Wah! Kanan juga cerita BEST!!!

<

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Meminggirkan Pembangunan Luar Bandar, Sabah dan Sarawak

Institut Rakyat memandang serius agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada 14 September 2013 memandangkan kegusaran serius bahawa PEB ini, jika dilaksanakan akan terus meminggirkan golongan Bumiputera termasuk masyarakat Melayu sendiri yang miskin di seluruh negara terutamanya di luar bandar di samping risiko menimbulkan ketegangan etnik dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Justeru, dalam analisa sepintas lalu Institut Rakyat, tiga persoalan berikut wajar dikemukakan mengenai agenda tersebut:

1. Adakah PEB akan mengurangkan jurang ekonomi di antara dan di kalangan kaum?
2. Adakah PEB akan mengeratkan hubungan antara etnik?
3. Apakah halatuju PEB dari segi kesaksamaan sosial dan perpaduan nasional?

Institut Rakyat berpendapat bahawa pengumuman ini jelas merupakan antara langkah-langkah persediaan PM Najib sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dijangka akan berlangsung sebelum berakhirnya tahun 2013. Inisiatif seumpama PEB ini seolah-olah memberi isyarat kepada PERKASA yang selama ini begitu lantang sejak pentadbiran Najib agar memberi sokongan padu kepada kepimpinan PM Najib.

Malah, inisiatif ini boleh dilihat sebagai jaminan kepada pertubuhan bersayap kanan itu yang pernah membantah cubaan PM Najib melakukan perubahan melalui New Economic Model (NEM) atau Model Ekonomi Baharu bahawasanya agenda perjuangan PERKASA sebenarnya adalah.satu-satunya matlamat pembangunan ekonomi nasional.

PM Najib juga telah mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang bakal dipengerusikan oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri lain. Institut Rakyat tidak menolak kemungkinana bahawa langkah seumpama ini akan digunakan oleh PM Najib untuk mengawal pelbagai kumpulan dalam Umno untuk menstruktur semula kuasa politik ke atas ekonomi Malaysia seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dahulu.

irUntuk mempertahankan jawatan Presiden Umno, Najib perlu berusaha lebih gigih kerana kegagalan memenuhi kebanyakan KPI pilihanraya umum ketigabelas (PRU13): hilang lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat, gagal menawan semula Selangor malah Pakatan Rakyat (PR) menang besar dengan menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri, dan kehilangan undi popular Barisan Nasional (BN) buat kali pertama.

Formula BN berlandaskan kepelbagaian kaum lenyap selepas PRU13. BN kini lebih jelas sebagai satu gabungan politik yang didominasi oleh Umno dan beberapa parti tertentu dari Sabah dan Sarawak. Justeru, kemungkinan kepimpinan BN/Umno akan lebih terdorong untuk menjadi sebuah kerajaan bagi Bumiputera sahaja dan bukan kerajaan bagi seluruh rakyat Malaysia adalah suatu risiko yang tidak boleh dipandang enteng.

Walaupun Najib sepatutnya menjadi Perdana Menteri bagi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latarbelakang etnik, agama dan kecenderungan politik, sebaliknya dengan agenda PEB ini PM Najib sebenarnya jauh keterbelakang berbanding dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

DEB

DEB adalah suatu program sosio-ekonomi dengan serampang dua mata yang diperkenalkan pada 1971, dirangka untuk mewujudkan perpaduan nasional iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum supaya jurang kekayaan dan pendapatan antara kaum dapat dirapatkan serta penyusunan semula masyarakat untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi atau sektor ekonomi.

Tujuan utama DEB adalah untuk menstrukturkan semula masyarakat dengan mengubah sistem ekonomi warisan penjajah British di mana peranan dan sektor ekonomi telah diasingkan mengikut kumpulan etnik agar penjajah boleh terus menikmati hak istimewa ke atas ekonomi menerusi strategi “divide and rule”.

Walaubagaimanapun, dasar tindakan affirmatif ini hanya berkesan jika dilaksanakan dalam satu jangkamasa tertentu dan wajar ditamatkan jika didapati secara empirikal telah mencapai kebanyakan daripada objektif asal untuk mengelakkan penyalahgunaan dan kebergantungan berlebihan terhadap hak atau kedudukan istimewa yang secara semulajadi bersifat sementara yang berkemungkinan mengwujudkan bibit-bibit ketegangan hubungan etnik.

Namun, menurut kajian UNDP yang bakal menerbitkan Laporan Pembangunan Manusia di Malaysia, Bumiputera-bukan-Melayu yang merupakan minoriti dalam kumpulan besar Bumiputera telah ketinggalan dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan kualiti hidup berbanding dengan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakkan daripada mereka bertumpu di Sabah, Sarawak dan kampung Orang Asli di Semenanjung Malaysia malah masyarakat Melayu yang miskin.

