Apa dia tanda lelaki sedang berbohong?

In: info

27 May 2010
Number of View: 2828

Lelaki dikatakan sukar untuk berbohong dibandingkan dengan kaum perempuan. Jika benar-benar ia perkara yang sangat perlu dirahsia, barulah sifat berbohong seseorang lelaki itu keluar.

Menurut beberapa kajian, kita boleh lihat beberapa jenis tingkah laku yang menunjukkan seseorang lelaki itu sedang berbohong.

1. Melihat arah atas atau kiri.
Pakar bahasa tubuh, Janine Driver ada menyatakan bahawa jika demikian berlaku, jelaslah lelaki itu sedang merungkai jawapan palsu. Manakala jika melihat ke arah kanan atau bawah, dia sedang mengingat kembali memorinya (jawapan benar).

2. Meletakkan tangan di siku secara tiba-tiba.
Secara psikologi, lelaki yang membuka telapak tangannya secara lebar menunjukkan dia penuh yakin. Sebaliknya jika tangan digengam maka dia menyembunyikan sesuatu. Selain dari meletakkan tangan di siku, kaum lelaki juga memasukkan tangan di dalam saku seluar mahupun menggenggam telifon bimbit. Menurut Patti Wood, penulis ‘Success Signals: A Guide to Reading Body Language’.

3. Mengangkat bahu.
Menurut pakar, Driver menyatakan perbuatan sedemikian adalah sebenarnya untuk meyakinkan orang lain. Biasanya mulut berkata dahulu diikuti dengan perlakuan tersebut.

4. Menggosok hidung secara tiba-tiba.
Menurut pakar. Wood menyatakan bahawa cara itu sebenarnya adalah untuk menyembunyikan mulut yang sudah berbicara bohong. Ia adalah sebagai tanda penyesalan dari kata-kata tadi.

Teknik mudah ini dikongsi oleh kami “Apa Dia” dan bolehlah diamalkan oleh kaum perempuan untuk  mengetahui sama ada teman kekasih atau suami anda sedang berbohong atau tidak.


Apa anda cari?

Comment Form

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]
  • abu liar: ni contoh terbaek [...]
  • Idzuan idrus.: Kelakar dan ada logik.hahahaha..saya masih bujang.rasa nak je tempuh alam perkhawinan. [...]
  • HyUnG: Gilerr!! [...]
  • Loma Balangatan: I've noticed that credit improvement activity ought to be conducted with tactics. If not, you are go [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

like ?

Popular ?

Merayap