Apa dia Cikgu ROGOL pelajar?

In: aduyai

6 Jul 2010
Number of View: 4776

Guru rogol murid ditahan polis.

rogol murid

KUALA LUMPUR – Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.

Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.- kosmo-


Apa anda cari?

Comment Form

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]
  • abu liar: ni contoh terbaek [...]
  • Idzuan idrus.: Kelakar dan ada logik.hahahaha..saya masih bujang.rasa nak je tempuh alam perkhawinan. [...]
  • HyUnG: Gilerr!! [...]
  • Loma Balangatan: I've noticed that credit improvement activity ought to be conducted with tactics. If not, you are go [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

like ?

Popular ?

Merayap