Apa dia Ratu Cantik Islam Dunia?

In: aduyai

18 May 2010
Number of View: 16349

LAS VEGAS – Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: “Tanyalah saya selepas saya memakan piza.”

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. – Agensi-kosmo

*ADAKAH DENGAN MEMBERIKAN HADIAH KEMENANGAN KEPADA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM INI ADALAH MEMPUNYAI  AGENDA TERSEMBUNYI?

RENUNGKANLAH…


Apa anda cari?

1 Response to Apa dia Ratu Cantik Islam Dunia?

Avatar

eqmal hadi

May 24th, 2010 at 11:39 am

rima ni syiah…serta merta tertolak dari islam..bahkan cara hidup pun kristian..jgn amek pot la…bukan dari agama kita..hmmm

Comment Form

Laman Blog ini:

Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.

  • sumathy: i rasa takut cabut gigi,i have masalah gigi rosak.i rasa macam fobia if nak cabut gigi [...]
  • abu liar: ni contoh terbaek [...]
  • Idzuan idrus.: Kelakar dan ada logik.hahahaha..saya masih bujang.rasa nak je tempuh alam perkhawinan. [...]
  • HyUnG: Gilerr!! [...]
  • Loma Balangatan: I've noticed that credit improvement activity ought to be conducted with tactics. If not, you are go [...]

Mesti lihat (tekan je gambar) !

like ?

Popular ?

Merayap