Fokus peringkat kedua DEB yang dijenamakan semula sebagai Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991 adalah untuk mengwujudkan komuniti dagang dan industri Bumiputera dengan mengagihkan pemilikan entiti awam kepada sektor swasta. Jawapan Dr Mahathir pada ketika itu untuk menangani ketidaksaksamaan ekonomi adalah dengan mengwujudkan seramai mungkin jutawan Melayu supaya sama ramai dengan jutawan Cina.

Pendekatan ini melahirkan lapisan usahawan elit Melayu yang mempunyai pertalian yang terlalu rapat dengan ahli politik dan akhirnya mengakibatkan jurang intra-etnik meningkat secara mendadak dan pembangunan luar bandar terus gagal mendapat perhatian yang sewajarnya.

Ketidaksaksamaan Nasional Meningkat

Malaysia hari ini merupakan antara negara di Asia Tenggara yang paling tidak saksama masyarakatnya. Ukuran Pekali Gini (Gini coefficient) digunakan untuk mengukur ketidaksaksamaan pendapatan di mana 1 merupakan ketidaksaksamaan penuh, manakala 0 merupakan kesaksamaan penuh.

Menurut Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, pekali Gini Malaysia secara keseluruhan adalah 0.431; ketidaksaksamaan di
kalangan sesuatu kumpulan etnik hampir sama bagi setiap etnik: Bumiputera (0.421), Cina (0.422), and India (0.443). Malah, apa yang lebih menyedihkan adalah apabila 40% isi rumah terbawah hanya mempunyai pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,847 pada tahun 2012.

Fokus agenda PEB terhadap golongan Bumiputera semata-mata bukan sahaja menafikan realiti bahawa ketidaksaksamaan ekonomi adalah satu fenomena yang melangkaui batasan etnik, malah gagal mengenalpasti masalah berbeza yang dihadapi oleh Bumiputera di bandar dan luar bandar, serta kepelbagaian cabaran yang dialami oleh Bumiputera kelas menengah dan miskin. Institut Rakyat mengambil pendirian bahawa jika fokus utama adalah untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan pelbagai jurang sosio-ekonomi, maka dasar tindakan afirmatif wajar disasarkan berdasarkan kelas ekonomi.

Tidak keterlaluan jika agenda PEB yang diumumkan oleh PM Najib boleh disifatkan sebagai pendekatan patron-klien “Saya tolong kamu, kamu tolong saya” yang bertitiktolak daripada kepentingan dan matlamat yang ingin dicapai dalam Perhimpunan Agung Umno.

Ini adalah kerana Agenda PEB hanya akan dapat memanfaatkan golongan Bumiputera warga bandar serta kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana yang telah pun mempunyai pendidikan asas, kewangan dan keupayaan infrastruktur untuk menyertai program ini dan bukannya Bumiputera di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang masih hidup dalam serba kekurangan tanpa jalan, sekolah, hospital, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bekalan air dan elektrik.

Ironinya, kemenangan BN dalam PRU13 banyak bergantung kepada golongan yang serba kekurangan ini kerana tanpa sokongan mereka BN tidak mungkin mampu memberntuk Kerajaan Pusat.

Mengelakkan ketidakpuasan hati antara etnik

Institut Rakyat berpendapat dasar ekonomi yang berasaskan etnik akan hanya memecahbelahkan masyarakat kerana ia akan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang tercicir, sedangkan setiap rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan nasional dan seterusnya layak menikmati kemakmuran ekonomi bersama.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pengagihan kekayaan dan kemakmuran ekonomi yang saksama dengan sasaran berasaskan keperluan atau “needs-based policy” bukannya etnik.

Hakikatnya, BN/Umno gagal menggunakan pendekatan ini sepenuhnya kerana mereka terlalu terikat dengan komitmen kepada politik perkauman Umno. Namun, ini sepatutnya tidak menghalang mereka daripada memperkenalkan pendekatan berdasarkan kedudukan ekonomi atau keperluan dalam sesuatu dasar afirmatif.

Di Manakah Agenda Malaysia?

Hari Malaysia seharusnya memperlihatkan komitmen Najib utuk mengwujudkan perpaduan nasional dengan mengatasi jurang ekonomi di kalangan rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ketidakpuasan hati timbul di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak akibat kegagalan kerajaan melaksanakan Perjanjian 18/20 yang termeterai 50 tahun yang lalu. Malah, agenda PEB juga mengetepikan isu hak tanah yang dihadapi oleh Orang Asli di Semenanjung seperti mana yang dikemukakan oleh Laporan Suhakam berhubung Inkuiri Nasional ke atas Hak Tanah Orang Asli/Asal Malaysia baru-baru ini.

