oh macam itu dot com
In: politik
26 May 2010Dr Jeniri Amir
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertolak dengan jet dari Kuantan sesudah merasmikan Hari Guru Peringkat Kebangsaan menjelang senja, ke bandar 270,000 penduduk itu.
Tetapi beliau tidak pun menjejakkan kaki ke Dewan Suarah, tempat undi dijumlahkan dan pemenangnya diisytiharkan. Hasrat beliau tentu untuk meraikan kemenangan BN yang benar-benar ingin membuktikan bahawa kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang turun berkempen tiga kali, diterima oleh rakyat.
RM400 juta ditaburkan
Namun, Muhyiddin difahamkan bertolak balik ke Kuala Lumpur sebelum jam 9 malam sesudah mengetahui bahawa calon DAP, Wong Ho Leng mendahului calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Robert Lau Hew Yiew.
Keyakinan BN untuk memenangi kerusi itu bukan tidak berasas, mengambil kira jumlah wang yang disalurkan dan janji yang ditaburkan kepada pengundi. Dikatakan lebih RM400 juta dijanjikan untuk pelbagai projek pembangunan bagi menakluki minda dan jiwa pengundi.
Pada hari terakhir sebelum hari mengundi 16 Mei lalu, pemimpin BN mendapat maklumat daripada risikan dan instrumennya bahawa calon mereka masih mendahulu DAP sekitar satu peratus.
Presiden S
UPP Tan Sri George Chan Hong Nam dan pemimpin BN Sarawak menyifatkan kekalahan itu sebagai kekalahan kecil. Bagi mereka, seekor ayam yang berkokok tidak semestinya menandakan hari akan siang.
Mereka menasihati DAP supaya tidak terlalu yakin dan angkuh dengan kemenangan itu. Bagi BN, itu bukan bermakna bahawa kunci ke Petrajaya dan Putrajaya akan terlepas daripada tangan mereka.
Bagi DAP kemenangan itu memberi keyakinan dan semangat tinggi untuk melebarkan pengaruhnya dalam pilihan raya negeri nanti. Dalam pilihan raya lalu DAP mememenangi kerusi di bandar Kuching, Meradong dan Bukit Assek, Sibu.
Seterusnya, Miri?
DAP menyimpan azam tinggi untuk menakluki kerusi negeri dan Parlimen di Miri yang sejak sekian lama menjadi kubu kuat BN. Tetapi dengan trend dan pola pengundian yang diperlihatkan di Sibu, terutama dalam kalangan pengundi Cina, dapatkah SUPP, parti tertua Sarawak itu terus dengan keyakinan bahawa Miri akan terus dikuasainya?
Dari segi pecahan undi, pengundi Cina menyumbang sebanyak 66.7 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Sibu. Dalam pilihan raya kecil lalu, terdapat peningkatan yang ketara, daripada 62 peratus pada pilihan raya umum 2008 kepada 69 peratus menyokong DAP.
Mati-matian pemimpin SUPP dan pemimpin negeri mengatakan bahawa trend di Hulu Selangor dan di Semenanjung tidak mungkin berlaku di Sibu dan Sarawak. Kekalahan di Sibu merupakan tamparan hebat kepada SUPP dan pimpinan Ketua Menteri. Bagi SUPP, ia merupakan pil pahit yang perlu ditelannya menjelang pilihan raya negeri.
Mereka lupa bahawa pengundi Cina di Sarawak sebenarnya mendahului pengundi Cina di Semenanjung apabila enam kerusi bandar dikuasai SUPP terlepas ke tangan DAP pada 2006.
Mereka bagai tersentak apabila pengundi Cina langsung tidak mempedulikan rayuan dan gula-gula yang dihulurkan oleh Najib menjelang pilihan raya, termasuk bantuan RM18 juta kepada sekolah Cina dan sekolah menengah bantuan Methodist.
Mac, April 2011 – Pilihan Raya Sarawak?
Bagi mereka, bantuan itu adalah hak mereka, dan datang terlalu lewat ketika banyak lagi sekolah serupa tidak menerima bantuan di seluruh Sarawak.
Peningkatan sebanyak 4 peratus undi di kalangan orang Iban juga bukanlah sesuatu yang signifikan dan dapat dibanggakan sangat jika diambil kira jumlah menteri dan pemimpin politik BN yang turun ke bawah dan jumlah peruntukan yang disalurkan di kalangan penghuni rumah panjang ketika tempoh berkempen.
Kemenangan DAP menyebabkan SUPP semakin risau akan nasibnya dalam pilihan raya negeri yang kini perlu dianjakkan.
Besar kemungkinan pilihan raya Sarawak diadakan sekitar bulan Mac atau April tahun depan. Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri sejak 29 tahun lalu, dan baru meraikan hari jadi ke-74 pada 21 Mei lalu, tidak akan berani mengambil risiko parti BN itu terus dilibas oleh DAP.
