO kenal Dr. Mahathir, segala teguran dan pandangan beliau hanyalah untuk kebaikan parti, walaupun kadangkala kritikannya agak pedas,” ujarnya jujur.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali supaya tidak mengaitkan kekalahan Datuk Muhkriz bagi jawatan Naib Presiden UMNO ekoran penolakan ahli-ahli parti terhadap Dr Mahathir. 

“Tuduhan Azmin kononnya kekalahan Mukhriz sebagai mesej ahli-ahli UMNO menolak Dr. Mahathir adalah tidak berasas dan dakyah jahat,” tegasnya.

Beliau menyangkal tuduhan dibuat oleh Azmin ketika berucap di majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah semalam.


Azmin seperti yang disiarkan oleh portal berita pro-pembangkang, malaysiakini.com hari ini antara lain turut mencabar Dr. Mahathir turun berkempen di Sungai Limau selepas Mukhriz ditolak anggota UMNO dalam pemilihan parti yang baru sahaja selesai.


Kata Naib Presiden PKR itu, kekalahan Mukhriz dalam pemilihan Naib Presiden UMNO menunjukkan bahawa ahli parti itu sendiri menolaknya, serta Dr Mahathir yang sering membayangi karier politiknya.

“Dah jelas UMNO tolak Mukhriz. Jika UMNO tolak Mukhriz ini bermakna mereka juga tolak Mahathir,” kata Azmin lagi.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata cabaran dan tuduhan Azmin itu sekadar provokasi politik untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO.


Beliau mendakwa, tuduhan Azmin itu sebagai membawa suara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya berdendam terhadap Dr. Mahathir setelah dipecat daripada UMNO.

“Azmin adalah office-boy kepada Anwar, jadi dia buat tuduhan karut itu bagi memenuhi kehendak dan arahan Anwar.

“Mengapa dia kaitkan Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO ? ini menunjukkan PKR sudah kehabisan modal politik bagi memenangi hati pengundi di Sungai Limau,” ujarnya. 

Sebaliknya kata Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, pertandingan dalam UMNO merupakan persaingan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan untuk masa depan negara.

Katanya, soal Mukhriz menang atau kalah bagi merebut tempat sebagai Naib Presiden UMNO tiada kaitan dengan Dr. Mahathir.

“Yang buat pilihan adalah perwakilan UMNO, ahli-ahli parti peringkat akar umbi telah membuat keputusan berdasarkan gerak hati mereka dan keputusan itu sewajranya dihormati,” tegasnya.


Kata Syed Ali, ahli-ahli UMNO sudah cukup berpengalaman dalam soal pemilihan pemimpin termasuk bagi jawatan Presiden dan Naib Presiden parti.

“Jadi tidak timbul isu ahli-ahli parti tolak individu tertentu kerana selepas pemilihan mereka akan kembali bersatu sebagai sebuah keluarga,” ujarnya lagi.


Tambah beliau lagi, Azmin sepatutnya terlebih dahulu menegur kepimpinan DAP yang jelas tidak menafikan hak dan suara ahli-ahli mereka.

“Kenapa dia tidak berani nak hentam Karpal Singh dan Lim Kit Siang termasuk Lim Guan Eng berikutan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kucar-kacir dan bercanggah dengan prinsip demokrasi,” katanya.

Dalam hubungan ini, beliau menasihatkan Azmin supaya lebih ‘cerdik’ apabila membuat kenyataan bertujuan memburuk-burukkan pemimpin UMNO.

“Azmin sepatutnya tengok diri dalam cermin, apakah wajah mereka (PKR) selama ini tidak buruk pada pandangan rakyat terutama orang Melayu,? soal beliau lagi.

“Jangan membabi-buta nak campur urusan UMNO, akhirnya rakyat akan lihat kebodohan diri sendiri.

Go to Source
Author: syed ali alhabshee

Powered by WPeMatico

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.


Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages


.
.
.

like ?



Tekan gambar !


..

.

<