Apa dia gadis seksi manja gedik punca ?

In: geli

1 Jun 2010
Number of View: 1729

Mahu berhenti kerja kerana gadis gedik

SAYA remaja perempuan yang mendapat kerja di sebuah syarikat swasta. Secara jujur, saya gemar pekerjaan itu kerana berkait dengan minat saya.

Gaji yang diberi sesuai dengan kelayakan, bagaimanapun, saya mempunyai masalah dengan salah seorang rakan sekerja wanita yang “gedik” dan mengada-ngada.

Saya menganggap dia “gedik” kerana sikapnya yang suka berpakaian seksi, bercakap lemah lembut dan berlagak manja tidak kena tempat. Biarlah saya panggil dia Cik X saja.

Sikap suka seksi dan “gedik” Cik X membuatkan ramai pekerja lelaki terliur hingga ada segelintir yang amat menyayangi dan sentiasa menyebelahi terutamanya dalam hal-hal kerja. Dia pandai mengambil hati pekerja lelaki termasuk bos.
Apa yang lebih menghairankan ialah sikap seorang ustaz yang juga nampaknya tergoda dengan aksi seksi dan manja Cik X.

Kami di pejabat panggil dia ustaz kerana dia selalu membaca doa di setiap majlis yang diadakan selain pandai mengaji. Kadangkala, saya lihat macam nak terkeluar biji mata Ustaz tengok Cik X. Adakah saya wajar berperasaan begitu?
Untuk pengetahuan Dr, Cik X suka mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keikhlasan rakan wanita di pejabat.

Dia selalu meminta bantuan untuk menyiapkan kerjanya dari kami tapi tidak pernah menghargainya dan mendakwa kerja itu adalah hasilnya sendiri dan membuatkan kami tertekan dengan sikapnya.

Disebabkan kerjanya selalu cepat, bos menganggap Cik X adalah pekerja yang cekap. Satu lagi yang menjadi gangguan perasaan saya ialah sikap bos
Dia baik dan umurnya sekitar 40 an tapi saya juga lihat dia terpegun dengan kemanjaan Cik X. Di mata bos saya, Cik X adalah pekerja sempurna kerana di depannya dia selalu bercakap lembut, manja dan menyatakan bahawa dia sering menjadi mangsa aniaya kami.

Dr, apabila mengenangkan perkara ini, saya rasa macam hendak berhenti kerja dan mencari kerja lain tapi bos saya baik.

Bagaimanapun kerana rapat dengan bos, Cik X dinaikkan pangkat dan saya anggap tidak adil kerana pekerja lama yang berdedikasi tidak dinaikkan pangkat sebab tidak pandai mengampu.

Dr, mungkin orang lain anggap ini perkara kecil, tetapi saya amat tertekan.
Saya ingin bertanya adakah semua lelaki suka kepada perempuan yang seksi, manja dan bersifat mengada-ngada selain mengapa ustaz yang dianggap alim tapi sama seperti lelaki lain.

Saya ingin bersangka baik pada Cik X tapi setiap kali melihat dan teringat sikapnya saya tertekan.

Tertekan
Pahang.

DR ucapkan tahniah kerana mendapat pekerjaan bersesuaian dengan minat. Seorang pekerja yang cekap dan berdisiplin adalah aset kepada syarikat.

Diharapkan adik akan bekerja dengan penuh dedikasi, ikhlas dan berusaha kuat untuk meningkatkan prestasi syarikat.

Dr simpati pada adik. Tekanan kerja boleh disebabkan pelbagai faktor, antaranya sikap pilih kasih bos, kenaikan pangkat yang berdasarkan penilaian tidak adil serta tingkah laku rakan sekerja yang menjengkelkan.

Sikap lemah lembut adalah amalan mulia. Bagaimanapun, ia tidak boleh disalahgunakan seperti memenuhi kepentingan peribadi.

Contohnya, Cik X bersifat lemah lembut hanya kepada orang-orang tertentu (seperti bos, rakan sekerja lelaki) yang dirasakan dapat memberi faedah kepadanya. Begitu juga, dia hanya bersikap lembah lembut apabila inginkan sesuatu. Apabila memperoleh apa dihajati dia berubah sikap.

Sebuah organisasi yang baik perlu mempunyai peraturan dan etika kerja. Piagam pelanggan perlu dipenuhi. Contohnya dari segi etika berpakaian, jika Cik X suka berpakaian seksi, pihak pentadbiran syarikat boleh menegurnya kerana tidak mengikut etika berpakaian yang betul.

Menjawab persoalan adik, setiap lelaki mempunyai cita rasa dan pandangan sendiri. Ia bergantung secara individu. Tidak dinafikan, ada lelaki yang suka melihat perempuan seksi lagi menggiurkan kerana ingin menjamu mata. Sebaliknya, ada yang menganggap sifat seksi dan mengada-ngada tidak sesuai diamalkan di pejabat.

Mengenai sikap ustaz yang kononnya alim tapi kelakuannya tetap sama seperti lelaki lain, Dr rasakan kita tidak boleh memberi gelaran ustaz kepada sebarangan orang.

Kita tidak boleh menggelarnya begitu hanya kerana seseorang itu pandai membaca doa, berbahasa Arab dan mengaji. Apa yang dilakukannya di tempat kerja adik itu adalah adalah sifat peribadi. Ia tidak melambangkan ciri-ciri seorang ustaz sebenar.

Dalam syarikat yang cekap, pekerja dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi kerja yang bagus. Jika pekerja dinaikkan pangkat semata-mata kerana bos suka kepadanya, ia akan memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Bos adik tidak bersikap profesional dalam memberi kenaikan pangkat kepada pekerja yang tidak layak.

Bagi mengelakkan adik daripada terlalu tertekan dengan kerenah Cik X hingga berhenti kerja, salah satu kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan memikirkan Cik X tidak penting dalam hidup adik.

Fikirkan tanpa dia, adik boleh gembira dan hidup perlu diteruskan. Apa yang dilakukan Cik X adalah tanggungjawabnya.

Biarlah dia sendiri menanggung kesan dari tingkah lakunya. Anggap Cik X tidak wujud sekurang-kurangnya boleh mengurangkan tekanan yang adik alami.

-hmetro


Apa anda cari?

Comment Form

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]
  • abu liar: ni contoh terbaek [...]
  • Idzuan idrus.: Kelakar dan ada logik.hahahaha..saya masih bujang.rasa nak je tempuh alam perkhawinan. [...]
  • HyUnG: Gilerr!! [...]
  • Loma Balangatan: I've noticed that credit improvement activity ought to be conducted with tactics. If not, you are go [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

like ?

Popular ?

Merayap