Ketua Menteri paling lama memerintah di Malaysia itu ingin membuktikan bahawa kepemimpinan beliau terus diterima oleh 2.5 juta rakyat Sarawak, dan kegagalan BN memenangi sebarang kerusi bukan petanda bahawa rakyat benci kepada beliau biarpun terdapat kain rentang di Sibu yang berteriak ‘Undi SUPP=Undi Taib’ dan ‘Bye-bye to Taib’s Dynasty’.
Mungkinkah SUPP akan dicampakkan oleh masyarakat Cina sama seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung? Jika parti yang ditubuhkan pada 1959 itu gagal mmembaiki kelemahannya dan gagal memenuhi aspirasi masyarakat Cina, jangan hairan ia akan menerima padah.
SUPP bakal menghadapi tentangan sengit di kerusi bandar dan berdepan dengan kekalahan di beberapa kerusi lain termasuk di Pelawan, Sarikei dan Dudong. Dalam pilihan raya negeri 2006, SUPP hanya menang tipis di kerusi terbabit.
Jika perkara ini berlaku, DAP dapat menambahkan jumlah kerusi kepada sembilan dalam pilihan raya negeri yang dijangka semakin sengit berbanding 2006.
Dalam pilihan raya itu nanti, BN berdepan dengan pati komponan Pakatan Rakyat yang bersatu, terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PAS.
Semua kerusi pasti ditandingi, berbeza daripada sebelumnya apabila sebahagian kerusi dimenangi tanpa bertanding. Dengan kerjasama dan persefahaman parti komponen Pakatan Rakyat, BN tidak mungkin diberi laluan mudah. SUPP yang dibelenggu masalah kepemimpinan dan intrig dalaman dijangka gagal menyelesaikan masalah itu dan membaiki imejnya dalam tempoh singkat.
Kini, Pakatan Rakyat semakin mendapat momentum sesudah wakil rakyatnya, Dominique Ng (PKR-Padungan) dan Chong Chien Jen (DAP-Kota Sentosa) digantung selama 12 bulan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak minggu lalu. Seorang lagi ADUN Ting Tze Fui (DAP- Meradong) bakal menerima nasib yang sama.
Meskipun Wong Ho Leng pengerusi DAP negeri menyifatkan tindakan itu sebagai balas dendam terhadap keupayaan DAP memenangi kerusi Sibu, namun ia tidak lebih sebagai percubaan untuk menyekat suara lantang pemimpin pembangkang daripada mengkritik dasar kerajaan di bawah pimpinan Taib.
Dengan tindakan keras diambil terhadap wakil pembangkang itu, ia sebenarnya hanya menguntungkan DAP kerana masyarakat Cina tidak suka wakil mereka diperlakukan sedemikian. Isu itu hanya akan menyemarakkan kemarahan pengundi Cina yang tentu akan terus menyokong calon DAP. Justeru, jangan hairan, sekali lagi SUPP akan dihukum keras oleh pengundi Cina di bandar dalam pilihan raya negeri nanti.
Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang pernah menjadi pengetua sekolah. Beliau juga pernah menjadi ketua editor akhbar dan menulis lebih 50 buku serta 1,500 artikel yang disiarkan dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Beliau merupakan penerima Anugerah Buku Negara pada 2005 dan Penerima Anugerah Buku Unimas pada 2007.
Bidang kepakarannya ialah media dan politik. Penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak ini memperoleh PhD daripada Universiti Malaya pada 2008. Dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, komen beliau banyak diminta oleh stesen TV dan akhbar tempatan dan nasional.
Perkongsian bahan PENGALAMAN , MOTIVASI DAN CARA HIDUP dari sumber-sumber web lain.
Copyright © 2007 - apa dia? - is proudly powered by WordPress | Log in
Compositio Theme is created by: Design Disease brought to you by PremiumThemes.com
11 Responses to Apa dia jangkaan keputusan Pilihanraya negeri Sarawak 2011?
Win Win Malaysians
June 4th, 2010 at 2:15 pm
syabas2 org sarawak akan menghukum kerajaan negeri dibawah pentadbiran taib pada mac 2011,kami percaya Kerajaan BN akan tumbang dan menjadi pembangkang disarawak utk selama2nya,rasainlah mcm mana sekatan demi sekatan kekayaan yg telah di rompak dulu akan menjadi sesak jantung dan menambah pesakit jantung meningkat…..so renung2lah
fiD
June 4th, 2010 at 7:35 pm
harapan rakyat sarawak mungkin…
RR
June 4th, 2010 at 8:03 pm
Taib berkemungkinan besar hanya akan memanggil pilihan raya Sarawak pada atau selepas 26 Mac 2011.(selepas beliau menyambut genap 30 tahun sebagai ketua menteri Sarawak).
TJ
November 7th, 2010 at 12:38 am
tp,
mengundi PR tak menjamin apa2.. ( sesiapa yg terlibat dlm politk semuanya nak kan harta & kuasa ) jd tak guna lah, memilih sesuatu yg tak pasti..