Sebaliknya, tumpuan BN/Umno menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Melayu mengenai jaminan hak istimewa, kedudukan dan agama.
Walau bagaimanapun, keputusan PRU13 telah memperlihatkan bahawa cubaan ini tidak berjaya sepenuhya kerana sokongan masyarakat Melayu terhadap BN terpecah dua dalam peratusan yang tidak jauh berbeza bagi PR.

Maka, pilihan yang kita ada sekarang bukan di antara dasar afirmatif etnik atau sistem meritokrasi, tetapi di antara dasar afirmatif etnik yang memecahbelahkan masyarakat dengan dasar afirmatif berasaskan keperluan yang bertitiktolak daripada kelas ekonomi.

Azrul Azwar
Pengarah Esekutif

Yin Shao Loong
Pengarah Penyelidik

INSTITUT RAKYAT
Petaling Jaya

Go to Source
Author: Keadilan Daily

  • Comments Off

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu.

“Akan tetapi jika mereka (SPR) tidak menambah kerusi dan proses hanya melibatkan pengarisan semula sempadan, ini adalah bahaya kerana ia membenarkan manipulasi dan tidak perlu undi dua pertiga,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.
“Pada masa lalu mereka (BN) menang besar dalam pilihan raya kerana aktiviti persempadanan semula sentiasa memihak kepada mereka… mereka memindahkan sokongan kami ke kerusi lain.”
Akan tetapi pengarah strategi PKR itu mengatakan kali ini persempadanan semula akan melibatkan penambahan dalam bilangan kerusi.
Beliau berkata sejajar dengan desakan kempen “satu undi, satu nilai” DAP, ahli parlimen PR akan berjuang habis-habisan untuk menggunakan kuasa Parlimen bagi memastikan pengundi lebih adil tersebar tidak seperti keadaan sekarang.
Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.
Wan Saiful Wan Jan: Tidak ada logik. — Gambar failDalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.
“Putrajaya mempunyai 15,791 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai 144,159 pengundi. Ini tidak masuk akal.
“Dan kita mempunyai kerusi DUN Sri Serdang dengan 72,769 pengundi jauh lebih tinggi dari kerusi Parlimen Putrajaya,” beliau dipetik sebagai berkata.
Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa.
Dalam Wall Street Journal semalam, wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.
“Terima kasih kepada amalan berat sebelah anti-bandar melampau dan pemansuhan peraturan yang mengawal saiz relatif kawasan pilihan raya, kawasan pilihan raya terbesar mempunyai sembilan kali lebih ramai pengundi daripada paling kecil,” tulis Bowring.
“Atas dasar itu, dan mengambil kira bilangan kerusi dilawan sengit, pembangkang mungkin akan perlu menang sekurang-kurangnya 58 peratus undi popular untuk mendapatkan majoriti kerusi.”
Tony PuaBercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula.
SPR mengatakan baru-baru ini aktiviti itu akan bermula hujung tahun ini selepas proses enam bulan mendengar petisyen pilihan raya selesai. Petisyen mesti difailkan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan.
Perlembagaan Persekutuan menetapkan proses persempadanan semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap lapan tahun. Kali terakhir SPR melakukan persempadanan semula adalah pada 2003.
“Tumpuan akan lebih kepada satu orang, satu undi, satu nilai selain dari mengetengahkan reformasi lain,” kata Pua. “Apa yang kami mahu adalah padang lebih sama rata dalam pilihan raya umum akan datang.
“Dalam erti kata lain, kita tidak sepatutnya melihat gabungan yang menang undi popular akan tetapi kalah dalam kiraan kerusi Parlimen.
“Oleh kerana BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, aktiviti tersebut mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” tambah beliau.
Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke bersetuju dengan rakan partinya, mengatakan adalah penting bagi PR menggunakan sepenuhnya pengaruh di Parlimen dan melawan jika tidak bersetuju dengan cadangan persempadanan semula SPR.
“Kita mempunyai lebih daripada satu pertiga ahli Parlimen dalam Dewan. Kita cukup kuat untuk memastikan persempadanan dilakukan dengan betul dan profesional,” katanya.
“Penentu undi tidak boleh menjadi tidak masuk akal seperti hari ini.”
Khalid SamadAhli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad mengatakan perlu ada pengagihan pengundi yang “masuk akal” di kawasan pilihan raya bagi memastikan setiap undi mempunyai nilai sama di semua kawasan pilihan raya.
“Dalam sesetengah kes, terdapat kawasan Parlimen yang kurang daripada 10,000 pengundi… di tempat lain, anda mempunyai kerusi dengan lebih 100,000 pengundi.
“Kita akan cuba mengetengahkan perwakilan lebih adil secara menyeluruh,” katanya.
BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 dalam pilihan raya 5 Mei akan tetapi buat pertama kali semenjak 1969, gabungan pemerintah itu hilang undi popular, hanya mendapat 48 peratus undi berbanding PR yang mendapat 51 peratus.
Pemimpin PR secara serta merta mendakwa terdapat penipuan apabila pemimpin de facto mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangkang persekutuan telah menang pilihan raya.MI

Go to Source
Author: PASPB

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.

“Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas,” tulis Khalid dalam Twitternya.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita PAS Selangor telah menghantar empat nama untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

“Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

“Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri,” ujarnya.

Sehingga semalam, hanya DAP sahaja yang mengesahkan Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah mewakili parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

DAP dijangka akan mengekalkan kerusi Speaker kerana parti itu juga menang jumlah bilangan kerusi DUN yang sama dengan PAS.

Jika ini berlaku bermakna ketiga-tiga parti Pakatan mendapat ekuiti yang sama dalam kerajaan negeri Selangor dengan PKR mendapat kerusi MB manakala DAP mendapat kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14.
Go to Source
Author: Juragan

TERBAIK!!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan “kalau ada pun terlalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal”.

Sehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen – bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada “dua atau tiga” kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.

Ahli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

“Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001.
Go to Source
Author: Omar Sahlan

  • Comments Off

Ekoran perang mulut antara pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau dengan rakan sejawatannya dari KEADILAN, Chua Jui Meng semalam, satu arahan dikeluar meminta mereka ‘tutup mulut’ dan tidak meneruskan lagi pertikaian mereka secara terbuka.

“Saya telah bercakap dengan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dan kami bersetuju supaya Chua dan Boo berhenti daripada terus membuat komen terbuka mengenai hubungan antara kepimpinan DAP dan KEADILAN Johor, terutama mengenai isu agihan kerusi,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

“Kedua-dua pemimpin negeri itu juga hendaklah berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi parti masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai peruntukan kerusi antara kedua-dua parti bagi pilihanraya umum akan datang.”

Lim menegaskan bahawa pertelagahan antara kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat Johor itu telah berjaya dieksploitasi oleh media arus perdana yang dikawal oleh BN.

“Publisiti negatif sedemikian tidak wajar menjelang pilihan raya umum dan hanya akan menggembirakan BN dan mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat, yang berharap untuk mencipta kejayaan memecah kubu BN ini (Johor).”

Lim berkata kepimpinan DAP pusat menghargai sumbangan Boo dan mengakui kekecewaan beliau tetapi menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dinyatakan secara terbuka sehingga semua saluran perbincangan dimanfaatkan.

Beliau menggesa semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat supaya meluahkan pandangan mereka melalui saluran dalaman agar tidak membuka peluang kepada musuh politik mereka.

Kepimpinan DAP pusat, katanya, akan menyampaikan sentimen dan justifikasi DAP Johor dalam rundingan akhir agihan kerusi, yang akan dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Lim juga mendedahkan bahawa rundingan agihan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat masih berterusan.

DAP diwakili pasukan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan raya, Tan Kok Wai.

Semalam Boo mengeluarkan kenyataan keras menggesa Anwar atau Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya mengambil alih kepimpinan KEADILAN Johor.

Beliau mendakwa keangkuhan Chua telah merosakkan kerjasama yang kuat yang dibina antara DAP Johor DAP dan KEADILAN sebelummya dan sehingga 2010.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Go to Source
Author: Pencacai SeMalaysia®

  • Comments Off

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • zacky: call me [...]
  • Rico: My site is all about budget travel: tips, news and articles. I hope you like it as much as I liked [...]
  • GenjikOndUrO: CeLaka ZeOnis !! Hmm . . X berhati perUt lngsng ! [...]
  • tufail b mohd nasir: Hantaran tok owng negeri sembilan berape ek lau adew kwn2 ley bg thu ktew nk minx tlg nie [...]
  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

.
.
.

.
.

Gambar caicng babi macam muka babi
.

Rumah berbentuk mangkuk tandas
.

Sawah padi sangat unik
.

Kereta dan motorsikal dalam 1
.

Jepun obses seks
.

Lama tapi moden
.

Sebab lelaki berbohong adalah?
.

Pages

.
.
.

like ?

Tekan gambar !

Promosi

.

.

.
.
.
<

..

.

<