Anak Sematan
March 22nd, 2011 at 8:46 pm
Kamek setuju mun Tan Sri Taib Mahmud melepaskan jawatannya… Tapi, membenarkan Pakatan Rakyat menang pilihanraya boleh menyebabkan huru hara di Sarawak. Barisan Nasional yang memajukan Sarawak… Bukan Individu tertentu… Muhasabah diri wahai anak2 Sarawak…. Kerajaan yang memerintah sekaranglah yang banyak membantu rakyat Sarawak sehingga ramai yang berjaya.. Jangan buat seperti kacang lupakan kulit. Berterima kasihlah kepada kerajaan yang banyak membantu… Jadikanlah contoh di Semenanjung… Apa sudah jadi dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat? Kita ada otak untuk berfikir mana baik mana buruk… Pertahankanlah kesenangan yang telah kita alami dari dulu hingga sekarang…. Kalau rasa nak sengsara, pilihlah Pakatan Rakyat….. Kalau nak terus hidup senang… Undilah Barisan Nasional…
Antujelumakaimensia
April 15th, 2011 at 12:32 am
We as human being living in this world has two things to accept. To live and to die. To live, live well……..and to die, die well.
If you think BN is the only party evil that can survive you… You ARE WRONg..dude.
If You Think MAS the only airplane can fly, You Are wrong ..dude.
IF You and Me given a money RM100 for meal, and i only deserve it and not You. Can You Accept That…??
Now you tell me, are keep quiet and unleash your Anger!
Read more books and open your mind, my friend. because the world is not
enough…………………!!!!!!!!!!
takbir
April 15th, 2011 at 9:53 am
apa bodohlah ko ni anak sematan..ko blajo ke x sejarah….sape yang memerintah dialah yang kna bangunkan negara tp mesti berlandaskan islam.besok ko mati dalam kubur tanya ke bangunan mana yg ko buat bodoh…..kalo pembvangkang merintah dia pun buat benda yg sama.duit bukan kerajaan punya bidoh duit rakyat punya bangang…
hamba allah
April 15th, 2011 at 8:42 pm
yang ko lagi bodoh takbir…skrg pn dah orang cina smua boleh buat ucapan siap baca ayat2 al-quran then kutuk-kutuk melayu tu bodoh ade ke korang bersuara???..ko tue y tak belajar sejarah..pk la…setahu aku aku belajar sejarah tak pernah pulak aku tau ader parti yang di buat kononnya untuk rakyat tapi smua cina yang memerintah…bila orang melayu cakap orang melayu x btul, salah ko marah tapi bila TUAN DAP ko cakap orang melayu tak betul, bodoh, ko senyap jer la kan…takat nak duduk belakang cina bek tak payah la…cakap jer pandai tapi otak takde!!!!
luahan hati
April 17th, 2011 at 8:34 am
kerajaan Jepun, bertukar2 pemerintah, korea bergaduh siap baling2 kerusi kat parlimen. tapi negaranya semakin maju. jepun. jgn cuba2 pemimpn beri rasuah, sure akan kalah teruk. korea pun sama. sesiapa yg memerintah berhak memajukan negara dan tanggungjwab. bukan kacang lupakan kulit tetapi kacang dah busuk dan tak laku, kita perlukan kacang baru untuk di tanam. bukan jagung emas yg kita mempikan, cukup jagung manis yg boleh di agih-agihkan
bagi sarawak. itulah memontum nya, tanak jawatan tapi terima semula jawatan. yg pasti nak komen lebih2 takut isa detack ip masuk lokap. menghasut. tapi rakayt sekarang dan berpendidikan, so tak boleh putar belit fakta tapi kena lebih realistik dan cakap jelas dan terang, jgn berlapik2. bukti skrg bukan bukti diciptakan tapi bukti yg nyata.. salah tetap salah kenapa perlu takut
Rizal
April 18th, 2011 at 4:03 pm
serius. aku nak maki ko pon x sampai hati.. ape kene mengene nye berlandas kan Islam yg ko masok kan ni? kat sarawak majority nye org bermcm kaum, ni lah b**** nye ko x g skolah dulu…
bagi aku senang jer, mane parti memerintah yg betol tu je ko pangkah… yg ko menjerit2 kerajaan mkn duit lar semua tu… dah mcm anjing gigit tuan… slow gile.
jadi pembangkang ni lbey senang dari jadi pemerintah, keje cume membangkang… semua nye die bangkang. simple… x payah pkir mcm mne nak naik kan negara.
cakap jer pandai tapi otak takde!!!!
Loma Balangatan
February 9th, 2012 at 12:57 am
I’ve noticed that credit improvement activity ought to be conducted with tactics. If not, you are going to find yourself damaging your rank. In order to be successful in fixing your credit rating you have to always make sure that from this second you pay your complete monthly fees promptly before their scheduled date. It really is significant since by not necessarily accomplishing this, all other measures that you will choose to adopt to improve your credit ranking will not be efficient. Thanks for revealing your suggestions.